Beriringan ke Syurga~

Wednesday, May 21, 2008

Ikhtilat?apa tu??

Assalamualaikum~
salam saudara sekidah~

~sorang kawan baik pm saya di iluvislam tentang ikhtilat,sebelum ni memang saya tak tahu,tentang penggunaan istilah'ikhtilat',lagi-lagi bila thread tentang ikhtilat(sekarang dah tukar tajuk thread;kawal pergaulan anda)tergerak juga hati nak tanya forumers lain ,tapi,akhirnya dah sampai tanpa banyak soal,thanks to nafsiah yang sudi pm tentang isu ni.

Ikhtilat tu apa? Pergaulan?
Message:
Insyallah ini ada beberapa tips pergaulan seperti yang di nukilkan oleh Al-Imam Prof Yusuf Al-Qardawi dalam himpunan fatwa Muasirrah:
1. Menahan padangan dari dua belah pihak. Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah swt :-
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ . وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka ......" [Surah al-Nur : 30-31]
2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara', iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari wajah/muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan sosok badannya. Firman Allah swt :-
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
"....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...." [Surah al-Nur : 31]
Pakaian tersebut juga dapat membezakan diantara wanita yang baik dan wanita yang tidak baik.
3. Hendaklah menjaga adab2 sebagai seorang muslimah didalam semua keadaan, terutama apabila bergaul dengan lelaki:-
a. Perkataan - elak dari menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.
b. Berjalan - jangan memancing pandangan orang.
c. Pergerakkan - tidak melenggang-lenggok.
4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna2 yang menarik perhatian.
5. Jangan berdua-duaan diantara lelaki dan wanita tanpa disertai oleh mahram.
6. Pergaulan itu didalam batas2 keperluan sahaja, tidak berlebih2an.
--------------
Berikut pula adalah batasan2 yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah :-
1. Khalwah - perempuan dan lelaki berdua-duan disuatu tempat yang tidak ada orang yang nampak
2. Perhiasan wanita - wanita tidak menutupi apa yang Allah perintah keatas tubuhnya, atau memakai minyak wangi, perhiasan barangan kemas atau percakapan yang boleh menarik minat lelaki kearah perkara2 yang tidak baik atau perasaan mereka.
3. Sentuhan fisikal - bersentuh lelaki dan perempuan
Menurut Majlis Fatwa Eropah bahawa jika 3 perkara ini dapat dielakkan, maka tidak ada bantahan bagi mereka menyertai apa2 majlis terebut.
Rujukan Fatwa : http://www.islamonline.net.../
--------
Syiekh Muhammad al-Munajjid juga ada mengariskan beberapa batasan2 yang tertentu didalam pergaulan tersebut, diantaranya :-
1. Elakkan dari berkata2 perkara yang diluar topik.
2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara
3. Tidak bertanya mengenai perkara pribadi (personal) eg: umur dsb.
4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan didalam hati.
-------------
Demikianlah seperti yang dinukilkan oleh para ulama'.
Kesimpulannya, lelaki dan wanita bukan mahram dibenarkan bergaul dengan mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. Pertemuan tersebut hanya berlaku berdsakan keperluan, contohnya : keperluan belajar, berdakwah, merawat pesakit dsb.
bismillahirohmanirohim..
tajuk buku : adab dan pengaulan antara lelaki dan wanita
penulis: hamidah mat ( sarjana fiqh & usul UM)
terbitan: karya bistari
konsep pengaulan antara lelaki dan wanita
pengaulan dalam bahasa arab disebut ikhtilat. Ikhtilat berasal dari kata dasar khalata, iaitu bercampur.
ulama fekah mendefinisikan pengaulan sbg satu keadaan apb lelaki dan wanita ajnabi bertemu (melebihi dua org) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka. interaksi yg berlaku mungkin berupa pencakapan, pandangan atau isyarat yg boleh difahami.
pengaulan berbeza daripada khalwat yang hanya melibatkan seorang lelaki dan seorang wnita. Ini adalah kerana,ia melibatkan bilangan yang melebihi dua orang.
melalui istilah tersebut, pengaulan boleh berlaku tempat umum seperti perhentian bas, lapangan terbang, bandar etc. boleh juga berlaku dalam keadaan terancang seperti masjlis2 kenduri , menziarahi jiran kelas pengajian dan etc.
hukum asal pengaulan
ada dua..satu adalah harus secara mutlak dan satu lagi haram.
insyaALLAH saya akan sambung dengan lebih lanjut berdasarkan buku yang saya baca ini mengenai hukum2 asal ini...
dalil golongan pertama( harus)
sabda Rasulullah saw
'sekiranya wanita2 kamu meminta izin utuk keluar ke masjid pada waktu mlam, maka berikanlah mereka keizinan'
Muslim, sahih muslim
berdasarkan hadis ini, al-Fanjari berpendapat, perempuan dan lelaki boleh solat sekali. tetapi ini tidak tepat, kerana keharusan wanita kluar solat jemaah bukanlah secra mutlak, sebaliknya terikat dengan batas2 terntentu.
buktinya, dalam solat berjemaah, saf lelaki dan perempuan diasingkan
sabda Rasulullah saw
' sebaik2 saf lelaki ialh yang paling hadapan, dan seburuk2nya ialah yang paling belakang.Sebaik2 saf wanita ialah yang paling belakang dan seburuk2 saf ialah yang paling hadapan '
muslim
Rasulullah saw mengkhususkan sebuah pintu bag kaum wanita di masjid baginda.Pntu itu dikenali sebagai ' Bab al-Nisak'. Ini bg mmbolehkan kaum wanita keluar masuk dari masjid dan tdk berlaku pencampuran dgn kaum lelaki.
selain itu, utk megelakkan pencampuran semsa pulang dari masjid Nabi saw, para jemaah lelaki akan menunggu seketika selepas solat jemaah selesai sambil berzkir krn membri peluang utuk kaum wanita utk keluar terlebih dahulu. ( al kasami ,kitab bada'i al sama'i f tartib al-syarai'
jelas merujk diatas, keharusan wanita keluar solat jemaah terikat dengan syarat tidak bercampur dengan lelaki.
islam tidak mhalalkan pencampuran bebas antra L dan P. namun islam menjadikan perkahwinan sebagai cara yg halal utuk manusia menyalurkan naluri tersebut melalui cara yg betul.
menurut Sayyid Qutb, pencampuran bebas tdak akan mengurangkan konflik kejiwaan,malah menyumbangkan masalah lain spt zina, menggugurkan anak, keruntuhan akhlak dan moral serta pelbagai jenayah lain.
insyaALLAH sambung dalil golongan kedua( haram)
dalil golongan kedua ( haram)
dalil al-Quran>> firman ALLAH swt
maksudnya : " apb kamu memnta sstu yg harus diminta drpd isteri2 Nabi, maka mntalah kpd mereka dari sebalik tabir. Cara yg demikian lebih suci bg hati kamu dan hati mereka"
surah al-Ahzab 53
berdasarkan ayat diatas, jelas tujuannya ialah utk mengelak berlakunya fitnah
difahami dengan pengaulan bebas L dan P bleh menyumbang kpd pebuatan maksiat. ALLAH menyatakan bhw perbuatan bergaul disbalik tabir lebih dapat menjaga kesucian hati.
firman ALLAH swt. maksudnya : dan hendaklah kamu tetap diam didlm rumah janganlah kamu mededahkan diri spt yg dilakukan oleh org jahiliah zaman dahulu" al Ahzab 33
31para rufaqa amat menitk beratkan syarat2 pakaian wanita , cara penuturan dan tingkah laku wanita apb mrk bergaul
boleh rujuk dalam surah nur 30-31
ALLAH memerintah agar org mukmin lelaki/wanita agar menundukkan pandangan mereka dan tdk melihat perkara2 yg haram dilihat serta mnjaga maruah mreka ( kemaluan )
* pandangan yg menimbulkan syahwat dielakkan.
*lihat surah al-Ahzab 59
*lihat surah al Nur 31
ALLAH mmerintah Rasulullah meyuruh para isterinya, anak2 baginda dan wanita2 ISLam agar menutup aurat,kerana wanita pada zaman jahiliah telah keluar rumah tanpa menutup aurat lalu digangu oleh lelaki jahat yg mnyangka mereka adalah hamba sahaya. lalu ALLAH menurunkan ayat ini.*
hukum mengenakan hijab adalah wajib.
kesimpulan
analisis pendapat rudaqa
berdasarkan kedua2 pendapat, hukum asal adalah haram. namun begitu, terdapt ruang2 pengecualian yg mmbolehkan pengaulan trsebt dalam keadaan tertentu dengan syarat tertentu. oleh itu pengaulan L dan P yg bebas akan menjadi haram sekiranya ia boleh meyumbang kepada penzinaan yg mana hukumnya adalah haram.
KEADAAN YANG MENGHARUSKAN PENGAULAN.
1. darurat.
> suatu keadaan yang boleh mengancam nyawa dan agama seseorang. Contoh, sekirannya ada wanita terancam dalm bahaya, diharuskan lelaki untuk mmbantunya untuk mmberi pelindungan kpd wanita tersebut walaupun berlaku khalwat( berdua).
ia dibolehkan sekadar menghilangkan bahaya trsebut.
keadaan yang mengancam agama juga termasuk dalam darurat.
keadaan yang mengancam agama juga termasuk darurat. oleh itu pengaulan L dan P diharuskan dalam jihad berperang melawan musuh Islam demi menjaga agama. BAnyak hadis dan riwayat yang menunjukkan wanita keluar berperang pada zaman Rasulullah saw. antaranya riwayat al-Rabi' binti al-Mu'awwiz bahawa beliau berkata :
" kami ( kaum wanita) telah keluar bersama2 Nabi saw ( berperang). Kami memberi minum dan merawat tentera yang cedera dan mmbawa pulang tentera yang terbunuh ke madinah" - hadis riwayat al- Bukhari
anas bin malik juga meriwayatkan :
" RAsulullah saw keluar berperang dengan Ummu Sulaim dan kaum wanita Ansar bersama baginda. Apabila baginda berperang, maka mereka wanita mmberi minum para tentera dan merawat tentera cedera" - hadis riwayat muslim
2. keperluan atau hajat
keperluan ialah suatu perkara yang mesti ada tetapi tidak sampai darurat . Jika keprluan tidak dipenuhi, kehidupan manjadi tdak lengkap. Bg keperluan yang tidak melanggar syarak, pengaulan L dan P diharuskan .
antaranya:
a) muamalat maliyyah ( urusan mahkamah)
penyaksian wanita diterima syarak dalam kes tertentu.
Berdasarkan firman ALLAH : dan hendaklah kamu mengdakan 2 org saksi lelaki dari kalangan kamu. Kmudian jika tidak ada saksi dari 2 org lelaki , maka bolehlah seorang lelaki dan 2 org wanita daripada orang2 yang kamu persetujui.- surah al-baqarah 282
c) urusan kerja
wanita diharuskan keluar dari rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaaan nya melibatkan pengaulan wanita dan lelaki. Tambahan pula bil. tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan wanita scara total adalah terhad.
pengaulan ini diharuskan berdasarkan kepada perbuatan Umar al-khattab ra yang melantilk al-Syifa ( seorang wanita) untuk menjadi penguatkuasa di pasar.
d) keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat
bedasarkan kepada hadis AIsyah ra. beliau menceritakan:
" Saudah binti Zam'ah telah keluar selepas diwajibkan hijab, iaitu kain tudung untuk mmenuhi keperluannya.Beliau adalah seorang wanita yang tinggi dan gemuk. Orang ramai yang sudah megenalinya tidak akan terkejut dan hairan melihatnya. Maka Umar bin al-Khattab melihatnya, lalu menegurnya: wahai Saudah! bagaimana engkau tidak mmbuat kami terpegun. Sesungguhnya aku melihat bagaimana engkau keluar. Saudah segera pulang. Sementara itu, Rasulullah saw sedang makan malam dirumahku dan baginda masih memegang tulang. Maka, ketika itulah Saudah masuk dan mngadu : Wahai Rasulullah, aku baru saja keluar, lalu Umar menegurku aku begini dan begini. Kemudian diwahyukan kepda RAsulullah saw, iaitu satu ayat dari al-Ahzab dimana tulang masih lagi ditangan baginda yang belum baginda letakkan. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya telah diizinkan bagi kamu, iatu kaum wanita untuk keluar memenuhi hajat dan keperluan kamu" - hadis riwayat al-Bukhari
berdasarkan ayat diatas, wanita dibolehkan keluar dari rumah selagi tujuan dia keluar itu tidak bertentangan dengan syarak. Oleh itu, pengaulan yang berlaku, contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ia adalah keperluan yang mendesak.
Begitu juga keadaannya jika wanita perlu ke tempat2 awam, spt stesyen bas, pasaraya dan sbgnya. Pencampurannya dengan lelaki dibolehkan dengan batas2 syarak dalam pengaulan antara lelaki dan wanita.
3.Pengaulan menurut kebiasaan adat dan majlis2
pengaulan antara lelaki dan wanita dlam majlis2 keramaian yg tdk bertentangan dengan syarak spt kenduri kendara atau majlis2 bersempena dengan sesuatu dibolehkan. Begitu juga ziarah keluarga, jiran dan sahabat , melayan tetamu dan sebagainya.
pengaulan akan menjadi haram sekiranya batas2 pengaulan tidak dijaga oleh2 kedua-dua belah pihak.
Batas pengaulan Lelaki dan Perempuan.
pengaulan yang harus kerana keprluan tertntu boleh menjadi haram sekirannya lelaki dan wanita tidak dapat menjaga batas2 yg terlah digariskan. antara batas2 tersebut:
a) menjaga aurat
aurat berasal dari perkataan arab ' aurah', iaitu kurang. Dalam fekah, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorg yg wajib ditutup dari pandangan org lain.
hukum menutup aurat abgi wanita baligh adalah WAJIB. untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorg wanita mestilah memenuhi syarat2 dibawah:
i) menutupi had aurat yang telah ditetapkan.
jumlur ulama bersepakat bahawa aurat wanita yg baligh ialah seluruh tubuh badannya kecuali mukan dan tapak tangan. oleh itu mereka wajib menutup aurat mereka daripada dilihat dari lelaki ajnabi.
berdsarkan firman ALLAH, maksudnya:
"dan hendaklah mereka ( wanita2) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka" surah an-nur 31
" wahai nabi, suruhlah isteri2mu dan anak2 perempuanmu serta wanita2 mukminah agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya( semasa mereka keluar). Cara yg demikian lebih sesuai utuk mereka dikenali ( sbg wanita yang baik2).Maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) ALLAH adalah MAha pengampun, lagi Maha mengasihani." surah al-Ahzab, 59
ii) pakaian yang longgar
tujuan utama Wanita diwajibkan menutup aurat ialah bagi mengelakkan lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mngelakkan berlakunya fitnah. Oleh itu pakaian yang yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Oleh itu, wanita yang memakai pakaian yg ketat walaupun menutupi seluruh tubuhnya masih belum memnuhi tuntutan menutup aurat sebagaimana yg dikehendaki oleh syarak. ini berdasarkan kata2 Dahiyyah bin Khalifah al-Khalbi r.a :
" Rasulullah saw dibawakan dengan beberapa helai kain ' qubtiyyah'( sejenis kain yang nipis buatan mesir), lalu baginda berkata: Bahagikan kain ini kepada dua. Satu daripadanya dibuat baju dan bakinya diberikan kepada isterimu. Apabila aku berpaling untuk beredar baginda berkata: dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain dibawahnya( supaya tidak nampak bentuk tubuhnya" hadis riwayat abu Daud.
menurut Ibn Rusyd, 'qubtiyyah' ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ia ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, RAsulullah saw memerintahkan Dahiyyah agar menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain agar tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
iii) pakaian yang tidak jarang[/b]
syarak telah menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya.
Aisyah ra. telah meriwayatkan bahawa saudaranya Asmak pernah masuk ke rumah RAsulullah saw dngan pakaian yang nipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah saw berpaling dan bersabda:
" wahai Asmak, sesungguhnya seorg wanita apab sudah baligh, dia tidak patut mmperlihatkan tubuhnya melainkan ini dan ini, smbil baginda menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangannya." hadis riwayat abu Daud.
iv) bukan pakaian yang menarik perhatian ( pakaian yang syuhrah)
iaitu pakaian yang berlainan daripada pakaian org lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian org lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.
Ibn Umar ra telah meriwayatkan daripada Nabi saw, bhw baginda telah bersabda, maksudnya:
" sesiapa yang memakai pakaian bermegah2 maka ALLAH akan memakaikan dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akana dijilat dengan api neraka" hadis riwayat abu Daud.
v) tidak menyerupai pakaian lelaki dan kafir
menurut Ibn Abbas ra, Rasullullah saw bersabda:" Rasulullah saw melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan kaum wanita meyerupai lelaki" hadis riwayat al-Bukhari.
larangan ini adalah kerana perbuatan menyerupai pakaian kafir boleh menjatuhkan martabat ISlam dan penganutnya.
vi) tidak Tabarruj
tabarruj dalam bahas yg mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan bahawa sebagai melepaskan tudung tetapi tidak mengikat atau mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai, anting2 dan lehernya. kesmpulannya tabarruj ialah memperlihatkan kecantikkan yang sepatutnya wajib ditutup.
Dalam firman ALLAH swt, maksudnya:" dan hendaklah kamu tetap dirumahmu, janganlah kamu berhias serta bertingkah laku (tabarruj) spt orang2 jahililah dahulu( pertama)" surah al-Ahzab 33
konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka yang lebih luas meliputi perbuatan wanita yang mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki dan ajnabi dan sebagainya.
Menjaga pandangan
firman ALLAH swt, maksudnya: " katakanlah ( wahai Muhammad) kepada orang2 lelaki yang beriman supaya mereka meyekat pandangan mereka( daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesunglguhnya ALLAH amat mendalam pengetahuanNYA tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita2 beriman supaya meyekat pandangan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya" surah an-Nur 30-31
dalam ayat ini ALLAH, menyuruh orang2 mukmin sama ada lelaki dan wanita supaya menundukkan pandangan mereka dan tidak melihat perkara2 yang haram dilihat, serta menjaga maruah mereka.
Menurut al-ZAmakhsyari, tidak semua pandangan diharamkan. Pandangan pertama yang tidak disengajakan atau yang tiada tujuan maksiat adalah dimaafkan.
Pandangan juga dibolehkan pada tempat yang bukan aurat dengan syarat tidak disertai dengan syahwat dan aman daripada fitnah.
Ini bermakna lelaki dan wanita boleh memandang atr satu sama lain ( pada bukan aurat) jika keadaan memerlukan dalam pengaulan mereka.
viii) tidak berlaku khalwat
ulama telah berjimak bahawa tidak harus bagi seseorang lelaki berdua-duaan dengan wanita tanpa kehadiran mahram wanita tersebut atau suaminya.
menurut Ibn Abbas ra Rasulullah saw bersabda:
maksudnya; " aku mendengar Rasulullah saw bersabda di dalam khutbahnya: Tidak harus bagi seseorang lelaki berkahlwat dengan wanita melainkan bersama (wanita itu) mahramnya.
sekiranya, seseorang wanita perlu berurusan dengan lelaki ajnabi, unsur khalwat perlu dielakkan, contohnya dengan kehadiran mahramnya atau wanita2 yang boleh dipercayai.
Adab pertuturan
Jumhur ulama berpendapat bahwa suara wanita bukanlah aurat. Oleh itu, tiada halangan bagi wanita untuk bersuara di hadapan lelaki ajnabi. Namun keharusan ini bukan secara mutlak, suara wanita menjadi aurat jika ditinggikan. Oleh itu, wanita tak disyariatkan azan.
Wanita juga dilarang melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi kerana ia boleh meransang syahwat dan menimbulkan fitnah.
.............................................................................

0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena