Beriringan ke Syurga~

Thursday, April 23, 2009

Bait-bait sepi, buat aku rindu Illahi.

islamic library Pictures, Images and Photos



Saya di perpustakaan, dingin, mata saya mula mengantuk, saya merehatkan diri yang dari dua jam yang lalu berusaha keras menyiapkan assignment, tarikh hantarnya minggu depan, tapi assignment ini perlu dibawa kepada penyarah untuk diperiksa esok, takut-takut yang dihantar tersalah dan kurang memuaskan.


Sepi, saya lantas menyumbat telinga dengan earphone, radio dari handset yang tetap di frekuensi 102.07 menghidangkan nasyid dari amar, mungkin lagu barunya, saya kurang pasti.


Saya bengang sebenarnya, terasa hati dihenjak-henjak ribuan kuda yang berlari laju,

Dibelakang saya ada sepasang merpati, begelak ketawa, walau tidaksekuat mana ,(kerana di perpustakaan), tapi kemesraan jelas, pasti syaitan menari nari ditepi mereka, ainun selang dua meja dihadapan saya menjeling-jeling meminta saya memandang ke belakang, oh ya, mereka saya kenal..sesal, mengapa hati ini tidak kuat, mengapa jiwa ini tidak seperti singa , mengapa kaki ini gagal melangkah, andai saya bangun, emosikah saya? Saya sudah menjeling beberapa kali, tapi kerap yang saya pandang adalah si lelakinya, kerana yang perempuan membelakangi saya, itupun terang-terang dia buat-buat tak tahu dengan jelingan saya.faham..fahamilah..

Saya rindu Illahi, rindu itu menjadikan saya ingin sentiasa mencari redhanya, tidakkah mereka?

Firman Allah SWT, "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." [QS Al-Israa'(17).32].

Saya ingin jerit pada mereka, ingin beritahu mereka, saya yakin mereka tidak tahu, ah~kalau mereka tahu, mereka perlu diingatkan.kembali diceritakan, tapi..kekuatan..mana kekuatan..


-kekuatan bukan datang bergolek, ia meluncur pada yang mencipta.


Saya teringat kata itu.aduh, terasa kepala seperti dihentak.

Sabda Nabi SAW, "Siapa sahaja yang beriman kepada Allah SWT dan hari Akhirat,janganlah sekali-kali ia berkhalwat (berdua-duaan) dengan seorang wanita yang tidak disertai mahramnya kerana yang ketiga di antara duanya adalah syaitan."


Itu jelas, tiada ruang untuk mereka untuk mencoret kemesraan meski atas alasan baik kerana satu kelas, atau berbincang mengenai pelajaran?itu penipuan terang-terangan yang sengaja dicipta. Bagai inginmenutup bangkai gajah.


Ampuni aku tuhan, aku pilih selemah-lemah iman.~




Oppsss.. nasib baik tak post lagi, ada sambungan kisah ni..

Saya tarik kertas dan tulis sesuatu, lantas dilayangkan pada insan yang terbabit,melalui perantaraan orang tengah.

“ salam,

Farah(bukan nama sebenar), kak nisa ni.., (^-^)akak nak cakap sikit, jangan marah pulak, bukan apa, akak tengok tak elok farah duduk berdua dengan si zaid tu, lagipun akak tengok si zaid tu tak solat lagi, baik farah suruh dia solat dulu, nanti kalau nak study ajak kawan farah ramai-ramai, tadi akak tengok pak cik library tu tengok pelik je, takut dia report kat sesiapa. Okey..jangan marah-marah tau..=)”

Fuh~selamat, walau terpaksa mencapupkan nama pakcik library, then akhirnya, pergilah beliau .. dan berseoranganlah si farah..Al-kisah berakhir sebuah cerita dalam perpustakaan.noktah!



brown butterfly Pictures, Images and Photos

Read More

Monday, April 13, 2009

Nymphaea stellata

flower Pictures, Images and Photos



Why the Lotus Flower blossom in mud?


It Clarifies and Refreshens even in the muddiest of water.


huhu~ the name are pretty and the function are pretty too..

Baginda muncul dalam kepekatan Lumpur Jahiliyyah


Baginda tampil dalam kepekatan lumpur jahiliyyah, membawa risalah kerasulan, menyeru Manusia mentauhidkan Pencipta yang Esa.Umpama bunga teratai yang tumbuh ditengah Lumpur, tampil menyeri seluruh semesta.

Sabda Rasullullah S.A.W.

Aku ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib, sesungguhnya Allah telah menjadikan makhluk ini, kemudian DIA menjadikanya dua golongan .Maka ia telah menjadikan aku dari golongan yang paling baik. Kemudian DIA menjadikannya bermacam-macam qabilah, lalu DIA menjadikan aku dari kabilah yang paling baik, Kemusian DIA menjadikan mereka dari kalangan rumah-rumah yang banyak, lalu DIA menjadikan Aku dari rumah yang paling baik dan menjadikan orang yang paling baik

Hadith Riwayat At-Tirmizi

Sungguh, Baginda adalah yang terbaik….

lotus Pictures, Images and Photos


Suasana bukan Alasan


Walau dimana anda tercampak, persekitaran anda bukan satu alasan untuk mengubah peribadi atau akhlak anda, mungkin anda akan dikelilingi pemaksiat tegar, tapi bukan bermaksud anda akan turut menjinakkan diri menjadi pendamping dosa.anda mungkin dikejar pangkat dan harta, tapi bukan bermaksud anda harus menerima bulat-bulat tanpa fikir neraka.

“Aku duduk dekat U ape, amik kos ape..keliling budak free hair, takkan la aku sorang je nak pekena tudung labuh”


“kawan-kawan saya semua merokok, takkan saya nak senyap je, mesti nak rasa jugak”

Manusia..manusia..mudah benar menyalahkan suasana.


Islam memerlukan pemuda pemudi teguh jiwa dan fizikal, tahan ujian, yang pasti teguh Imannya, bukan dengan mudah memenuhi tuntutan nafsu.kisah Pemuda-pemuda unggul iaitu Ashabul Kahfi wajar diambil sebagai contoh. Kisah ashabul kahfi (yang bermaksud penghuni-penghuni gua) diceritakan oleh Allah dengan panjang lebar di dalam surah al-Kahfi, bermula dari ayat 9 hingga ayat 26 (iaitu kira-kira 15 ayat).

Bukan masanya kita masih menyalahkan suasana, sekarang masa membawa kembali insan-insan disekeliling ke jalan Tuhan, agar kita tidak disalahkan di sana nanti.


(^-^)Nymphaea stellata-Teratai

brown butterfly Pictures, Images and Photos


Read More

Saturday, April 4, 2009

memilih dipilih

Jalan Lurus Pictures, Images and Photos

hidup penuh dengan pilihan.

jika kelmarin saya terpaksa memilih untuk ke kelas atau ke Ceramah Ustaz Hazrizal.
jika semalam saya terpaksa memilih ke Masjid atau ke Mesyuarat Persatuan.
jika hari ini saya terpaksa ke Pasar Malam atau ke Cafe Belakang Qaryah.
entah esok arah mana langkah saya antara dua jalan yang terpaksa saya pilih setelah jawapan untuk ketiga-tiga diatas telah saya perolehi,- kerana masa itu telah berlalu.

Yang pasti,dalam menentukan jawapan antara dua pilihan,-ia sukar!

Antara kelas dan Ceramah Ustaz Hasrizal.

"Orang tak pergi kelas tau pagi esok" melalui hujung mata, saya nampak hajar pandang saya, saya buat-buat ralit memandang skrin Laptop dihadapan.

"Nisa ni..kadang-kadang semangat dia tak kena tempat"saya senyap, bisa juga.

"dalam hidup ni, kita kena berdepan dengan macam-macam pilihan, bukan senang nak pilih sesuatu yang lebih baik untuk kita.." entah kenapa ayat yang agak skema terbit dari mulut saya. mimik muka saya masih cool..(hehehe)

sepi.kami memilih untuk senyap, mungkin hajar beri masa untuk saya berfikir lagi, dan lagi.

Esoknya kelas Bahasa.ada perbentangan individu, perbentangan saya dah selesai minggu lepas,entah, saya masih terasa sangat sayang kalau saya tinggalkan ceramah Abu Saif yang berkisar tentang dakwah dan Blog.mungkin saya perlu mendalami tentang al-feqh al-awlawiyat, hari tu Kak Yati ada pesan suruh baca buku ni,mungkin ada kaitan dengan situasi pilih memilih ni. tapi saya sedang habiskan buku Fiqh Al-Harakah, Buku seterusnya,Mungkin.

Ya, esoknya, saya berada dalam Auditorium yang sejuk, menikmati bibit-bibit mutiara yang terbit dari Mulut Da'ie yang saya kagumi.Abu Saif.

satu lagi situasi pemilihan yang saya lalui.

saya terpilih untuk satu program-Tamrin Qiadi.Paginya saya agak tidak sihat,muntah-muntah, sampai dah nak telefon abah suruh ambil, entah kenapa tak tertekan nombornya. Handset, saya pandang lesu.

petangnya, Alhamdulillah, saya berjaya kesana.

teringat kata-kata k.Tiqah.

"Allah pinang Nisa ni..." Saya senyum. Alhamdulillah.


Kemudian Allah mengilhamkan kepadanya jalan yang kejahatan dan jalan taqwanya(8)Sesungguhnya amat beruntunglah orang yang membersihkannya.(9)Dan sesungguhnya amat rugilah orang yang mencemarkannya.(10) As-Syam:8-10


Ibn Abbas ra. berkata Biasa Nabi saw. jika membaca ayat ini lalu berhenti dan berdoa:

(Allahumma aati nafsi taqwaa haa wazakkihaa anta khairu man zakkaa ha anta waliyuhaa wamaulaa haa)
"Ya Allah berilah pada diriku takwanya, dan bersihkanlah, Engkau sebaik-baik yang membersihkannya, Engkau, Tuhan yang memimpin dan melindunginya".

HR. Afthabarani,Ibn Abi Hatim juga meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.

~berdoalah mohon diteguhkan hati,moga jalan yang dilalui adalah jalan taqwa!

brown butterfly Pictures, Images and Photos

Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena