Beriringan ke Syurga~

Saturday, May 24, 2008

Dunia Baru~

Assalamualikum~

esok,bermula langkah aku dalam dunia baruku,hingga saat ini aku mulai yakin bahawa itu adalah tempat terbaik buat aku dan agama aku,setiap hari aku berdoa ,merintih pada tuhan,moga aku akan ditempatkan disebuah tempat yang terbaik buat aku dan agamaku,dikalangan sahabat yang terbaik ,juga buat aku dan agamaku,yang boleh mengingatkan aku saat aku terleka,maklumlah,aku hanya seorang manusia yang sentiasa lupa,dan sentiasa ingin dipimpin dalam bertatih mencari jalan yang betul.

Rasa macam baru semalam aku daftar untuk ambil STAM,bila ingat balik,kelakar pun ada,mana tak nya,punya semangat tulis borang itu ini,amik buku teks,beli satu paket besar kertas kosong untuk buat nota,last-last..habis..

Nak tahu Al-kisahnya?taknak?lantak,aku nak cerita jugak.sebab aku suka..haha~penat lah tulis satu-satu macam ni,nak buat macam mana adab dalam tulis blog,takut pulak ada yang menyampah a.k.a. tak semangat nak baca pula..=)

STAM untuk orang yang kuat semangat je,aku setuju kalau ada orang cakap macam tu,aku sendiri takut walau rasa diri dah betul-betul sedia nak ambil STAM.

Rasa macam baru semalam juga aku hantar surat letak jawatan dari jadi ketua badan dakwah banat , hanya sebab aku terbaca sepotong hadith,ermm,tak ingat.(tu la akibat tak nak amik stam.)lebih kurang macam ni,amanah adalah satu kehinaan di akhirat kelak,kecuali bagi orang yang betul-betul bertanggungjawab menunaikannya(mungkin bagi ustazah ustaz yang terbaca tulisan takde input positif aku ni boleh tolong betulkan),satu malam tak boleh tidur,last-last,sad endingnya,hantar surat letak jawatan dan ambil tiket balik kl malam tu juga.tak jumpa ustazah pulak tu,bagi surat tu pula melalui anak buah aku,Huhu~baru rasa menyesal sekarang,aku bukan ank murid yang baik...*sad*

aku memang bukan murid yang baik,form three form four aku suka lari keluar bandar,ponteng turun musolla,ponteng prep ,makan dalam dorm,semua tu memang kerja khusus aku dengan kawan-kawan baik aku,tapi,betul juga orang kata,zaman sekolah ,kalau skema sangat takde kenangan nanti.nah!form five pulak muka geng-geng kitorang naik jadi exco,baru nak gelabah ubah perangai,baru kitorang rasa apa yang exco dulu rasa masa denda kitorang dulu.hidup ni macam roda kan!!

buat exco-exco dulu yang terbaca benda ni,mintak ampun banyak..huhu~

memang menyesal jugak letak jawatan,sepatutnya aku ada bersama adik-adik yang lain tarbiah pelajar junior,memang tulah tugas kitorang sebab ada budak junior yang baru masuk tak tahu rukun sembahyang pun,(dua tiga orang la..)rasa macam semua tugas berat tu aku serah bulat-buat kat adik-adik dan kawan-kawan yang kuat semangat nak maik stam.sedih~

dah la..takmo sedih-sedih,aku akan mulakan dunia baru aku dengan penuh semangat,nak belajat rajin-rajin untuk jadi seorang peguam syariah yang berjaya,untuk semua,doakan aku!

0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena