Beriringan ke Syurga~

Sunday, March 15, 2009

“Allah peduli” bukti hedonisme melampau.

konsert Pictures, Images and Photos



Istilah Hedonisme makin meniti disetiap bibir, melangkah-langkah dari artikel ke artikel,mencengah dari post ke post,realitinya, ia makin popular sebaris dengan kewujudannya, hidup untuk seronok-seronok, ada manusia memang itu tujuan hidup mereka, walaupun tak dizahirkan terus dengan ayat, “ya saya,hidup saya untuk seronok,berseronok, tiada tujuan lain”.berapa ramai manusia yang masanya diisi di pub-pub, club, ah,tak perlu pergi jauh, joget lambak yang menghiasi malam kenduri yang bersepah melata boleh jadi bukti ramai manusia yang hidupnya untuk seronok-seronok.sebagai penjelasan, hedonisme merupakan fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup.makin lama,manusia makin kebelakang semula, atau kembali ke zaman jahiliyah semula, buktinya jelas,manusia mula meninggalkan jauh ‘ ghayah’,iaitu tujuan terakhir yang sebenar bagi individu muslim- Penghambaan atau Beribadah kepada Pencipta iaitu Allah swt.



"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku" . (Adz-Dzariyat: 56)



Antara hedonisme dan Ghayah,langit dan bumi itu satu perumpamaan yang paling tepat bagi saya.



Kebelakangan ini, Malaysia digemparkan dengan Isu-Allah peduli.Siapa lagi kalau bukan si Agnes Monica yang makin berani,siapa yang makin berani saya keliru, si agnes ataupun satu pihak yang dari hari , sedikit demi sedikit menyerapkan lagu-lagu yang mempunyai lirik bahaya,oh, terkejut sekejap dengan pengharaman,ingatkan masih boleh masuk..mungkin ini yang difikirkan pihak-pihak itu tadi. mengapa tiada suara berkumandang saat lagu,makhluk tuhan paling seksi menerjah halwa telinga pendengar di Malaysia, sampai sepupu saya yang baru berusia enam tujuh tahun pun hafal liriknya, mengapa video klip matahariku ,juga dari Agnes monica sepi tanpa bantahan.Katanya kerana lirik yang lain tidak mengelirukan, entah tidak mengelirukan bagaimana, saya pula yang makin keliru.entah-entah kita yang dikelirukan oleh pihak-pihak yang ingin mengelirukan.walaubagaimanapun, tahniah buat pihak yang bersuara untuk pengharaman lagu 'Allah peduli' –mais.



Umat islam khususnya di Malaysia makin Alpa, terjebak dengan budaya hedonisme melampau yang saya katanya tadi.semua orang tahu hal ini.sudahlah hedonisme itu dimaksudkan sebagai sesuatu yang sudah ke tahap maksimum,saya tambahkan pula dengan istilah ‘melampau’, maksudnya-super hedonisme.Mungkin ada pendapat yang menyatakan ‘Allah peduli’ itu tak membuktikan sebarang hedonisme melampau di Malaysia, (atau itu hanya pemikiran saya sahaja),namun, bila pula lagu-lagu yang masuk kemalaysia khususnya dari Indonesia itu tak diterima dengan meriah dimalaysia?lagu-lagu dari barat yang mempunyai lirik berunsur lucah juga disapu rakyat Malaysia dengan sesenangnya, jelas bukan?kita menerima sebarang hiburan tanpa had, hanya memikirkan keseronokan, jelas,keseronokan sebagai matlamat atau-super hedonisme.cuba jika Allah peduli itu masuk ke Malaysia tanpa halangan, mungkin akan timbul ayat begini..”Alaa..nyanyi saje-saje, bukan apa pun..”macam lagu Makhluk Tuhan paling seksi,entah-entah tidak lama lagi dinyanyikan oleh pelajar akademi fantasia di Konsert mingguannya sambil terkinja-kinja seperti kera.Syukurnya diharamkan.Justeru jelasnya, Orang indonesia mula melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang ‘Boleh menerima hiburan secara profesional’, tanpa ada secalit rasa hormat dengan sebuah negara islam(kononnya) dengan mencuba untuk menyerapkan lagu-lagu berunsur begitu.ianya umpama satu gerakan untuk menguji kekebalan malaysia.



Jadi,masih mahu duduk bersila panggung memeluk tubuh? ayuh generasi muda Malaysia, kita hapuskan budaya hedonisme yang makin mencekik sahabat-sahabat kita. Jom rempuh gig,konsert jom heboh, Akademi fantasia.sampai bila mahu biarkan mereka hanyut,ayuh bangun semua.Umat islam itu bersaudara bukan, sampai bila mahu lihat saudara kita hanyut mengikut jejak langkah sang kafir durjana,


"Dan orang-orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang dan neraka adalah tempat tinggal mereka" (Muhammad: 12)


Ayuh gerakkan langkah!mara kehadapan!



-saya tengah bengang bising orang dok joget lambak kat luar nuh!

0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena