Bebaskah kita dari soalan Malaikat tentang apa yang kita lakukan untuk saudara-saudara kita yang ditindas?
Salam perjuangan buat semua pengunjung Blog ini, sudah lama tidak merehatkan minda dengan penulisan, baru sebentar tadi tiba dirumah, kebetulannya esok sambutan hari keputeraan Sultan Selangor, jadi, kereta Abah sudah muncul awal-awal lagi diperkarangan Asrama Siswi KUIS, menjemput puterinya pulang bercuti tiga hari di rumah.
Line internet di Kolej tidak begitu menggamit minat saya untuk menulis, jarang-jarang saya mampu membuka blog, setakat dua minggu ini, hanya satu puisi saya coretkan dek kekangan masa, apatah lagi penulisan panjang yang begitu memerlukan masa yang bebas sebenarnya.
Berat sebenarnya hati pulang dengan tanggunggjawab dan Amanah yang menggunung di Bumi Ilmu KUIS, terasa begitu gelisah pulang membiarkan sahabat-sahabat dengan gerak kerja Fasa Akhir Gerakan Mahasiswa Sedar, namun, entah, aulawiyat yang digerakkan oleh fatwa hati membawa saya pulang hari ini, doakan agar gerak hati ini bukan berdasarkan nafsu.Amin.
Pagi tadi selesai kuiz untuk subjek IT, susah juga soalannya walaupun hanya 10 soalan objektif! Nampak bukan, habislah, saya sudah ketinggalan jauh~doakan saya mampu meragut kembali ilmu-ilmu yang tertinggal sepanjang gerak kerja dijalankan.na~sudah ada yang mula berfikir bukan-bukan! Terutamanya ancaman-ancaman dalam selimut kepada Gerakan Mahasiswa Sedar. Sudahlah~
Saya tidak menulis apapun untuk Aidil Adha yang lalu, sedangkan begitu banyak sirah pengorbanan yang sepatutnya menghiasi Blog Putih ini, entahlah, baru sekarang saya mampu menulis.
Sejak dua menjak ini, saya begitu perlukan kata-kata peransang perjuangan dalam usaha memastikan langkah saya terus teguh, mujurlah saya punya ramai sahabat-sahabat yang punya bicara yang mantap dan berbisa, yang kembali meneguhkan setiap urat nadi saya, Syukur Allah menciptakan tautan hati kepada kami.
Saya terkesima mendengar madah seorang sahabat:
”Biar kita mati diatas katil dengan niat jihad, jangan kita mati diatas katil dengan niat berehat.”
sungguh, kata-kata ini menakutkan saya untuk tidur lena!
Kita hanya Mahasiswa?
Terencat pemikiran dek kondisi seorang mahasiswa, melimitasikan tindakan sebenarnya mungkin? Pernah anda terfikir, seorang mahasiswa dengan gelaran yang nampak Gah itu sebenarnya merencatkan perjalanan jihad, lingkungan jihad seorang Mahasiswa seakan-akan hanya dibawah bumbung jihad akademik semata-mata, seperti jihad ekonomi yang dilaungkan para ahli koporat terkemuka, sedangkan jalur jihad itu begitu lebih meluas dalam kondisi seorang shababul islam, pemuda dan pemudi islam, nampak? Berapa ramai pelajar institut pengajian tinggi yang pemikirannya terkatup dalam lingkungan belajar, belajar dan belajar, masuk universiti untuk belajar, jadi jika kita ubah gelaran mahasiswa itu menjadi pemuda dan pemudi islam, adakah ruang lingkup amanahnya hanya dalam garisan menuntut ilmu semata-mata? Hingga merasa bahawa diri masih terlalu muda untuk berjihad dengan sebenar-benar jihad.
Dr. Sa’id Ramadan Al-Buti berkata:
” Jihad adalah bersusah payah mencurahkan tenaga demi meninggikan kalimah Allah, dan membina masyarakat islam. Mencurahkan tenaga dengan jalan peperangan adalah sebahagian daripadanya dan matlamat utama ialah mendirikan masyarakat islam, dan membentuk Daulah Islam yang sebenar”
saya terkesan dengan kata-kata seorang sahabat, adakah kita merasa bahawa kita bebas dari ditanya oleh malaikat tentang apakah yang kita perbuat untuk menentang pemerintah yang zalim, apakah jawapan kita andai ditanya apakah usaha kita dalam menegakkan kalimah islam dimuka bumi sepanjang hidup?menggerunkan bukan? Kerana entah apalah yang kita perbuat, jika saya, sepanjang 20 tahun ini!
Jadi benarkah penulisan saya kali ini menggalakkan peperangan dan seakan-akan mengambarkan hujah yang dikemukakan musuh islam yang kononnya islam itu berkembang dengan mata pedang?
Saya kemukakan kata-kata Cromer, seorang mubaligh Kristian yang amat membenci islam:
Jihad adalah semata-mata fikrah permusuhan dan islam mencelupkannya dengan acuan syara’ agar seorang muslim dapat mempertahankan dirinya dari serangan musuh, sedangkan pada masa aman ia merupakan fikrah permusuhan terhadap jiwa, harta, dan maruah.ia adalah pemikiran yang khianat dan menggalakkan permusuhan.
-namun sehingga kini, tiada satu peristiwapun dari rentetan sirah yang dapat membuktikan tuduhan yang dilemparkannya.
Dan usaha musuh-musuh islam hampir bejaya, kerana ramai manusia merasakan jihad itu terlalu jauh dengan mereka, umat islam mula merasakan jihad tiada kena mengena dengan hidup mereka, awas, jangan sampai kita mengundur dari jalan jihad ini,
Jalan yang bagaimana?
Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Hidup terlalu enak, jika kita merasakan hidup ini adalah sekadar memenuhi rutin hidup sehari-hari, dalam kondisi aman dan selesa, berehat, makan dan minum, sama seperti manusia yang gemarkan ketenangan dan kenyamanan.
Jalan jihad adalah jalan yang jauh, penuh duri, penuh rintangan dan halangan, namun sejauh mana kita kuat dalam menghadapinya, ia amat memerlukan pentarbiyahan hati yang kukuh, iman yang teguh, dan kekuatan fizikal yang mantap, jika jalan jihad ini mudah, jangan bimbang, kerana pasti ramai yang memenuhi syurga, namun ia sebaliknya.
Saya bertanya sekali lagi, dengan cara yang lebih khusus, apa yang kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi setakat ini, berapa banyak harta yang kita infakkan demi gerak kerja islam setakat ini, dan berapa banyak masa berehat yang kita korbankan untuk gerak kerja islam setakat ini.
Biar saya suarakan dengan nada yang lebih berani, jika hari ini kita berat hati untuk mengeluarkan wang dalam dompet yang makin menipis, jika hari ini kita kesal mengorbankan masa kekelas demi gerak kerja islam, jika hari ini kita bermalas-malas dengan banyak berehat dari bekerja-malu sikit dengan pemuda Palestin!
Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud:
Jihad yang paling afdhal ialah menyatakan kebenaran dihadapan sultan atau raja yang zalim.(Hadith riwayat Bukhari dan Abu Daud)
sahabat-sahabat.
Yang dinamakan zalim itu bila wujudnya sebarang bentuk penindasan, apatah lagi yang jelasnya berlaku penyelewengan dalam pengamalan islam yang sebenar, maka pemerintah seperti ini wajib ditentang, bukan terus mendiam diri dengan alasan mahu terus selesa dan tenang!
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
”Barangsiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan orang muslimin maka ia tidak tergolong dikalangan mereka”
maka tanggungjawab kita sebagai pemuda dan pemudi islam dalam jihad menentang pemerintah yang zalim dan menghapuskan segala bentuk penindasan yang terbuntang didepan mata, cukup-cukuplah hanya menjadi tukang angguk dan tukang geleng, kita sudah ramai dengan orang seperti itu, yang kita perlukan sekarang adalah dengan mengisi kelompangan itu untuk pendokong yang berkerja!
Yakinlah, jalan kita adalah jalan jihad, moga Allah memimpin kita menuju jalan ke Syurga.
Penutup
Saya akhiri penulisan dengan bicara yang mampu mengalirkan air mata dari imam Hassan Al-Banna yang bercerita tentang ikhwan dan kedudukan mereka dalam tuntutan darjat ini, buat penawar pada sahabat-sahabat yang sudah luka sepanjang kita melalui jalan dakwah ini:
Mereka menderita dengan apa yang menimpa kaum muslimin, mereka merintih terhadap ini semua. Allah Subhanahu wa ta’ala mengetahui perasaan antara mereka yang menyebabkan leburnya lipatan hati mereka dan apa yang mereka deritai jauh disudut hati perasaan mereka, mengocak ketenangan kolam hati nurani mereka, sering menghalang mereka untuk berseronok dengan keluarga dan handai taulan, bergembira dengan segala keseronokan dengan segala kelazatan dan keindahan yang ada.
Manakala mereka mencari jalan penyelesaian, maka Allah Subhanahu wa ta’ala mengetahui tiada sebarang pemikiran (asing)
Yang menjajah pemikiran mereka dan tiada hawa nafsu yang bertapak dijiwa mereka. Tiada perkara lain yang membelenggu pemikiran mereka seumpama perkara ini, yang menguasai hati, perasaan dan pemikiran mereka.
Mereka melaburkan masa dan harta mereka dijalan ini. Cukuplah saudara melewati salah satu kelab mereka, saudara dapat saksikan sendiri mata yang layu sebab berjaga malam, muka yang pucat sebab berjihad, tubuh yang kurus kering keletihan kerana tugas. Mereka menanggung segala bebanan ini lantaran keimanan mereka yang kuat dan aqidah yang padu....”
Koreksi diri, setandingkah kerja dan pengorbanan mereka dengan kita?tepuk dada, tanya iman..
Rujukan:
-Penjelasan di sekitar risalah ta’lim: Muhammad A’bdullah Al- Khatib.
p/s: Banyak yang saya ambil dari kata-kata sahabat saya.Wallahua’lam.
puisi sekadar peringatan buat diri dan sahabat~
Kerana merasa lebih Mulia..
Kerana merasa lebih Mulia,
Kita merasa puasa kita lebih sempurna,
Malah memandang rendah pada yang menjamu selera,
Kerana merasa hebat menahan lapar dan dahaga.
Kerana merasa lebih Mulia,
Kita merasa tahajjud kita terlalu istimewa
Malah memandang sinis pada yang sedang lena,
Kerana merasa munajat kita lebih diterima.
Kerana merasa lebih Mulia,
Kita bahagia dikelilingi sahabat sefikrah
Malah memandang rendah pada yang melawan fitrah.
Kerana senang punya sahabat yang hadam erti ukhwah.
Oh, kerana merasa diri lebih Mulia.
Kita senang berjalan dilitupi pakaian yang cukup syaratnya.
Malah jelek melihat mereka yang terbuka sini sana
Kerana kita merasa diri lebih terpelihara.
Kerana merasa diri lebih Mulia,
kita gembira melaksanakan kerja Islam sepanjang masa
malah benci melihat sahabat yang berehat seketika.
kerana kita merasa diri lebih ikhlas dalam amal kerana-Nya.
Kerana merasa lebih mulia
Kita ralit menatap buku tanpa jemu
Malah jengkel dengan yang berhibur tanpa malu
Kerana merasa ilmu kita sudah menderu-deru.
Kerana merasa diri lebih mulia
Kita leka Perintah Tuhan Yang esa.
Menjaga hati dari merasa selesa dengan hidup sempurna
Takut-takut kita diheret ke Neraka,
Hanya kerana didunia,
Kita merasa lebih Mulia!
-Nessasyahirah
Kerana merasa lebih Mulia,
Kita merasa puasa kita lebih sempurna,
Malah memandang rendah pada yang menjamu selera,
Kerana merasa hebat menahan lapar dan dahaga.
Kerana merasa lebih Mulia,
Kita merasa tahajjud kita terlalu istimewa
Malah memandang sinis pada yang sedang lena,
Kerana merasa munajat kita lebih diterima.
Kerana merasa lebih Mulia,
Kita bahagia dikelilingi sahabat sefikrah
Malah memandang rendah pada yang melawan fitrah.
Kerana senang punya sahabat yang hadam erti ukhwah.
Oh, kerana merasa diri lebih Mulia.
Kita senang berjalan dilitupi pakaian yang cukup syaratnya.
Malah jelek melihat mereka yang terbuka sini sana
Kerana kita merasa diri lebih terpelihara.
Kerana merasa diri lebih Mulia,
kita gembira melaksanakan kerja Islam sepanjang masa
malah benci melihat sahabat yang berehat seketika.
kerana kita merasa diri lebih ikhlas dalam amal kerana-Nya.
Kerana merasa lebih mulia
Kita ralit menatap buku tanpa jemu
Malah jengkel dengan yang berhibur tanpa malu
Kerana merasa ilmu kita sudah menderu-deru.
Kerana merasa diri lebih mulia
Kita leka Perintah Tuhan Yang esa.
Menjaga hati dari merasa selesa dengan hidup sempurna
Takut-takut kita diheret ke Neraka,
Hanya kerana didunia,
Kita merasa lebih Mulia!
-Nessasyahirah
5 comments:
salam~
suka sajak nessa..=)
*thumbs up*
hakikatnya kita bukan lebih mulia cuma lebih bertuah berbanding mereka..
wa'salam~
biasa je,huhu.
jangan lupa syukurnya ya~
salam pjuangan..
Mohon izin utk copy puisi "Krana merasa lebih Mulia".. Syukran.
silakan ust, moga bermanfaat.
salam..sgt menarik puisi tu..tahniah..dan teruskan perjuangan..semoga dalam redha allah selalu..aminnn...
Post a Comment