“Uwais, boleh kita berbicara sebentar?” Uwais Al-Qarni berpaling, sosok kecil Hikari
bersarung baju kelawar merah lengan panjang tegak dipintu, diubah posisi dirinya yang tadi mengarah kepantai dari beranda rumah, angin petang mula mengencang, Uwais menjawab dengan anggukan kecil, matanya menunduk, Khaulah yang ralit menaip sesuatu di Laptop mendiam diri, Uwais mula pelik dengan sesuatu yang menghinggap di hatinya kecilnya, cepat-cepat dia beristighfar, dibuang jauh-jauh perasaan itu, sementara Hikari masih mendiam diri meskipun sudah bergerak kesebelahnya dalam posisi yang dijarakkan, Hikari mula memahami Uwais, atau mungkin rasa kurang selesanya dengan Uwais masih belum mengendur, Uwais menelah sendiri.
“Esok aku sudah mahu kembali ke Tokyo..” ringkas, Uwais masih bingung dengan apa yang ingin disampaikan Hikari sebenarnya, Uwais terangguk-angguk kecil, sekurang-kurangnya.
“Dan aku tidak mahu pulang dengan kepala yang berat dengan perasaan” Uwais tersenyum, mendengar pertembungan dua entiti berbeza, kepala dan perasaan, anak jepun ini sasteranya terlalu tinggi.
“ aku hanya ingin memohon maaf, sekiranya kedatanganku kesini membuat kau kurang selesa, aku mula memahami tuntutan agamamu yang perempuannya semua bertutup, hingga jadi engkau langsung tidak mahu memandangku” Hikari terasa mungkin, sejak dia mula menatap buku-buku agama sejak dua menjak ini.
“ secara jujur aku katakana bahawa jiwaku seakan mengarahku untuk berselindung disebalik selimut yang besar sewaktu berhadapan dengan kau, kerana aku mahu engkau berinteraksi denganku dalam kondisi yang selesa.” Panjang lebar, Uwais masih tidak bertindak balas dengan kata-kata.
” Cuma..aku terlalu ingin sampaikan sesuatu sewaktu mula-mula sampai dan mengetahui tentang kesedihan yang menimpa keluarga ini” Uwais memandang Hikari sekilas.
” Apa?” Sepatah.
” Sewaktu melihat engkau berduka hampir setiap hari, lebih-lebih lagi sewaktu aku mengetahui tentang perihal ayahmu, aku ingin kongsikan bahawa aku juga sebenarnya seperti dirimu, yang hidup tanpa kasih ibu sejak aku kecil lagi, dan aku memahami betapa dukanya menerima kehilangan orang yang kita sayangi” Uwais terkedu, bicara panjang itu menumpahkan simpati yang menggunung buat Hikari.
”Maaf, aku tak tahu, mungkin aku sangat kasar dalam melayan kamu” Uwais mula memberi reaksi, dua tangannya santai dimasukkan kedalam poket seluar.
”Uwais, aku bukan bercerita untuk menimbulkan rasa bersalah dalam hatimu, aku hanya ingin memberi engkau semangat bahawa kehilangan orang tersayang bukan penamat hidup kita, bahkan manusia yang tinggal disekeliling kita adalah lebih berharga”
” dan cinta mereka ternyata lebih memerlukan kita untuk disempurnakan..”
Uwais Al-Qarni sedar, selama ini dia hanya mementingkan perasaannya sendiri, tanpa memikirkan bahawa Ummi dan Khaulah juga turut bersedih akan pemergian Arwah Abah.
”Aku tahu, aku bukanlah orang yang layak menasihatimu, tapi percayalah, mungkin Tuhan menghantar aku untuk menjadi pemujuk hatimu, kerana aku adalah orang luar yang pernah mengalami perasaan sama seperti apa yang pernah engkau lalui.”
”Terima kasih, mungkin aku tidak perasan dengan semua ini, maaf sekali lagi, harap-harap engkau tidak pulang dengan perasaan marah kepadaku” Uwais senyum, mungkin ini yang sepatutnya dia perbuat sejak dulu sewaktu melayan tetamu.
”kalau engkau baik seperti ini sejak mula-mula aku kesini, aku pasti senang” Hikari tergelak kecil.
” Hauchumm!!!” dua pasang mata berpaling kebelakang.
” hehe, sorry..” Khaulah buat muka tak bersalah.
Tawa mereka pecah~
”Hikari, sudah siap kemas baju?” Khaulah merapati Hikari, bilik tetamu berukuran sederhana besar itu masih dipenuhi baju dan barang-barang Hikari untuk dibawa pulang.
”maaf~ masih belum, aku sudah mula bimbang, ini salahku kerana melambat-lambatkannya’ Hikari menggaru kepala, baju sejuk besarnya menggeleber menutup keseluruhan tangannya, comel~
” aku bantu” senyum, Khaulah melipat baju yang bertaburan di atas katil.
”terima kasih ya, aku amat memerlukan kamu” Hikari memasukkan barang kedalam kotak.
” Banyakkan, pasti rakan-rakanku marah nanti, itulah, semua tempat yang aku lawati semuanya pasti aku berbelanja” wajah Hikari meraut gusar, Khaulah tergelak kecil.
” sudahlah, jangan risau, yang pasti engkau pulang dengan gembira” Khaulah memujuk.
”Pasti, setelah aku menerima kata maaf dari abangmu, aku gembira sekali” Hikari tersenyum indah.
” susah tahu, abangku mahu memohon maaf ” Khaulah menambah gula-gula buat Hikari.
” ya, engkau pernah beritahuku sikap abangmu” Hikari terangguk-angguk, Khaulah pula mula pelik dengan sikap Hikari, atau mungkin..Hikari sudah mula menyukai Abang?
”oh ya, aku sebenarnya sudah lama mahu bertanya tentang ini, erm.., Bahasa Melayumu sangat sempurna, hampir tiada kesalahan langsung, bukan seperti setahun belajar yang engkau beritahuku dulu, mungkin sebelum itu lagi kau sudah memperlajarinya?” Khaulah cuba mengubah Topik perbualan mereka, Hikari mendiam lama.
”ya..aku akan beritahumu, tapi ini rahsia tahu.” tersenyum, tangannya terhenti dari melakukan sebarang perkerjaan, dia memusatkan pandangan pada Khaulah, dia bersimpuh di sisi katil, Khaulah pula masih meneruskan kerja melipat baju, dia terangguk-angguk.
” Dahulu, kata ayahku, Ibuku seorang wanita Melayu, namun dia hidup sebatang kara tanpa sesiapapun di Malaysia, dan sewaktu ayahku berkerja di hospital di Malaysia suatu ketika dahulu, dia berkenalan dengan Ibuku, dan mereka kejepun bersama-sama” Khaulah nampak terkejut, Hikari meneruskan kisahnya.
” Kata papa, wanita Melayu baik hati, seperti Ibuku, malangnya aku tidak sempat bertemu dengan Ibuku, hanya melihat gambarnya sahaja, sayangnya aku tidak membawa gambarnya kesini.” Khaulah malas mahu memotong bicara Hikari, dia memilih untuk mendengar dengan teliti.
”kerana itulah, papa menyuruhku mendalami budaya melayu, malah sejak kecil aku diajar bertutur dalam bahasa Melayu, kerana itulah aku tidak kekok bercakap dalam bahasa Melayu, malah, dek cinta papa kepada ibuku, kami gemar bertutur dalam bahasa Melayu bersama-sama, kata papa, supaya Ibu tidak meluput dari jiwa kami, sewaktu aku memberitahu bahawa aku akan kesini, papa sangat gembira, katanya dia juga mahu kesini lagi suatu hari nanti”
”tapi wajahmu tidak sama dengan wanita melayu sedikitpun..” Khaulah mengerutkan dahi, masih terkejut dengan kisah pelik ini.
”sukar untuk dipercayai bukan, aku juga bingung sewaktu disuruh belajar bahasa melayu pada mulanya, namun sedikit demi sedikit papa menerangkan hal ini kepadaku, katanya, aku harus mempelajari budaya Ibu dan budaya jepun supaya Adil”
”kamu pasti tiada saudara mara ibumu yang tersisa di Malaysia?”
”Aku tidak tahu, tapi kata papa, kedua orang tua Ibu mati dalam kemalangan, dan ibu tinggal di pusat kebajikan sejak kecil” Khaulah terangguk-angguk.
Cuma..Khaulah tersentak dengan satu perkara sejak diawal pemceritaan kisah tadi- bermakna Ibu Hikari menukar agamanya?.
” kalau dah jodoh, tak kemana bukan?” soalan tadi Khaulah simpan dalam hati, dia menyambung perbualan.
” bila di Malaysia, aku seperti lebih dekat dengan ibuku” Hikari tersenyum pahit.
”mungkin Ibuku baik seperti Ummimu” senyum berbalas senyum.
” Semua ibu adalah yang terbaik disisi anaknya Hikari, yang penting kamu tidak melupakannya” Hikari terangguk-angguk.
”Sudah, aku masukkan kedalam beg ini ya?” cadang Khaulah, Hikari sekadar mengiyakan, persoalan tentang status agama ibu Hikari masih mengusik mindanya.
”maaf ya jika aku bertanya?” Hikari mendongak kembali, keningnya berkerut.
” tentang agama ibumu?”
”Agama?itu tidak penting kan, yang penting cinta, mereka saling mencintai, dan mereka bahagia, pendapatku, agama tidak penting lagi, lagipun, tidak pula papa berkata apa-apa tentang agama anutan ibuku, yang pasti, aku dan papa mengamalkan ajaran Kristian Katolik.” terang Hikari panjang lebar.
”okey..tapi untuk pengetahuanmu, kalau kamu ingin berkahwin dengan jejaka yang beragama islam, kamu harus memeluk agama islam terlebih dahulu..” Khaulah senyum tersirat, sengaja di terangkan suaranya sedikit pada perkataan jejaka beragama islam, Hikari ini, sebenarnya sudah dilamun cinta, ayatnya berkisar cinta sahaja dari tadi, omel Khaulah dalam hati, pasti.
”iya?, ” terbuntang mata Hikari, haruskah?
”na~ kamu menyukai Abangku bukan?” jerat Khaulah mengena, dia tersenyum puas.
”haaa ~” kali ini Hikari ternganga, pipinya memerah, Khaulah ketawa besar, ada ’can’ nak kenakan Abangnya.
Muhammad Al-Fateh memeluk Aisyah kejap, Fateh sering mempersoal dirinya, benarkah dia harus melepaskan mereka pergi? perlukah dia akur dengan ketentuan ini dengan selapang-lapangnya? Sedang hatinya begitu memberat seakan sedang ditimpa batu yang besar, dan meskikah semua ketentuan itu memihak dirinya, dan patutkah dia terus menghukum ketentuan dengan pancaindera yang serba terbatas ini? Fateh memilih untuk akur pada kehendak Allah, Fateh yakin, akur pada ketentuan itu juga adalah satu antara pilihan yang mengandungi Hikmah yang besar buat dirinya, Fateh terasa Allah itu begitu dekat dengan segenap urat nadinya. Air matanya hampir tumpah.
“ Kak Long gerak dulu..” Melati mematahkan hiba Uwais.
“ Kak Long rasa angah tak payah balik kampung dalam sebulan ni, tumpu perhatian pada pelajaran, lepas ni angah boleh balik.” Melati sembunyikan kesedihan dalam tegasnya.
“Kak Long jaga diri, jaga Adik elok-elok” pesan Fateh.
“ Abang ngah nak pergi mana Kak Long.”Aisyah terpinga-pinga.
“Abang ngah nak pergi tinggal kat Asrama sayang.” Tangan kecil itu digengam kemas.
“ Abang ngah tak ikut kita balik rumah Makandak?” Aisyah mendongak memandang Melati, melati menggeleng perlahan.
“Ala..tak dapatlah Aisyah mandi laut dengan Abang ngah..” Fateh tergelak perlahan, dia duduk, Aisyah dah tarik muka.
“Nanti Abang ngah balik..kita mandi laut ya, jangan mandi laut lagi tau, tunggu Abang ngah balik.”
“ Abang Ngah balik esok ya?”
Melati diam, Fateh pun.
“ Aisyah, jom kita naik kereta ye..nanti Angah balik ye” Makandak mengangkat Aisyah dan mendukungnya.
“Babai Abang ngah..” Aisyah melambai, Fateh hampir tidak berupaya mengangkat tangan pun.
“Kak Long, hati-hati Drive ya”
“ Angah jaga diri elok-elok, jangan risaukan Kak Long, jangan keluar KL sorang-sorang ye dik..” Melati memandang Fateh hiba, cepat-cepat dia menarik tangan Fateh, Fateh mencium tangannya.
“ apa-apahal, tentang yuran ke, atau apa-apapun, cepat-cepat telefon Kak Long” Melati masuk kedalam kereta.
“Assalamualaikum”
“ Wa’alaikumsalam”
Fateh berjalan menuju kebangunan Asrama walaupun kereta Melati masih belum berlalu pergi, dia mengesat air matanya pantas, mohon Allah menguatkan hati.
Melati sudah tersedu-sedu, perpisahan selepas pemergian Ummi dan Abah terasa begitu memeritkan, belakangnya digosok perlahan Makandak, saat melihat Fateh berjalan pergi tanpa menoleh adalah sesuatu yang memeritkan.
p/s:err..any comment?
Friday, February 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
=)
0 comments:
Post a Comment