Beriringan ke Syurga~

Saturday, April 4, 2009

memilih dipilih

Jalan Lurus Pictures, Images and Photos

hidup penuh dengan pilihan.

jika kelmarin saya terpaksa memilih untuk ke kelas atau ke Ceramah Ustaz Hazrizal.
jika semalam saya terpaksa memilih ke Masjid atau ke Mesyuarat Persatuan.
jika hari ini saya terpaksa ke Pasar Malam atau ke Cafe Belakang Qaryah.
entah esok arah mana langkah saya antara dua jalan yang terpaksa saya pilih setelah jawapan untuk ketiga-tiga diatas telah saya perolehi,- kerana masa itu telah berlalu.

Yang pasti,dalam menentukan jawapan antara dua pilihan,-ia sukar!

Antara kelas dan Ceramah Ustaz Hasrizal.

"Orang tak pergi kelas tau pagi esok" melalui hujung mata, saya nampak hajar pandang saya, saya buat-buat ralit memandang skrin Laptop dihadapan.

"Nisa ni..kadang-kadang semangat dia tak kena tempat"saya senyap, bisa juga.

"dalam hidup ni, kita kena berdepan dengan macam-macam pilihan, bukan senang nak pilih sesuatu yang lebih baik untuk kita.." entah kenapa ayat yang agak skema terbit dari mulut saya. mimik muka saya masih cool..(hehehe)

sepi.kami memilih untuk senyap, mungkin hajar beri masa untuk saya berfikir lagi, dan lagi.

Esoknya kelas Bahasa.ada perbentangan individu, perbentangan saya dah selesai minggu lepas,entah, saya masih terasa sangat sayang kalau saya tinggalkan ceramah Abu Saif yang berkisar tentang dakwah dan Blog.mungkin saya perlu mendalami tentang al-feqh al-awlawiyat, hari tu Kak Yati ada pesan suruh baca buku ni,mungkin ada kaitan dengan situasi pilih memilih ni. tapi saya sedang habiskan buku Fiqh Al-Harakah, Buku seterusnya,Mungkin.

Ya, esoknya, saya berada dalam Auditorium yang sejuk, menikmati bibit-bibit mutiara yang terbit dari Mulut Da'ie yang saya kagumi.Abu Saif.

satu lagi situasi pemilihan yang saya lalui.

saya terpilih untuk satu program-Tamrin Qiadi.Paginya saya agak tidak sihat,muntah-muntah, sampai dah nak telefon abah suruh ambil, entah kenapa tak tertekan nombornya. Handset, saya pandang lesu.

petangnya, Alhamdulillah, saya berjaya kesana.

teringat kata-kata k.Tiqah.

"Allah pinang Nisa ni..." Saya senyum. Alhamdulillah.


Kemudian Allah mengilhamkan kepadanya jalan yang kejahatan dan jalan taqwanya(8)Sesungguhnya amat beruntunglah orang yang membersihkannya.(9)Dan sesungguhnya amat rugilah orang yang mencemarkannya.(10) As-Syam:8-10


Ibn Abbas ra. berkata Biasa Nabi saw. jika membaca ayat ini lalu berhenti dan berdoa:

(Allahumma aati nafsi taqwaa haa wazakkihaa anta khairu man zakkaa ha anta waliyuhaa wamaulaa haa)
"Ya Allah berilah pada diriku takwanya, dan bersihkanlah, Engkau sebaik-baik yang membersihkannya, Engkau, Tuhan yang memimpin dan melindunginya".

HR. Afthabarani,Ibn Abi Hatim juga meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.

~berdoalah mohon diteguhkan hati,moga jalan yang dilalui adalah jalan taqwa!

brown butterfly Pictures, Images and Photos

2 comments:

muhriz rahmat said...

Allah mengajar kita cara untuk matang membuat pilihan yang samar. Yang penting kita punya kefahaman tentang perkara yang mesti didahulukan dan dikemudiankan. Orang yang berkefahaman cetek selalu tertipu oleh nafsu. Akhirnya perkara tidak penting pula menjadi keutamaan. Salam eGypt.

nessa syahirah said...

pilih memilih bukan satu perkara mudah, moga jalan yang dipilih kita adalah jalan yang sebaiknya.

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena