gambar hiasan |
Kehidupan penuh
cinta.
Damai.
Kehidupan yang
mententeramkan jiwa dan tidak sempit adalah idaman setiap insan, ada manusia
yang kaya dan mewah tetapi masih tidak tenteram, dan ada manusia yang miskin,
tetapi jiwanya tetap tenang setiap hari. Dan ada juga manusia kaya yang gembira
dan tenteram, kerana dia rajin menginfakkan hartanya ke jalan Allah, maka
hartanya bertambah- tambah berkat kemurahan hatinya, dan ada si miskin yang
terus sempit dan sulit menghadapi kehidupan sehari- sehari, memang benar,
siapapun kita hari ini, si kaya mahupun si miskin, raihlah ketenangan dan
kekayaan jiwa dengan mendekat kepada Pencipta, agar kehidupan yang kita lalui
adalah kehidupan penuh cinta, sang kaya jiwa, tenteram hatinya.
Islam menyelimuti
manusia dengan kehidupan penuh cinta, jika kita masih belum mampu melihatnya,
maka kita mempunyai hati yang tidak sihat, bunga- bunga cinta yang tercatat di
dalam Al- Quran dan dibawa oleh Rasulullah punya haruman yang luar biasa, andai
sahaja seluruh manusia sedar akan kehidupan penuh cinta ini, pasti kita tidak
akan melepaskan sedikitpun ajaran islam ini. Memang benar, keindahan islam itu
tidak terletak kepada pengganutnya, kajilah islam, amalkan dan hayati di dalam
kehidupan seharian, maka kita pasti bertemu dengan kehidupan penuh cinta.
Lihat sahaja, di
dalam Al- Quran, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Allah
menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, memberi kepada kepada kaum
kerabat dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan”
(An- Nahl : 90)
Berbuat kebaikan
menjadi visi islam terpenting dalam kehidupan manusia, haruman kebaikan tersebar
ke seluruh semesta menerusi pengamalan perintah Allah yang konsisten, islam
mengegah umatnya berlaku tidak adil dan menggalakan permusuhan kerana ia busuk
dan kotor, mengotorkan hati- hati manusia yang fitrah bersih dan suci, kesannya
nilai kemanusiaan terkikis dalam kehidupan, dan ketenangan jiwa semakin
menghilang di dalam nurani. Tiada lagi kehidupan penuh cinta yang mendamaikan.
Firman Allah S.W.T.
yang bermaksud :
“ Kami tidak
mengutuskan engkau (Muhammad), melainkan menjadi penyebar rahmat (kasih
sayang).”
(Al- Ambiya’ : 107)
Rasulullah S.W.T
bersabda yang bermaksud :
“ Aku tidak diutus
sebagai orang yang suka mengutuk, bukan juga orang yang suka berkata- kata kasar
dan kotor, tetapi aku diutus sebagai pembawa rahmat dan kasih sayang”.
Peribadi Rasulullah
yang halus dan mulia begitu mengispirasikan manusia, meninggalkan akhlak
Rasulullah S.A.W beerti mengundang ketidak tenteraman jiwa, menggalakan
permusuhan dan menjemput benci, izikanlah cinta menyentuh hati, mari meraih
kehidupan yang mendamaikan dan penuh cinta, tanpa dendam dan benci, mari
berlatih bercinta dengan orang di sekeliling kita, kehidupan mencinta dan
dicintai. Tiada kekasaran, dengki mendengki, kemarahan yang merasuk hati dan
kata- kata yang menyakitkan hati, kita gantikannya dengan kelembutan, tidak
berkata kasar dan berdoalah agar kita sentiasa menjadi penenang jiwa bagi kedua
ibu bapa dan orang sekeliling kita. Hati akan bebas menggapai cinta illahi,
kerana tiada halangan lagi, bimbang dosa- dosa kita dengan manusia hasil
kemurkaan Allah kepada kita, Nauzubillahiminzalik.
Ramai manusia tidak
mahu menjemput islam secara keseluruhan kedalam kehidupan, jadi tidak menjadi
keanehan andai kita masih belum meraih kehidupan penuh cinta, keadilan
pemerintahan islam, tanpa rasuah dan penindasan, seruan bagi pengamalan islam
yang sepenuhnya dalam kehidupan, itulah yang menjemput cinta, beranilah memilih
islam, berani untuk kehidupan yang lebih harmoni dan mendamaikan. Pilihlah islam
meneraju kehidupan kita. Dan raihlah kehidupan penuh cinta.
Ada manusia yang
berkata, memang semulajadinya memang aku kasar begini, aku memang dilahirkan
untuk menjadi kasar begini, mustahil, lihat sahaja, kadang- kadang dia lembut
dengan sesetengah orang, kerana dia mempunyai kasih sayang terhadap seseorang
itu, nah, bukankah cinta yang membentuk peribadi nan indah, jadi belajarlah
bercinta dengan keluarga dan sahabat sekeliling kita, pasti tutur kata kita,
akhlak kita kepadanya akan menjadi halus. Menasihati dengan ikhlas dan senyuman
boleh jadi lebih berhasil berbanding memerli dan memarahi, serulah manusia
kejalan Rabbi dengan akhlak yang baik dan berlemah lembut. Hilangnya cinta
sekaligus akhlak yang baik kepada seseorang adalah kerana hilangnya rasa hormat
kepadanya, jadi belajarlah menghormati agar kita menjemput masuk kehidupan yang
bahagia dan membahagiakan manusia lain.
Berbicara soal cinta
memang mudah, kerana ianya yang indah- indah sahaja, memang kadangkala kita
teruji untuk marah dan membenci, kerana itulah kita dan islam kena sebati,
tidak akan terpisah dalam apapun urusan, supaya itulah yang akan memujuk hati
untuk memaafi, jika cinta kerana Allah, maka benci pun harus kerana Allah, itulah
kata seorang sahabat mengingatkan saya. Tidak sesempurna mana diri kita untuk
sepanjang masa sentiasa dengan senyuman tanpa cela diwajah, tapi harus berusaha
untuk menjauhkannya, bahkan kita amat takut untuk menjadi tidak tenang lagi
setelah meraihnya satu- satu masa, cepat- cepat sahaja kita akan kembali
merebutnya.
Berusahalah memperolehi
ketenangan jiwa sekalipun kita terpaksa mengejarnya, mujahadah itu memang
pahit, kerana itu kita kena berlari- lari merebutnya dengan kepayahan, bila
sudah perolehinya, bahagianya susah untuk dibicara, Al- Quran dan selawat
keatas Rasulullah sentiasa dirindu untuk ditatapi dan membasah dibibir. Sehingga
terlenapun dalam senyuman. Indah bukan? Tanya
sama hati ya =)
Terharu melihat
kehidupan mujahidin dan para ulama’ serta yang berjuang di jalan-Nya, akhlak
mereka yang indah, senyuman mereka sungguh membahagiakan, wajah- wajah perindu
syurga yang sentiasa menjadi idaman dihati mereka, cintailah mereka untuk kita
bisa bersama mereka di syurga, hargailah permata- permata yang amat bernilai
ini dengan merebut ilmu yang disampaikan mereka, dan sentiasa mendoakan mereka
terus kuat memperjuangkan agama Islam, moga- moga tempiasnya bisa kita kecapi,
jalan yang mereka lalui bisa pula kita selusuri.
0 comments:
Post a Comment