Beriringan ke Syurga~

Saturday, January 3, 2009

Mahasiswa Malaysia, jangan terus jadi Arnab pengecut!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Meledak jiwa-jiwa umat islam diseluruh dunia melihat saudara-saudara mereka diratah jasadnya dek peluru berpandu milik rejim zionis di bumi Mulia Palestin.Duhai Insan-insan yang andainya masih punya hati, teruskan menikus longlai !


Kekuatan penyatuan umat islam ternyata luar biasa, Indonesia, iran, yaman, lihat dijalanannya, beribu-ribu manusia yang terobek hatinya dek kesengsaraan zahir mahupun batin saudara kecintaan kita di gaza, Syaitan – syaitan bertopeng manusia itu nyata tebal hatinya melihat darah-darah segar menglir dari tubuh-tubuh rakyat gaza, dan terus- menerus merancang serangan yang lebih menggila , hapuskan! Hapuskan hamas , hapuskan palestin!-itu kata mereka~Asap-asap hitam meliputi cermin hati dan terus menebal sehingga terhijab sama sekali.


“ Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu menutupi hati mereka”

(Al-Ra’d ayat 28)


Sepi.


Jalanan dimalaysia masih sepi, yang menjerit hanya laungan hon, jeritan kata kesat , aku mahu segera sampai ketempat kerja!!kelaskan bermula lima minit lagi!!teruskan manusia, teruskan dengan duniamu.Aku melihat dengan dua mata kurniaan Ilahi ini, aku melihat sejak Bush dibaling kasut lagi, pembaling itu ditahan , aku melihat mahasiswa islam di Pakistan sudah mula memenuhi jalanan, aku melihat banyak Negara islam mula bersuara lantang biarpun hanya di lorong jalanan.apatah lagi apabila bumi kecintaan Sallahuddin Al-Ayubi ditikam-tikam perutnya oleh pelbagai senjata canggih.


“InsyaAllah, kami yakin, dengan penyatuan umat islam, dari iran dan kami mahasiswa Indonesia , mereka itu akan musnah sama sekali!!”


Aku mendengar itu dengan nikmat dua telinga yang aku pinjam dari Allahku, muslimah Indonesia itu teguh bersuara lantang, aku malu sebenarnya! Malaysia di mana? Atau lebih tepat lagi…MAHASISWA MALAYSIA dimana?oh~ masih leka mengadap komputer, oh~masih minum-minum santai di kedai mamak menonton bola..oh~ masih penuh dipadang bersukan ria..muzik rancak mengiringi langkah earobikmu.menggeletek tawamu mu berbeza dengan menggelupur rakyat mulia itu saat dibantai kejam!


Wajahku bagai diconteng noda merah saat melihat rakyat Australia keluar berdemostrasi, islamkah mereka? Itu soalan pertamaku buat diri, tidak? Mereka kebanyakkan bukan islam? Tapi..kenapa marah mereka lebih dari marah umat islam dimalaysia ini saat mereka keluar berdemostrasi dijalanan..engkau punya jawabnya?oh~mereka bagaikan arnab rupanya..arnab itu comel , tapi penakut! Takut dibaling asap pemedih mata agaknya bila kemarahan yang membuak sudah tak terkawal.


“eleh..kalau setakat demo..ape sangat, nak tunjuk marah.ha..pergilah palestin tuh!”


Aku kesal, kasutku seakan ingin diangkat dan dibaling tepat kewajah itu.diam kau manusia pengecut, diam atau wajah kau aku telungkupkan ke takungan darah segar yang mengalir dari jasad gadis kecil , biar sesak nafasmu bisa melembutkan hati yang sudah kebal.

“Rakyat Malaysia pelu lebih agresif. Cuba lihat di UK, hasil demo tiap-tiap hari, menteri luarnya David Miliband telah mengeluarkan kenyataan yang agak luar biasa mengutuk serangan tersebut. Namun ini tidak menyebabkan mereka menghentikan demo di depan kedutaan Israel, mereka akan tetap berdemo sehingga serangan dihentikan. Begitu juga di negara-negara Eropah yang lain.

Demo satu hal, satu lagi ialah kumpulan lobi, terutamanya di peringkat antarabangsa. Di zaman IT, pelbagai prasarana boleh dilakukan. Facebook merupakan satu wacana yang sesuai. Lobikan rakyat-rakyat negara Eropah agar mempengaruhi wakil-wakil mereka di EU untuk menjadikan Israel sebagai rejim Aparteid dan diboikot. Lobikan juga agar EU mula menghantar bantuan. Begitu juga dengan ASEAN dan OIC.

Interest group juga amat penting. Ke manakah kumpulan pro-wanita dan kanak-kanak di dalam hal ini. Sepatutnya kempen mengutuk serangan di peringkat antarabangsa telah dilakukan oleh kumpulan-kumpulan ini untuk membela nasib wanita dan kanak-kanak di Gaza.

Mungkin kelab simpatisan 'Balouchi sisters' boleh ditubuhkan untuk kempen di rantau Asia. Jadikan iktibar kematian lima kanak-kanak perempuan bersaudara itu sebagai tema kempen untuk dunia membantu. Kirimkan bantahan kepada negara-negara Arab berjiran agar masuk campur dan menyerang rejim Zionis”-Ust Maszlee Malek.

Itu kata ustaz, tunggu apa lagi, wahai remaja khususnya islam di Malaysia, masih mahu membisu, bila lagi keramaian penyatuan mahasiswa di seluruh Malaysia mengatasi keramaian manusia saat terkinja-kinja berjoget melihat konsert sambutan tahun baru?jom kita bersatu dihadapan KLCC, memenuhi jalan-jalan sekitar kuala Lumpur, jom kita kosongkan seluruh pusat pengajian sehari.ayuh persatuan-persatuan mahasiswa Malaysia, sampai bila mahu jadi arnab didalam sangkar?mana suaramu yang begitu lantang mengutuk kemasukan artis barat kemalaysia, mana suara-suara itu yang begitu lantang menyuarakan hak?mana! Ayuh bersatu!!!

Duhai Allah

Aku ingin kecapi dua jiwa

Yang Satu untuk Allah dan Rasulku

yang satu untuk keluargaku

Aku ingin capai dua cita

Yang satu hidup sebagai pemasti islam tertegak dimuka bumi

Yang satu untuk mati bertemu dengan Tuhanku dengan jalan Syahid

Aku harap aku punyai dua jasad

Yang satu disini yang lisanku bisa menyemarakkan jiwa

Yang satu disana bumi berdarah yang boleh kutambah tenaga juangnya

Namun..

Jika aku hanya punya satu.

Ku ingin jiwa yang hanya untuk Allah dan Rasul

Ku ingin capai cita untuk mati dijalanMU

Ku ingin jasadku disana sebagai semangat jasad-jasad disini

Duhai Allah

Tebar jiwaku menjalari urat nadiku

Biar jiwa itu seteguh langitMU

Allah Tuhanku

Rapati diriku dengan cita untuk bertemuMU

Biar cita itu setinggi semestaMU

Allahku..

Langkahkan kaki ini

Menyusuri jalan redhaMU

Andai terpisah dari jasad lemah ini

Beriku daya agar dapat kukorbankan seluruh pancainderaku

Sebagai saksi menuju SyurgaMU..

-Nessa syahirah

3 comments:

Nik Adzhar said...

Banyak yang boleh kita lakukan kalau kita benar-benar ingin membantu.

Demonstrasi hanya tindakan kecil.Bagi Pemerintah Israel dan Amerika yang berFIKIR,mereka bertuhankan rasional.Rasional mereka mengatakan orang Islam lemah kerana hanya bersimpati dari jauh.Mereka tidak percaya pada doa (prayer) sebab mereka tidak percaya Tuhan yg Satu dan Maha Kuasa.

Perhatikan gelagat orang Malaysia sendiri.Kita seronok tinggal di rumah masing-masing, bekerja ke sekolah dan pejabat,makan di hotel,tidur-tidur dan hidup selesa.

Hanya segelintir orang yg Allah pilih seperti Mercy Malaysia utk berada di sana dan melihat sendiri penderitaan yg dihadapi oleh saudara Islam kita di sana.Bayangkan jet-jet pejuang terbang melintasi kepala,dentuman bom yang kuat dan mayat yang bergelimpangan.

Ana rasa Palestin menderita berpuluh tahun kerana kita (dan orang Arab) tidak mempunyai perasaan sebagaimana kita di Malaysia.Kita masih tidak ditindas dengan sebenar-benar penindasan.Dengan itu ramai orang Islam tidak rasa tertekan dengan nasib saudara sendiri.Satu hari nanti Islam akan bangkit dengan sebesar dan sekuat kebangkitan yang bergelombang dalam rohani dan fizikal.Rintihan doa,kata-kata dan tunjuk perasaan yang diikuti dengan tindakan oleh fizikal.

Allah sudah berfirman yg bermaksud: "Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"

Pendek kata,orang Palestin tidak berilmu,mereka tiada perancangan, tidak tahu bagaimana caranya yang terbaik untuk mempertahankan bumi bertuah yang mereka duduki.Mereka mesti mengatasi Israel dan AS dari segenap segi,seperti apa yang kita lakukan di Malaysia sekarang.Sampai ke hari ini Palestin belum merdeka,maka perjuangkanlah kemerdekaan Palestin dahulu.Nasib masyarakat Palestin amat malang kerana tiada sempadan yang memisahkan mereka dengan Yahudi,bahkan dalam negara Palestin sekalipun.

Kesimpulannya,apa perasaan anta yang sebenar apabila menatap mayat Islam yang ramai bergelimpangan.Inna lillahi wainna ilaihi rajiun...itulah ucapan yang sebaiknya.Sesungguhnya kepadanyalah kita kembali..

Cuba anta fikir,kalau Rasulullah masih hidup apa yang akan baginda lakukan?-mengambil pelajaran dari perang Khandaq dan fathu Makkah.

Sekian,catatan perjuangan.

(Ya,jangan terus jadi pengecut.Sbg bekas mahasiswa,apa yg boleh kulakukan,ya Allah...)

nessa syahirah said...

bukan 'jika' kita benar2 ingin membantu, kita wajib! membantu.

jom keuar ramai-ramai kat masjid putra, putrajaya, jumaat(9 jan 09) ni.pakat-pakat keluar,perhimpunan seribu mahasisiwa.10,000 pasti keluar.

p/s: x- mahasiswa pun boley..

Anonymous said...

Allahumman surril Islam wal mujahideen waa fii Palestine waa fii kulli makan waa fii kulliz zaman..ameen!

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena