Beriringan ke Syurga~

Saturday, November 13, 2010

mencari semangat yang hilang~



Sukarnya mencari kekuatan menulis semula.

Walaupun banyak perkara terlintas dikepala, semangat nak menulis seakan harus dibina dari tapak semula, lain kali, saya harus menulis dan terus menulis tanpa henti, agar graf kerajinan saya untuk menulis tidak turun naik.


Saya harus ‘tabik spring’ pada sahabat- sahabat yang terus menulis dan menulis, biasalah, banyak orang sudah mula menjauhkan diri dari blog masing- masing bahana facebook, lagi mudah dan pantas-hanya mereka-mereka yang betul- betul buka blog dengan hati dan perasaan yang penuh sahaja masih mengupdate blog setiap hari!


Kadangkala banyak perkara yang memenuhi hati kita tak dapat diluahkan dengan penulisan, apatah lagi mahu manusia yang membaca memahamkannya.jadi sebaiknya saya tidak menjadi terlalu tua sebelum umurnya dengan penulisan- penulisan saya, sejak harus belajar menjadi saya diawal penulisan saya semula~


Asalkan saya dapat menulis, maka saya pasti akan tersenyum=)


Sejak saya mengambil keputusan untuk menjauhi penulisan yang bersifat peribadi, blog ini seakan blog wanita berumur 40-an, maka menurut anda, apa yang patut saya lakukan, sedangkan prinsip saya adalah menulis dan terus menulis meski tidak ada sesiapa pun yang membacanya.


Semangat dari teman- teman blogger makin hilang, saya tidak lagi menulis seperti saya menulis post-post terdahulu saya.


Maka anda, updatelah blog anda semua, saya membukanya hampir setiap hari, menanti post-post terbaru yang memberi semangat untuk saya terus menulis apa sahaja!

3 comments:

~ummusumayyah~ said...

salam..
huhu..tersenyum kak baca entry dik ni..teringat zaman muda2..(ehe, cam dah tua sgt plak, ahakz)..btw, bittaufiq ma'annajah fil imtihan nihae' ye..



p/s : kdg kte kne pentingkan diri..hanya DIA yg kita boleh percaya dan yakin..only HIM..remember tht..

~ummusumayyah~ said...

sorry dear..salah komen daa..nak komen pada ur latest entry..btw, keep on writing k..u go girl.. =)

nessa syahirah said...

huhu
takpe.

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena