Beriringan ke Syurga~

Saturday, July 23, 2011

Mengingati-MU buat jiwa ku tenang~


Tutup mata, urut dada, istighfar..

Astaghfirullahala’zim..

Itu terapi untuk tenang jiwa, bukan dengar lagu, bukan tidur. Allah sebut dah, dengan ingat DIA, hati akan tenang. Walaupun kita selalunya masing- masing ada style sendiri nak hilangkan tekanan, kalau saya sendiri cara nak hilang stress adalah dengan mendiamkan diri, jadi sila jangan bercakap dengan saya kalau tak nak terasa hati..huhu. jadi, banyakkan berzikir, solat, dan ingatlah Allah.

Its not the point.aceceh~tajuk ada kaitan tak?

Hari ni insyaAllah, saya nak kongsikan tentang sesuatu.

Wah~ topik menarik anak remaja masakini, cinta.( faktanya adalah program tajuk cinta sekarang masih lagi releven nak menarik remaja berbanding topik lain).

Dan ianya lebih hangat sebab berkaitan dengan : Andai cinta ditolak.



Amatlah tidak islamik topik ini bagi sesetengah orang, jangan risau saya sedaya mengolahnya masih dari kacamata agama.

Saya tidak mahu bercerita soal; anda jangan bercinta sebab haram, berdosa.

Tapi bercerita tentang, kalaulah anda jatuh cinta, dan mesejnya dah sampai pada penerima, tapi malangnya ditolak, samaada dengan baik atau kasar, maka adakah anda perlu merasa diri terlalu hina? Atau merasa diri tak berguna? Atau merasa diri sendiri tak layak dan tak akan pernah layak dengan semua orang? Atau terus berputus asa?


ANDA SALAH!

Huish...semangat pulak=)


1. - Salahkah jatuh cinta?

Seseorang bertanya pada saya,

“ ukhti, salah tak kalau saya suka pada seseorang ni, sebab suka dengan akhlak dia?”

saya senyum segaris.

“tak salah”

Berani betul dia ni keluarkan fatwa sendiri yerk, kau tahu tak jatuh cinta tu mengotorkan hati, nanti hati jadi hitam, masuk zina hati, habis kau.dush..dush..dush.

Okeh, baiklah.

Tahu?

Saidina Ali telah jatuh cinta pada fatimah Az- zahra sejak kecil, terpikat dengan kelantangan puteri Rasulullah itu saat memarahi orang kafir quraish yang membaling isi perut unta kejasad ayahanda tercinta di hadapan kaabah.

Pernahkah Rasulullah menyatakan, wahai Ali dan fatimah, kamu telah berdosa??

Tidak pernah, bahkan sewaktu Saidina Ali dengan berani bertemu Rasulullah untuk meminang Fatimah Az-Zahra, setelah ditolak pinangan Saidina Abu Bakar dan Umar Al- Khattab, Rasulullah tersenyum penuh makna menjemput Ali masuk, bahkan menjawab pinangan Saidina Ali dengan ahlan wasahlan yang beerti ya, ya.

Bahkan seperti yang anda maklumi, Saidatina Fatimah mengaku telah jatuh cinta pada Saidina Ali sejak lama dahulu.jadi?

Saya faham, kakak naqibah anda mungkin mahu menjaga hati anda supaya tidak jatuh kelembah kehinaan dan lebih jauh, Cuma kadangkala saya merasa ia terlalu diberatkan, bahkan saya, juga begitu, itu soal hati dan perasaan, belum tiba masanya, hati itu hanya perlu ada Allah, jangan duakan Allah dengan yang lain, -kata sesetengah orang pada saya. Maha suci Allah, bagaimana kita akan menduakan Allah hanya dengan mencintai makhluknya setelah Allah sendiri mengurniakan fitrah yang indah itu buat kita? Kalau begitu bagaimana ketika kita mencintai kedua ibu bapa, saudara, sahabat dan lain- lain?

Saya sendiri juga pernah tertanya- tanya, jadi adakah para Sahabat dahulu menuju perkahwinan tanpa sekelumit perasaan cinta?, jika benar cinta itu berdosa.

Pokoknya diri kita yang akan memandunya dengan iman atau sebaliknya.

Jadi jangan rasa anda kotor, jika pernah memberi cinta pada manusia, Cuma jika rasa anda sedang melampaui batas, maka bertaubatlah.


2. Ketika cinta ditolak.

Bagi saya, jika anda jatuh cinta pada masa yang sama dengan manusia yang anda cintai, maka itu adalah keajaiban yang benar- benar Allah kurniakan buat anda.

Sebab ramai orang yang diuji dengan cinta, risiko paling besarnya adalah kemungkinan ditolak.

Saya melihat ramai manusia yang merasa hina ketika cintanya yang begitu suci hendak diberi ditolak mentah- mentah.

Duhai hati, bersabarlah.

Sila singkap sirah, tahu kisah Salman Al- farisi yang jatuh cinta pada seorang gadis bernama fatimah? Maka diluahkan perasaanya pada sahabatnya, Abu Darda’, dengan gembira Abu Darda’ memberi semangat kepada Salman untuk menyunting gadis tersebut untuk dijadikan suri hidup, malah Abu Darda’ berbesar hati untuk menjadi jurucakap bagi Salman ketika bertemu dengan keluarga gadis tersebut.

Anda tahu apa yang terjadi?

Setelah selesai Abu Darda’ menyampaikan pada keluarga gadis tersebut tentang hajat Salman Al- Farisi yang berada disebelahnya, maka ibu si Gadis menjawab bagi pihaknya.

“Anak gadisku menolak pinangan Salman Al- Farisi, tetapi jika yang meminang itu adalah Abu Darda’ sendiri, maka dia akan menerimanya”

Kalau anda?

Nanti, tahu apa jawab Salman al- Farisi?

“segala belanja kahwin dan mahar yang telah ku sediakan akan kuhadiahkan pada Abu Darda’”

Sekali lagi, kalau anda?

Sila jawab sendiri.

3. Kalau sedih, menangislah.

s

Seorang penyair berkata : Cinta bukanlah menabur budi dan menjaga perasaan orang lain, tetapi cinta adalah beban berat yang dipikulkan kepada jiwa.
kehilangannya, bagi manusia biasa seperti kita ini, adalah satu kesedihan yang dahsyat.

Memang benar, mata yang tidak akan dibakar oleh api neraka adalah dua mata iaitu yang berjaga malam kerana Allah, dan yang menjaga pasukan fi sabilillah pada waktu malam.- Rasulullah.

Salahkah menangis jika mengalami kesedihan?

Menangislah jika tangisan itu akan menenangkanmu, Rasulullah juga menangis ketika pemergian isterinya yang tercinta Saidatina khadijah, dan anaknya Qasim.

Ummul Mukminin Aisyah juga tenggelam dalam tangisan sewaktu terjadinya peristiwa hadithsul ifki.

Bahkan, seorang tokoh gerakan islam, Said qutb, turut tenggelam dalam kesedihan sewaktu mengetahui gadis yang dicintainya telah berkahwin dengan lelaki lain, setelah tiga tahun dia kekaherah menuntut ilmu, dan ketika kali kedua dia jatuh cinta denan seorang gadis kaherah, gadis itu mengakui bahawa dia adalah lelaki kedua yang dicintainya, maka said qutb terus tenggelam dalam kesedihan kerana dia inginkan seorang gadis yang perawan jasad dan jiwa, namun tidak lama kemudian sewaktu said qutb sudah menerima gadis itu semula, gadis tersebut menolaknya pula, dan anda tahu? Said qutb meninggal dunia dengan tidak pernah berkahwin setelah mengalami kekecewaan dua kali itu.

Namun pernahnya tokoh ini berputus asa dari rahmat Tuhan? Sekali- kali tidak, malah langkah juangnya terus kehadapan.

Bukankah itu yang sepatutnya?

Sekali lagi, usah merasa diri anda hina setelah cinta anda ditolak.

“ Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui(semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”

- (Al- Baqarah : 216)

Belajarlah mengenal erti REDHA~dan teruskan langkah juangmu.

Read More

Wednesday, July 20, 2011

Gadis- gadis haraki~




“Kita adalah kaum yang telah lah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka kehinaanlah”

-Amirul Mukminin Sayidina Umar al- Khattab.




Salam perjuangan buat Gadis- gadis haraki, yang sedia menyerahkan harta dan jiwanya demi Allah, yang hatinya terpasak aqidah perjuangan yang kukuh, yang teguh tanpa ragu- ragu, berintima’ dengan Harakah Islam yang semata- mata jelas perjuangannya demi menegakkan kalimah Allah hingga mencapai kemenangan atau Syahid dipertengahan jalan, moga- moga hingga helaan nafas detik ini masih tsabat dan berkobar- kobar semangatnya ingin meneruskan perjuangan.

Saya mengenal Perjuangan dengan penuh rasa takjub, kepada Allah yang menciptakan gadis- gadis haraki yang begitu degil, keras hati, dan tidak mudah mengalah dengan arus demi arus yang merintangi, semua itu ditanggapi sebagai proses tarbiyah yang menjadi makanan dalam perjuangan islam, mulanya tertanya- tanya atas dasar apa mereka tidak tidur, berbagi kelas dengan meeting, usrah dan sebagainya, tapi akademiknya tidak lumpuh malah terus menerus dengan kecemerlangan. Lewat dua tahun dahulu saya mula mengerti, ketika saya mengenal perjuangan yang saya pilih, maka saya mengenal lebih dalam gadis- gadis haraki ini, dan mengerti, untuk siapakah keletihan mereka itu dicurahkan.

Gadis Haraki bukan gadis yang berjalan penuh keayuan, bercakap dengan suara yang hampir tidak kedengaran, dia bukan juga gadis idaman dalam filem- filem cinta islamik, juga bukan yang sentiasa menjinjing novel- novel cinta islamik, jika anda mencari muslimat seperti itu, maka jauhi gadis- gadis haraki, yang tega dan bersuara lantang, bukan mengetepikan rasa malu yang sememangnya kembar bagi seorang muslimat, tetapi terpaksa menggadaikan prinsip selagi tidak bercanggah dengan syariat demi Ummah.

Lihat sahaja muslimat- muslimat harakah islam yang sanggup turun meredah banjir lumpur malah berasak- asak ditengah kota di malam tahun baru demi menyampaikan dakwah islam, kepelusuk kampung, malah ke luar negara yang dilanda bencana sekalipun. Dan tentu sahaja si gadis - gadis juga haraki mahu menjadi seperti kekanda dan juga bonda mereka dalam medan perjuangan, justeru, gadis- gadis haraki teguh dan tegar menempuh cakap- cakap sindiran yang menyatakan mereka ini tidak tahu malu, tidak pandai menjaga diri dan sebagainya kerana gadis- gadis haraki ini sahajalah yang faham, mengapa mereka perlu turun dan betapa besarnya peranan mereka bukan sekadar tinggal diam dirumah, menonton drama korea mahupun belajar semata- mata.kerana Ummah yang rosak akhlaknya dan penuh dengan budaya jahiliyyah, sentiasa melambai- lambai menuntut gadis- gadis haraki turun, atau lainnya menjawab nanti dihadapan Allah, itu pilihan bagi gadis- gadis haraki.

Bukan sedikit tukaran yang terpaksa dibayar gadis- gadis haraki ini, tentangan keluarga yang tidak betah melihat anak gadisnya lincah kesana- kemari, sahabat- sahabat berbeza fikrah yang tidak akan mengerti, malah kadang kala gadis-gadis haraki tidak terlepas dari ujian cinta yang sentiasa mengejari, maka si gadis haraki terus menerus mohon ditsabatkan Allah dalam medan perjuangan ini sehingga akhir hayatnya, kerana mereka sedar rantaian perjuangan islam ini sentiasa silih berganti, maka mereka- mereka inilah yang bakal menjadi tampuk perjuangan di masa hadapan nanti, jadi terus- menerus si gadis haraki berdoa agar tidak futur dipertengahan jalan dan semangatnya mati.

Si gadis haraki tidak penah jemu mengisi lompong- lompong dalam memahami perjuangan, sentiasa mengisi tsaqafah dengan bahan bacaan, rak bukunya penuh dengan makalah- makalah usrah, kitab- kitab haraki, buku- buku perjuangan dan travelog perjuangan tokoh- tokoh gerakan islam, dan tidak malu bertanya dengan ulama’ dan tidak pernah penat menghadiri usrah dan liqa- liqa kefahaman, agar perjuangan dapat dipegang dengan kukuh, kerana itu si gadis haraki tidak betah tinggal diam dirumah, kerana dia harus melumatkan kefahamannya terlebih dahulu sebelum memanggil gadis lain menyertai perjuangan ini.

Malah bukan sedikit si gadis haraki yang tidak mahu masuk ke gerbang perkahwinan kerana bimbangkan kekurangan komitmen yang akan diberikan kepada harakah islamiyah di masa hadapan, maka pejuang- pejuang harakah islamiyah diluar sana, jika anda inginkan suri hidup yang 24 jam dirumah, mengemas, mengulit si anak, tidak keluar berjuang sekalipun ke usrah, maka jauhilah gadis- gadis haraki, dan janganlah membantutkan semangat juang si gadis- gadis haraki.

Maka si gadis- gadis haraki, teruslah pegangi akidah perjuangan ini, yakini, dan berakhlak seperti engkau yang telah ditarbiyah, usah pernah berhenti, atau berniat untuk berehat sebentar, kerana perjuangan ini bersifat terus menerus dan memerlukan keistiqamahan, percayalah rehatmu yang awalnya dua bulan, bisa menjadi 4 bulan, setahun atau selama- lamanya engkau mungkin tidak akan menjejaki lagi jalan juang ini.

Usah pernah jemu nasihat menasihati kerana sahabat- sahabatmu bukanlah manusia sempurna, yang kadangkala tewas dalam siri- siri ujian yang Allah timpakan demi menguji keimanan mereka, ribat tangan mereka sehingga kehujung jalan, kekuatan ukhwah kerana Allah itu luarbiasa gengaman hatinya, maka jagalah mereka seperti engkau menjaga dirimu sendiri.

Sememangnya tidak dapat kita nafikan betapa halusnya perasaan seorang muslimat, malah ramai dikalangan muslimat yang tewas hanya kerana ditegur dalam mesyuarat secara tidak berhikmah, ingin melarikan diri dari perjuangan semata- mata kerana merasa diri dipinggirkan berbanding teman- teman, justeru, gadis- gadis haraki yang benar- benar ikhlas dalam perjuangan ini, ayuh kita ketepikan soal hati dan perasaan dan sentiasa melatih diri menjadi gadis- gadis haraki yang teguh hati dan sentiasa ikhlas dalam perjuangan, bukan kerana individu kita berjuang, bukan jua kerana pangkat dan sanjungan tertentu, tapi benar- benar kerana Allah!

Doakan saya terus stabat, terus berusaha untuk mantapkan diri seperti kalian, terus memperbanyakkan amalan, sebab saya sangat cemburu melihat kalian~=)


-Al-Fatihah buat bonda kita dalam perjuangan, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo'.

Read More

Tuesday, July 12, 2011

Terima kasih atas 9 julai ini.



Assalamualaikum.

Kata seorang ustaz saya, hanya manusia yang pernah turun demonstrasi tahu bagaimana ketagihnya untuk turun lagi. Saya tersenyum mengingatkannya.

Water canon yang airnya mampu menyengat kulit.

Gas pemedih mata yang bagaikan disembur serbuk cili.

Perjalanan yang berbatu- batu.

Peluh menyimbah memandikan tubuh.

Malah ada tubuh berdarah- darah dibelasah.

Ada tulang yang patah ditendang tanpa belas.

Malah yang bergadai nyawa.

Dengan ujian yang sedikit ini, Saya ingin berusaha memahami,ingin sungguh memahami, bagaimana para sahabat begitu ketagih ingin hadir dalam peperangan menegakkan agama islam, berlari- lari ingin bertemu kematian.ya Kematian.

Jauhnya mati syahid itu dengan kita, sukarnya ingin mengapainya, dengan jiwa yang masih cintakan dunia, yang masih gentarkan selain-NYA, yang masih sayangkan harta benda, yang masih teragak- agak mahu melepaskan habuan dunia, yang masih bertegang leher dalam mempertahankan agama. Sungguh, saya ingin merasa ketagihnya keluar berjihad! Oh, masih jauhnya saya.

Atas jalanan, kita bertemu demi TUHAN, maka untuk saya dan anda semua, andai niat kita semua turun 9 julai 2011 ini bukan kerana Allah, atas nama-NYA, untuk agama-NYA, Maka tubuh- tubuh yang lemah dan letih ditelan sia- sia.untuk saya juga, dan untuk anda semua,

TERIMA KASIH ATAS 9 JULAI 2011 INI..



p/s : dah ditaip lama, tp baru nak post( ^ -^), bahangnya masih terasa..

Read More

Monday, July 4, 2011

Tulis.tulis.tulis.




salam.

yosh~

tangan gatal nak menulis,

walaupun dalam kepala- kosong.tulis.padam.tulis dan padam,nasib baik guna laptop, boleh backspace, kalau masih guna kertas?

tak ada apa yang dapat dikongsikan sebenarnya, sebab semua idea-idea yang nak ditulis dan telah difikirkan sepanjang minggu lalu terbang ditiup angin waktu yang jeles nak bagi kesempatan dan waktu lapang.diri pun separa cerdik tak catat point- point penting, jadi yang pergi biarkan pergi=), bak kata seorang penulis terkenal yang tak ingat namanya apa, idea penulisan akan hadir sewaktu engkau mula menulis.jadi marilah berseru : idea..idea..idea..datanglah kau.( ada asap kat belakang).hoho, okeh, x lawak.

sibuk sana sini orang bercerita bab ke'bersih'an kebelakangan ni, maka marilah sama- sama menyahut seruan untuk membersihkan segala kekotoran di bumi tercinta ini.turun jangan tak turun okeh! marilah sama- sama kita beriringan tangan sambil bayangkan ada lagu freedom by maher zain sebagai muzik latar dan dalam keadaan basah kuyup kena simbah dengan water canon, lagi best ada asap- asap cinta pemedih mata lagi, memang super drama lah~ maka jomlah..jomlah~(buat muka comel tangan kat dagu)=).

okeh kelaut.

oh ye.

saya baru baca(atau mungkin lebih sesuai dipanggil : belek- belek) satu buku tulisan John Gray, the famous author yang tulis buku men from mars and woman from venus. buku yang bertajuk why mars and venus are collide ini saya tak tahu penulisannya yang keberapa. kalau namanya nak baca buku english sebelum ni memang mintak maaf lah. tapi disebabkan buku ni antara rujukan dalam asigment subjek pengurusan islam, maka haruslah bagi saya membaca serba sedikit. mula- mula memang boringlah sebab saya tak pernah baca tulisannya sebelum ni, tapi lama- lama memang menarik sebab banyak perbezaan dan ilmu mengenai wanita dan lelaki diketengahkan, manusia biasalah, tahu benda baru memang mengujakan!

nah saya kongsikan sedikit. nak tahu ?

"A woman 's greatest challenge is to begin caring for herself as much as she is caring for others."

nah lagi.
"A woman's enormous capasity for joy, delight, and fulfillment is the fuel that lets a man know that he makes a different."

"by focusing on giving ourselves what we need, we will have more to give our partners"

lagi?sila baca sendiri. diatas adalah quotations yang best- best dan biasanya kalau membaca dan jumpa apa sahaja ayat yang best saya akan catatkannya di mana- mana tempat. mungkin lepas ni saya akan mula pelbagaikan genre buku bacaan saya supaya pengetahuannya lebih meluas.insyaAllah.

waa..best jugak tulis ikut suka hati ni, boleh kongsi macam- macam dalam satu entry.saya punya blog.saya punya sukalahkan nak tulis apa.haha-peace~gaya2 santai ni lebih melapangkan dan tak memberatkan- kepala saya dan anda yang sangat rajin membaca karutan- karutan saya ini, jika bosan, please leave this page immediately.acceceh~baiklah, tanpa anda siapalah saya.=)

saya tahu interaksi dengan pembaca itu penting, maka minta maaf diatas penulisan- penulisan saya yang memang syok sendiri sebab itulah gaya dan keunggulan saya.wah!-saya suka bercakap dengan diri sendiri, memang dari kecik saya akan motivate diri sendiri, maka kadangkala terbawa- bawa dalam penulisan, dan saya harus lebih berhati- hati selepas ini. kalau setakat ini, gaya penulisan penulis yang saya paling suka adalah penulisan adrea hirata, penulis untuk buku- buku sang pemimpi, lasykar pelangi dan lain- lain, gaya penulisannya lebih rapat dengan pembaca, macam kita sedang baca diari rahsia manusia lain, dan semangatnya melingkari kita pula.

Ramai orang akan menilai seseorang melalui penulisan, lagi- lagi mereka- mereka yang ada blog, maka akan senanglah manusia diluar menilai anda, tapi tidak saya, saya bukan seseorang yang mudah menilai, dan yang paling penting tidak suka dinilai, lihat saja gaya penulisan saya yang sentiasa berubah, jadi jangan nilai saya, sebab esok nilaian anda pada saya akan berubah juga.=)

okeh, sebenarnya saya teringin berkongsi hal peribadi dengan rakan- rakan bloggerz sekalian, tapi entah, masih belum bersedia, atau tidak akan bersedia selama- lamanya, saya bukan pemendam asalnya, tapi akhir- akhir ni saya sukar untuk mempercayai sesiapapun, sesiapapun, jadi apa yang ada dalam hati saya, biarkan saya sahaja yang tahu, dan pastinya Allah lebih tahu, sebab, pada siapapun saya bercerita, kefahaman saya pada masalah tersebut tak akan difahami manusia lain, jadi , baik memendam dari disalahtafsirkan, walaupun saya tahu dan sangat tahu, berkongsi masalah itu dapat meringankan beban dalam kepala yang ditanggung.tapi manusia lain jasad dan hati takkan dapat faham.takkan dapat.huhu..emosi nampak~.

okehlah, makin panjang makin mengarut. esok saya akan jadi 'yang lain', itupun kalau saya nak menulis esok.SALAM~
Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena