Beriringan ke Syurga~

Saturday, March 21, 2009

Antara dua~

Antara video ini...



Dan video ini..




Antara dua situasi di tempat yang berbeza, wujud jiwa-jiwa yang sama bersatu menegakkan kebenaran di muka bumi. Nyata kebenaran itu pahit, namun manisnya kan kunjung tiba, saat derita yang mencengkam bertemu penghujungnya, senyum menebar membahagiakan seisi semesta. Duhai Allah, satukan dan teguhkan jiwa-jiwa ini dijalan-MU.

Salam perjuangan tidak bermusim buat semua sahabat, yang duduk beristirehat pastikan rehatmu tidak lama, banyak lagi kerja-kerja dalam perjuangan islam yang kita harus lakukan, ayuh, jangan terus memanjakan tubuh, penuhi masa dalam perjuangan, moga amal itu dinilai Allah. InsyaAllah.

Indahnya..jika yang musliminnya berjuang bermati-matian merebut syahid, Indahnya..jika yang muslimat jadi pembakar obor semangat jihad buat suami, lantas, sinar islam menyimbah lagi ke bumi.ya..saat itu pasti tiba~jadi, masih tidak mahu menjadi pendokong dan antara insan-insan terpilih yang berpenat lelah meneguhkan tiang islam itu?masih mahu menjadi pemerhati dari jauh?alangkah ruginya.

Semalam di Buletin TV3, seorang tentera israel mendedahkan betapa kekejaman yang mereka lakukan sebenarnya dalam kesedaran mereka, melihat sendiri bagaimana orang awam yang tidak bersenjata dibunuh dengan kejam.fitrah manusia itu dilahirkan dengan sifat kasih dan sayang, jadi manusia-manusia hina itu mahu merobekkan kesucian fitrah itu, dan kekejaman itu bermaharajalela.

isu boikot masih panas, jadi terus memanaskannya, kelakar juga melihat pelbagai iklan baru yang muncul dari produk-produk yang diboikot, nyata mereka makin panik.penurunan harga mendadak membuatkan saya tersenyum.teruskan perjuangan memboikot!

'Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.' (Al-Isra:4-6)


Ada mata lihat,ada telinga dengar,ada mulut diam..ada aqal fikir~

Ya Allah, satukan jiwa-jiwa ini untuk berjuang kerana-MU,Golongkan kami dalam golongan yang engkau redhai di akhir Zaman ini,Ameen..



0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena