Bertemu Cinta Teragung,
Selubungiku dengan selimut Kasih terulung
Takut-takut langkah tersadung
Pandangan jadi terpesong
Kerana Harapanku
Cinta-Mu
Dan Cintaku
Bersatu menjadi satu
Membuah Rindu menggunung..
Kasih-Mu Rabbi..
Ibadahku jangan biar terhenti
Hingga bertemu Mati
Cinta Nabi
Pada umat yang selawatnya sentiasa meniti
Dibibir malah dihati.
Bertemu cinta Teragung
Harap-harap cinta tak kosong
Indah zahir, Batinnya lompong
Biar cinta Teragung
Bisa gah mengepung
Bicara hati yang melencong
Namun teguh dipilih laluan menerjah Syurga
Meroboh tirani hasutan keramat
Merobah diri menjadi pensyukur nikmat
Berlindung dibalik lembayung Rahmat
Merefleksi kembali persoalan hati
Benarkah diri seorang Daie’?
Apakah diperbuat sepanjang hidup ini?
Menongkah Fitrah yang ditetapi?
Kembalilah pada Illahi
Usah diri berpaling lagi
Kerana kita
Sudah bertemu CINTA TERAGUNG!
-nessasyahirah-
Masjid Al-Azhar-KUIS
Saturday, December 26, 2009
Bertemu Cinta Teragung~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
=)
1 comments:
alhamdulillah...
Post a Comment