Beriringan ke Syurga~

Sunday, February 22, 2009

sedang hati ini terus merindu.




Sedang hati ini terus merindu~

Hati-hati menjaga hati!

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
(Al-Ra’d ayat 28)


Hati milik kita, macammana berhati-hati menjaga diri dari kemudharatan, begitu juga berhati-hatinya kita harus menjaga hati,ramai manusia tak sedar, maksiat memusnah hati, berapa ramai jaga pandangan mata dari tengok perempuan atau lelaki bukan muhrim? Sebab guna alasan bukannya lekat dihati pun..Perasan tak? Lagi kita melilau mata waktu jalan-jalan kat merata tempat, lagi tak khusyuk solat kita? Perasan tak hari ni dengar lagu Linkin Park, solat magrib dok teringat iramanya,perasan tak tadi dok berbual kosong tentang hiburan, isyak dok teringat muka artis yang kita sembang, perasan tak, kalau semalam asyik teringat kat wajah insan yang diminati, oh~solat rasa macam dok atas kapal, terbuai-buai.last-last lepas solat, berdoa moga jodoh kita dengannya, tapi solat entah khusyuknya dimana.Hai manusia, jagalah aset berharga milik kita bernama HATI.Hati ibarat nakhoda bagai sebuah kapal bernama seorang insan. Entah pelayaran itu berjaya, mahupun terus karam di lautanRamai mungkin tak perasan sebab solat tak diusaha untuk menjadi sempurna. Berapa ramai duduk di tikar sejadah dengan penuh kekusyukkan mengingati Allah, hidup kita disibukkan dengan dunia, Lepas solat terus lipat telekung, sejadah takut lewat ke kelas,doa lintang pukang, keikhlasan entah dicampak kemana, berdoa sambil lewa, kita meminta pada pencipta macam order pada teh tarik pada mamak, last-last tak dapat mula hati gundah gulana, perasan tak?kita tak berusaha mengenali DIA dengan lebih dekat, sebab tu cinta hanya biasa-biasa, kadang-kadang cinta hanya pada perkataan’ aku cintai Allah’ bukan pada hati yang tenggelam dengan cinta dan rindu yang mencengkam jiwa pada Yang esa.saya teringat lirik berbisa dari lagu Mawaddah.

Kalau tuhan kita kenali,dialah segala-galanya, kalau tuhan kita fahami, dialah pengurus seluruh keperluan kita, kalau tuhan kita fahami, tuhan itu siapa sebenarnya..kita akan sanggup meenerima ujian kerananya, kita sanggup buat apa saja demi cinta padanya, kita akan sanggup menerima ujian keranannya, kita akan sanggup menderita demi cinta padanya.kalau tuhan dikenali.
Cintailah tuhan dia adalah segalanya, korbankanlah apa saja kerananya, cintakan tuhan cinta paling mahal, cintakan selain tuhan, cinta murahan


________________________________________________________

Kejar cinta tuhan, bukan cinta murahan.

Cinta murahan isu biasa, isu sama, saya malas nak celoteh panjang, sebab saya tahu, isunya tetap sama, dalil sudah banyak dilambakkan, tapi alasan pasti mahu diwujudkan.

“Sekali-kali tidak ! bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka”
(Al-Mutaffifin ayat 14)

“Kami couple, tapi tetap jaga batas, ala..lagipun dia jauh, pisah tujuh benua, takde dating2 ni~”

“kitorang memang couple, tapi dah janji nak kahwin, nanti habis belajar jalanlah..”

“Ala..aku bukan main-main dengan dia, dia dah janji nak kahwin dengan aku, aku tau ..ustaz attack aku time kelas tadi, nantilah..aku kahwin aku bagi kad kawin size banner kat ustaz, bukti kitorang tak main-main..”

Sabda Rasulullah S.A.W.

“Jika tidak kerana Syaitan-syaitan berligar-ligar di hati anak Adam, nescayalah mereka memandang kepada kerajaan-kerajaan langit”

Satu hari dalam kelas tafsir, Guru saya, ustaz Abu Zaki (Semoga Allah merahmatinya) bincang permasalahan cinta murahan di kalangan anak remaja, ape lagi..ramailah yang tarik muka, tu yang keluar habis ayat-ayat kat atas~Syaitan memang jahat, tapi penakut, tujuan diorang hasut manusia bercinta , pastu punahkan rumah tangga pulak lepas kahwin, dah musnah, cari orang lain pulak. berapa ramai manusia bahagia lepas bercinta bagai nak rak lima tahun dan kahwin, masa itu baru kenal perangai menyinga masing-masing, periuk belanga dah jadi bola tampar, pas-pas ke pihak lawan dengan serangan bertubi-tubi.lain pulak dengan insan-insan bahagia bercinta lepas kahwin, ikut islam kan senang.nak cari yang susah buat apa.

Kita boleh cinta ramai lagi yang halal, Cinta Allah dan Rasul tu memang wajib, Mak Ayah ada, adik beradik, sahabat, Guru.dah yang semua tu nak dicampak kemana kalau couple, sebab tu jelas kita nampak, manusia yang masyuk bercinta susah nak jaga hubungan dengan yang lain, berapa ramai manusia yang terlibat dengan cinta murahan ni, lari rumah, bergaduh dengan adik-beradik, sahabat, hubungan dengan Allah apatah lagi, terang-terangan dilanggar, rasul dah tak ingat sunnahnya, dilupa soal agama.tapi ada satu lagi golongan, solat solat, tapi bercinta bagai nak rak, sebab solat hanya sebab nak tunjuk kat kekasih hati yang dia ni memang jenis yang boleh dibuat laki.

Dan satu lagi golongan tak bercinta tapi ikhtilat tak jaga, langgar habis, boleh makan minum semeja dengan lelaki, buat macam abang sendiri kononnya, katanya tak langgar batas, entah batas itu difahami atau tidak, duhai sahabat, bila lagi nak bertaubat? Hati-hatilah menjaga hati.





______________________________________________

Soalnya hati.

Baru-baru ini, seorang sahabat yang sedang menuntut di Matrik Pulau pinang, menghubungi saya, grapevine yang saya terima , katanya dia baru ‘putus’ dengan couplenye, saya ambil kesempatan menyelidik.

“eh, ko dengan …..dah putus ye?”

“oh~ha’ah, mana tau?”

“Ntah, ada orang bagi tau..”

“ooo..”

“kenapa?”saya menebak hatinya.

“Ntahla nisa, ko tak couple kenapa?”saya senyap.mencari jawapan paling sesuai.

“ermm, sebab tak jumpa yang sesuai dengan hati kot..”saya gelak.giliran dia pula membisu.

“aku dah faham apa yang ko cakap dulu, benda ni haram, lagipun kat sini, aku jadi budak surau..aku nak nasihat orang jangan couple, aku pun takleh couple-couple ni..”

“aku nak cakap dari dulu lagi sebenarnya..” sekadar menasihati.dia masih senyap, saya sambung.

“ala..ada punya nanti, tunggu je..kalau dah betul nak kahwin nanti,siapa-siapa masuk, istikharah je, InsyaAllah tu pilihan terbaik.”saya dengar dia gelak, mana taknya, geng satu kepala gila-gila zaman sekolah dulu boleh bagi ceramah cam ustazah pulak,acceceh~

Naluri manusia menyatakan tidak sebenarnya pada dosa, tapi nafsu mengheret jiwa dan diri ke lembah noda.


____________________________________________________


Sedang hati ini terus merindu

Saya cemburu..saya cemburu pada Rabiatul Adawiyah, saya cemburu pada wanita tukang sikat anak firaun, saya cemburu pada jiwa-jiwa yang hanya untuk Allah, entah hari ini kalau saya diuji dicampak kedalam parit yang penuh dengan api(kisah Ashabul Ukhdud), entah saya masih boleh bertahan atau tidak, entah air mata ini masih boleh mengalir saat jiwa ditenggelam rindu pada Allah, sebab tu saya syorkan cinta murahan itu tak perlu langsung, bimbang-bimbang air mata dah tak boleh nak merembes saat bertemu tuhan di malam hari. Saya cerita pengalaman saya sebagai pengajaran, saya pernah terlibat dengan satu program, dah jadi AJK, terpaksa berhubung dengan beberapa lelaki, kesannya, entah kenapa air mata ini seakan terlau susah nak mengalir, baru saya tahu, betapa berdosanya saya, hingga air mata itu tidak mampu menterjemahkan rindu itu, walau hati ini terus merindu.Duhai Allah, masih berdosakah jiwa ini? Sedayaku terus mencintaiMU sepenuhnya.





0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena