Beriringan ke Syurga~

Monday, June 13, 2011

Warkah buat Perindu.

pray, Because Allah Always listens


Sudah dua bulan tidak menulis, sudah tentu saya bukanlah menanti waktu lapang bagi penamat segala keserabutan kini untuk menulis semula, dan saya bukan menunggu dikurniakan waktu kerehatan bagi penghujung kesibukan supaya saya dapat bermesra dengan minat saya, kalau saya diberipun, lebih baik saya gunakan untuk merehatkan tubuh dan otak yang kepenatan memikirkan banyak benda baru yang berkenalan dengan diri, bermula dari taklifan demi taklifan yang sememangnya menuntut kekuatan pada siapa lagi kalau bukan pada ALLAH

Hari ini lewat mentari senja yang saban hari meninggalkan langit tanpa jemu, saya meminjam waktu dari Allah untuk mengetuk papan kekunci berkongsi rasa kesal atas waktu- waktu lapang yang lalu yang telah saya sia- siakan.

Terasa kerdil membanding diri dengan manusia yang tidak pernah terkeluar perkataan ‘aku sedang sibuk’ dari mulutnya, meskipun kesempitan waktu yang menimpanya dek tanggunjawab yang berganda, seperti para pejuang agama Allah diseantero dunia yang sering sekali memaniskan wajah meski waktunya habis ditelan pekerjaan Agama yang ditunaikan dengan ikhlas, tanpa mengharapkan apa- apa ganjaran, yang dicari hanyalah keredhaan TUHAN.

wahai Pejuang agama Allah yang begitu ikhlas, Tahniah buat kalian, saya sedang menuntut pembelajaran paling penting soal penerimaan amalan, iaitu tentang KEIKHLASAN, ya, tentu sahaja hal ikhlas atau tidak itu hitam pekat tidak dan dapat dinilai oleh sesiapa melainkan ALLAH, namun biasan keikhlasan itu yang terpancar dalam ketenangan dan kelancaran engkau melakukan pekerjaan Agama Allah ini jelas kelihatan, meski waktumu tiada untuk acara dirimu sendiri bahkan sudi sahaja mengorbankan waktu untuk keluarga dan kenalan rapat bila mana engkau sedar sepenuhnya yang hanya keredhaan Allah yang engkau tuntut selama mana nafasmu masih terhela.

Bahkan sesenangnya engkau biarkan nyawamu jadi taruhan, kerna keyakinanmu sepenuhnya pada Janji TUHAN. Bahkan semudahnya engkau hidup dalam kesengsaraan dengan harta yang telah lama engkau infakkan, demi menuntut Cinta yang tiada bandingan, iaitu cinta Allah.

Duhai Manusia yang mengaku pejuang.

Ujian yang hadir saban kali hampir sahaja menjerumuskan kita dalam lubang kefuturan, terasa payah menempuh tapisan demi tapisan yang Allah timpakan demi menguji keistiqamahan hamba yang kerdil.dan dalam sesi ujian yang lalu, kita masih teguh, namun yang akan datang, sesiapapun tidak dapat memberikan jawapan buatmu melainkan Allah, yang akan menjawab doa- doamu supaya engkau diteguhkan hati dalam agama ini, dalam perjuangan ini.

Entah sampai bila Allah masih meletakkan rasa kesyukuran dalam hatimu, atau bila masa sahaja ia akan lenyap, entah sampai bila Allah masih membiarkan rasa kebencianmu pada dosa dan maksiat, atau nanti esok atau lusa Allah menghilangkannya, entah sampai bila, rasa takutmu pada Allah masih kukuh dihati, atau sedetik lagi Allah mencampakkannya ke hati manusia lain yang mungkin sahaja pernah satu ketika engkau pernah melihatnnya dengan pandangan yang jelek dan kesalahan yang telah dia perbuat, soalnya itu hak dan kekuasaan Allah, untuk memberikan hidayah buat hamba-NYA yang DIA inginkan, yang benar- benar ingin sentiasa hidup dalam keredhaan Allah, bukan yang imannya bagaikan mainan, hari ini engkau perbuat ketaatan, dan itu engkau begitu senang melakukan kemungkaran.

Peristiwa demi peristiwa yang Allah hamparkan pada saya sejak akhir- akhir ini, bahkan pernah dalam seminggu begitu murah air mata ingin menyentuh pipi, pernah juga dalam waktu lain, senyum saya tidak pernah terhenti, semuanya aturan Allah, putaran hidup sungguh ajaib, sungguh indah, engkau ingin bertemu dengan keputusasaan mahupun engkau ingin terjelepuk dalam kesedihan, membiarkan hatimu terus sahaja berduka, atau engkau ingin keluar segera mencari ketenangan.itu pilihanmu sendiri, bangkit dari kedukaan sememangnya sangat sukar, tapi rupa- rupanya Allah punya agenda tersendiri dalam setiap babak hidupmu, samaada engkau ingin lebih dekat dengan DIA, ataupun engkau akan menjadi lebih jauh, itu terpulang, maka pilihlah jalan yang terbaik, hidup akan terus berjalan, meski engkau biarkan ia penuh dengan tangisan.bangkit dan keluarlah dari kedukaan dan keputusasaan, disana Allah janjikan kekuatan, saat minda dan hatimu hanya mengingatkan DIA.

DUHAI MANUSIA PERINDU TUHANNYA.

Sememangnya jerih dan payahmu didunia akan terbalas dengan pertemuan yang paling indah dengan Tuhan seisi Makhluk, menjawab segala gelisahmu didunia, namun, Realitinya, seorang hamba mencintai Allah Penciptanya itu tidak pelik, bahkan memang sepatutnya begitu kerana DIA lah yang paling sepatutnya dihamparkan segala rasa cinta, tetapi menjadi Kekasih Allah itulah yang sangat sukar digapai, bukan semudahnya engkau akan bergelar Kekasih Allah, dan bukan sesenangnya engkau bakal bertemu dengan Allah dan keadaan paling indah melainkan semua itu menuntut usaha dan air mata didunia, lewat ujian yang Allah hamparkan dalam menilai status sebenar hatimu, samada yang zahir itu sememangnya cerminan dalamanmu, atau itu semata- mata luaran, engkau sendiri yang menentukan, maka ayuh berusaha, mendapat title paling diidami manusia yang mabuk dalam rindu dan kecintaan pada Tuhannya, iaitu mati sebagai KEKASIH ALLAH. Dan ayuh bermuhasabah semula, status sebenar keikhlasanmu, dalam perjuangan menegakkan agama Islam, kerana jalannya masih panjang, keringatmu dalam perjuangan usah disia- siakan dengan niat yang hanya terpesong sejarak satu inci!


NS-Muhasabah diri sendiri.(^ - ^ )

~ rindu untuk menulis dan menulis tanpa henti.

0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena