Beriringan ke Syurga~

Tuesday, July 21, 2009

Cekik Tercekik mencekik ?

cat Pictures, Images and Photos

Bila-bila pun boleh tercekik, dulu bush boleh masuk hospital sebab tercekik biskut, ramai baby yang tercekik susu, baru-baru ni, seorang warga emas pula meninggal dunia akibat tercekik rambutan, memang kenangan pahit musim buah, yang nak makan rambutan, jangan telan rambutnya, yang nak makan durian jangan makan durinya, yang nak makan isi kelapa, jangan dimakan sabutnya, nanti tercekik.hehe, tak, tu hiperbola namanya, yang penting, -berhati-hati makan buah di musim buah yang sepoi-sepoi bahasa ini-mengarut~

Boring-boring, tengok MHI sambil lipat kain, ada diterangkan tentang cara-cara nak selamatkan orang tercekik, jom tengok~

Sebelum tu, kalau berhadapan dengan orang tercekik-jangan panik! Takut anda tercekik sama.

Ada banyak cara,

- cara pertama, cara yang lama, tundukkan mangsa dan tepuk belakang dia, tapi cara ni orang dah tak pakai, boleh..boleh pakai, tapi jom cuba cara baru.

- cara kedua, genggam ibu jari, peluk mangsa dari belakang, tekan abdomen (antara pusat dan dada) mangsa dengan tangan yang mengenggam ibu jari tadi, kuncikan dengan tangan lagi satu, tekan sekali, dan kalau tak keluar benda yang ‘dicekik’ mangsa dalam kerongkongnya, berhenti sebentar, dan buat lagi, biasanya kalau benda yang lembut agak sukar untuk diselamatkan.

Yang penting tanya mangsa

“eh, ko tercekik ke?” hehe-okey ni bukan main-main, sah-sahlah kita dah tau dia tercekik bila tengok reaksi dia, tapi! Soalan ini penting untuk kita tahu dia boleh bercakap atau tak, kalau dia boleh bercakap, bermakna dia masih boleh bernafas, kalau tak jawab, tak lama la tu, bercakap juga penting untuk membuat mangsa terbatuk.

- cara ketiga, baringkan mangsa, tekan abdomen macam tadi, InsyaAllah benda yang ‘dicekik’ mangsa akan terkeluar.

- cara terakhir, CPR.


Cute baby Pictures, Images and Photos


Selamatkan bayi dari susu yang mencekiknya.

Jika diatas, isu ‘orang-orang tua’ ini perihal bayi, tentang susu formula yang bukan sahaja ‘mencekik’ bayi tapi turut ‘mencekik’ ibu bapa bayi dengan harganya yang ‘mencekik’. Nah, jelas susu formula memberi banyak kesan negative pada bayi:

-bayi yang diberikan susu formula selalu dikaitkan dengan pelbagai penyakit, antaranya cirit-birit, jangkitan saluran penafasan, Meningitis, jangkitan telinga, alahan, pertumbuhan gigi, malah penyakit kencing manis.

Sayangi anak-anak anda, susuinya hingga umurnya dua tahun, jangan bazirkan duit beli susu formula.okey!


Al-Fatihah buat mangsa..

Warga emas mati tercekik rambutan
KUALA TERENGGANU 19 Julai - Padah musim buah! Usianya hampir mencecah 80 tahun dan tiada sesiapa pun menyangka hayatnya yang begitu panjang berakhir akibat tercekik biji rambutan.
Kejadian tersebut menimpa seorang warga emas ketika menikmati buah rambutan bersama cucu-cucunya di rumahnya di Kampung Jeram di sini semalam.
Mangsa, Endut Abdullah ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 petang bagaimanapun tiba-tiba mengalami sesak nafas akibat tercekik biji buah tersebut.
Menurut anak mangsa, Awang Endut, 50, dia terus membawa ayahnya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan segera dan terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas selama setengah jam.
''Sebaik sahaja tiba di hospital, doktor mendapati jantung bapa saya lemah akibat saluran pernafasan tersumbat dan dia terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
''Namun, setelah biji itu berjaya dikeluarkan, tahap pernafasan bapa saya masih lemah dan dia akhirnya meninggal dunia disebabkan faktor usia,'' katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Awang menambah, bapanya memang menggemari buah-buahan tempatan dan menjadi kebiasaan adik-beradiknya membelikan buah tersebut ketika mengunjunginya.
''Mungkin juga sudah sampai masanya bapa saya pergi disebabkan tercekik biji rambutan dan setahu saya ini bukanlah kes pertama di negara ini,'' jelasnya.
Menurutnya, jenazah Endut dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jeram Masjid di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.



6 comments:

myikhwanfiideen said...

Salam juang..

-Cekik, tercekik itu masih ok.. Jgn mencekik dah.. Itu dah masuk kategori laen.

-Ya.. Mari kempen katakan TIDAK kpd SUSU FORMULA!!

Sy ade baca satu buku tulisan 1org pkr pemakanan Jews psl susu formula nie.. Sy lupa tajuk buku. Tp yg ptg dia state dlm tue,susu formula nie antara hidden agenda yahudi utk musnahkan kturunan org Islam.. Betul atau tdk, wallahu a'lam.

Tp.. Alquran dah ckp mcm tue maka kene pecayalah kan.. Lgpn mmg dah dibuktikn oleh saintifik bhw susu ibulah yg terbaik d muka bumi nie..

p/s-itu yg ramai berperangai mcm lembu sbb minum susu formula lembu dr baby smpi bsr..(sori bg org yg minum susu lmbu ye..) xpa.. hr nie kt tapi jgn utk generasi akan dtg..

Maaf, byk pula celoteh sy dlm ruang komen nie..

nessa syahirah said...

mencekik tu untuk part yang susu formula tu la ustaz, harga yang 'mencekik'.

ya saya ada dengar jugak.nanti kaji lagi.

takpe, setiap org ada pandgn sendiri.buat apa simpan2 kan.

dmx said...

Dmx :salam nessa,maaf nak respon cikit,bab tcekik nie..yek !tringt cite "adem epple ",myelamatkan nabi adam dr telan bh zakkum,trjis story 2....apepun best gak artikal 2 agr kiter ingat maut ade dmane- maner...by nessa
agar jgn tecekik walau ari2 kiter mncekik......hahahak

nessa syahirah said...

ye ke.boleh cik dmx cite balik tntang adam aapple tu, cik, bukan buah khuldi ke?

tu la..mintak2 jgn mati tercekik.

tapi!

biar dgn cara apa sekalipun kita mati-berdoalah agar kita mati itu untuk islam.atas nama islam.okey!

Lisam said...

kalo tercekik sebab banyak sangat bace belog orang camne lak? camne nak rawatnye? ngeee

nessa syahirah said...

tu paling senang tok., makan skrin laptop tu, gigit berulang kali, sebelum kunyah, jagan lupe minum air, takut tercekik pulak.

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena