Beriringan ke Syurga~

Tuesday, August 18, 2009

Kembara cinta Ramadhan.




Musim musim Ramadhan ni, indahnya kalau berpeluang menunaikan Umrah, merasa berpuasa dan beribadah dengan penuh ketenangan disana, pasti seronoknya bukan kepalang dan pasti berbeza jika menunaikan pada bulan yang lain, ini nada suara kesan rasa cemburu pada Kak Tiqah yang kesana dan berpeluang menunaikan Ibadah puasa disana.

Akhir-akhir ini, perasaan untuk menunaikan Umrah dah Haji membuak-buak, hingga saya berkira-kira untuk membuka perniagaan kecil-kecilan (bersesuaian dengan status sebagai pelajar) untuk mengumpul duit kesana, namun segalanya saya serahkan pada Allah, kembali padanya untuk meredakan ombak kerinduan yang makin menghempas pantai jiwa saya ini.

Terlalu banyak lagi impian yang belum tercapai, saya tiba-tiba menjadi begitu berminat untuk mengembara lebih-lebih lagi ke negara yang menyimpan khazanah yang tercatat dalam Al-Quran, doakan impian itu tercapai.

Tertarik hati melihat video dari youtube sewaktu mengunjungi blog Ustaz Syaa’ri, berkisarkan tentang Ramadhan-the battle of ramadhan, mengquote kata beliau, - video ini sangat membakar semangat dan merubah paradigma kita tentang Ramadhan, saya mengambil keputusan untuk turut menghidangkannya disini, buat tatapan semua sahabat.

Kalau sambutan Ramadhan kita yang sebelum ini hanya biasa-biasa sahaja, ayuh luar biasakannya, jika sebelum ini melihat ramadhan hanya sebagai bulan perlu kita lebihkan ibadat dan menunaikan azam Ramadhan yang tidak terlunas di Ramdhan yang lepas, mari kita tukar sejenak, menyingkap tirai sirah dalam barakah ramadhan.



PEMBUKAAN KOTA MEKAH

Tarikh : 20 Ramadhan tahun 8 hijrah

Tarikh peristiwa Pembukaan Mekah. Peristiwa besar ini berlaku dan memberikan kepada kita banyak pengajaran dari sudut haraki dan tarbawi. Pengajaran yang banyak tersebut menjadikan peristiwa ini sebagai salah satu peristiwa penting di dalam bulan Ramadhan selain dari peristiwa Perang Badar dan peristiwa Nuzul al-Quran.

Kemenangan di peristiwa Pembukaan Mekah mempunyai banyak lagi pengajaran lain dari sudut yang pelbagai. Kemenangan ini tidak disambut oleh Rasulullah s.a.w. seumpama bangsa lain menyambut kemenangan tentera mereka. Sebaliknya Allah mengajar satu sunnah di dalam menyambut kemenangan di dalam firmanNya:

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” (an-Nasr: 1-3)



PERANG BADAR KUBRA


Tarikh: 17 Ramadhan, Tahun kedua Hijrah.
Bilangan tentera Islam: 313 Orang
Berkenderaan kuda: 2 orang
Berkenderaan Unta: 70 Orang

Didalam peperangan ini kaum musyrikin Quraisy terbunuh sebanyak 70 orang dan tertawan 70 orang. (Sahih Bukhari dari Barra’bin Azib)
Kaum Muslimin yang gugur syahid pula hanya seramai 14 orang sahaja. Enam orang dari kaum Muhajirin dan 8 orang dari kaum Ansar.

Firman Allah swt didalam Al-Quran:

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya”. (Ali Imran:123)





PERANG AIN JALUT

Tarikh : 25 Ramadhan tahun 658 H

Satu lagi peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Ramadhan adalah peristiwa peperangan Ain Jalut. Peristiwa ini berlaku pada 25 Ramadhan tahun 658 H di Ain Jalut dan Bisan, Palestin. Medan pertempuran tersebut terletak tidak jauh dari bandar al-Quds.
Ia adalah satu peperangan yang berjaya menebus kembali maruah umat Islam setelah dikalahkan oleh tentera Tatar di dalam peristiwa siri-siri serangan Tatar ke atas bumi Islam. Panglima yang berjaya mengembalikan kemuliaan umat ini adalah Saifudin Qutuz, salah seorang panglima Islam yang hebat. Kehebatan Qutuz dan kepentingan peperangan Ain Jalut hanya akan dapat dirasai jika kita dapat menyelami penderitaan umat hasil dari serangan Tatar ke atas umat Islam.



PERANG HATTIN

Pertempuran Hattin pada tahun 1187 merupakan kekalahan besar bagi Pejuang Salib, dan penguasaan kota Jerusalem berpindah dari orang Nasrani kepada orang Islam dibawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubbi.

Pertempuran Hattin berlaku di tempat berhampiran dengan Tiberias, di kawasan dimana ciri-ciri geografik utamanya adalah bukit berkembar, sebenarnya gunung berapi mati, ("Tanduk Hattin") sebelah laluan melalui pergunungan utara antara Tiberias dan jalan dari Acre di sebelah barat.

Jalan Darb al-Hawarnah, dibina oleh orang-orang Rom, menjadi laluan utama timur-barat antara teluk (ford) Jordan, Laut Galilee dan persisiran Mediterranean. Salahuddin Al-Ayubbi telah menawan bandar Tiberias, di sebelah timur, pada 2 Julai 1187 dengan hanya sebahagian kecil tenteranya. Raymond III dari Tripoli, yang isterinya, Eschiva dikepung di kubu di Tiberias, dan Raja Guy dari Jerusalem berada di Acre dengan sebahagian besar tentera Salib, yang mengandungi 1200 kesasteria, kemungkinannya hampir seramai 20 000 tentera berjalan kaki, dan sejumlah besar tentera upahan yang diupah dengan wang yang didermakan kepada Kerajaan Jerusalem oleh Henry II dari England. Raymond menekankan bahawa pergerakan dari Acre ke Tiberias merupakan apa yang sebenarnya dikehendaki oleh Salahuddin dan Sephoria merupakan kedudukan yang kukuh untuk dipertahankan oleh tentera salib, tetapi akibat pertelingkahan dalaman istana dan tuduhan pengecut, Raja Guy memerintahkan tenteranya bergerak menentang Salahuddin di Tiberias. Ini merupakan apa yang dirancang oleh Salahuddin, kerana dia mengira bahawa dia hanya mampu mengalahkan tentera salib di pertempuran lapangan, dan bukannya dengan mengepung kubu mereka.

Tentera Salib memulakan pergerakan mereka dari Sephoria pada 3 Julai dan hampir serta-merta diganggu oleh tentera berkuda Muslim. Pada waktu tengahari, Salahuddin bergabung dengan tenteranya di Cafarsett dan menghantar tenteranya untuk bertempur dengan tentera Salib yang keletihan dan semakin sedikit. Tentera Salib telah dibahagi kepada 3 bahagian dan pasukan belakang (rearguard) telah dipaksa berhenti oleh serangan yang berterusan, dengan itu memberhentikan keseluruhan tentera Salib. Tentera Salib selepas seharian tanpa air, terpaksa berkhemah ditengah-tengah padang rumput, dikelilingi oleh tentera Salahuddin, yang menyalakan api di sekeliling khemah pada waktu malam bagi mengganggu tentera Raja Guy.

Pada pagi 4 Julai tentera Salib, dahaga dan patah semangat, membongkar khemah dan bergerak ke arah matair Hattin, tetapi pergerakan mereka yang tidak sekata diserang oleh tentera Salahuddin yang menghalang pergerakan ke hadapan dan sebarang cubaan untuk berundur. Count Raymond melancarkan dua serbuan untuk meloloskan diri. Serbuan keduanya menyebabkan dia terpisah dari badan tentera utama dan memaksa dia berundur. Kebanyakan tentera berjalan kaki Salib melarikan diri ke Tanduk Hattin. Tanpa perlindungan tentera infantri, kuda kesasteria dibunuh oleh pemanah tentera Muslim dan mereka terpaksa berjuang berjalan kaki dan mereka juga turut berundur ke Tanduk Hattin. Tentera Salib dikepung dan, walaupun tiga kali menyerbu ke arah kedudukan Salahuddin, dapat dikalahkan. Pihak Muslim berjaya menawan khemah diraja Raja Guy, dan juga Salib Sebenar (True Cross), barangan reninggalan yang suci bagi tentera Salib. Salahuddin menawan Raja Guy, termasuk Raynald dari Chatillon, yang dibunuh Salahuddin sendiri, memenuhi ancamannya yang dibuatnya apabila Raynald mengganggu perniagaan orang Islam dan laluan haji pada awal abad tersebut. Gerard de Ridefort, Grand Master bagi Kesasteria Templar, dan Grand Master Kesasteria Hospitaller turut ditawan. Kemungkinannya 3,000 pejuang Salib lepas lari. Dari mereka yang ditawan, hanya mereka dengan keluarga yang kaya ditebus, yang bakinya dihadikan hamba abadi dan kesasteria kumpulan bersenjata (military orders) dihukum bunuh.

Pada pertengahan September, Salahuddin telah menawan Acre, Nablus, Jaffa, Toron, Sidon, Beirut dan Ascalon, dan Jerusalem jatuh ke tangan tentera Muslim pada 2 Oktober 1187, menandakan berakhirnya kehadiran Nasarani di Outremer.
Berita kekalahan teruk di Hattin merupakan pendorong kepada pembentukan Perang Salib Ketiga.



Sumber

http://satuperkongsian.wordpress.com
http://khairolkhalid.blogspot.com
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertempuran_Hattin

++++++++++++++++++++

Semoga setiap kemenangan yang semestinya dibawah pertolongan Allah diambil kita sebagai iktibar dalam berjuang berperang dengan nafsu di bulan Mulia ini, jom ramai-ramai..

-Imarahkan Masjid
-Khatam Al-Quran
-Tadarus
-Memperbanyakkan sedekah
-dan pelbagai Ibadah yang lain.

*jangan Ibadah terhenti waktu ramadhan habis sudahlah.


3 comments:

iNtAnCtZ said...

cabaran sebenar ramadhan-->bagaimana nak memastikan momentum tarbiah ramadhan berterusan utk 11 bulan seterusnye?

same2 kite brusaha..yosh!

Masturah Abu Bakar said...

madinah kota cnta, makkah kota barakah. moga ukht berpeluang ke sana.. insyaAllah :)

Salam ukhuwah!

nessa syahirah said...

nessa to seekerz:

ya2, jom sama2 muhasabah diri, sama-sama berjuang~

nessa to kombat:

doakan!

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena