Beriringan ke Syurga~

Thursday, April 23, 2009

Bait-bait sepi, buat aku rindu Illahi.

islamic library Pictures, Images and Photos



Saya di perpustakaan, dingin, mata saya mula mengantuk, saya merehatkan diri yang dari dua jam yang lalu berusaha keras menyiapkan assignment, tarikh hantarnya minggu depan, tapi assignment ini perlu dibawa kepada penyarah untuk diperiksa esok, takut-takut yang dihantar tersalah dan kurang memuaskan.


Sepi, saya lantas menyumbat telinga dengan earphone, radio dari handset yang tetap di frekuensi 102.07 menghidangkan nasyid dari amar, mungkin lagu barunya, saya kurang pasti.


Saya bengang sebenarnya, terasa hati dihenjak-henjak ribuan kuda yang berlari laju,

Dibelakang saya ada sepasang merpati, begelak ketawa, walau tidaksekuat mana ,(kerana di perpustakaan), tapi kemesraan jelas, pasti syaitan menari nari ditepi mereka, ainun selang dua meja dihadapan saya menjeling-jeling meminta saya memandang ke belakang, oh ya, mereka saya kenal..sesal, mengapa hati ini tidak kuat, mengapa jiwa ini tidak seperti singa , mengapa kaki ini gagal melangkah, andai saya bangun, emosikah saya? Saya sudah menjeling beberapa kali, tapi kerap yang saya pandang adalah si lelakinya, kerana yang perempuan membelakangi saya, itupun terang-terang dia buat-buat tak tahu dengan jelingan saya.faham..fahamilah..

Saya rindu Illahi, rindu itu menjadikan saya ingin sentiasa mencari redhanya, tidakkah mereka?

Firman Allah SWT, "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." [QS Al-Israa'(17).32].

Saya ingin jerit pada mereka, ingin beritahu mereka, saya yakin mereka tidak tahu, ah~kalau mereka tahu, mereka perlu diingatkan.kembali diceritakan, tapi..kekuatan..mana kekuatan..


-kekuatan bukan datang bergolek, ia meluncur pada yang mencipta.


Saya teringat kata itu.aduh, terasa kepala seperti dihentak.

Sabda Nabi SAW, "Siapa sahaja yang beriman kepada Allah SWT dan hari Akhirat,janganlah sekali-kali ia berkhalwat (berdua-duaan) dengan seorang wanita yang tidak disertai mahramnya kerana yang ketiga di antara duanya adalah syaitan."


Itu jelas, tiada ruang untuk mereka untuk mencoret kemesraan meski atas alasan baik kerana satu kelas, atau berbincang mengenai pelajaran?itu penipuan terang-terangan yang sengaja dicipta. Bagai inginmenutup bangkai gajah.


Ampuni aku tuhan, aku pilih selemah-lemah iman.~




Oppsss.. nasib baik tak post lagi, ada sambungan kisah ni..

Saya tarik kertas dan tulis sesuatu, lantas dilayangkan pada insan yang terbabit,melalui perantaraan orang tengah.

“ salam,

Farah(bukan nama sebenar), kak nisa ni.., (^-^)akak nak cakap sikit, jangan marah pulak, bukan apa, akak tengok tak elok farah duduk berdua dengan si zaid tu, lagipun akak tengok si zaid tu tak solat lagi, baik farah suruh dia solat dulu, nanti kalau nak study ajak kawan farah ramai-ramai, tadi akak tengok pak cik library tu tengok pelik je, takut dia report kat sesiapa. Okey..jangan marah-marah tau..=)”

Fuh~selamat, walau terpaksa mencapupkan nama pakcik library, then akhirnya, pergilah beliau .. dan berseoranganlah si farah..Al-kisah berakhir sebuah cerita dalam perpustakaan.noktah!



brown butterfly Pictures, Images and Photos

2 comments:

iNtAnCtZ said...

Kite mungkin dengan konfidennye,malah sanggup berdiri menentang dunia untuk berkate:

"Janganlah kita hampiri zina.Jangan berduaan dengan yang tidak halal bagi kamu melainkan yang ketiganya syaitan"

Ironinya,bila mereka yang perlu ditegur,mereka yang terlajak langkah diampu syaitan itu orang yang kita kenal malah kita sayang,kita xpunya walau secubit pun dari kekuatan yang kita ada saat kita menentang dunia menegakkan yang haq.

So hopeless..so helpless..Faham,kadang-kadang kita tak nak sakitkan org yg kita syg.Tapi org yg kita syg sndri serah diri utk disakiti..semoga nessa tabah menyebar yang maaruf~

nessa syahirah said...

hajat doa dari intan..

moga pena makin tajam, moga suara makin lantang, moga langkah terus memecut bagai taufan!

uhibbukifillah~

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena