Beriringan ke Syurga~

Tuesday, May 20, 2008

~bila aku dah mula menaip..

~Assalamulaikum~
salam saudara seakidah~

~satu pagi(waktu lepak kat rumah lepas spm),aku dapat panggilan dari abah yang sudah beransur kepejabat beberapa jam lepas,abah cakap 'k.farha'(sepupu aku)meninggal,aku tanya abah k.farha mana?sbb aku memang tak dapat terima kalau k.farha tu yang abah maksudkan,mana taknya,Arwah memang ceria habis orangnya,dahlah satu-satunya pengarang jantung dan hati maklang,teringat pula yang aku dah berapa tahun tak jumpa arwah sebab sejak tinggal di asrama,aku memang jarang balik kampung,lagipun kalau aku yang balik,selalunya dia yang tak ada.kalau dia ada,tak berhenti gelak kitorang adik-beradik tengok gelagat dia.
Abah ambil mak dan terus balik ambil cuti kecemasan,aku terus kemas baju sebab tahu kitorang bertiga akan terus balik pahang(adik-beradik yang lain kat hostel),waktu tu ,tak henti-henti dapat panggilan telefon ,kitorang diberitahu yang jenazah masih di seremban,paklang dan ade 2 orang kampung pergi ambil jenazah,maklang?kitorang terus menerus risau dengan keadaan maklang yang baru keluar wad sebab sakit kencing manis dia,kaki dia berbalut(aku tau masa dah sampai kat kampung)dalam perjalanan,kitorang memang tak tahu langsung apa-apa pun.
sampai-sampai je,memang ramai orang ,sedara mara yang memang aku tak pernanh jumpa semua ada,sepupu,sepapat,dua,tiga pupu,semua aku start kenal masa tu.memang terselit hikmahnya.
mak terus kedapur(aku ikut mana-mana mak pergi sebab tak kenal sesiapa pun),makndak terus peluk mak,huhu~sedih gak,tapi aku buat tak tahu dan salam-salam la dengan mana yang berkaitan..makndak ibarat macam mak kedua k.farha,semua yang k.farha minta dari dia,memang dapat punya,masa datang pun mandak tak tahu yang k.farha dah takde,dia cuma tahu k.farha kemalangan.sebab tu bila sampai je makndak terus pengsan kat halaman rumah(ada orang cakap).
tunggu-punya tunggu jenazah tak sampai-sampai,maklang terperosok kat tepi dinding ,cakap dah merapu,ada beberapa orang keliling dia mintak dia bawak banyak bersabar(kalau aku pun,aku akn jadi macam tu kot)masa tu lah mula keluar cerita,macammana boleh jadi...
k.farha dengan 2 orang kawan baik dia(ada gambar diorang bertiga kat dapur)pergi holiday (kat mana ntah?)maklang dengan paklang langsung tak tahu menahu,hinggalah malam tadi paklang tergerak hati nak telefon anak kesayangannya,ada sorang lelaki angkat,cakap anak encik eksident..dan meninggal dunia,sekarang tengah bedah siasat(gitu kot agaknya~)~kalau korang la..apa korang buat?silap paklang masa tu sebab dia terus bagitau kat maklang yang memang tengah tak sihat baru keluar hospital.maklang pun apa lagi dok membebel,macam tak sedar diri~aku dah cakap..jangan berjalan..nak jalan jugak,kan dah jadi macam ni..(dalam loghat pahang la..)paklang dan dua orang jiran terus gerak masa tu jugak nak pergi amik jenazah k.farha~
pendek cerita,malam tu lepas magrib,baru jenazah sampai,jenazah memang siap semua ,tinggal nak kebumi je. maklang pun dinasihatkan tak melihat jenazah sbb..(fhm2 la kalau eksdent)maklang dah lembik sampai ada orang kena peluk dan jalan sekali dengan dia
lepas solet jenazah.semua bergerak ke tanah perkuburan.aku berpeluh jugakla sbb memang seumur hidup aku tak pernah jejak kaki aku kat kawasan tu.lagi best,memalam macam tuh,sebab tu benda ni aku ltk kat dalam diary aku!memang adventure habis..
lepas semua siap,kitorang pun balik nak tidur~
aku baring tapi takboleh tido,nak tau kenapa..huhu~saspens..saspens..
~aku mula fikir,apa yang dirang borak dalam perjalanan sebelum kejadian tu,satu kereta kancil,tiga orang naik,semua dah takde,janji Allah memang kita tak boleh nak duga,paklang cakap baju diorang kat dalam bonet basah lagi(baru lepas mandi pantai kot),diorang tiga oarang memang kawan baik,dak takdir diorang pergi sekali..aku fikir gak ,kalau aku memang ditakdirkan meninggal dunia bersama-sama sahabat sahabat aku..baru orang cakap,sehidup semati!~arwah memang seorang yang jaga solat..
~aku mula terfikirkan maklang,waktu kat' tempat' tadi,maklang kata nak dok situ sebab dia rasa tenang kat situ,mesti dia sedih sangat kan..
~mak!ye,aku terfikirkan mak..aku takut tak sempat nak bahagiakan mak,nak balas jasa mak,takut tak sempat nak mintak maaf kat mak,kalau aku tiba2...tadi,aku urut tangan mak,baru aku sedar,tangan mak sakit2 buat kuih sebelum pergi kerja,tangan mak bengkak,sedih..mak cakap,bila la anak-anak mak nak habis belajar,boleh mak relaks sikit,pengorbanan mak untuk kitorang adik beradik memang tak boleh dinilai,bayangkan kitorang ada enam adik beradik yang semua masih belajar~(yang sulung uia,scond maktab same ngan akak ketiga,keempat aku,then adik2 yang masih diasrama),walaupun dua-dua kerja,memang tak cukup,bila aku duduk kat rumah sebelum sambung belajar ni.baru aku nampak semua tu,dulu masa duduk asrama asyik tahu mintak duit je..kalaulah semua sakit mak aku yang tanggung..kan bagus..

1 comments:

Anonymous said...

MasyaAllah... Sedih baca entry ni... Perenggan yg terakhir paling buat akak tersentuh.... Bila la jugak akak dpt bahagiakan mak ayah akak.. Mereka dah tua. Semasa Nessa menaip entry ni, akak masih kerja di petronas dan smpat mambahagiakan mak akak...tp lpas tu....panas x sampai ke petang... Tp, akak sntiasa berdoa, mak akak sempat tgk pelangi bersama ngan akak.... InsyaAllah... Di doakan untuk nessa juga.... (^^,)~ kak Schue

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena