Beriringan ke Syurga~

Thursday, May 14, 2009

Tragedi Umat


Dalam mabuk pembinaan Institusi-Institusi Pengajian tinggi, dalam kekalutan ingin melahirkan generasi Al-Ghazali, generasi Ulul Albab, generasi wawasan dan sebagainya, tanpa kita sedari semua ini merupakan tragedi buat Umat Islam masakini, disebalik ilmu-ilmu yang dilantak saban hari, cuba sesekali menjentik asyik mahasiswa dengan persoalan- persoalan agama, entah berapa ramai yang berjaya mencantasnya, dan ini semestinya atas sebab yang satu, bila ilmu dikunyah tanpa nafsu untuk menegakkan agama kecintaan, justeru tiada rasa cemburu yang wujud untuk menyebarkan dan ilmu dan agama islam yang makin terbiar lesu oleh golongan yang konon katanya pencinta ilmu..

Tragedi Umat, Bukan sekadar tragedi murahan yang terpampang didada media massa saban hari hingga jemu mata menjamah, Isu Umat isu raksasa yang harus dikelih dengan mata terbuntang agar minda dapat mencerna penyelesaiannya, dan reaksi tubuh pantas bertindak mahu menyelamatkan umat. Sehingga saat ini, minda mahasiswa terus sepi dari berfikir secara professional, masih pesimis dek hedonisme yang disantap sehari-hari yang turut menjadi tunjang kemusnahan umat islam masakini, Ilmu-ilmu ditelan dalam paksa dan dimuntah semula didewan periksa, hingga jelik mendengar pelajar jurusan agama dengan waqi’ islami terus-menerus menjadi pencinta dosa.

Resah.
Hati ini kian gelisah, saat mata melihat pemandangan sebuah taman ilmu yang maksiat kian tertebar, tanpa ada insan terarah datang mengarah, tanpa ada mulut yang berusaha mengubah. Sampai bila ada mata yang pandang menyampah, katanya dengan jelik yang Universiti tak menjanjikan ketinggian fikrah, keunggulan peribadi , justeru, kita yang bertangungjawab meneguk tohmah, kerana kita yang mencipta dahaganya, diri harus ditolak keras bertindak demi kemaslahatan Umat , bukan sekadar bertindak nafsi-nafsi, hidup hanya untuk diri sendiri.

Hidup jangan dibiar terikat dengan dunia, parah jadinya, Akhirat adalah matlamat utama, kesenangan dunia sekadar nikmat sementara, jangan lupa ramai yang mati diusia yang muda, pokoknya, apa yang ingin dijawab diakhirat nanti, ingat, Allah tidak menilai kemenangan, bahkan menilai jalan berliku yang kita tempuh dengan usaha yang menggunung. Empayar islam dibuka dengan jerih payah pahlawan islam terdahulu dan tangan-tangan perosak yang bergayut ditubuh hina inilah yang bersenang lenang memusnahkannya, Jika dulu, seluruh pelusuk dunia dicari untuk meyebarkan islam, dan kita hari ini, dengan jiran sebelah rumah pun terkial-kial, mana letak maruah sebagai seorang manusia yang mengaku sebagai Umat islam?

Andai kita terus memilih untuk lesu, entah sampai bila semangat untuk menegakkan agama islam terus tepu, kita punya ilmu yang disantap saban hari, mari amalkan dan sebarkan! biar kegemilangan islam kembali menyinari.

0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena