Beriringan ke Syurga~

Thursday, August 27, 2009

Menanti hanan siri enam~

Hijab Pictures, Images and Photos




MH 1 SINI
MH 2 SINI
MH 3 SINI
MH 4 SINI
MH 5 SINI




Peluh memercik, matanya makin mengecil tewas menentang terik matahari menegak dikepala, 11.30~ sempat dikerling jam ditangan, bersungguh dia menggosok kereta Kancil putih tinggalan Arwah Abah, tangan ligat menyimbah Air dari getah paip, sudah hampir dua minggu kereta kesayangan ini bermandi lumpur musim hujan disegenap jalan kampung, Uwais tergelak kecil mengingat bebelan Ummi pagi tadi, kalau tak dipaksa, malas Uwais nak memenatkan tubuh tengahari ini, Khaulah entah kemana, macam-macam alasan diberikannya untuk tidak mencuci kereta semalam, matanya melirik pula keatas rumah, sepi. pulang dari membeli lauk tadi terus dibasuhnya kereta, Uwais mengalih pandang pada Ummi yang ralit menyiang sayur di pangkin bawah rumah.

“Ila mana mi?”

“Entah, kata nak ke Perpustakaan.dengan Zahra” Uwais mengangguk kecil, terdiam lama.

“Hikari ke Pantai, ada sukan katanya” Ummi tersenyum kecil, matanya memandang Uwais sekilas, Uwais dah mula perasan, Ummi dah lain macam.

“Rindu nak gaduh dengan Hikari ke?” Usik Ummi.


“Ha?” apa ni Ummi~

“ mana tahu dapat menantu jepun Ummi ni..” Ummi gelak besar, Uwais buat muka tak faham, ada-ada saja Ummi ni.

Uwais Al-Qarni kembali memberus tepi tayar kereta. Dibiar Usikan Ummi melayang kelangit.

“Abang, Abang Uwais!” Uwais terkejut, dia bangun, pantas.

“ ada apa Muiz..” kanak-kanak berumur tujuh tahun itu masih tercungap-cungap, Uwais tutup paip.

“Abang..” ayatnya masih tak berjaya dihabiskan, Uwais sabar.

“Abang..Abang Uwais” jari telunjuknya bergerak-gerak kearah jalan.

“kenapa kau ni Muiz,cuba cakap..” Ummi pula yang hilang sabar dengan anak Pak Cu Mat yang terkenal satu kampung dek nakalnya ini.

“Eh, Ummi, Assalamualaikum Ummi” Muiz angkat tangan pula kali ini, Uwais tarik nafas, Budak ni..Ummi geleng kepala.

“Abang Uwais, Tok Aki nak jumpa..” Akhirnya, Uwais tergelak kecil pula kali ini, dia tunduk sedikit dan mengosok kepala Muiz.

“Itu je pun..” Ummi yang menjawab, Muiz berlari semula.


“Kenapa Ummi?” Uwais berpaling pada Ummi.

“Rindu pada kamu lah tu..” Uwais kerut dahi, RINDU? Bukan subuh tadi baru berjumpa dimasjid? Itupun, Tok Aki macam cuba lari dari Uwais, baru Uwais bangun nak bersalam waktu tengok Tok Aki dari jauh, cepat sahaja Tok Aki mengatur langkah, Uwais meneruskan kerjanya.

“Ummi, dah kilat..” Uwais angkat kening dua kali.

“Dah, naik tukar baju, pergi jumpa Tok Aki lekas..” Ummi bangun, mahu masuk melalui pintu dapur.

“tu je, buat lah riak muka terkejut ke apa ke..” Uwais mengusik Ummi.

“Wah Uwais, cantiknya, kilatnya, , pakai Clorox ke..” Ummi berpaling sebentar, melayan sekali-sekala, pecah tawa keduannya.
Uwais berlari naik dan menukar baju, seluar jeans dan t-shirt hitam disarung ketubuh dengan kadar pantas.

“pergi mi..” Uwais keluar melalui pintu dapur.

“Kopiah dah terbang?”

“hehe, Assalmualaikum” Uwais menyusun langkah.

“Wa’alaikumsalam”

“Zahra, sampai bila nak senyap..” Khaulah tak sedap hati, dari tadi Zahra Amirah, satu-satu sahabat baiknya itu mendiam, tiada tindakbalas, Khaulah mencebik, kemudian memandang sekeliling, sunyi, cuma ada suara bisikan dari hujung sana yang terselindung dari rak yang penuh buku, Khaulah menggeleng kecil, kecewa dengan mereka menjadikan Perpustakaan ini sebagai tempat memadu kasih haram, pandangannya kembali pada wajah Zahra yang tidak beriak, hanya asyik sibuk menulis, atau, buat-buat sibuk menulis, Khaulah kembali menatap buku sejarah tingkatan lima dihadapannya, tapi tak lama, dipandang Kak Siti yang duduk dikaunter hadapan pintu perpustakaan, kemudian dialih pandangannya pada Zahra Amirah semula, Bosan.

“Zahra marah pada Ila ya?” Zahra menggeleng, sebagai jawapan bagi Soalan Khaulah, untuk kali ini, hampir sepuluh kali dia memberi jawapan itu.

“ Habis, Zahra kena marah dengan Ibu Zahra ya?” menggeleng lagi.Khaulah menongkat dagu, mengeluh kecil, matanya beralih memandang Kak Siti yang bangun menuju ke hujung, mengekor langkah Kak Siti dengan matanya.

“korang ni, pergi duduk depan-depan sikit, entah belajar ke apa duduk sini, cepat bangun, pindah depan sikit.” Kak Siti yang memang terkenal dengan kegarangannya mula bersuara, bangunlah dua orang itu, tapi sambil mengomel kecil, tanda tidak puas hati, dan tidak berpindah tempat, sebaliknya terus keluar.

“ hai, nak jadi apalah budak-budak kampung ni,” Kak Siti mengadu pada Khaulah sebaik pasangan tadi hilang dari mata, Khaulah hanya angguk mengiyakan, malas mahu menambah.

“harapkan korang berdua ni lah, yang baik sikit.yang lain datang nak berdating je kerjanya, ingat ni zon selamat lah kononnya” Kak Siti belum berhenti, Khaulah tersenyum kecil.

“Sabar ya Kak Siti..” Zahra bersuara buat pertama kali sejak dari tadi bertemu Khaulah.

“dahlah, studylah..”Kak Siti berlalu kehadapan semula.

“Aik, ada suara rupanya..” Khaulah menjeling, gilirannya pula buat hal.

“okey, okey,” Zahra Amirah angkat dua tangan menyerah, manakan tidak, dia pun tidak mahu bergaduh dengan sahabat comelnya dihadapan ini.

“kenapa?” Khaulah angkat jari telunjuknya mengarah ke Zahra,Zahra mengeluh berat.

“Ila dipinang Abang Hafiz?” dua-dua mendiam, agak lama.

“Oh~” kemudian dipecah tawa besar Khaulah.

“Syhhh..” Kak Siti dikaunter menjeling, Khaulah kembali meneutralkan keadaannya.

“wah, kenapa Ila yang paling lambat tahu?” berbisik, wajah Zahra merona merah, diangkat buku melindung wajah.

“Zahra tanya je..” suaranya hampir tenggelam.

“ Dah la, nak selindung dengan Ila ya, jangan risau, Ila tolak dah..”ditarik buku yang dipegang Zahra, tawanya masih bersisa.

“kenapa Ila tolak?” Zahra serius.

“sebab, Ila kan dah janji dengan Zahra nak sambung study kat UM sama-sama..”

“ingat Ila dah lupa..”

“eleh, cemburu ye?”

“taklah, eh jom balik, nanti ibu bising.” Zahra mahu lari dari topik asal, bangun.
“nanti nanti, hilangkan dulu pemerah pipi tu, haha” nah, satu cubitan mendarat dilengan Khaulah.

“Auch~”

“Padan muka”

“Dah nak balik?” Kak siti memusing tubuhnya yang gempal, sedang menyusun buku mengadap rak sebentar tadi.

“kirim salam mak ye.” Zahra dan Khaulah terangguk-angguk, dan menyusun langkah pergi.

* * * * * * * * *

“Ummi..” tubuh kurus Ummi dipeluk kejap dari belakang.

“ eh, terkejut Ummi, Awal balik, kata nak duduk sampai Zohor..” wajah Ummi berpaling sedikit, anak gadisnya yang bongsu ini memang manja.

“um, Zahra kata takut Umminya bising, Ummi tahu..” Khaulah terhenti disitu, dia beralih tempat ke sebelah Ummi, mencuri hirisan Timun untuk dibuat Ulam makan tengahari nanti, disua kemulut, dan bersandar kedinding sebelah Ummi.

“hemm..”Ummi menanti ayat seterusnya.

“Zahra sukakan Abang Hafiz..”Senyum Khaulah masih belum mati dari tadi, dengan Ummi tidak pernah disimpan apapun setakat ini.

“iye, baguslah tu..” tanpa riak.

“Ummi ni takde perasaan lah mi..” Khaulah memuncungkan mulut.

“iyalah, tadi pun abang kamu kata Ummi ni takde perasaan.” Ummi buat-buat merajuk.

“yalah, sepatutnya Ummi kena cakap, eh, ye ke, wah, bagusnya..” Ummi gelak melihat khaulah bercakap dengan penuh perasaan.

“Ummi jangan bagitau orang lain tau, ni rahsia kita dua”

“ iye..dah, tukar baju cepat, tolong Ummi pulak.”

“Okey, Abang mana mi?”

“Rumah Tok Aki”

“oh, nak cakap pasal tu ea?”

“tu apa?”

“tu la..”

“Apa?”

“Baitul Hannan”





Baitul Hannan.
Sebuah Taman Ilmu yang didirikan oleh Arwah Abah dan Tok Aki suatu ketika dahulu, waktu Uwais masih kecil benar, minda kanak-kanaknya waktu itu hanya melihat ramai orang berbondong masuk menadah ilmu dengan sistem pondok yang diberi nama ‘Baitul Hannan’ itu, disebelah abahlah tempatnya jika Abah sibuk mencurah mutiara buat para pelajar diBaitul Hannan, hingga saat umurnya mencecah keangka yang sudah mengenal baik dan buruk, dia turut sama-sama dibarisan penuntut jika punya kelapangan dan tidak kesekolah rendah kebangsaan, belajar ilmu Tauhid, fekah, Sirah dan pelbagai Ilmu yang lain, jika diingat-ingat, Baitul Hannan lah tempat orang kampung mula mengenal Islam yang sebenar, Arwah Abah dan Tok Akilah yang berjerih payah menarik orang kampung lari dari Taufan jahiliyyah yang waktu itu menyerang ganas orang kampung, hingga ada yang tidak mengenal Syahadah, arak tuak menjadi minuman biasa di hujung-hujung kampung, berjoget lambak hingga pagi, anak-anak gadis musnah, meremang bulu roma Uwais jika mengenang kembali zaman hitam itu, angin hidayah kembali menyinar saat orang kampung kembali taubat dan mula sedar yang mereka sudah menyimpang jauh, Arwah Abah, Tok Aki dan beberapa sahabat merekalah yang menjadi penunjuk jalan waktu itu, mulalah masjid surau bersinar kembali, waktu itu umur Uwais sudah sembilan tahun, masih segar diingatannya senyum Arwah Abah yang terukir indah saat bercerita kepada Ummi bahawa Pak Aziz, seorang lelaki yang sering mencaci maki Arwah Abah dan memburuk-burukkan Arwah Abah memohon maaf kepadanya, bukan kata maaf itu sebenarnya yang diharapkan Arwah Abah, tetapi niat Pak Aziz untuk kembali kepangkal jalan dan mahu Arwah Abah membimbingnya, meriahnya Baitul Hannan waktu itu, selain kelas untuk pelajar tetap Baitul Hannan sendiri, turut dibuka kelas untuk wanita dan anak-anak gadis kampung yang ingin medalami ilmu agama pada sebelah petang.

Baitul Hannan umpama sebuah taman yang sangat indah, dikelilingi pokok bunga-bungaan yang ditanam Ummi dan Isteri tenaga pengajar disitu, diseri dengan pelajar-pelajar yang jernih raut wajah berkat hafazan Al-Quran, suasana menjadi begitu menenangkan, Arwah Abah sudah tidak lekat dirumah, sering menghabiskan masa disitu, walau kawasannya tidaklah sebesar mana, hanya tanah wakaf yang boleh dianggap sekangkang kera, tetapi luasnya pada mata yang tenang memandangnya, kasihnya jatuh pada yang cintakan agama.

“ pelihara Baitul Hannan Uwais, nanti bila abah dah tiada” suara Arwah Abah membisik di telinganya.

Uwais jadi tidak sedap hati, seakan dia baru tersedar dari mimpi yang sangat panjang, mimpi yang membuatkan dia lupa, ada satu pesan Arwah Abah yang tidak langsung membekas dijiwanya, berbanding pesan-pesan lain yang begitu melekat likat dihatinya, dan dia baru tersedar, pesan Arwah Abah yang satu ini bukan sebarang pesan, pesan yang seharusnya dia genggam padat ditangannya dan tidak dilepaskannya kerana itu pesan atas usaha Arwah Abah yang paling tinggi nilainya, dalam sakit pedih Arwah Abah membawa orang kampung ke jalan Tuhan, dan sekarang..

dada Uwais sesak, terhimpit perasaan rasa bersalah yang tidak beri ruang sedikitpun untuk dia melepaskan diri, teringat perbualannya dengan Ummi saat baru pulang kekampung ini.

“ Uwais balik dari Baitul Hannan Ummi, sepi, kenapa Baitul Hannan ditutup terus Ummi?”

“ takde siapa yang nak belajar disitu Uwais, orang sekarang mahu belajar tinggi..” nada Ummi lain macam.

“ sedih Uwais Ummi, dulu selalu jalan dengan Arwah Abah dekat sana”

“ dahlah, jangan kenang orang yang dah takde, yang penting doakan Arwah Abah, ingat..doa anak yang soleh tu antara harta paling berharga untuk Abah disana”

Uwais akur, tujuan untuk bertanya lebih banyak mati, perbualan melencong ke topik yang lain.

Dan hanya setakat itu, Uwais Al-Qarni dilanda rasa menyesal, betapa dia abaikan pengorbanan Arwah Abah begitu sahaja, senang saja dia melupakan terus Baitul Hannan yang ternoktah diakhir perbualan dia dan Ummi.

Keindahan taman Ilmu itu terus luput, kemeriahannya terus ditelan sepi, mengapa Uwais tidak pernah bertanya sedalamnya pada diri bagaimana Baitul Hannan ditutup dengan begitu sahaja, pasti ada sesuatu yang berlaku.

Ya, Tok Aki, pasti Tok Aki kunci persoalannya, dan tujuan Tok Aki memanggilnya tengah hari ini pasti berkisarkan tentang Baitul Hannan.

Uwais memulas stereng kereta ke kanan, memasuki perkarangan Rumah Tok Aki, rumah itu masih sunyi seperti dahulu, anak-anaknya sudah merantau kebandar, jarang sekali pulang kekampung melainkan waktu dua hari raya.

Tubuh tua Wan Temah yang masih ligat membuat kerja rumah sedang terbongkok-bongkok menyapu daun-daun kering yang gugur dari pohon rambutan rendang disisi kiri rumah itu, Wan Timah bingkas mencampak penyapu ketepi, melihat Uwais dengan senyuman, seperti sudah bersedia menerima tetamunya itu.

“ Assalamualaikum Wan..”

“Waa’laikumsalam, dah, cepat, masuk, Tok Aki kamu tunggu dah lama tu”

Uwais mengangguk, debarannya masih belum kebah sejak tadi, perlahan dia menaiki anak tangga, susuk Tok Aki sedang ralit membaca Al-Quran bersila diruang tamu, Uwais memberi salam, Tok Aki sekadar memberi Isyarat tangan mengarah Uwais masuk, usai membaca ayat yang terakhir, Tok Aki memandang Uwais, tanpa senyum, serius seperti Tok Aki yang biasa, kemudian dijawab perlahan salam Uwais sambil mengarah Uwais duduk dengan matanya, Uwais cuak, dihulur tangan pada Tok Aki, Tok Aki menyambut kemas sambil berselawat keatas Rasullullah perlahan, diletak Al-Quran diatas meja bersebelahannya.

“Dah berapa lama kamu balik Malaysia” Tok Aki masih serius.

“dekat sebulan Tok” Tok Aki mengangguk- angguk, Uwais tidak senang duduk.

“Kamu tahu, kenapa Baitul Hannan ditutup?” nah, itu agenda utamanya, terus sahaja Tok Aki~Uwais menggeleng perlahan, hatinya dipijak-pijak persoalan yang maha berat itu.

“kamu tahu peristiwa hitam yang memakan semua keindahan di Baitul Hannan?” Uwais jadi takut untuk menggeleng lagi.

Tok Aki melepas nafas berat, matanya memandang keluar, tidak ke Uwais, Seperti ada rahsia yang membeban dirinya, dan usianya yang menjangkau tujuh puluh lapan tahun itu membuatkan dirinya begitu tersiksa dengan bebanan itu dan seakan ingin dicampak beban itu kepundak Uwais yang dikira lebih ampuh, Uwais menanti dengan penuh sabar, untuk menerima bibit perkataan seterusnya dari mulut Tok Aki, dan Tok Aki masih memandang keluar dengan mata berkaca-kaca, ya, Tok Aki sedang memikirkan peristiwa itu, peristiwa yang tidak mahu diceritakan sesiapapun padanya, hatta Ummi sekalipun masih diam membisu hingga kini, Tok Aki mengalih pandang pada Uwais, ingin melepaskan bebannya, sedikit demi sedikit….


Malam hitam pekat, Guruh berdentum dilangit, hujan mencurah-curah bagai tiada petanda untuk reda, Kampung seri Maharani dilanda ribut menggila, semua penghuni kampung kecut menikus didalam rumah, berserah entah apa akan berlaku, Tok Aki duduk tenang didalam rumah, lewat jam 1.30 pagi, dia terus menerus membaca kalam suci yang dipegang kemas, tiada rasa mengantuk yang menyerang, jadi dia tidak terus masuk tidur, Tok Aki mengurut dada perlahan, hatinya berat, rasa kurang enak, resah, entah kenapa, ditenangkan jiwanya dengan Ayat- ayat Al-Quran yang meniti dibibirnya.

Jam 2.30 a.m., Tok Aki bangun dari duduknya, menuju kejendela diruang tamu, dikuak luas, hujan masih menghentam keras bumbung rumah ,kilat dan petir masih sambar menyambar, Tok Aki melaungkan azan, dia harus ke Baitul Hannan, hatinya meronta-ronta untuk kesana, setulus hati dia berdoa pada Allah agar hujan akan reda dalam masa yang terdekat.

Kira jam 3.15a.m., hujan mula reda, Tok Aki masuk ke kamar, memberitahu Wan Timah yang dia ingin ke Baitul Hannan, Wan Timah terpinga-pinga, malam-malam begini bahaya didepan mata pun sukar dilihat, akhirnya Wan Timah akur, berpesan supaya Tok Aki agar berhati-hati.

Nah, naluri Tok Aki benar, Baitul Hannan dikerumuni orang kampung, yang semuanya lelaki, ada Seman, Jamil, jusoh, dan yang lain, semuanya hampir lima belas orang dengan kemarahan yang menggila, Tok Aki berjalan pantas kearah kumpulan itu.

“hah!datang kamu, nah, tengok apa yang anak murid kamu buat”Tok Aki melihat ketanah, Zaid sudah berlumuran darah merah pekat, bercampur lumpur tanah merah.

“astaghfirullahala’zim, kamu dah gila ke!” Tok Aki berlari mendakap Zaid, pelajar-pelajar di Baitul Hannan adalah anak-anak kecintaanya, Zaid memanggil-manggil nama Tok Aki dalam sakit yang amat.

“Tok..Zaid tak salah tok, bukan Zaid Tok..” Zaid masih mahu bercakap walau tersekat-sekat menahan sakit.

“ah..!, nak dinafikan lagi, hey, budak kau nak kena lagi!” Seman menjerkah ganas.

“kenapa, cuba cakap dengan aku!” Tok Aki menjerit.

“anak murid kau ni, kami tangkap..mencuri enjin bot si Jusoh ni..hah, nilah balasannya untuk si pencuri..” sinis, menjelekkan suara dari seman yang gemuk dan hitam itu, Tok Aki menggengam jari jemarinya.

“ kau dah ada bukti yang dia yang mencuri, ha!” Tok Aki hilang sabar.

“eh eh..kemain membela kau lagi ya, mentang-mentang anak murid kau, hey, mat, kau dengar sini baik-baik! Kami dah sepakat satu kampung nak hapuskan medan ajaran sonsang dan sesat kau ni, dah lama kami bersabar, ni hah, buktinya, entah apa lagi yang budak-budak luar ni akan buat.!” Giliran jamil pula bersuara, dia mengekek mengejek, ditunjal-tunjal kepala Zaid yang telah didudukkan Tok Aki.

“ dah..aku siasat dulu, Amin, Umar, bawa Zaid masuk!” beberapa orang pelajar Baitul Hannan yang hanya menyaksikan dari tadi dek takut turut dibelasah orang kampung mara sedikit kehadapan mengangkat perlahan Zaid, Zaid mengerang kesakitan, parah lukannya.

“dah..takde siasat-siasat, aku nak..esok pagi suruh budak-budak tu balik, tutup tempat sesat ni, kalau tak aku bakar, dengan kau orang sekali aku bakar!”jusoh, ketua Kampung Sri maharani yang bermisai tebal dan gempal itu menjerit sekali lagi, marah benar.

Orang kampung bersurai, Tok Aki masuk ke pondok kediaman Baitul Hannan, semuanya berwajah sugul, Tok Aki duduk, disisi Zaid yang dibaringkan, Zaid cuba bangun, menghormati Tok Aki, bukan, bukan dia yang bersalah, dia diperangkap.

“Bukan Zaid Tok…” Tok Aki menahan Zaid dari bangun.

“cerita dengan Tok..” Tok Aki menanti cerita sebenar.

“ tadi sebelum tidur, jam 11.30,Zaid dapat mesej dari Lokman, katanya dia tunggu di tepi pantai, ada hal yang nak dibincang, mulanya Zaid tidak sedap hati untuk pergi, tapi berkali-kali Lokman hantar mesej, Zaid pergi akhirnya, tapi, waktu sampai di tepi pantai, Zaid duduk, tapi Lokman takde, akhirnya datang sekumpulan orang kampung, katanya Zaid yang mencuri rupanya, dan sebelah Zaid waktu itu ada enjin bot, Zaid lansung tak perasan Tok..” suara Zaid tersekat-sekat, tumpah air matanya waktu bercerita tentang apa yang berlaku tadi.

“Lokman yang mana?” Tok Aki mengerut kening, setahunya tiada pelajar Baitul Hannan yang bernama Lokman.

“ Lokman yang datang dari singapura Tok, bekerja kelaut bantu Tok Seman, sejak akhir-akhir ni, dia rapat dengan pelajar di Baitul Hannan, katanya nak mendalami ilmu agama..” Umar menerangkan, Tok Aki terangguk-angguk,

“Tok, Umar yakin, Zaid difitnah”

“Tok akan siasat lagi..”

“Tok tak percaya pada Zaid?” Zaid hampir menangis, menanggung sakit akibat dibelasah teruk tadi dan menanggung pedih dihati jika tidak dipercayai Tok Aki.

Tok Aki berlalu, tanpa bicara, terus keluar berjalan sendiri, Amin dan Umar saling berpandangan, Zaid tunduk, ada air jernih terbit dari matanya.

Sampai di Masjid, Tok Aki menunaikan solat sunat dua rakaat, air matanya mencurah-curah saat sujud, dipanjatkan doa pada Sang Pencipta yang menyaksikan segala-galanya, yang menyaksikan usahanya dan sahabatnya yang lain bertukus lumut membawa agama suci ini kedalam masyarakat kampung yang mabuk jahiliyyah, yang ketagihan dosa maksiat, dan DIA lah yang sedang menyaksikan konspirasi tercipta yang tujuannya mahu menghapuskan Baitul Hanan, tempat masyarakat berkumpul untuk mencari cahaya Hidayah.

Tok Aki hampir rebah berdepan dengan pelbagai ujian, sudah beberapa kali Baitul Hannan hampir musnah dengan pelbagai rancangan licik mereka, tapi berjaya dipertahannya, dek sokongan para sahabat yang masih setia dengannya di Baitul Hannan, namun, untuk ujian kali ini, terlalu berat untuk dilalui, Zaid, dia yakin bukan Zaid yang melakukannya, Zaid pelajar harapan yang sering kehadapan dari pelajar yang lain dalam hafazan Al-Quran dan Hadith serta lebih cepat pemahamannya dalam matapelajaran berbanding pelajar yang lain, masakan Zaid tergamak melakukan perkara terkutuk itu.

Tok Aki beristigfar, berkali-kali menyebut nama Allah, dalam kesedihan amat ini, dia mula bertanya pada diri masih mampukah dia mempertahankan Baitul Hannan, dia mula merindukan Rasulullah saat mengenang kembali pengorbanan baginda yang diserang ujian maha hebat dalam dakwah baginda, bersesuaian dengan darjah kerasulannya, nah, Allah tidak membebankan manusia itu melainkan yang setimpal dengan kemampuannya bukan?, Allah yang memberinya ujian, Allah jugalah yang menunjukkannya jalan, Tok Aki teringat kisah Rasullullah saat baginda diusir dari makkah, kampung halaman baginda, yang lalu pergi ke Thaif mencari perlindungan, justeru disambut pula dengan kejian dan makian, saat itu, air mata baginda bercucuran ,baginda berdoa sambil menangis mengadu pada Allah.

Tok Aki menadah tangan ke langit dengan cucuran air mata hingga basah janggutnya, mengalunkan perlahan doa Baginda Rasullullah saat musibah itu tiba.

Ya Allah, sesungguhnya aku mengadu pada-Mu akan lemahnya kekuatanku ,kurang rekadayaku, dan remehnya aku dimata orang lain.Engkau maha Penyayang diantara Maha Penyayang, Tuhan orang-rang yang tertindas, Engkau adalah Tuhanku, kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku, apakah kepada kerabat yang memusuhiku, atau kepada musuh yang Engkau kuasakan kepadanya urusanku. Akan tetapi aku tidak peduli, dengan semuanya selama Engkau tidak murka terhadapku, sedang pemaafan-Mu kepadaku lebih luas (daripada murka-Mu), aku berlindung kepada cahaya Zat-Mu yang menerangi kegelapan, dari urusan dunia dan akhiratku, menjadi baik kerananya, agar jangan Engkau turunkan murka-Mu kepadaku atau Engkau titip akan kemarahan-Mu kepadaku, hanya kepada Engkaulah aku memohon belas kasihan hingga Engkau redha, tiada daya untuk menghindar dari kemaksiatan, dan tidak ada kekuatan untuk melakukan ketaatan kecuali dengan pertolongan-Mu..



Pagi hitam itu meninggal kesan yang mendalam buat Tok Aki, Seman mengumpul hampir sebilangan besar orang kampung membawa obor yang marak, menyerang Baitul Hannan, menghalau semua pelajarnya, dan mengugut untuk membakar Baitul Hannan jika mereka tidak keluar dari kampung itu dalam masa terdekat, orang kampung yang telah diracun pemikirannya turut terjerit-jerit mengiyakan kononya kesesatan telah menular di Baitul Hannan, Tok Aki akhirnya menyerah dalam keperitan.

“pergilah anak-anakku, ada masa kita jumpa lagi..” air mata mengiringi pemergian mereka selepas subuh itu.


“ sekarang, selepas tiga tahun, orang kampung mula lupakan peristiwa tu..” Tok Aki menamatkan kisah ‘kemusnahan’ Baitul Hannan dalam sendu, Tok Aki lebih banyak berdiam dari bercerita, Uwais tahu, peristiwa itu begitu berat untuk ditanggung Tok Aki.

“Maafkan Uwais Tok, selama ni Uwais terlalu remehkan Baitul Hannan, Uwais lupa yang Baitul Hannanlah medan Tarbiyah penduduk kampung, Uwais tak pentingkan masalah runtuh akhlak masyarakat sekeliling kita” Uwais menunduk, mula menyesali khilaf diri.

“harapan Tok pada Uwais sekarang, teruskan perjuangan kami ya..” Tok Aki bersuara lemah.

“Uwais akan berusaha Tok, Uwais akan pastikan Baitul Hannan berdiri semula, tapi Uwais perlukan pertolongan Tok”

“Uwais kumpul beberapa orang anak muda kampung yang ada fikrah nak tegakkan islam, lepas tu bina strategi untuk tarik kembali orang-orang kampung yang dah dirosakkan si seman tu” Tok Aki tunjuk jalan.

“ parah benar apa yang dibuat Tok Seman ya Tok, makin hancur orang kampung ni Uwais tengok” yang ini Uwais tidak dapat nafikan, dari anak remaja hinggalah ke tua bangka makin terjerumus ke lembah hina, kearah suasana yang mereka pernah lalui dahulu, bergelak sakan syaitan melihatnya.

“Uwais masih ingat kan sejarah masyarakat kampung ni..”

“ya Tok, walaupun waktu tu Uwais kecil lagi, Uwais masih ingat macammana rosaknya orang kampung waktu tu, dan macammana susahnya arwah Abah dan Tok Aki berdakwah pada orang kampung”

“ Tok seman kamu dah bina asas kemusnahan semula masyarakat kampung ni selama empat tahun dia bergelar penghulu kampung, kita masih ada masa sebelum mereka terjerumus jauh, lagipun sekarang bukan dia lagi penghulu, walaupun pengaruh jahatnya masih utuh dalam masyarakat”

“perancangannya memang licik, benarlah kata Saidina Ali radhiAllahua’nhu: kebatilan yang berstrategi akan dapat memusnahkan kebenaran yang tidak berstrategi, Tok akui, kami sangat selesa dengan keadaan waktu itu sehingga lupa pada tangan-tangan yang merancang dengan teratur untuk memusnahkan agama Islam,walaupun mereka mengakui yang mereka adalah orang islam” sambung Tok Aki penuh semangat, Uwais terangguk-angguk.

‘eh, dah lama berbual, mana wan kamu ni, tak dibawakannya air..”Tok Aki terjenguk-jenguk kearah dapur.

“ni hah..malas nak mangacau, serius benar nampaknya” Wan Temah muncul dari dapur menatang dulang berisi dua biji cawan dan sepiring pisang goreng dengan senyuman, diletakkan diatas meja depan Uwais.

“makan Uwais..” jemput Tok Aki, Uwais jadi kekok berhadapan dengan dua orang yang beza jarak umur sangat jauh dengannya, diambil cawan dan diminum airnya, Wan Temah berlalu kedapur semula.

“ Tok yakin Uwais dapat lakukannya, sebab tu Tok suruh Uwais kemari..”

“ Tok doakan Uwais ya, Uwais akan cuba..”janji Uwais, ada semangat rasaksa menerjah dalam dirinya.

“ kamu tu, rapatkan diri dengan Allah, itu kunci kekuatan bila berhadapan dengan ragam manusia nanti.” Uwais angguk bersetuju, Tok Aki tampak lega, seperti berjaya melepaskan sesuatu yang amat berat, ya, seperti Uwais fikirkan tadi.



Usai solat Zohor dimasjid Al-Falah, kereta kancil berwarna putih yang dipandunya meluncur laju menuju ke Baitul Hannan, mencari ketenangan, atau, mahu berfikir-fikir tentang langkah yang harus dimulakan dahulu, kereta diletakkan di tepi jalan besar, dan Uwais menapak menuju kejalan kecil yang akan membawanya ke Baitul Hannan, dari jauh, dilihat ada susuk seorang pemuda yang begitu khusyuk menyapu daun-daun kering yang gugur dari pokok sekeliling Baitul Hannan.

“Assalamualaikum” Uwais mulakan salam, pemuda itu nampak terkejut, ralit benar menyapu.

“ Wa’laikumsalam..” tangan menyambut huluran salam dari Uwais.

“Uwais..Al-Qarni?” kali ini Uwais yang terkejut.

“Abang ni siapa?” Uwais berbasa –basi.

“Abang Umar..Uwais dah tak ingat?” dua kening Uwais hampir bercantum.

“bekas pelajar Baitul Hannan?”Uwais sudah ingat-ingat lupa.

“ya, sekali dengan Abang Hafiz..” oh Hafiz~ benak Uwais berlari mencari wajah Hafiz, anaknya Pakandak Ali.

“Abang buat apa kat sini?”

“ saje..bersih-bersihkan tempat ni, rindu pun ia jugak, eh, kau ni, datang sebab apa pulak?”

“sama..rindu.” dua-dua ketawa.

Kemudian mereka terdiam lama, Uwais duduk diatas bangku di bawah pokok rambutan yang sedang berbunga, Umar mengekori dari belakang, disandar penyapu ditepi pokok rambutan.

“Uwais nak buka balik Baitul Hannan bang.” Umar tampak terkejut, masakan?

“Uwais dah tahu kisah sebenar?”Uwais mengangguk.

“Tok Aki dah cerita semuanya, Abang setuju?” Umar terdiam.

“Abang takut?”sambung Uwais.

“bukan” cepat Umar menangkis.

“Uwais faham..” Uwais meneruskan bicara cadangannya, Umar masih tampak bingung.

“ antum semua dah banyak harungi pahit, kita mesti teruskan bang..ini soal perjuangan agama bang” Uwais cuba memprovok.

“Cuma..”Umar bersuara, kemudian menunduk.

“Abang masih belum nampak jalannya”

“kita usaha bang, sama-sama Usaha” Uwais mengasak semangat.

“Baik, kita sama-sama”Umar tersenyum memandang Uwais.

“ya, sama-sama”senyum mereka bertaut, semangat baru muncul membakar jiwa.


Uwais melambai pada Umar, dan masuk kekereta dan enjin dihidupkan, dia memanjat syukur kepada Allah, menemukannya dengan Umar, mujur Umar sememangnya penduduk tetap kampung ini, sama seperti Hafiz, jadi saat semua pelajar Baitul Hannan diusir dari kampung, mereka masih tinggal dikampung ini, Cuma menurut Umar, mereka teruk dipulau, Cuma akhir-akhir ini penduduk kampung sudah mula melupakan peristiwa hitam itu. Kereta kancil putih meluncur lagi , berkira-kira mahu mencari Hafiz, Uwais harus pantas bertindak, Allah menghadiahkannya jiwa yang penuh dengan cita-cita untuk memartabatkan islam kembali di kampung ini, mana mungkin dia harus mensia-siakannya, Uwais berhenti di tepi pantai, melihat kelibat Hafiz yang sedang bersandar di bawah pokok rendang mengadap jauh ke pantai, Uwais bergegas kesana.

“Assalamulaikum.” Sepatah sebagai muqaddimah, Hafiz berpaling pantas, dengan riak wajah terkejut.

“kau Uwais, Waa’laikumsalam..” Hafiz memberi isyarat mata menyuruh Uwais duduk.

“buat apa?” sambung Uwais.

Hafiz tergelak kecil, menyangka Uwais sedang memperlinya.

“masih fikir hal Ila?”

“entahlah Uwais, lagi mau tanya ke?”Hafiz membuang pandang jauh ke tengah laut.

“kau okey ke?” Uwais tak berpuas hati dengan jawapan Hafiz.

“sakit oo..” Hafiz masih belum barpaling ke arah Uwais.

“Aku faham..tapi kau kena faham juga, si Ila tu nak belajar lagi.” Uwais memujuk.

“Aku okey je, tapi proses nak berubat tu lambat sikit la..” Hafiz ketawa kecil , kali ini dia berpaling kewajah Uwais.

“sebenarnya, aku malu Uwais” sambung Hafiz, kemudian mendiam.

“sebab?” tak ada sebab untuk malu bagi Uwais.

“malu pada semua orang, dan pada kau sekali” pecah tawa Uwais.

“apa la kau ni, aku biasa je la, kita dah kawan lama kan..”

“ tau..tapi apa kau akan buat kalau kau kat tempat aku?”

“Aku akan meraung sekuat hati dan tidur dari pagi sampai petang..” Uwais gelak besar.

“lawak je lah~” dipegang bahu Hafiz.

“aku buat biasa je, alah..biasalah tu Fiz..”

“betul?”

“habis kau ingat aku tengah buat lawak ke?”

“kau ni Uwais..tak habis-habis dengan lawak sengal kau..” Hafiz mula lega, sepatutnya dia bertemu dengan Uwais dari awal.

“dah-dah, tak mau layan-layan jiwa macam ni, aku ada misi lagi penting dan mustahak untuk kita.” Uwais masuk jarum.

“apa?” Hafiz terpinga-pinga melihat semangat lain macam Uwais.

“misi membuka semula Baitul Hannan.” Uwais angkat kening dua kali, berkerut kening hafiz.

“jap-jap, yang ni lawak jugak ke?”Uwais senyum, dan geleng.

“kita dua?”

“kau, aku, Abang Umar dan beberapa orang lagi..”

“beberapa orang lagi?”

“nanti kita carilah orang lagi..lambat la kau ni..”

“okey-okey, kira perang lah ni?”

“terpulang pada serangan.”

“maksud kau?”

“kita mula, kalau nampak macam diserang, kita lawan, kalau tak, layan.”

“takde hal,lagipun aku makin risau dengan orang kampung ni”

“tau takpe..”

Uwais makin bersemangat, Ya Allah, permudahkan urusan kami~

1 comments:

mohad said...

cantik blog....selamat berpuasa...berbuka tu biasa makan kurma tak..

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena