Beriringan ke Syurga~

Sunday, October 5, 2008

lima hari raya~


Assalamualaikum..


setelah sekian lame tak update blog dek kesibukan duniawi yg melampau,ditambah dengan member-member seblogger yang raya sakan(sampai tak update2 blog diorang),malas pulak nak update.hari ini!(acceceh~)saya dah boleh bersenang lenang depan pc,tak yah nak berebut-rebut dengan adik beradik saya yang lain,tak yah nak basuh pinggan ,tak yah nak buat air untuk tetamu yang datang.raya kelima--->selama lima hari raya ni,hidup penuh ceria,walaupun kepenatan dah tahap langit ketujuh,saya masih boleh tersengih.

Raya Pertama

sebelum sembahyang subuh lagi saya dah mandi(buat julung -julung kalinya..huhu~),walaupun malam rayanya,tido dekat pukul tiga lebih gara-gara dok main mesej dengan fatin,tapi sebab semangat nak pergi sembahyang raya ,saya jadi orang kedua selepas abah , sayup je takbir raya dari masjid.memang best...

disebabkan kitorang memang tiap-tiap tahun tak beraya kat kampung.(sebab atok ngan nenek dah takde)rumah kitorang lah jadi tempat berkumpul,memang hanggaattt..macam-macam perangai ada,dengan budak-budak kecik yang berlari sana-sini,mak-mak ngan ayah-ayah yang berborak sakan..memang meriah habiss..ramai pulak jadi jurugambar tak bertauliah,termasuklah saya~

saya ngan akak pulak macam biasa jadi model sinki.pinggan tak putus-putus,petangnya ramai-ramai konvoi kerumah makcik..tapi sebelum tu singgah solat asar kat masjid..best.

singgah masjid smayang asar

malam,kerumah mak lang pulak,walaupun mata dah sarat(pasal tido lambat),habis jugak sepinggan meehun goreng dengan rendang..huhu~


Raya kedua


raya kedua,jalan-jalan kat rumah maksu,sampai agak awal dari yang lain,dan balik paling awal sebab kitorang nak ke rumah kawan kat sungai buluh,tak sempat nak jumpa yang lain,

tapi nasi briyani maksu tengahari tu memang masyuk..

hujan selebat-lebatnya on the way nak balik,sampai siaran radio terus off lepas satu kilat yang kuat.Alhamdulillah kitorang selamat sampai ke rumah..

malamnya,maksu datang dengan paksu hantar nasi briyani ,apalagi...ambik pinggan la...

pukul berapa diorang balik pun saya tak tau sebab paksu sakan main game..saya da tidooo..


raya ketiga
kitorang buat openhouse untuk member anak-anak mak ngan abah,(kitorang la..)ramai jugak yang datang,kak fiezah yang balik cuti belajar kat mesir pun datang,bukan senang nak suruh kak fiezah datang tau..

mak tunjuk kepakarannya masak nasi minyak(sedappp),malam baru aku ada peluang nak makan,sibuk layan orang punya pasal.yang best,kek coklat yang aku buat tengah malam semalam habiss..

Raya keempat

kali ni giliran rumah makandak,
buat skali dengan birthday masyitah,maklang yang baru sampai dari melaka terus ke sana,
apa lagi,kitorang adik-beradik yang memang hantu kek dok layan kek je la..dua jenis kek pulak tu,huhu~


birthday girl


balik dah petang,sampai-sampai,kawan abah datang...dua orang adik saya balik ke kelantan dengan bas malam tu,kelam kabut habis la gamaknya,adik perempuan saya dah mengamuk sebab serabut,sian dia,bengang jugak dia sebab saya tak sempat nak buat kek coklat untuk dia bawak balik.dah janji pulak tu,memang kecoh masa tu,akak dok sakat adik..lagi la dia bengang..huhu~yang si adik lelaki tak buat muka,dia lagi la malas nak balik.sian adik-adikku~

**teha balik dlam bengang**

makandak datang lepak-lepak kat rumah,rumah yang sunyi happening balik kejap..irfan gaya orang besar tersadai kat ruang tamu lepas penat nangis berebut mp3 dengan akak..huhu~(mana taknya,nak dihempuk mp3 tu,baik selamatkan dulu..)comel betul budak tu.

irfan tidooo


rumah ke arah kesunyian..dua dah balik,tinggal lagi empat.

Raya kelima

pagi-pagi lagi orang datang nak raya,bukan sape pun,sedara kitorang jugak,huhu~

mak masak cepat-cepat,bekal untuk budak tiga orang tu,abang yang sulung balik uia gombak,abang yang kedua dah balik maktab perguruan ipoh,akak balik lipis,saya tinggal sorang la..

sunyi+boring=pening kepala ..

lepas habis mengemas,saya dah tersadai depan pc(huhu~betul ke ayat ni),belog ku diupdate hari ini..berjaya!(waaa)

cuti yang bersisa saya nak penuhkan dengan update blog sebelum blog ni berabuk bila dah start sem balik..

buat sementara ni..jadi orang tak bergaji(orang gaji+x dapat gaji)sementara kat umah..huhu~



0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena