Beriringan ke Syurga~

Saturday, March 6, 2010

"Sleepless in Gaza...and Jerusalem"

gaza Pictures, Images and Photos


salam jihad

jam berganjak keangka satu, mata masih degil untuk mengantuk, saya lantas membelek blog yang kian sepi, maka ada sesuatu yang mahu saya kongsikan, untuk tatapan sahabat-sahabat, yang sebenarnya saya masih belumpun menonton dokumentari ini, namun hati yang telebih dahulu melonjak- lonjak untuk memaparkannya didalam blog, jadi tiada komen tentang dokumentari ini yang bisa saya coretkan, nanti kalau saya sudah menonton habis 90 episod, mungkin saya akan menulis lagi.jom tengok~


sinopsis

Khamis , 04/03/2010 -Isnin lalu menandakan episod utama 90 siri drama yang berjudul “Sleepless in Gaza … and Jerusalem,” yang di dalamnya memaparkan kehidupan empat wanita Palestin, Muslim dan Kristian dengan sebuah pendekatan humanistik baru bagi membincangkan masalah Palestin kepada media global. Dua wanita tersebut yang tinggal di Gaza dan dua lagi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis akan membincangkan kehidupan mereka sehari-hari yang tidak pernah dilihat sebelumnya sedemikian rupa sehingga produser memanggilnya “pandangan manusia terhadap penduduk Palestin.”

Laman YouTube “Sleepless” telah dilancarkan pada tengahari Ahad yang lalu dan sudah menjadi hits yang datang dari seluruh rantau dan dunia ini. Pada tengah hari Isnin, lebih daripada 1,000 penonton telah menyaksikan trailer yang menayangkan pengalaman inovatif dan unik di Palestin yang dilihat daripada kacamata wanita.

“Ini untuk menunjukkan retorik biasa yang sering bercakap mengenai masalah di Palestin,” kata salah seorang penerbit eksekutif dalam projek ini, Abdullah Schleifer, seorang profesor kewartawanan di Universiti Amerika di Kaherah dan pembantu saintis di Institut Timur Tengah di Washington, DC.

dari sini






0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena