Sosok Muslimah yang
bagaimana kau mahu lahirkan?
"
Daripada Aisyah r.a katanya, aku berkata, Ya Rasulullah, kita mengetahui jihad
adalah sebaik- baik amalan, oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut
serta pergi berjihad? Baginda menjawab bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang
paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji yang mabrur"
(diriwayatkan
al- bukhari dengan memiliki ashl)
"Kami(para
wanita) dahulu (ikut berjihad) bersama Nabi s.a.w., kami memberi minum dan
mengubati orang yang terluka dan mengurusi jenazah agar dipulangkan ke
Madinah"
(al- Bukhari ( 2882) Hadith Rabi'
Bintu Muawwiz r.a)
Ketika
Saidatina Aisyah, gigih bertanya bagaimana caranya jika wanita ingin ikut
berjihad, kerana begitu cemburu melihat kaum lelaki dapat melunaskan amalan
termulia itu, Rabi' Bintu Muawwiz pula menerangkan bahawa mereka ikut serta
berjihad bersama Rasulullah di medan dengan membantu sesuai ketepatan
fungsinya, justeru muslimah hari ini mahu berwatak seperti apa? Masih mahu
diulik dengan puisi- puisi nan indah memintamu dengan kelembutan bahawa engkau
seharusnya berfungsi sebagai hamba Tuhan yang sewajarnya, atau masih mahu
melayan perasaan tidak boleh tersentuh sedikitpun kerana hatimu adalah yang
paling harus dijaga.
Muslimah!
Lihat
sekelilingmu, engkau sudah diberi hidayah sedang mereka masih ternanti hidayah,
justeru watak apa lagi yang engkau mahukan, watak kelembutan membuai-buai
bahawa engkau tidak boleh lelah dan penat kerana kerjamu hanya melayan
perasaan? Menanti imam disana, menanti pemuda berwatak ustaz memanggilmu,
bernikah seperti yang kau impikan, bina keluarga harmoni mawaddah warahmah
seperti dalam kotak impimu? Lantas apa lagi peranan yang kau harus mainkan pada
ummah? Cukupkah sekadar itu?
Muslimah,
tidak mahukah engkau bergerak laju mengerah tenagamu untuk dakwah, untuk bentuk
ummah pada zaman seperti ini? Jiwa- jiwa para srikandi sirah yang bergelegak
ingin berjihad dan bersoalkan kepada Rasulullah bagaimana caranya aku harus
berjihad dan itu tidak ada terdetik di hatimu, watak para srikandi sirah yang
turun ke medan jihad membantu mengubat luka dan menguruskan jenazah itu kau
pandangkan sipi sahaja, kerana engkau masih melayan rasa kelembutanmu. Justeru watak
apa kau ingin lahirkan untuk ummah yang sakit ini?
Muslimah, kau mahu tahu tentang bicara Zainab Al-Ghazali, tokoh
srikandi gerakan islam di mesir yang pernah dipenjara dengan siksaan kepadanya
seperti siksaan kepada seorang tahanan lelaki seusai penikahannya kepada
suaminya?
"Hak saya
untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad
di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab
sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan
saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan
saya. "Dia memperingatkan suaminya lagi, "Sekiranya berlaku
pertembungan diantara perkahwinan dengan dakwah, akan
berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta
kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah
saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada
Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini
sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T."
Muslimah!
Berhentilah,
kita harus kuat, kita harus turut
berjihad sesuai peranmu sebagai wanita, ketika tidak jatuh wajib untuk engkau
turun berlawan di medan tempur kita harus
turut mengerahkan tenaga, kita harus
berjuang dengan posisi yang tepat, kita harus tewaskan kelembutan sendiri,
panas terik yang membuat penat itu hanya didunia, cukuplah akhirat untuk kita
beristirehat.
Berfikirlah,
apa yang kau boleh sumbangkan untuk ummah, hilangkan perasaan yang bukan-
bukan, tidak sekali aku ingin menafikan bahawa kita punya fitrah kelembutan,
namun kelembutan itu tidak sekalipun menjadi tembok besar untuk kau tetap turut
berjihad, bentuklah jiwa menjadi jiwa pemberani, jiwa kental yang tidak mudah
terusik, malu rasanya jika kita masih leka dengan puisi- puisi melayan
perasaan, mengagungkan watakmu sebagai wanita, engkau tahu betapa sakitnya
ummah, dan kau tahu betapa sakitnya perasaan melihat anak- anak gadis bebas
meliar melahirkan kandungan tidak dipinta sedang para daie muslimah masih sibuk
melayan perasaan kesedihan ditinggalkan imam idaman. Masih duduk diam berteleku
mengadap novel- novel yang membuai perasaan sedang kitab- kitab dan penulisan
para ulama masih banyak yang perlu dihadamkan. Dan filem- filem yang
menerangkan soal hukum sedang pemain wataknya juga tidak punya ikatan darah
mahupun aqad perkahwinan yang menghalalkan, bertentangan mata dan pegang
beralas kain atas alasan dalam filem bergenre islamik.
Muslimah!
Berjihadlah, kita sudah tak punya masa,ayuh, kuatlah, jangan berselingkuh dibawah perasaanmu yang mendap dan mendakap, terbanglah, jangan tunggu lagi, lakukan semampumu, sekalipun kau hanya bisa menulis ilmu- ilmu fiqh, soal aqidah dan syariat, soal pemikiran islam, soal ketamadunan serta soal apapun yang bermanfaat untuk ummah, sekalipun kau hanya mampu berusrah di bulatan kecil, kau hanya mampu membaca dan belajar dengan sepenuh tenagamu agar ummah melahirkan ilmuan yang menjadi rujukan di masa hadapan, LAKUKAN! Berfikir! Apa yang kau bisa lakukan untuk ummah, bukan untuk kesenangan hidupmu kerana hidupmu akan berakhir sedikit masa lagi tapi ummah akan terus bergerak dan menghidup di masa akan datang sehingga hari pembalasan, justeru ummah yang bagaimana akan dilahirkan di masa hadapan?! Turunlah ke lapangan dan kau akan tahu betapa ummah memerlukan..Ya Rabbi, ampunkan kami jika bicara yang tak seiring amal, atas semangat yang terbungkam dalam waktu tertentu atas kelekaan kami diatas dunia yang tidak kekal ini. Amin..
Saidatina Aisyah, Khadijah, asiyah, sarah, hajar, lupakah kita pada kekuatan perasaan mereka, tidakkah mereka contoh terbaik untuk muslimah yang tidak terlalu melayan perasaannya? Dan penuh kekuatan berkata "jika ini adalah arahan dari Allah, maka aku redha.." atau tegas berkata " aku memilih engkau Rasulullah berbanding dunia dan kenikmatan yang ada didalamnya".
Zainab
Al- Ghazali, Maryam Jameelah, Yb Zailah, ustazah Nuridah, dan ramai lagi
srikandi besi dalam gerakan islam yang boleh diikuti? tegas dan tangkas, tidak
punya masa menghabiskan masa menangis melayan perasaan kerana fikiran mereka
luas, menjenguk ummah dari jendela yang tinggi dan jelas. berperan dengan watak
penggerak ummah, jika tak nampak dengan srikandi di sirah apakah watak didepan
mata ini masih mahu diabaikan.maafkan aku teman, kadangkala aku menulis kerana
kesedihan. sekalipun kadang aku yang terleka ketika aku kegembiraan. benarnya,
semakin kita tahu semakin banyak yang kita tidak tahu, luasnya ilmu tak
tergapai, biar lelah, jangan rebah, bertahanlah untuk ummah..
Disebalik kelembutanmu, ada jihad menanti, ada jiwa tegas pemberani~
3 comments:
thanks kak for sharing.very meaningful and akak dan family dirahmati Allah SWT.Amin.saya blogwalking dekat sini.free2 singgahlah ke blog saya : http://bynuratikaaziz.blogspot.com
thanks kak :)
Barakallahu fik!
terima kasih sebab membuat saya menangis malam ini, saya dapat merasakan ini adalah teguran dari ilahi. Saya akan sentiasa menanti penulisan seperti ini
Post a Comment