Beriringan ke Syurga~

Thursday, July 9, 2009

Kuasa Persepsi

persepsi Pictures, Images and Photos

Sejauh mana kita melihat gambar ini sebagai sesuatu yang sedang meningkat

Persepsi adalah proses-proses otak yang melibatkan penyusunan dan penterjemahan maklumat deria, sebagai contoh, anda melihat sekeping gambar yang memaparkan seorang pemain bola yang hampir terjatuh, seseorang mentafsirkan bahawa orang itu,ingin menendang bola, tetapi tergelecek kerana padang licin, dan ada juga seseorang yang lain mentafsirkan bahawa orang itu berselisih dengan pemain yang lain, tetapi gambar pemain itu tidak diambil sekali, boleh jadi, orang itu bukan ingin terjatuh sebenarnya, tetapi gambar diambil dari posisi yang menyebabkan orang dalam gambar itu kelihatan seakan ingin terjatuh.


Satu gambar, seribu persepsi, hingga berlaku sesuatu yang tidak diingini- menegatifkan persepsi.

kita sering berminat membaca buku yang kulitnya cantik dan mnarik minat kita, cuba kalau yang kulitnya hanya ada satu warna, berwarna kelam dan tidak menarik perhatian, tentu bukan buku ini yang menjadi perhatian kita sebaik masuk kekedai buku, tapi, anda jangan tidak tahu, buku-buku inilah yang sering menari perhatian sesetengah pembaca.

Persepsi juga boleh diterjemahkan sebagai Proses internal yang membolehkan kita memilih, mengorganisasi, dan mentafsir ransangan dari lingkungan kita dan proses tersebut mempengaruhi perilaku kita.


“ semalam saya tidur pukul empat kerana membincangkan tentang sesuatu perkara dengan dia”

Lihat, pelbagai persepsi akan timbul, sebagai contoh:-

“Ala..tu pun nak cerita”

“tak payah nak berbangga, baik bincang macammana nak selamatkan Umat sampai tidur pukul empat pagi”

“oo..seriusnya dia berbincang tentang isu itu”

Dan ada juga yang tidak terjentik sedikitpun dengan ayat itu, malah hanya sebagai angin lalu.lihatlah, jika terus memakan diri dengan pelbagai persepsi-persepsi itu, seterusnya ia akan mempengaruhi tingkahlaku kita, tak mustahil, beberapa minit kemudian, persepsi itu diterjemahkan dengan kata-kata yang begitu –telus.

Tahniahlah jika ‘orang itu’ benar-benar bangga dengan ceritanya kerana anda dipilih Allah sebagai jalan tengah‘menegurnya’, justeru bagaimana ‘orang itu’ tidak seperti yang dijangkanya, anda mungkin menjadi pisau tajam yang meyucuk-nyucuk kejam hatinya, lebih- lebih lagi anda akan menjadi sangat tidak adil kerana dia tidak berpeluang menerangkan hal sebenar atau menjawab pelbagai persepsi negative itu memandangkan rasa hormatnya yang begitu menggunung pada anda, namun berbalik pula kepada si penerima untuk mempositifkan reaksi yang diterimanya.


Lain orang lain cara pemikiran, penyelesaiannya mudah, untuk tidak terus berselisih pandangan dan pendapat, hormati pandangan orang lain, atau cuba meletakkan diri kita pada orang yang memikirkan begitu,err..tapi semua orang tidak sempurna.

Memetik kata-kata sifu saya, ustaz nik Abduh:

Puji adalah senjata utama membina keyakinan anak – anak. Pujilah anak – anak dan murid – murid anda. Paling tidak anda akan lihat hidung mereka jadi mancung, taklah kemek lepek kepek macam anda..



Saya tidak minta orang memuji saya, tapi jangan menjatuhkan saya dengan kata-kata yang sangat ‘makan dalm’. Seorang senior yang saya hormati sering menasihati: jangan berpegang pada prinsip, “ persetankan kata-kata orang lain” kalau diri tak mampu, mungkin senior saya berkata begitu meluat melihat saya jatuh.

Saya masuk kedunia penulisan blog pertengahan tahun 2008, masih baru.namun, dunia maya menyebabkan saya kadang-kadang terbiasa bercerita dikhalayak walaupun hal remeh seperti diblog, sehingga timbul pelbagai persepsi yang berbeza yang kadang-kadang menyebabkan saya takut untuk berkata-kata dihadapan ramai, saya sebenarnya amat suka menulis hingga penulisan saya menebak masuk ke dalam hal peribadi tanpa saya sedari, benarlah kata orang, baiklah bercerita tentang masalah kita pada orang yang tidak kita kenali kerana kita akan lebih selesa bercerita kerana dia hanya akan bertindak sebagai pendengar, tetapi, yang perlu berhati-hatinya, bimbang dialah musuh kita dimasa hadapan.

Mungkin silapnya dipundak saya kerana kurang berhati-hati bila ingin menyampaikan sesuatu hingga menimbulkan perbagai reaksi negatif pada diri yang hina ini, sebab itulah dalam teori psikoliguistik tak silap saya, menyatakan bahasa tidaklah menterjemahkan dengan tepat apa yang ada dalam fikiran kita, jadi saranan saya, usahlah terlalu cepat meletakkan sesuatu yang kita tidak pasti tempatnya, takut tersalah letak pada tempat yang kita tidak boleh ubahnya semula.

Saya tidak suka provokasi, kerana ia selalunya akan ‘berkembar siam’ dengan emosi, jarang saya melihat insan-insan istimewa yang begitu berhati-hati memisahkan provokasi tanpa disertai emosi, ya-saya sangat bencikan provokasi, dan saya tidak pasti tindakan ini benar atau tidak, saya perlu mendalaminya lagi, tapi jangan segera menghukum saya, saya masih belajar membetulkan diri.

-saya muhasabah diri..

4 comments:

Ibnurashidi said...

Salam menjengah ke entri kuasa persepsi...

Kalau kelapangan, jemputlah ke blog saya tukar pendapat dan link.

Mohd Amin Bin Mohd Hamami said...

Persepsi banyak dipengaruhi oleh suasana persekitaran yang membesarkan kita...

Jika kita dibesarkan dalam suasana positif, insyaAllah kita akan kerap berfikir positif

Tapi, kiranya kita dibesarkan dalam suasana huru hara, tak tenteram, tertekan, fobia, persepsi kita banyaknya menjadi negativ..

Nurulain said...

setelah diteiti..

ya, persepsi merupakan adik sepupu bagi prasangka.

Yang membezakannya hanyalah baik atau buruk. Cuma perkataannya dimurnikan menjadi PERSEPSI..

meletakkan persepsi yg salah pada tempatnya, menjadikan kita tersalah hukum.Dan tersalah hukum bukanlah se1 yg baik utk diamalkan dlm kehidupan..

nessa syahirah said...

IBNU RASHIDI

InsyaAllah kan ke sana

AMIN

ya, faktor sosial.

imtiaz sofea.

sakitnya jika dinegatifkan, boleh diubati sebenarnya dengan mempositifkannya kembali.

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena