Beriringan ke Syurga~

Thursday, October 9, 2008

UNDANGAN PROGRAM

Assalaamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh;

Saya dengan berbesar hatinya ingin menjemput saudara/saudari ke program Wacana Pemikiran Prof. Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS), dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Tarikh program:
12 Oktober 2008 bersamaan 12 Syawal 1429H

Tempat:
Dewan Seminar,
Masjid Wilayah Persekutuan,
Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Aturcara program:
8.00 pagi: Kehadiran dan pendaftaran para peserta
9.00 pagi: Ucapan Pengerusi Majlis / Bacaan Doa & Al-Qur’an / Ucapan Perasmian
9.20 pagi: Pembentangan 1

“Almarhum Prof. Dr. Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki: Keperibadian, Sejarah Hidup & Perjuangannya”

- Dato’ Syed Omar bin Syed Abdul Qadir al-Aidarus

- Habib Hassan al-Attas

10.00 pagi: Alunan Qasidah dan Persembahan Multimedia
10.15 pagi: Ucaptama oleh Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi al-Maliki
12.00 t/hari: Rumusan Wacana oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki
12.40 t/hari: Majlis Pelancaran Buku
1.00 petang: Bacaan Maulid Daibaei
1.10 petang: Majlis bersurai dan Solat Zuhur

Untuk makluman kehadiran atau pertanyaan, sila hubungi:
Tel.: 03-61880300
Faks: 03-61896700
SMS: 016-2084300
E-mel: sap@abim.org.my
[u.p.: En. Jufitri atau En. Raimi]
sini

0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena