Beriringan ke Syurga~

Tuesday, December 2, 2008

Istidraj,Menjarum Halus!

Alhamdulillah, Diri ini diberi peluang oleh Allah untuk bersama-sama dalam satu majlis yang semestinya dinaungi sayap-sayap para Malaikat yang setia menaungi taman –taman syurga didunia iaitu majlis-majlis ilmu.Moga setiap mutiara yang dititip sepanjang ditaman ilmu itu berkesan terus kehati dan sekaligus dapat ku amalkan saban hari dalam setiap usaha diri yang serba hina ini menjadi hamba yang sentiasa ingin terus dekat pada sang Khaliqnya,Duhai Allah, tunjuki hamba lorong-lorong cinta kasihMU.

Salam Jihad buat semua sahabat para perindu Syurga.moga jalan yang kita susuri hingga detik ini jalan yang sentiasa lurus kearahNYA.

Istidraj,rupa-rupanya, tanpa disedari menjarum halus dalam diri kita lebih-lebih lagi yang bergelar seorang pelajar.Tanpa bicara lebih panjang, saya kemukakan dua situasi.

Situasi 1

“Ah~ minggu depan exam, baca buku sekejap..pasni baru solat” luah Emran, keadaan yang semakin mendesak memaksanya meninggalkan amalan ibadah sunnah yang sering dilakukan dulu, lebih parah, ada solatnya fardhu yang ‘dikadha’, akibat terlalu taksub untuk meraih pointer yang tinggi.hingga satu saat, dia merasa satu ‘kenikmatan’ atas dosa yang dilakukan, lebih-lebih lagi apabila dia mula merasakan usaha-usahanya berbaloi setelah mendapat keputusan yang diidam-idamkan.

Situasi 2

“Ermm..syukur Alhamdulillah, berkat usaha saya selama ini, saya berjaya meraih anugerah penyanyi terbaik , anugerah Tuhan melalui suara saya ini saya akan gunakan sebaiknya , terima kasih kepada semua peminat kerana mengundi saya” Riang, Misya matsyah , Artis yang semakin popular berucap selepas memenangi anugerah di majlis gemilang Berita Mingguan baru-baru ini.



Ia nikmat Allah yang tak diredhai

Cukup dua situasi, sekarang saya sertakan secara lebih detail, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istidraj,

Pemberian nikmat Allah kepada Hambanya yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.inilah yang dinamakan dengan Istidraj.

Dua situasi diatas buat penjelasan diatas tajuk ini, secara terangnya dapat kita ketahui , dua manusia , emran dan Misya Matsyah yang mula merasakan kenikmatan dan kelazatan dalam maksiat yang dilakukan. Malah mula merasakan ‘Tidak apa-apa’ jika ada ibadah wajib yang ditinggalkan .lebih parah, menggunakan Nikmat yang dikurnia Allah untuk melalaikan manusia,jelas?

Istidraj menjarum halus tanpa kita sedari, mungkin kerana isu ini tidak selalu dihebahkan atau tidak selalu dijadikan ‘tajuk Ceramah’ , jadinya, penerimaan dan tahap pengetahuan nya juga berkurangan,kerana itulah saya gemar menyebut ia ’menjarum halus’.

Subhanallah,maha suci Allah!

Rasulullah pernah bersabda,menunjukkan pada kita bahawa Istidraj merupakan satu perkara yang ‘memang perlu’ diambil perhatian serius.

Rasulullah S.A.W. bersabda: “ Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Saya tidak pergi jauh dengan mengimbas kembali peristiwa Qarun yang tenggelam bersama-sama harta yang diagung-agungkan,juga pada kisah Firaun yang sanggup mengaku dirinya sebagai Tuhan, saya hanya mengecilkan skop perbincangan bagi topik ini, masih dalam situasi seharian kita hari ini.Moga Allah menjauhkan kita dari kemurkaanNYA.

Menyelusuri kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu, jiwa kadang-kadang tidak dapat lari dari situasi ,belajar untuk bekerja dan hidup senang lenang , apa pula kaitan istidraj dalam hal ini?

Imam Al-Ghazali menerangkan kepada kita jenis-jenis penuntut ilmu.

1- Belajar kerana Allah
2- Belajar kerana kehidupan dunia semata-mata
3- Belajar untuk dikatakan sebagai seorang Ulama’

Mulianya hamba Allah yang sentiasa mencari redha Allah , bahkan mendalami ilmu juga untuk Allah. Belajar untuk kehidupan dunia semata-mata,ini juga dikatakan istidraj, malah kata Imam Al-ghazali, manusia yang berada ditahap ketiga adalah manusia yang paling celaka, Nau’zubillahiminzalik.Jelas disini, segala apa jua pekerjaan kita sehari-hari hendaklah kembali kepada Allah.dan kepada Allah.

Cukuplah sekadar dibawah pengetahuan diri yang serba kekurangan ini, yang silap harap diperbetulkan, segalanya diatas khilaf diri yang sememangnya tidak sempurna, semoga mendapat manfaat bersama.








Muhasabah cinta

Penyanyi nasyid Indonesia(tak tahu nama=)

Wahai Pemilik Nyawaku~
Betapa lemah diriku ini,
Berat ujian dariMU
Kupasrahkan semua padaMU
Tuhan
Aku berserah
Indah..Nikmat sihat itu.
Tak pandai aku bersyukur
Kini aku harapkan cintaMU~

Kata –kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir dikidung doaku..
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Bukti-bukti cinta air mataku
Teringat semua yang KAU beri untukku
Ampuni khilaf dan salah ku selama ini YA ILLAHI~
Muhasabah cintaku…

Tuhan..
Kuatkan aku
Lindungi aku dari putus asa…
Jikaku harus mati
Pertemukan aku dengan MU..


*Hasil catatan dari –Program meniti cahaya-Istidraj, kesannya dalam kehidupan.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa ,Selangor.

3 comments:

Nurulain said...

STUJU2X!!HEHEH...
TANPA KITA SEDAR BANYAK SGUH UJIAN TUHAN PADA HAMBANYA.
dULU AQ PENAH BACA YG SORG ARTIS MALAYSIA NI KATA DIA PRLU BERPKAIAN SEKSI UTK MENSYUKURI NIKMAT ALLAH...ASTAGHFIRULLAH...

ERK?HURUP BESAQ SUME...PAPELA...

IBNUSIS said...

sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali

-harta dan pangkat,ilmu serta apa2 yg ada pada diri kita bukan kenikmatan tapi dugaan di dunia
-sume tu akan menjadi nikmat bila timbul rasa syukur dlm pemberian Ilahi

nessa syahirah said...

imtiazsofea

syukur sgt la tu..tu namanya istidraj~

tag tu tak sempat nak bls lagi..huhu~bz2

ibnusis

nersyukur dengan menunaikan perintah Allah.tak cukup hanya dengan mengucapkan syukur tapi ibadah lintang pukang.

teringat para sahabat yang lebih senang dengan ujian dari kesenangan.

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena