Beriringan ke Syurga~

Wednesday, October 29, 2008

Tolong lindungi aku~

“Lelaki pelindung makin pupus,yang jahat makin banyak tau tak!”

Ayat ala-ala berani mati dari Adib,kami berempat ,saya ,adib,tiqa dan naz borak-borak diruang tamu.surat khabar lama harian Metro yang dah hampir lima kali saya belek (sebab jadi satu-satunya bahan bacaan yang tak diupdate ada dalam rumah sekarang)terpampang isu perogol Arwah adik Nurul Huda yang bebas hukuman mati sebab muncul lelaki ketiga yang masih menjadi misteri.sayu baca kes ni,keluarga arwah jumpa arwah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dalam tandas akibat teruk dipukul .kalau saya ,traumanya munkin saya hadapi sepanjang hidup kalau ahli keluarga sendiri hadapi perkara macam tu,nau’zubillahiminzalik~
Tiqa ralit dengan ‘Italian Job’ , boring tahap gaban’ malam-malam macam ni,lea dengan kinah tak balik dari dinner yang fakulti diorang anjur,sebab tu segala macam isu jadi topik nak berbual,entah kenapa ‘Italian Job’ tak langsung menarik perhatian saya,isu ‘lelaki pelindung makin pupus’ ni makin meleret~

Makin lama makin ramai perempuan nak kahwin lewat takut-takut bertemu jodoh dengan lelaki tak semenggah,ramai kawan-kawan saya yang dah ada ura-ura nak jadi ‘anti lelaki’,tak.. maksudnya nak bina kerjaya dan baru fikir tentang ‘berkahwin’,sebab taknak terlalu bergantung pada lelaki.ntahla..dalam hal ni nak salahkan siapa pun tak tahu.teringat drama ‘vice versa’ , macam-macam jenis perangai manusia sekarang ni.”I tak nak nanti bila I kahwin dengan you ,I jadi boring,lepas tu I kahwin senyap-senyap macam papa I buat”dialog gol and gincu tiba-tiba muncul,nak gelak pun ada jugak,tu la,orang cakap jangan couple nak couple jugak….kan dah boring..

Thread dari iluvislam:susah nak cari perempuan kuat agama sekarang(tak silap saya),tiba-tiba muncul kat benak,saya lagi banyak berangan sebenarnya dari keluarkan pendapat.nak bercerita tentang perbandingan antara jantina memang tak habis selagi manusia tak berusaha memahami konsep ‘terima seadanya disamping berusaha menjadi yang terbaik’.tapi kadang-kadang berselisih pendapat dalam mempertahankan kaum masing-masing ni seronok jugak..

Asalnya dari masalah abang seorang antara kitorang yang dah makin tak dihormati adik-adiknya sebab perangainya yang tak mampu nak melindung adik-adik,sampai keluar ayat bisa:lelaki ni makin besar makin pentingkan diri.mula berangkat ke masalah keluarga,’Italian Job’ dah ditukar dengan ost cerita korea,biasalah..perempuan.emosi makin tak stabil,suasana ala-ala tepi pantai dengan angin masuk dari tingkap tingkat sepuluh yang terbuka luas.dua orang dah tersedu cerita masalah diorang,yang dua orang lagi ni meleleh jugak.

Cara didikan keluarga memang lain-lain,ada keluarga yang mendidik dengan cara penuh disiplin ,salah seorang antara kami berempat melalui cara didikan ini,waktu ‘dia’ dalam tingkatan satu,baru nak buka mulut cerita pasal kawan kat sekolah dah kena potong,kena sekat,sebab mak dia tak nak tahu pasal anak orang lain,nak tau pasal anak dia je.hasilnya,’dia’ dan jadi pemendam perasaan kelas satu,simpan hati orang cakap lama-lama cepat mati.sampai sekarang ‘dia’ jadi manusia yang susah nak nangis dan jadi keras hati.

Sorang lagi berbeza,diajar dengan penuh kelembutan,kesannya,baru diuji dengan sedikit kesusahan,dah rasa taknak teruskan hidup.lagi-lagi kalau anak sulung,kita akan jadi ‘bahan ujikaji’, ‘dia’ cakap cubalah mak dengan ayah dia jadi mak ayah yang faham perasaan anak,tak boleh ke datang peluk anak,Tanya apa masalah anak,kenapa buat masalah,jangan terus meluru marah-marah.saya senyap,sekadar memberi ruang untuk ‘dia’ melepaskan perasaan yang terbuku di hati.rupa-rupanya berat masalah sahabat-sahabat kesayanganku ini,apa yang mampu saya nasihat,saya bagi,sekadar menenangkan perasaan .Ntahla..kita tak jadi mak dengan abah lagi,tak jadi ummi dengan abi lagi,tak jadi mama dengan papa lagi,kita tak faham perasaan diorang.satu hari nanti..mungkin.

Baru kelmarin sampai sini,kelas tak mula lagi,dah mula homesick,hampeh sungguh,perempuan kan emosi..

5 comments:

sEeKeRZ said...

btl jugak..kdg2 hilang respect kat kaum adam sebab dorg mcm dah hilang pedoman,apatah lg nk membimbing..*bukan semua..tp ada la jg~

nessa syahirah said...

yups seekerz,

bkn semua tp ramai..huhu~

x la,ini sume dr hati+kecelaruan minda,nessa takde niat nak mmbanding..hehe

moga lelaki pelindung makin ramai..

sEeKeRZ said...

insyallah..
smoga part nessa nnti golongan yg boleh membimbing,amiiin~

(n_n)^^

ibnusis said...

jgn bimbang
-Allah dah janji sesungguhnya lelaki yg baik untuk perempuan yg baik
-dan perempuan yg jahat untuk lalaki yg jahat
-so nak dapat lelaki yg baik, seorg perempuan tu mesti jadi perempuan yg baik dulu
-barulah bleh dapat laki yg baik
begitulah sebaliknya

-anyway nice blog

ibnmohamad said...

janji Allah pasti datang bagi mereka yang beriman dan bertaqwa kepadaNya.InsyaAllah.

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)[an-Nuur(24):26]

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena