Beriringan ke Syurga~

Wednesday, June 15, 2011

Mahu sepertinya.



Saya sangat berhasrat untuk menulis sebuah buku berkaitan kehidupan para srikandi sirah, mahupun srikandi dalam perjuangan islam abad moden, bahkan saya bercita- cita menulis sebuah buku berkaitan peribadi tokoh muslimat dalam gerakan islam khususnya di Malaysia, satu hari nanti, maka sila doakan saya.ye, suatu hari nanti!

Semua muslimat ,tak kecuali satu pun, seharusnya menjadikan tokoh- tokoh muslimat dizaman Rasullullah dan para sahabat sebagai tapak yang harus dipijaki, bukan tidak boleh, tapi muslimat yang selalunya saya tanya tentang tokoh yang mereka kagumi , sering meletakkan sosok seorang lelaki di tempat itu, jika saya lebih mudah kalau diletakkan salah seorang individu muslimat, yang dayanya seakan kita- kita, maka lebih terinspirasi, lebih membina!

Beberapa minggu lalu, saya berkesempatan membelek sebuah buku bertajuk “ kisah cinta dalam Al- Quran” , itulah rahsianya, saya menjadi lebih bersemangat untuk membina peribadi sekukuh Fatimah Az- Zahra, seorang yang sangat sabar menghadapi apa sahaja ujian yang Allah hamparkan, bahkan saat tidak makan selama 3 hari pun, sewaktu hadir seorang hamba Allah yang sedang lapar meminta makanan yang pada masa itu hanya sedikit, tetap diberikan kerana keyakinan yang teguh pada Allah. Paling sedih saat Rasulullah hadir melihat sekeluarga, Fatimah, Ali dan anak- anaknya yang sedang dalam keadaan Lapar dan sangat kurus, maka menangislah Rasulullah sambil menyebut- nyebut, Ya Allah adakah keluarga Muhammad akan mati kelaparan, adakah keluarga Muhammad akan mati kelaparan.

Maka tidak perlulah saya membawa contoh lain melainkan diri saya sendiri yang terkadang tersekat mengenang keperluan lain yang masih banyak ketika ingin meringankan tangan bersedekah, terasa diri ini sangat kerdil berbanding wanita sempurna itu- tersangat kerdil. Sejak itu saya menjadi lebih bersemangat untuk mengkaji riwayat hidup srikandi, lebih semangat ingin membaca buku berkisar tokoh- tokoh muslimat, supaya jika tidak banyak, sedikit pun saya ingin menjejaki mereka, MAKA UNTUK BERJAYA, JEJAKILAH LANGKAH ORANG YANG BERJAYA(^ - ^ )

p/s :Satu hari, dek kerana terlalu bersemangat usai membaca sebuah buku berkisarkan tentang Aisyah r.a., saya bersuara pada Abah bahawa saya terlalu ingin menyambung pelajaran di Syria suatu hari nanti dalam pengkhususan hadith supaya saya boleh menjadi seperti Saidatina Aisyah yang mampu menghafaz beribu hadith, Abah gelak, kata Abah memanglah sebabnya Saidatina Aisyah tu isteri Nabi dan dia sampaikan apa yang dia lihat dan dengar dari Nabi S.A.W.., saya terasa ingin mengetuk kepala sebab semangat tak bertempat.huhu~

0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena