
Aku selalunya tidak mahu menyesal
dengan tindakkan yang lalu yang kulakukan setelah berfikir panjang baik buruknya,
kerana walau hal itu akhirnya mengundang keburukan, jika disesal bakal membunuh
jiwaku, dan aku tidak mahu dibunuh jiwaku oleh diriku sendiri. Justeru, yang
lebih baik bagiku adalah melepaskan selangkah demi selangkah, melupakan dan
berharap ia segera pergi dan masalah itu akan tetap menjadi pengajaran buatku
di masa depan nanti.
Keterpurukan akibat
kesesalan dimasa lalu bisa membuat manusia terkeliru, antara...