Beriringan ke Syurga~

Sunday, December 25, 2011

Kehidupan adalah...

Berjalan tanpa henti, moga dikuatkan langkah kita dari sehari- kesehari..




Kehidupan bagaikan lautan yang terbentang luas, airnya kadang beralun deras dan terkadang tenang, maka manusia yang berlayar diatasnya harus melalui pelbagai halangan, persis angin yang kadang membuai halus dan mungkin akan tiba- tiba hadirnya ribut yang berputar- putar dahsyat hampir memusnahkan kapal dan seisinya.

Hidup juga bagaikan pentas lakonan, watak- wataknya ada pelbagai, ada yang baik bagai malaikat, bahkan yang jahat seperti syaitan.

Hidup penuh warna, ceria bagai pelangi yang indah, dan kadang diliputi duka yang kelabu.

Hidup bagai kanvas kosong tanpa palitan warna, manusialah yang bakal mewarnainya sendiri, hingga lukisan yang terhasil indah atau hanya menyakitkan mata. Allah, yang mengajarmu cara melukis lukisan yang indah, mengajarmu dalam manual, Al- Quran cara hidupmu yang terbaik dan seharusnya, atau engkau sengaja menjauh dari-NYA.

Hidup- mudah sahaja diumpamakan dengan pelbagai perkara.

Manusia sememangnya gemar menganalogikan kehidupan dengan apa yang dilihat secara realiti, apapun hidup itu disamakan, semuanya bisa jika itulah yang mampu membuat manusia sedar yang hidupnya didunia ini hanyalah sementara tidak kekal, bahkan terbentang pelbagai nikmat dan ujian.

Walaubagaimanapun hidup, walau apapun perjalanan yang harus kita tempuh, hidup adalah kehidupan, yang sekalipun kita tidak suka, itu adalah kehidupan kita. Sebuah persediaan menghadapi kematian, menempuh sebenar- benar kehidupan di masa hadapan, Pilihnya jalan yang terbaik, walaupun kita masih belajar mengenal erti hidup dari sehari ke sehari, ketika tersalah langkah, kembalilah meski kita terpaksa bermula dari awal semula, kerana selain dari hidup ini, kita tidak akan diberi peluang lagi.

Bagi saya – kehidupan bagai perpustakaan, terisi didalamnya ribuan buku, bagai simpang dan jalan kehidupan. Pilihlah yang terbaik bagi memandu kehidupanmu. Isilah dengan ilmu agar perjalanannya diisi ilmu dan bermanfaat kepada manusia lain.- NS

Read More

Saturday, December 10, 2011

Sang Pemimpi



SANG PEMIMPI

Semua orang tahu, yang kehidupan ini ada pengakhirannya, kita bakal kembali ke satu Alam yang menyedarkan kita dari lena yang panjang, justeru, andai seringnya kita merasakan bahawa hidup inilah sebenar- benar kehidupan, kita salah, kerana kita selama ini sedang tidur di dunia realitinya, dan kita akan tersedar ketika mati kelak.

"Sesungguhnya semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini sedang TIDUR. Dan apablila mereka MATI, barulah meraka akan terjaga(SEDAR)!”.

- Saidina Ali Karramallhu wajhah.

Hakikatnya manusia itu lebih yakin andai sesuatu yang digembar- gemburkan itu sudah terbentang didepan mata, maka yang dicerita didalam Al- Quran iaitu yang kita tidak pernah lihat, rasa, hidu, bahkan bayangkan pasti berat untuk diterima, melainkan yang Tahu, faham, yakin, bahkan mahu memperhambakan diri kepada Allah.

Kita diberitakan tentang nikmatnya syurga, azabnya neraka, sakitnya mati, perpindahan dari dunia ke alam barzakh, huru hara hari Pengakhiran, ringan dan beratnya hisab, dan banyak lagi yang kita tidak pernah lihat. Sungguh, bukan sesuatu yang mudah untuk diterima.

Bahkan kita wajib yakin pada Allah, yang wajib kita tunaikan perintah-NYA dan tinggalkan larangan-NYA, sungguh ia sesuatu yang berat, kerana kita disuruh, dalam waktu yang sama, terdapat halangan- halangan didalam perjalanan kita, sewaktu melakukan sesuatu yang diperintahkan Allah, maka terkadang jalannya terlalu sukar untuk dilalui.

Itulah hakikat, itulah realiti.

Kita sedang dalam lena yang panjang, terkadang mimpi yang indah menghiasi tidur, dan terkadang kita diganggu oleh mimpi buruk, sikit masa lagi kita bakal terjaga, dan sesuatu yang tidak pernah kita lihat dan hanya diberitakan, pasti akan dibentangkan di hadapan dan kita akan hadapinya. Dan ingat! Itu bukan waktu untuk kita kembali ‘tidur’ kerana ia tidak mungkin akan terjadi lagi sekalipun kita bersungguh- sungguh memohon kepada Allah untuk di’tidurkan’ kembali.ya, kita manusia yang sering lalai dan leka, dan akan terus lalai sekalipun Allah mengembalikan kita lagi didunia. Jadi hidup ini, adalah peluang terakhir sebelum kita tersedar. Tidak akan ada peluang kedua, ketiga mahupun keempat!ini- PELUANG TERAKHIR.

Kita bakal kembali, dalam waktu yang lama, atau esok, mungkin juga hari ini!

Allah S.W.T berfirman :

“Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar”.

(Al- Mulk : 12 )

THE REAL GAME

Kalau boleh saya analogikan kehidupan dengan permainan ‘exprolace’, setiap peserta dikhendaki ke checkpoint demi checkpoint dan akan diuji dengan persoalan atau halangan tertentu. Dan ada juga peserta diberikan ujian ‘kesenangan’ dan diminta membuat kesimpulan sebagai contoh diberi makan sepotong kek beramai- ramai, untuk melihat kekuatan ukhwah peserta. Diawal permulaan permainan, semua peserta tersenyum, bersemangat dan tidak sabar untuk memulakan permainan. Kerana, peserta telah dijanjikan dengan habuan dan hadiah tertentu dihujung permainan. Cumanya, setelah halangan demi halangan dilalui, peserta mula letih, mula hilang mood bermain, bahkan ada yang ingin berhenti di pertengahan jalan, hingga terlupa dengan hadiah yang diinginkan sebentar tadi. Hanya yang benar- benar yakin boleh mencapai kejayaan akan berusaha sehabis mungkin, untuk memperolehi hadiah yang dijanjikan. Kehidupan masakan boleh disamakan dengan permainan, cumanya disertakan disini sebagai perumpamaan untuk penjelasan.

HIDUP- bukan permainan.

Dalam hidup, sewaktu diuji dengan halangan yang memaksa kita memilih jalan penyelesaian syurga dan neraka. Kita tidak boleh berhenti, tidak berpeluang untuk lari tidak ada ruang lansung untuk meninggalkan ujian itu dan tidak boleh bunuh diri. Yang kita ada, HADAPI- dan pilihan penyelesaian hendaklah bertepatan dalam redha Allah. Itulah peserta- peserta permainan explorace yang terus teguh menghabiskan permainan dengan kemenangan bermakna. Bagai hamba- hamba yang berusaha kuat untuk mati sebagai kekasih-NYA.

Dalam Al- Quran Allah berfirman :

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”

(Al Mulk: 2)


GARISAN PENAMAT

Tidak semua yang mati punya pengakhiran yang baik, disana tersedia Syurga dan Neraka. Sepanjang jalan didunia, ada ujian penentu untuk destinasi kita yang seterusnya. Ada manusia yang bahagia didunia, sengsara di akhirat. Ada yang derita didunia, kebahagiaan menantinya di akhirat, usah lupa, ada manusia yang bahagia didunia dan akhirat, dan ada pula yang sengsara dunia dan akhirat.

Dalam menghadapi halangan yang bertimpa- timpa, ada manusia yang begitu tenang menghadapinya, kerana hatinya begitu dengan dengan Allah, maka dia bahagia meskipun ujian yang dilaluinya kelihatan sangat berat. ada pula manusia yang begitu sukar hidupnya didunia, dan dia menyalahkan Allah pula diatas kesusahannya, maka hidupnya menjadi kosong, ujian yang sebenarnya mampu mendekatkan dirinya dengan Allah, dinafikan dengan mentah- mentah, dikatakan usahanya sia- sia dan Allah tidak memandangnya lagi, sedangkan tidak ada seorang hamba pun yang terlepas dari pengawasan Allah.

Untuk pengakhiran yang baik, usaha yang amat- amat keras diperlukan, konsep bersusah- susah dahulu dan bersenang- senang kemudian adalah paling sesuai digunakan dalam situasi kehidupan kita.

Siapa kata solat malam itu mudah?, siapa beritahu amalan- amalan sunat itu semudah abc?, siapa bilang berjuang di jalan Allah itu bagai angin lalu?,solat fardhu pun sering kita ringan- ringankan, susah, memang susah, berat memang berat, maka usaha keras yang kita lakukan itulah bakal menjadi pemberat neraca amalan kita diakhirat kelak. Kerana kita bersusah didunia, silakan bersenang- senang diakhirat, selagi setiap amal yang kita lakukan dibawah lingkungan ikhlas dan ilmu, dan tidak dihalangi halangan- halangan pemusnah amalan kita yang lain. Bahkan amalan- amalan itu mampu menjadi ringan setelah ia menjadi kebiasaan dan begitu sebati dengan jiwa dan diri kita.

Berusaha keraslah, beramallah, bekerjalah demi islam dan keredhaan Allah, moga Allah memandang kita di akhirat kelak. Amin ya Rabb.

Kita sudah hampir ke GARISAN PENAMAT! Tiada peluang lagi selepas ini melainkan diri- diri yang menyesal dan meminta untuk dikembalikan ke dunia untuk memohon keampunan dan beribadat semahunya. Ketika sudah melepasi garisan penamat iaitu mati, hancurlah peluang untuk kembali kepada Allah dan bertaubat.ayuh!

Muhasabah diri sendiri ( ^ -^)

Read More

Wednesday, December 7, 2011

Ibu- Ibu Riau.





Saya kenali indonesia melalui kegigihan rakyatnya, yang sangat kuat bekerja, jika dulu di sekeliling perumahan saya adalah tapak pembinaan, sebelum tersusun bata- bata yang kukuh pada hari ini, prosesnya yang panjang adalah dari keringat buruh- buruh binaan dari Indonesia.

Kemudian saya kenal Indonesia dengan lebih dalam melalui filem- filemnya, filem dari Indonesia yang pertama saya tonton adalah ‘ada apa dengan cinta’ yang lahir di Malaysia seawal saya di usia Sekolah rendah lagi. Kemudian Filem-filem lain dalam tahun – tahun terkedepan, Bagi saya pada waktu itu bahasa Indonesia adalah bahasa melayu yang sebenar, bukan seperti Bahasa Malaysia yang sudah bercampur aduk seiring beredaran zaman, kemudian saya makin tahu, jika di Indonesia, mereka katakan bahasa Malaysia adalah bahasa melayu yang sebenar, yang kemudian- kemudian nya saya sudah tidak tahu, mungkin saya perlu lebih mengkaji soal bahasa. Yang pasti tiap kali ketika berkesempatan berbual dengan Mahasiswa Indonesia di Riau, yang saya katakan adalah ‘ saya suka sama bahasa Indonesia, bahasanya puitis’- merujuk kepada Bahasanya yang begitu tersusun.

Ibu Professor

Satu hal yang jarang kita ambil tahu adalah rakyat Indonesia juga adalah manusia yang begitu gigih belajar dan terus belajar.

Kesempatan ke Riau atas urusan rasmi (baca : bukan melancong), mewakili pelajar Selangor ke sana begitu memberikan sesuatu pengalaman yang luar biasa, meski jarak riau dan Kuala Lumpur hanya sekitar 50 minit perjalanan, perbezaan budaya amat- amat memberikan pengalaman yang baru buat saya yang baru ini pertama kalinya naik pesawat.Alhamdulillah.

Mari saya terangkan.

Seorang pegawai polis yang mengiring kami waktu itu sedang menyelesaikan S3 (PHd), bahkan sewaktu keluar dari sebuah restoran, seorang pengawal keselamatannya adalah pelajar S2 ( Ijazah Sarjana) di salah sebuah university di Indonesia. Dan rata- rata yang saya temui meski kelihatannya biasa- biasa, tapi punya gelaran Profesor.

“Hidup yang tabah, lagi- lagi kita orang perempuan”

Kata- kata seorang ‘ibu’ (Puan) ketika kami makan bersama selepas selesai sebuah majlis Konvensyen Pendidikan di sana, dan dia selesai S3 nya dengan tempoh tiga tahun setengah. Begitu bersungguh beliau berikan kata- kata semangat pada kami, oh ya, dia juga seorang professor.

Saya kurang pasti, tapi menurutnya, selesai S3 baru dia mampu menghela nafas puas, mungkin atas banyak faktor termasuk persaingan ‘berebut’ kehidupan di Indonesia yang saya kira begitu menghimpit, sebelum berpisah sekali lagi dia bisikkan “ hidup yang tabah ya nak, habiskan belajar sehingga ke S3 ya, ingat pesan ibu ya”.

Ibu Marnis

Silap saya adalah tidak berbual panjang mengenainya bidangnya, yang saya tahu dia seorang professor, ‘ibu’ yang satu ini begitu ramah tamah bermula dari ketika dia menjemput kami di Lapangan Terbang Riau hinggalah ke hari yang terakhir yang dia juga menghantar dan menunggu kami bersama suami dan anak Bongsunya yang cantik- anggi. mungkin yang membuatkan kami begitu mudah merapatinya dek kerana dia asyik memanggil kami dengan panggilan ‘ anakandaku’ berulang kali.

Bahkan jika kami ketepi untuk tidak masuk ke perbincangan ‘orang- orang besar’, Ibu Marnis akan menarik kami untuk bersama.

Waktu hampir pulang ke Malaysia, kata ibu Marnis “ nanti kalau mahu kemari lagi, nginap di rumah ibu aja, jangan di hotel lagi ya”, saya dan sahabat waktu itu tersenyum, Iya pasti!

Saya sebenarnya bukan berniat membuat karangan format laporan versi SPM, (tapi memang saya teringin nak menceritakannya satu persatu), tapi cukuplah satu dua hal yang begitu saya ingati setiap kali teringatkan Riau.

Rakyat Malaysia harus belajar dari kegigihan Rakyat Indonesia, biarpun hanya dari Makcik- makcik pencuci dari Indonesia yang jika selama ini berselisih pun kita tidak pandang, apatah lagi untuk memberi salam dengan penuh senyuman selayaknya untuk manusia.- HIDUP usah pernah merendah- rendahkan manusia lain sedang hakikat kita yang lebih rendah jika pernah kita berfikir begitu.

Saya tidak merasa lebih boleh berbual mesra dengan ramai professor dalam pelbagai bidang, tapi saya gembira melihat kerendahan diri dan hati mereka meskipun dihadapannya adalah manusia yang bukan siapa- siapa. Teringat sebuah kata- kata dari seorang sahabat.

“Sedih melihat manusia yang semakin tinggi ilmunya, semakin terlupa dia akan kejahilannya”.

Allah mohon pelihara kami dari merasa bangga dengan diri sendiri yang hakikatnya bagai tin kosong ini.

Amin Ya Rabbal A’lamin..

Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena