everyone fall
but not everyone rises
why don't you get up
and rise again for me
what if the world were a little more perfect
just stop crying or would you take the leap
would you open your eyes
and blink again for me
For me~
Liz Murray, ibunya penagih dadah tegar, ayahnya? seorang genius, tapi juga penagih dadah dan punya masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain.petang tadi, kali kedua saya menonton filem- homeless to havard di channel Diva, filem yang diangkat dari sebuah kehidupan sebenar yang dialami seorang wanita yang telah menjadi 'kutu rayau' sejak berumur 15 tahun, akibat dari kedua ibu bapanya yang tidak boleh keluar dari ketagihan dadah meskipun sudah dihantar untuk rawatan beberapa kali.
Thriller HTH
Filem ini berjaya menarik minat saya untuk menonton filem barat yang bertema kekeluargaan, ya, filem jenis ini lebih menarik minat saya, berbanding filem yang lebih 'mencabar minda' , seperti harry potter atau lord of the ring atau filem- filem lain yang biasanya saya tinggalkan sebelum menonton hingga habis.
LIZ MURRAY, sebenarnya lebih ramai individu yang bangkit dari kegagalan yang boleh saya 'highlight' kan, tapi untuk kali ini,saya bawakan seorang wanita yang berjaya keluar dari kehidupannya yang serba 'jatuh' sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke HARVARD, dengan biasiswa penuh. Dan ianya sebuah adaptasi dari kisah benar.
Selepas kematian Ibunya akibat AIDS, Liz merasa sangat sedih dan berbaring diatas keranda ibunya, beberapa hari sebelum kematian ibunya, saat kondisi ibunya semakin tenat, berkali-kali dia menyatakan yang dia sangat menyayangi ibunya. Saat itu dia mula sedar dan terus berlari ke rumah Eva, kenalannya, dia menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajaran dan tidak mahu menjadi bodoh selamanya, dia ingin keluar dari kehidupannya yang boleh dikatakan sudah 'hancur', merempat di tepi jalan, hanya makan dari sisa tong sampah dan sebagainya.
Gadis cantik ini berusaha sepenuh kekuatannya mencari kelas dan menyambung pelajaran, dan bekerja separuh masa bagi menampung hidup, berusaha dan berusaha kemudian membuat permohonan biasiswa untuk menyambung pelajarannya dari Newyork Times, Liz Murray menceritakan kisah sebenar hidupnya kepada panel temuduga dan kemudiannya dia berjaya mendapatkan Biasiswa tersebut.
Banyak lagi tentang dukanya Liz Murray yang tidak mampu saya terjemahkan dengan penulisan disini kerana Impaknya jauh berbeza dengan menonton filem ini sendiri.
Kita sering mempertikaikan, kenapa Allah mengurniakan kepandaian dan kekayaan untuk orang bukan islam, dengan mudahnya. Kenapa Allah sering memberikan kejayaan kepada kawan kita yang sering melakukan dosa secara terang-terangan sedangkan kita yang kononnya sering berhati-hati menjaga diri sering pula bertemu kegagalan demi kegagalan.
Alangkah buruknya sangkaan kita pada Allah. Baiklah, betul,kita sudahpun temui jawapannya, tentu sahaja kerana kita punya keuntungan luar biasa, untuk kehidupan yang kekal disana.
Namun, sejauh mana kenyataan ini mampu membangkitkan dan memberi inspirasi kepada seseorang untuk keluar dari kegagalan. Cuba anda fikirkan, seorang wanita bukan islam, yang tiada rasa kebergantungannya kepada Allah seperti mana kita yang penuh rasa diberi kekuatan oleh Allah saat kita jatuh, yang merasa masih punya harapan ketika seisi dunia menremukkan perasaan kita, namun Liz Murray masih mampu bangkit sendiri dengan kekuatan yang diciptanya dari kegagalan masa lalu.
Dan kita pula ada keduanya, kekuatan Doa, dan kekuatan diri kita yang dipinjamkan Allah untuk terus bangkit.
Dan mengapa Allah diakhirat kelak, akan mempersoalkan usaha kita dan bukan mempersoalkan kejayaan kita, nampak bukan? betapa dunia menjadi medan ujian dan bukannya noktah abadi yang harus kita tempuhi dengan segenap kekuatan, bukan terus menerus berserah diri dengan kegagalan dan sering menyalahkan takdir pula. Tidak cukup menjadi si gagal yang terus gagal, hilang pedoman dan perasaan untuk berusaha lagi. sekalipun dunia terus- terusan menyebut kegagalan kita, pasti ada kejayaan sekiranya kita bangkit dan saat itu manusia akan terdiam dan menundukkan kepala atas perkataan- perkataan cacian dan herdikan buat si gagal yang telah bangkit meneruskan kehidupan.
Ya, kita punya kekuatan berganda, inspirasinya terpampang di depan mata, kita punya contoh paling hebat yang menjadi kekuatan kita.
Dia Inspirasi Agung.
berapa kali Rasulullah dilanda kesedihan yang amat, dengan pemergian orang sekeliling yang boleh dikatakan sebagai sumber semangatnya, Siti Khadijah misalnya, yang sentiasa bersama Rasullulah saat baginda dihurung cemuh dan kejian.
Namun pada Allah jugalah tempat Rasullullah memohon kekuatan.
Mengapa kalau gagal manusia mencari hiburan, bukannya Allah.
Mengapa kalau gagal manusia mencari teman, bukannya Allah.
Mengapa kalau gagal Manusia memilih untuk menamatkan riwayat, bukannya Allah.
Justeru, carilah ALLAH, kita pasti beroleh ketenangan dan pastinya kejayaan. Allah menguji dengan kegagalan untuk menganugerahkan kejayaan yang lebih besar, yakin itu, kita bakal hidup dengan keyakinan yang luar biasa. keluarlah dari lorong hitam dan carilah cahaya meskipun kita terpaksa merangkak untuk keluar dari lorong tersebut. kerana cahaya di hujung adalah anugerah untuk kita terus hidup bahagia selepas ditelan kepahitan yang panjang.
lebih parah, manusia yang gagal dan tidak mahu terus hidup kerana menyangka yang dosanya tidak akan diampun Allah, sahabat, hidanglah dosa selaut pun, percayalah kita pasti diampuni Allah andai kita mempersembahkan Taubat memohon keampunan dari Allah. DIA lah pemilik kasih sayang teragung, Hadiah buat para pendosa yang ingin kembali kepada-NYA.
Bila Pengalaman menjadi asas kukuh kejayaan.
Perbandingan bagi pelajar luar negara dan tempatan banyak perbezaannya, suasana? mungkin, jika ada yang berkata pada saya yang dia melanjut pelajaran di Afrika, pasti lebih saya kagumi dari mereka yang melanjutkan pelajaran di United kindom, apatah lagi di Malaysia, seperti saya.
Pengalaman adalah sesuatu yang lebih berharga dari sijil yang anda bawa pulang sebenarnya, Sebagai contoh, saya bercita cita menjadi kolumnis untuk majalah islami yang membincangkan perjuangan menegakkan agama secara serius suatu hari nanti, dan sekarang saya tidak dapat menahan diri dari membaca hampir semua biodata bagi kolumnis majalah islamik yang berada dipasaran, hampir semua melanjutkan pelajaran diluar negara! saya mulalah membuat kesimpulan mudah, " kau kena berusaha lebih untuk lanjutkan Master ke luar negara! agar suasana dan pengalaman boleh membentuk kau menjadi kolumnis majalah agama yang boleh berkongsi pengalaman yang luar biasa!" .
Nampak? saya letakkan Liz Murray dihadapan, si gadis yang bangun dari pengalamannya yang sangat pahit dan kelam, dan dia boleh dikatakan berjaya (dunia), hari ini, Jika anda bercita-cita menjadi penulis, untuk zaman ini, anda akan dilihat sedalamnya latar belakang anda hatta anda hanya penulis karya sastera dan bukan menulis sesuatu yang serius pun, betapa pengalaman itu sebenarnya membentuk diri penulis agar tidak kosong dan lebih 'gempal' setelah menelan pebagai ujian, dan hasilnya akan lahirlah sebuah penulisan yang sangat bermanfaat.
Beimpianlah apapun, dan impian itu bakal menjelma sikit masa nanti, kerana dari impian terbitnya usaha yang luar biasa dari yang biasa, sekalipun dari tanggapan biasa 'Homeless' seperti Liz Murray bakal menjadi anak- anak jalanan yang tenggelam dalam kehidupan penagihan dadah, merompak dan pelbagai keburukan lain, dia berjaya keluar dari terowong hitam dengan merangkak keluar mencari cahaya kejayaan buat dirinya. Dengan penuh kesusahan. Kerana impiannya untuk berjaya dan tidak tinggal tetap di lorong busuk dan sejuk mengerah seluruh tenaganya untuk berlari dengan pantas mengejar cita- citanya.
Hiduplah dengan suasana yang lebih berat, kerahkan ' tenaga lebih' sekalipun berteman air mata sehari- hari, sedikit masa lagi, senyuman akan terukir, indahnya kerana bukan semata- mata untuk diri sendiri saya, tetapi hadiah untuk orang lain juga, Liz Murray dan kita, hebat diri kita lagi, kerana kita punya Allah disisi - sentiasa!
3 comments:
Salam...
Ana pn suka menonton Hallmark. Banyak movie dan program tv kat channel tuh yang boleh dipetik pengajarannya...
Kebelakangan neh, ana minat menonton slot Oprah. Dari sesirius2 isu, sehingga lah sesantai2 warung kopi, isu yang dibentangkan..
Hallmark salurun ilmiah bertemakan barat. Ambil saja yang baiknya kerna tidak semua yang datang dari sana itu hudoh dan tidak baik.. ^^
wa'salam.
cikgu eya yg dirindui dan sangat pantas.=)
Abah cakap Hallmark macam oasis utk diorang, apepun, kalau nisa, amik yang baik, okey je.
oprah? ye, teringat isu anak dari ibu tumpang, tak sangka dah jadi serius kat sana sebab dah terlalu ramai pinjam meminjam sperm sampai anak2 diorang ramai yang alami tekanan dan mencari2 balik siapa bapa diorang sebenarnya.
sy pernah menonton filem ni dulu..but i never really look deep like what u did.now i realized there are so many things which i can relate to my own experience from this story..thanks for this..let us pray one day we'll achieve our goals,becoming someone great and never forget Him..isyaAllah
Post a Comment