Tajuk diatas saya ambil dari sebuah filem Inggeris
yang diadaptasi dari sebuah novel karya jane Austen, kisah sebuah sepasang
suami dan isteri yang punyai lima anak perempuan, mengetengahkan isu perilaku,
pendidikan, darjat, dan perkahwinan.
Filem lebih berkisar tentang Elizibeth, anak kedua
dari lima beradik tersebut yang lebih keras dan mementingkan harga diri
berbanding adik beradiknya yang lain yang sentiasa ingin tampil cantik di
setiap majlis tari menari yang dihadiri, dengan harapan, mereka dapat berkahwin
awal dengan pemuda dari golongan bangsawan dan berharta, berbanding elizibeth
yang sering menyanggahi bapanya sekiranya bapanya terlalu berlembut dengan
perikalu adik- adiknya yang ingin bebas kesana kemari.
Kehidupan keluarga mereka yang sering bergelumang
dengan kesusahan membuatkan ibunya Mrs Benneth tidak keruan dan sentiasa
bersusah payah untuk menampilkan anak- anaknya yang cantik kepada orang ramai,
dan dengan sikap ini, Elizibeth yang akhirnya berkahwin dengan seorang pemuda,
Darcy, yang pandai, dan tentunya dari keluarga kaya, dan paling kaya diantara
pemuda lain yang berkahwin dengan kakak dan adiknya. Namun diawal perkenalannya
dengan Darcy adalah bermula dengan kebencian, bilamana Elizibeth menjadi
terlalu marah pada Dancy sewaktu dia terdengar Darcy berkata “ aku tidak akan
menari dengan golongan kelas bawahan”. Tetapi Darcy jatuh cinta pada Elizibeth
kerana melihat gadis itu berbeza dengan adik beradiknya yang lain.
Antara dialog yang membuat saya berfikir adalah
bilamana seorang lelaki berkata kepada Mrs Benneth, “ apakah engkau
mengeluarkan semua anak perempuanmu, tidak ada yang masih engkau simpan dari
tatapan umum?” dan Mrs Benneth menjawab, “ ya aku keluarkan semuanya, supaya ada lelaki kaya yang terpikat dengan mereka
dan mereka akan berkahwin segera”, dibalas lelaki tersebut “ engkau sepatutnya
mengeluarkan seorang demi seorang yang sudah bersedia untuk berkahwin”. Ada
satu lagi, bilamana Elizibeth bertemu dengan ayahnya dan berkata “ adakah ayah
bersetuju jika adik ke sana dan dan dia akan berkenalan dengan lelaki yang
tidak baik”, ayahnya menjawab “ayah terpaksa, nanti adikmu menangis jika ayah
tidak izinkan”.
Wanita dan harga diri
Keistimewaan seorang wanita adalah bilamana dia tahu
menjaga harga dirinya, setiap tindakannya dimulakan dengan berfikir samaada
ianya membawa kesan pada harga dirinya atau tidak, boleh jadi faktor keturunan
juga memberi kesan, tetapi yang lebih bernilai dan berharga adalah keseriusan
seseorang wanita dalam menjaga kehormatannya, seperti kisah Elizibeth tadi. Sekalipun
sering dikatakan tidak cantik oleh ibunya, harga dirinya mencatat harga paling
mahal ketikamana dancy memilihnya berbancing adik beradiknya yang lain.
Untuk perenggan ini saya meminta para pembaca
mengabaikan tentang kisah yang telah saya ceritakan diatas, mari kita teruskan
dengan hal yang lebih serius. Perjuangan menjadi wanita itu sulit, lebih tepat
lagi perjuangan menjadi wanita yang memelihara diri itu sukar dan memerlukan
usaha yang luar biasa, dari atas dirinya, peribadinya, susuk dirinya, tulisan-
tulisannya, pendapat- pendapatnya di alam maya, gambar- gambarnya yang menarik
perhatian, tingkahlakunya, ringkasnya, jasadiah mahupun rohaniah, wanita sering saja
menjadi perhatian umum, sekalipun wanita itu tidak meminta dan mengharap semua
orang melihat kepada dirinya (walau itu yang sering terjadi).
Wanita- wanita yang memelihara diri
Wanita didalam islam dihadiahkan surah an-Nur, Surah Maryam
bahkan surah- surah lain yang mencatat peringatan penting bagi para wanita,
jelas, wanita didalam islam sudah dihidangkan dengan peringatan samaada secara
langsung seperti bagaimana harus menutup aurat, syariat- syariat untuk para
wanita mahupun kisah- kisah umat terdahulu yang begitu mengispirasikan untuk
terus wanita, menjadi para wanita yang memelihara diri. Sekalipun jalannya
sangat payah, seharusnya para wanita menjadikan cita- cita untuk menjadi wanita
yang memelihara diri sebagai cita- cita paling tinggi yang menguntum didalam
jiwa, supaya wanita lebih mendekat dengan Tuhannya.
Kadangkala wanita sering ingin lebih kehadapan, tetapi kehadapannya
sering tidak dibatasi dengan iman dan malu(hadiah berharga buat para wanita), sering juga wanita ingin kelihatan intelek dan
bijak berfikir, maka tanpa sedar wanita terlalu ghairah berbicara sehingga
banyak hal yang tidak perlu dilontarkan, sering wanita ingin tampil lebih
cantik, tanpa sedar wanita melihat kecantikan lahiriyah adalah segalanya,
sering wanita ingin dilihat mudah berkawan dan mesra, rupa- rupanya wanita
terlupa dia ada batas terbesar dalam melebarkan kenalan-kenalannya, iaitu dia
bebas bersahabat dan bersaudara dengan sesiapapun, namun disana ada prasyarat
yang harus diikuti, dia tidak boleh berteman mesra dengan lelaki, tidak boleh terlalu bebas
bergaul dengan mengenepikan adab- adab islami,
ya dia bebas berkawan, namun temannya ada hak yang besar yang boleh
dituntut keatasnya.
“Al-Rahman : 72”
“ Didalam syurga itu ada bidadari yang baik- baik dan jelita, maka
nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan?, Bidadari yang dipelihara didalam
khemah- khemah, maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan? ”
(al-Rahman : 70 – 73)
“Bidadari
yang terpelihara didalam khemah- khemah..”
Para wanita kadangkala juga bingung, bagaimana lagi
harus dia menjadi wanita yang memelihara diri, sedang tuntutan semasa yang
benar- benar memerlukan wanita kedepan, lebih berani dan menonjol diri, ya,
boleh saja wanita kedepan, mestilah tanpa mengabaikan had- had yang telah
ditetapkan syariat, Demi menegakkan agenda Ummah juga wanita harus kedepan,
namun, tiada hal yang akan membingungkan
wanita sekiranya dia berusaha menjadi para wanita yang memelihara diri dengan
meneliti ayat- ayat al- Quran dan Hadith Nabi yang berkait dengan dirinya.
Wanita sering cemburu dengan para bidadari di syurga, si cantik yang
digambarkan dengan kecantikan yang mengatasi para wanita di dunia, yang lebih
istimewa, para bidadari terpelihara kecantikannya dan dan menanti para pejuang
agama Allah didunia. Ya, yang lebih mengistimewakan Bidadari adalah dirinya
yang terpelihara.
Duhai wanita, ayuh, kita bersiap- siap, mengerahkan seluruh usaha,
menjadi wanita terpelihara dan memelihara diri, benar dunia menarik- narik diri
kita, nafsu menarik untuk tampil cantik dengan cara yang tidak halal bagi kita,
sentiasalah beringat, sekalipun dijasadnya wanita sentiasa teruji untuk
sentiasa tampil cantik, diruhnya wanita teruji dengan emosi ingin dikasihi dan
mengasihi, wanita beriman adalah wanita yang menghabiskan air matanya kerana terlalu
ingin bermujahadah memelihara diri, wanita berakhlak adalah wanita yang
tersiksa kerana terlalu ingin memelihara tingkahnya, wanita yang bebas adalah
wanita yang merdeka dari segala pengaruh luaran yang sentiasa mengarahkannya
untuk melanggah suruhan Tuhan, wanita yang memelihara diri adalah wanita yang
meletakkan setinggi – tinggi harapan pada Allah untuk dia terus dipelihara,
meski kadangkala tingkahnya tersalah, bicaranya berlebihan, terlepas melakukan
perkara yang mengaibkan, wanita adalah makhluk Tuhan yang tidak pernah terlepas
dari kesalahan, asal wanita sedar bahawa dirinya wajib dipelihara, maka hari-
harinya tidak putus berdoa agar Allah terus menjaga dirinya, bertenanglah para
wanita, disana adalah syurga menantimu, yakinlah dengan janji Tuhan.
“Ya Allah peliharalah kami, dan tutuplah keaiban kami..”
0 comments:
Post a Comment