Beriringan ke Syurga~

Tuesday, November 11, 2008

R.I.N.D.U.



Ingin Kukongsikan tatapan ini untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku
Fillah,"Mukmin itu jiwanya damai,tak mudah tergoncang oleh ujian ,baginya ujian
itu TARBIAH dari ALLAH,tanda kasih sayangNYA..dan kata seorang
saudaraku:Bersabarlah,bukan usahamu sia-sia,cuma kemenagan yang lewat
tiba,kudoakan moga Allah sudi kekalkan kita di atas jalan ini untuk
selamanya&mengurniakan kejayaan dunia dan akhirat.satu saja hasratku, ingin
Kesyurga bersamaMu...

mesej dari sahabat tersayang,Mariena di awal pagi sebelum subuh, dengan mata yang mengecil kucuba membaca dan memahami intipatinya,sahabat yang satu ini mengejut bangun tahajjud agaknya,aku menggagahkan diri melangkah lesu ke bilik Air.Moga sahabatku peroleh pahala yang menggunung,moga kita disatukan di Syurga~

Salam sekencang dakwah buat semua sahabat,apa khabar imanMu buat detik ini,moga kian bertambah dan moga hati-hati ini tidak leka dan terus leka dengan segala macam kesibukan dunia, salam sayang untuk sahabat-sahabatku,moga hati kita disatukan keranaNYA,kerana hati yang bertaut kerana Allah ini rindunya terasa sangat luar biasa bila tidak berpeluang bertemu walau untuk seketika.bahkan jika ada didepan mata, kasihnya bagai kasih sayang yang ibu lemparkan buat anak-anaknya.

Umur yang makin menginjak dewasa, Umurku bertambah kesatu angka lagi pada 22 November ini.sahabat -sahabat tersayang mula bertanyakan tentang hadiah yang kuinginkan, aku tidak inginkan barang kenangan tanda persahabatan kita sahabat, aku hanya inginkan jiwa kita terus bertaut dijalanNYA, bersama-sama berjuang keranaNYA. Kerana kukira barangan itu tidak mampu membuatku bertambah kasih padamu jika aku rindu, tapi tautan hati itu selamanya berkekalan bahkan aku boleh menangis jika teringat senyummu jika ditakdirkan kita berpisah suatu hari nanti.

Moga dengan injakan usia ini,fikiraku makin matang dalam membezakan yang baik dan yang buruk, moga kata-kata yang terluah dibibirku lebih berhikmah, moga ketaatanku pada Allah kian bertambah, Moga cengkaman iman didada kian mengikat ketat, Moga rinduku padamu sahabat,aku inginkan ubat.

Asrar pertemuan itu sungguh milik Allah,dua hari lepas aku ditemukan dengan ibu dan Adik angkat dalam sebuah program anjuran kolej.dua hati ini ditakdirkan bertemu denganku,Makin bertambah kenalanku, makin berat beban dakwahku,Allah..Mohon diberatkan imanku untuk menjalankan AmanahMU di muka bumiMU yang maha kaya dengan nikmatMU.Jauhkan Hamba dari menjadi hambaMU yang tidak mengenal erti Syukur.

Aku ditarbiah dalam beberapa hari ini,Ujian dalam bentuk berita yang menyedihkan sampai ke pendengaranku,Khabarnya guru kesayanganku sedang sakit tenat,Allah..sembuhkan penyakitnya, dan jika kematian adalah lebih baik buatnya dari kehidupan,kau ambillah Nyawanya dalam husnulkhatimah,tempatkan dirinya ditempat Hamba-hambaMu yang Soleh dan soleha,beberapa lagi berita yang agak menyedihkan rupa-rupa yang kepada bentuk peringatan, ternya itulah tarbiyah yang Marina maksudkan dalam untaian mesejnya.

Buat sahabat yang mula merasakan diri kian tersasar,kembalilah..aku merindui kalian yang jiwanya penuh iman,aku rindukan sahabat yang sentiasa melafaz kata-kata berbentuk peringatan,aku rindukan sahabat yang selalu menasihati waktu aku lemah dalam ujian, aku rindukan kalian yang dulu..aku rindukan kalian..biarlah jika marahmu padaku dek nasihat yang dianggap memanaskan telinga,marahlah aku,bencilah aku,tapi..kembalilah kejalaNYA, biar rinduku ada Ubatnya biarpun rasa benci itu terselit dijiwamu.

Assalamualaikum...

2 comments:

IBNUSIS said...

nice article

JHaZ KiTaRo said...

salam ziarah dari bumi Dublin. Nice blog!! Keep it up. Kalau rajin, dtg laa ziarah blog hamba.. :)

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena