Saturday, February 13, 2010
Andai saja..
Dengan nama Allah pencipta sekalian Alam, Maha Melihat apa yang tersimpan dilubuk paling dalam hati saya, maka DIA lebih mengetahui apa yang memberat di jiwa hamba-Nya.
Saya sebenarnya benci menulis perihal diri, tapi kadangkala terlepas juga bila jemari bertemu cinta hati si keyboardnya, maka seperti tidak mahu berhenti, terus menekan, mencurah entah apa yang terbuku dihati, hingga akal dicampak ketepi, jadi bila- bila melihat kembali, jadi malu sendiri.(^ -^)
Oh, bukan bermaksud hari ini saya akan mula cerita hal peribadi, Cuma hari ini tangan masih gatal nak menulis meski buku belumpun saya hadamkan untuk persediaan exam khamis ini, - maka itulah kisah peribadinya yang buat semua tahu saya akan exam khamis ini.
Asal pembinaan blog ini mulanya bukanlah untuk diari hidup saya sehari- hari,, malah saya pernah berjanji untuk tidak menulis tentang diri, apatah lagi meletakkan gambar-gambar peribadi, malah saya benci megaitkan penulisan cerpen saya dengan kehidupan saya, sebab seakan- akan sudah tidak ada privasi, lebih- lagi untuk yang mengenali diri, kerana itulah saya kurang gemar berkongsi alamat blog dengan sahabat- sahabat yang saya kenali, dan saya sebenarnya takut bertemu dengan sahabat- sahabat maya, dunia maya dan reality, saya betul- betul mahu pisahkan dua dunia ini.tapi ini bukanlah sebab mengapa saya kurang bersama dengan adik- beradik iluvislam, ini disebabkan hal- hal lain yang selalu bertembung yang membuatkan saya perlu mengaulakan hal lain itu.
Tapi, hari demi hari, penulisan mengenai perjalanan hidup itu nyata lebih memberikan kepuasan, tentang apa yang saya lihat, saya hadapi dengan air mata mahupun senyum dan tawa, maka tanpa sedar, saya telahpun menulis tentang diri , -sesuatu yang saya benci tadi.
Dan semakin hari saya semakin sedar, saya makin menjauh dari matlamat saya mahu berjihad menggunakan pena, matlamat yang satu semata- mata kerana Allah, dan saya tersungkur dalam kelemahan diri yang tak mampu saya tepis dengan kekuatan iman.
Mahu tahu, cinta saya pada bumi Palestin (boleh lihat diawal penjebakan saya dalam penulisan blog yang rata- ratanya berkisar Palestin) makin hari- makin kelam, makin melupakan~ dek jiwa yang bertuhankan keduniaan, saya akui kelemahan diri, hancurlah perjuangan Islam andai sayap kirinya semuanya mirip saya,
Dua tahun pembabitan dalam dunia ini, saya mula bersoal kembali pada diri, Andai saja saya tidak membina blog sendiri, Andai saja saya tidak kenal dengan dunia blog, Andai bisa saya mengundur masa kembali, Astaghfirullah~manusia memang gemar mengandai- andai.
Tutup blog? Bukan tindakan bijak saya kira, penulisan cinta hati saya, Cuma saya harus membaiki setiap yang keluar dari hati saya itu dengan rasa bertuhan! Dengan gaya muslimah tuntutan agama kecintaan, oh ya~ dan bukan mengharapkan setiap mata yang melihat akan berpuas hati, jika saya namakan jihad dengan pena(mungkin jauh lagi bagi saya untuk sampai ketahap itu), saya harus menempuhi kritikan, herdik, maki, keji, dan mengatur penulisan saya dengan lebih berpandu Al- Quran dan As-sunnah.
Saya mahu jadi srikandi islam yang teguh menegak kalimah kebenaran, itulah jiwa saya, (Cuma mungkin jiwa ini nakal kadang kala), maka bantulah saya, kita berjuang sama- sama.
Saya tidak tahu, langkah perubahan ini hanya setakat mana, atau mungkin kemuncaknya blog ini hilang dialam maya, tapi itu bukan yang saya mahu seperti yang saya katakan tadi, Cuma saya akan berusaha untuk mengubahnya, supaya tidak keanak- anakan lagi, sekali lagi, mohon dibantu kerana diri ini terlalu lemah bila sendiri.
Oh~nampaknya saya menulis tentang peribadi diri lagi..(- _ -)tapi tak mengapa tentang diri yang bermanfaat(andai bermanfaat) kan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
=)
0 comments:
Post a Comment