Monday, July 7, 2008
Sebuah impian, seiring tindakan~
Setiap Manusia sering mengimpikan sesuatu yang indah untuk masa depannya,namun,sesetengah impian yang menggunung seringkali diperlekeh dengan meletakkannya sebagai angan-angan mat jenin,bermimpilah,beranganlah,kerana impian itu sebenarnya yang menolak kekuatan diri untuk bertindak,tanpa impian,nessasyahirah sebenarnya,tak sanggup pun nak bertindak setelah gagal dalam sesuatu perkara,kerana itulah,saya menekankan bahawa membina impian itu penting,dan amat penting.
percayalah,kebanyakkan dari usaha saya sering diperlekeh,walau diperkecil-kecilkan,saya punya impian mengunung,kerana itulah saya mampu dan berani bertindak walau air mata yang sering menemani dalam setiap tindakan saya,tak salah berangan,asalkan setiap angan itu diiringi usaha,dan bukan sekadar bermimpi disiang hari.biar diperlekeh ,biar segala usaha kita yang kecil itu dipandang sebelah mata,namun,jika kita tahu dan yakin akan hasilnya,lakukanlah!
saya punya impian untuk:-
~menjadi seorang peguam syariah berjaya.
~menjadi pemilik butik
~menjadi pendakwah bebas
~menjadi sukarelawan dalam badan amal
~memiliki kuda berwarna putih
~memiliki kucing parsi
~membawa ibu dan ayah saya menunaikan haji dengan duit gaji saya sendiri
dan pebagai lagi impian saya.tapi walaupun ada sesetengah impian itu dikira remeh,saya tetap mencatatkannya di meja belajar saya!dan saya sebenarnya puas digelak!tapi saya sangan teringin mengajak manusia-manusia yang menggelakkan saya itu menaiki kuda putih milik saya suatu hari nanti~
salah satu impian yang tak pernah benarkan untuk minda dan hati saya untuk melupakannya adalah untuk ke Palestin dan membantu kanak-kanak dan wanita disana sedaya mampu saya.bahkan jika saya layak untuk dipilih sebagai syuhada',-itulah sebenarnya impian tertinggi saya!gelaklah,ketawalAh,kerana anda sebenarnya yang sedang berangan-angan ala mat jenin,kerana anda hanya mampu tergelak-gelak ala beruk,tanpa usaha sedikit pun.
buat semua sahabat,saya menulis kali ini kerana sedih melihat sahabat-sahabat yang cepat benar berputus asa,malah malu-malu untuk bertindak walaupun hanya pernah diperlekehkan sekali,malu sebenarnya biarlah bertempat,(jangan sampai tak tahu malu pula). saya sangat 'menyampah' melihat saudari-saudari saya malu-malu kucing untuk tampil kehadapan untuk menegakkan kebenaran sesuatu isu,apatah lagi yang malu untuk membentangkan sesuatu dihadapan,simpanlah idea-idea dalam fikiran anda sampai berkulat jika anda fikir itulah yang terbaik!
tak salah menyatakn atau berkongsi impian anda dengan orang lain,jangan malu kerana orang yang tergelak-gelak mendengar impian anda sebenarnya cemburu dengan impian itu,yang penting adalah usaha anda untuk mencapai sesuatu impain tu.
renung dan fikirlah~
salam sayang.
nessasyahirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
=)
0 comments:
Post a Comment