Beriringan ke Syurga~

Monday, January 26, 2009

Gerhana Matahari 260109

salam untuk semua, kami berenam(mak,abah,akak, saya, teha dan ihsan) bertolak dari rumah dalam pukul empat , hajatnya nak ke Masjid Negara terus untuk Solat Sunat gerhana disana, tapi entah kenapa(mungkin kerana terlalu awal)perjalanan terus ke Universiti Islam Antarabangsa, untuk melawat Abang sulung, sampai kami terus keMasjid sebab Azan asar dah berkumandang, sebelum masuk masjid,Abah dah keluarkan 'plastik hitam-Xtray' (betul ke perkataan ni?) yang ada kat poket belakang kerusi, Alhamdulillah, kami dapat menyaksikan proses gerhana walaupun dengan alatan yang tak begitu mencukupi dan berebut antara kami berenam,SubhanaAllah..

penyudahnya, solat Sunat kami di Masjid UIA..Plan nak ke Planetrium negara dan ke festival ekonomi islam ntah ke mana, kami terus balik..penat.

Sedikit info mengenai Solat sunat Gerhana.

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI (KUSUF)

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Cara Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah )

Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I'tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I'tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I'tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I'tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir


sumber


jom layan video gerhana matahari hari nih..


Read More

Balada seorang gadis kecil-Zubir Ali

Salam perjuangan tanpa henti buat semua sahabat.untuk post kali ni, beta berkenan nak post satu lagu-Balada Seorang gadis kecil, berasal dari sebuah Puisi katanya, lagu ni semakin popular kat IKIM.fm dan RTM, tak tau la kalau hot ke..era ke..pasang lagu ni, tapi kat tv3 tak pernah tengok la..dengan lirik yang mampu mengalirkan air mata (saya!), rasanya eloklah dikongsi, jujurnya saya tak kenal sangat penyanyi ni, tapi dari yang saya tahu, Zubir Ali adalah bekas penyanyi kumpulan Harmoni, itu yang saya dengar dari Ikim.malas nak cerita panjang-panjang, jom dengar ..


Balada Seorang gadis kecil-Zubir Ali


Gadis Kecil Itu Telah Bertahun
Dicengkam Derita
Di Khemah Pelarian
Yang Menjanjikan Duka Cita

Munir Tak Mengenal Erti Cinta
Telah Kering Airmata
Menangisi Kematian
Ayah Bonda Dan Saudara

Pada Suatu Senja
Langit Syatila
Menyaksikan Pembunuhan
Anak Kecil Dan Wanita

Munir Ditembak
Penuh Luka
Tapi Ajalnya Belum Tiba
Kerna Tuhan Mengasihi Dia

Peristiwa Hitam 17 September
Telah Menjadi Bukti
Sempurnalah Kekejaman
Suatu Bangsa Yang Sombong Dan Hina

Berapa Banyak Lagi
Gadis Kecil Tak Berdosa
Akan Menjadi Mangsa
Kekejaman Manusia

Berapa Abad Lagi
Gadis Kecil Seperti Munir
Akan Menjadi Korban
Peperangan
Read More

Saturday, January 24, 2009

Menanti hanan siri dua~


Assalamualaikum..Ohaio..salam untuk semua sahabat, seperti biasa kesibukan sekali lagi menjadi halangan untuk saya mengupdate belog kesayangan ni, untuk kali ni, disebabkan beberapa orang sahabat dah bising kat kotak mail saya, saya keluarkan apa yang ada, sebenarnya dah disimpan lama sambungan cerpen ni, tapi disebabkan rasa macam..sambungannya ada unsur2 drama yang melampau, agak segan nak post, apepun, dari terus berhabuk blog ni, layanla sambungan cerpen ni..okey, sebelum terlupa, jangan dilupa sahabat-sahabat di palestin , doa kita sentiasa mengiringi, jihad tetap jihad!


................................................................................................................................................................


“Assalamualaikum Ummi..”Pintu bilik diketuk beberapa kali.

“Masuk, masuk.”Uwais masuk, Makcik Amnah bersimpuh disebelah katil melipat beberapa helai kain batik.dihabiskan lipatan terakhir, Uwais duduk berhadapan dengan Umminya.sepi menyelubungi beberapa ketika.suasana seperti kebiasaannya kalau ada nasihat dari Ummi buat mereka berdua. akan dipanggil dan dinasihati sebaiknya, kalau dulu Abah, lepas abah pergi, giliran Ummi mengganti.

“Ummi nak cakap pasal budak jepun tu?”Mak Cik Amnah gelak kecil.

“Hikari..ada nama budak tu..”Mak Cik Amnah memasukkan kain batik ke bahagian bawah Almari.

“Tak..Ummi nak cakap pasal benda lain..”Uwais kerut dahi.

“Pasal apa Ummi?”

“Pasal Ila..”

“Ila? Kenapa dengan ila mi?”

“Kamu kenal dengan Hafiz?”

“Hafiz? Imam muda masjid tu ke Ummi?” Mak Cik Amnah angguk.

“Ye la..budak tu sorang je nama Hafiz dalam kampung ni..”

“Petang tadi..Mak ayah nya ada datang ke rumah..”selesai menyusun kain, mak cik Amnah mengalih tubuh mengadap Uwais Al-Qarni.Uwais makin pelik.

“Nak dijodohkan si budak Hafiz tu dengan adik kamu..”

“Huishla..Ila tu kecik lagi mi, baru 17 tahun,SPM Tak lepas lagi.”

“Tu la ..Ummi Tanya kamu ni..”

“Kata Pak Andak kamu, boleh jugak, sebab senang..ada orang nak jaga kami bila Uwais dah balik ke mesir nanti..Uwais nak habis belajar pun lama lagi..”

“Pak andak tu ayah Hafiz, memang la nyebelahkan anak dia Ummi..”

“Ummi fikir- fikir , ada betul jugak apa yang Pakandak kamu cakap tu..Ummi dulu pun kahwin awal jugak..”

“Ntah la Ummi, Uwais bukan nak bantah cakap Ummi, tapi Ila tu Uwais tengok tinggi cita-citanye mi, ye..Uwais tahu ada baiknya, budak tu pun baik budaknya Ummi, tapi, takkan tak ambik SPM mi..” ikutkan Hati, Uwais malas nak berkias, mahu ditolak terus cadangan Ummi, namun, dia sedar, hati ibunya perlu dijaga.

“yang nak si Ila sangat tu kenapa Ummi.”Uwais mengeluh kecil

“Ntahla, katanya, budak perempaun lain kat kampung ni semua tak boleh harap, kehulu-kehilir dengan jantan, tu yang nak dicop terus ila tu, baik pekerti katanya.”Uwais senyum,dengar si Ila ,bangga la tu.

“Lagipun, nak kahwinnye bukan sekarang, ha.tunggu ila 19 tahun katanya.”Uwais terangguk-angguk kecil.

“Kalau macam tu ..baik jangan bagitau Ila dulu Ummi, terkejut budak tu nanti..”

“Ye lah, betul jugak cakap kamu tu..”Uwais memahami relung hati Umminya, Khaulah lah satu-satunya anak perempuan dan dimanja-manjakan Ummi.Mungkin ini satu kejutan buat Ummi.

“Dah La tu Ummi,jangan risau sangat, Ummi tidur lah dulu..”Mak cik Amnah mengangguk lemah.

Uwais keluar , mahu diteruskan pembacaan kitabnya di bilik. Namun Langkahnya terhenti , Khaulah sedang duduk di beranda, pintu utama rumah masih terbuka luas.



“Hoit, anak dara, malam-malam duduk kat luar, berkenan kat mat rempit tepi jalan tu baru tau.”Uwais mengambil tempat di sebelah Khaulah yang duduk mengadap pantai, Suara Ombak ternyata menenangkan.

Sepi.

“Kenapa?”masih tiada jawapan dari Khaulah.diamati, ada sendu kecil.

“Ila nangis?”

“Abang ingat Syair arab yang Abah ajar kita dulu?”Wajah Khaulah tidak beralih.

“La Tas’aluni?”Uwais kerut dahi.



“Jangan tanyakanku tentang kehidupanku # Ianya adalah sebuah rahsia kehidupan

Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita # Ia adalah anugerah, ia adalah ujian

Aku telah menjualnya kepada Allah # kemudian aku berjalan dalam barisan pembawa petunjuk.

Jalan hidupku adalah Al-Quran , pedang dan Ujian #

Allah telah memberkati dan para Nabi terdahulu telah melaluinya..#

Para Syuhada ‘ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka #

Maka jadilah ia taman Indah yang dikelilingi cahaya #

Sedang penghujung jalanku adalah apa yang meredhakan dan apa yang diinginkan #

Keuntungan dan kemenangan nyata atau kesyahidan dan keabadian #

Jika kau telah berada diatas muka bumi dan engkau tahu umurmu terbatas #

Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk # jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu..”



Khaulah ingat tiap bait syair Arab itu, baginya syair itu Syair pengubat rindu,Syair pembawa semangat,seakan Syair itu membawa semangat dari Arwah Abah.

“Yang bahasa Arabnya mana?” Uwais masih mahu mengusik.

“Ila ingat melayu je, abang lainlah..Ingat, abang kena puji dengan Abah sebab dapat hafal yang bahasa Arab punya?”Uwais terangguk-angguk, melayan duka satu-satunya adik yang dia ada.

“Abang rindu Abah?” Soalan apa ni..Uwais kerut dahi.

“Mesti la..ingat tak abang nangis macam nak pengsan, Ummi cakap apa pun Abang tak dengar..Dah la masa tu lagi seminggu abang nak ke Mesir.”

“Ila ingat lagi, Halaman ni penuh dengan orang yang datang nak tengok jenazah Abah”

“Ye..Abang ingat, Abang meninggal waktu tengah solat kan, waktu tu Abah Imam solat Asar kat masjid tu , Abang kat belakang Abah waktu tu.”

“Kalau Abah ada, mesti Abah halang kalau Ummi nak jodohkan Ila dengan Hafiz”Khaulah tunduk.Uwais pandang Khaulah, adiknya dah tahu rupanya.

“Tak baik Ila ..Abah dah pergi dah pun..”

“Ila tak suka dia” Khaulah mengalih wajah dari memandang Uwais Al-Qarni.

“Ila dengar?”Khaulah angguk, Khaulah mendengar segala-galanya tadi, hajatnya mahu mencuri dengar Uwais dimarah Ummi, tapi, lain pula jadinya.

“Kenapa Abang tak Halang?abang suka tengok Ila kahwin awal?”

“Pulak dah…sebab ni la rupanya muncung sedepa, hampeh..ingat nangis rindu kat Abah.sampai keluar La Tasa’luni semua..”Uwais mula keluar dari suasana ‘ kenduri Arwah’

“Ila memang rindu kat Abah la..”Muncung Khaulah makin panjang., disikunya lengan Uwais dengan tangan kirinya.

“Dah la…tak payah fikir la, SPM lagi tiga bulan je, tak payah fikir pasal kahwin, Abang yang dah besar ni pun tak fikir lagi.”pujuk Uwais.

“Ila ni perempuan abang..Ila tak suka orang ganggu hidup ila” tegas

“Ganggu hidup atau ganggu perasaan ”Uwais kerut dahi.

“Abang tengok Hafiz tu baik je, yang ila tak suka sangat kenapa?Rasullullah suruh terima kalau ada lelaki soleh datang meminang” sambung Uwais, cuba disembunyi senyum

“dia tak soleh”

“soleh la..Imam muda masjid lagi, dalam banyak-banyak anak muda kat kampung ni, dia paling baik abang tengok”entah kenapa, topik ‘hafiz’ makin meleret.

“sekejap, ila nak tunjuk kat abang” Ila menyusun langkah memasuki biliknya.Uwais hanya mengekori langkah Khaulah, kemudian mengalih semula pandangan ke jalan di hadapan tidak jauh dari rumah mereka, anak-anak muda yang leka dengan gitar dan terjerit – jerit menyanyi entah lagu apa, rutin itulah yang menghiasi hidup mereka.Uwais menggeleng kecil. Bayu laut menyapa wajah lembut,

“Nah , baca ni” Khaulah menghulur telefon bimbitnya.Uwais sambut, dibaca mesej yang tertera di telefon bimbit Adiknya.

Kadang – kadang kita rindu, tapi takleh nak wat ape..Kadang2 kita t’ingat..tapi tak menyempat..kadang2 kita terkenang ..kita jadi tak keruan..kadang-kadang kita ingin berteman..tapi kita kena bertuhan, entah apa yang kufikirkan..mungkin merinduimu.(^^)

Uwais Al-Qarni gelak, wajah Khaulah makin mencuka, Nah, itu rupanya yang menjadi penyebab.

“Umur dah 23, perangai macam budak-budak la si Hafiz ni..”Uwais geleng kecil,tawanya masih bersisa.

“Abang….”

“okey..okey..”

“Uwais…Khaulah, bila nak tidurnya..!!”suara Ummi mematikan terus tawa Uwais.

“ye Ummi..nak tidur lah ni…”sahut kedua-duannya.

“Habis, sebab mesej ni je Ila boleh tak suka terus dia..”

“yup..satu mesej dah boleh jelaskan perangai dia abang..”

“Ila nak yang macam mana lagi..”

“Ila nak yang berani macam Salahuddin Al-ayubi, lisannya macam Hassan Al-Banna, Ila nak macam As-syahid Sheikh ahmad yassin, ila nak..”

“Ila terlalu mencari kesempurnaan, belajar terima seadanya ila..”

“huh~ itu falsafah cinta yang ila paling tak percaya”

“maksud ila?”

“Ila berhak cari sesempurna mungkin sebelum ila kahwin, kalau dah sah, baru ila terima seadanya”

“Manusia perlukan cinta ila..”Uwais Al-Qarni sengaja mahu melihat sejauh mana tahap kematangan adiknya.

“perlu tak mengajar kita terlalu mendamba abang”

“manusia bersatu sebab cinta ila..”Uwais menguji.

“Ila tak cinta dia”

“Ila mungkin akan cintakan dia”

“Ila tak mungkin akan cintakan dia”

“Ila tak nak lelaki yang mudah tewas dengan cinta..”Ila memandang jauh kearah pantai.

“Mungkin, satu hari nanti, perasaan tu Allah tentukan, kalau nak jatuhkan ke Hati ila, Ianya mungkin wujud.”


Uwais mengalih wajah memandang adiknya, rasa kagum menapak dalam hatinya, Khaulah, entah berapa lagi muslimah sepertimu diluar sana.



Hikari menarik selimut keparas dada, matanya merenung atap zink rumah Tradisional melayu itu, kata Ummi, Rumah ini dibina oleh bapa Khaulah dan Uwais diawal perkahwinan mereka, bermakna rumah ini sudah agak lama dibina, namun keadaanya masih kukuh, malah binaan dan ukiran di setiap pintu dan tingkapnya nya sangat unik, Ah~ bukan tentang rumah yang terlalu difikirkan Hikari, tapi topik perbualan dua beradik itu tadi, cinta, islam tidak membenarkan umatnya bercinta? Mengapa Khaulah begitu menolak cinta, sedang dirinya dulu sudah mempunyai teman lelaki saat umurnya sebaya Khaulah, malah mereka bebas keluar kesana-kemari, saat cinta itu milik mereka, terasa dunia dan seisinya juga turut dimiliki, siapa pula nama-nama yang disebut Khaulah tadi, dengarnya seperti nama orang Arab seperti nama-nama yang tertera dalam buku-buku yang dibacanya sebentar tadi, pembacaannya terhenti saat mendengar permulaan perbualan Uwais dan Khaulah yang berkisarkan cinta itu, Hikari makin bingung, namun, hatinya bagai ditarik-tarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang..semuannya, tentang buku – buku yang dibacanya , tentang perbualan mereka, ya~ tentang agama mereka!


Mak cik Amnah menyeka tubir matanya dengan hujung lengan baju kurung kedahnya, dia melangkah semula kekatil dari tingkap yang tertutup rapat, perbualan dua anaknya didengar teliti, dia menarik nafas panjang, esok, dia akan kerumah Kamal dan Isterinya, cincin tanda akan dipulangkan , peminangan untuk anak mereka, hafiz, ditolak~



“Abang, Khaulah dan Uwais, anak kita sudah besar, Uwais sama dengan Abang perangainya, Khaulah pula matang dari usiannya bang..” air jernih itu mengalir lagi.



.........................................hehe..sambung lagi..........................................



tata~salam sayang untuk semua sahabat!



p/s:Takziah untuk Seekerz atas 'keeksidenan' angahnya, sama-sama doakan kesembuhan encik angah seekerz ye..

dan tq untuk k.yati, pinjam mesej ek..huhu~

Read More

Saturday, January 10, 2009

Khaibr khaibr ya yahud!!!!

salam jihad!
awal pagi kami (Abah, mak, saya dan akak)bergerak menuju ka Stadium Melawati, Shah Alam, subhanaallah, lautan manusia mencekik dan memaksa kami memuntahkan semangat kami, dari tempat duduk atas, saya dan akak berlari kebawah , dalam lautan manusia yang penuh dengan semangat jihad!melaungkan Khaibr khaibr ya yahud!!jaishu Muhammad saifa yau'd!!

rapat umum dimonopoli generasi muda, membuktikan kami...remaja islam di malaysia, bersedia dengan segenap urat nadi kami untuk jihad!

untuk sahabat-sahabat yang masih leka diulit mimpi indah, sedarlah!saatnya sudah tiba..saat kita sedar yang hidup kita sebenarnya hanya untuk Allah, masih menganggap zaman remaja adalah zaman keseronokan? anda silap, itu kata generasi terdahulu, dah ketinggalan zaman, generasi muda sekarang adalah yang berjiwa dan bersemangat kental melawan musuh islam.

jom sertai kami!!baru stylo!

Allahuakbar!!


(sila klik pada gambar untuk paparan sebenar)







lautan manusia seiringi penuh semangat jihad



takbir!!






hancur hancur!hancur israel!!



barisan perwakilan

saudara dari gaza sedang berucap


Nah, anda masih mahu menjadi pemerhati setia?silakan..

Hidupku , matiku, ibadahku, hanya untukMU Ya Allah~

Read More

Friday, January 9, 2009

Sekitar perhimpunan1000 mahasiswa dan Rapat umum GAZA di stadium Melawati

Salam perjuangan tidak bermusim.

seminggu ni saya dilanda kesibukan yang agak menggila, maknanya blog ni dibiar terkontang kanting tanpa teman, hehe..

bercakap tentang perhimpunan 1000 mahasiswa, apa yang menarik perjalanan saya dan sahabat sefikrah yang lain sebenarnya lebih 'advanture' dari perhimpunan sendiri. mana taknya, dengan info salah yang kami dapat, perjalanan kami dari menghala ke putrajaya terpaksa ditukar ke tabung haji.dah..satu hal, perhimpunan dah nak start.mungkin salah kami sebab tak ambil tahu berita terkini, padah yang kami dapat, sampai dalam waktu perhimpuanan dah nak habis.Alhamdulillah, kami sempat mengaminkan doa bersama-sama dan berarak, kehadiran amat membanggakan walaupun saya tahu peratus kehadiran untuk sesebuah konsert lebih berbanding peratus kehadiran untuk perhimpuanan ini, walauapapun, semangat 1000 lebih kami seakan-akan semangat 10,000 orang, anda yang hadir untuk perhimpunan ini lebih mengetahui.

malas nak cakap banyak-banyak, jom layan gambar-gambar sekitar Perhimpunan 1000 mahasiswa di hadapan kedutaan Amareka.

Takbir!!Allahuakbar



barisan sayap Muslimat


Hancur Israel!Hancur Amareka!!


makcik2 pun datang bagi sokongan.


Hidup Islam!!hidup palestin!!


zaman keseronokan remaja kami dah berlalu, sekarang masa untuk berjuang


Pandangan dari belakang


semangat habis, agaknya kalau ada sorang dua tentera israel kat depan kami, habis berkecai tentera tuh. Hancur Amareka!!hancur Yahudi!!!

Allahuabar!!!

gambar dari Stadium melawati, Shah Alam akan menyusul...

Read More

Monday, January 5, 2009

jom keluar!perhimpunan 1000 mahasiswa.

salam untuk semua, dalam kalut nak ke kelas lepas ni, saya berlari ke cc nak umumkan satu benda, okey..dengar semua baik2 rakyat jelata sekalian..

Portal BALADI
Dapatkan Testi Palestin Untuk Friendster, Myspace anda di sini


PERHIMPUNAN SERIBU MAHASISWA
9 januari 2009-JUMAAT
Masjid putra Putrajaya
TEMA BAJU : HITAM


jom gerak!!lebihkan angka seribu tu!takde baju hitam? pinjam..panas tengah hari? bawak payung..takde transpot nak pergi? malaysia dah maju, ade macam-macam public transpot.
tata~nak lari gi kelas!!!
Read More

Saturday, January 3, 2009

Mahasiswa Malaysia, jangan terus jadi Arnab pengecut!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Meledak jiwa-jiwa umat islam diseluruh dunia melihat saudara-saudara mereka diratah jasadnya dek peluru berpandu milik rejim zionis di bumi Mulia Palestin.Duhai Insan-insan yang andainya masih punya hati, teruskan menikus longlai !


Kekuatan penyatuan umat islam ternyata luar biasa, Indonesia, iran, yaman, lihat dijalanannya, beribu-ribu manusia yang terobek hatinya dek kesengsaraan zahir mahupun batin saudara kecintaan kita di gaza, Syaitan – syaitan bertopeng manusia itu nyata tebal hatinya melihat darah-darah segar menglir dari tubuh-tubuh rakyat gaza, dan terus- menerus merancang serangan yang lebih menggila , hapuskan! Hapuskan hamas , hapuskan palestin!-itu kata mereka~Asap-asap hitam meliputi cermin hati dan terus menebal sehingga terhijab sama sekali.


“ Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu menutupi hati mereka”

(Al-Ra’d ayat 28)


Sepi.


Jalanan dimalaysia masih sepi, yang menjerit hanya laungan hon, jeritan kata kesat , aku mahu segera sampai ketempat kerja!!kelaskan bermula lima minit lagi!!teruskan manusia, teruskan dengan duniamu.Aku melihat dengan dua mata kurniaan Ilahi ini, aku melihat sejak Bush dibaling kasut lagi, pembaling itu ditahan , aku melihat mahasiswa islam di Pakistan sudah mula memenuhi jalanan, aku melihat banyak Negara islam mula bersuara lantang biarpun hanya di lorong jalanan.apatah lagi apabila bumi kecintaan Sallahuddin Al-Ayubi ditikam-tikam perutnya oleh pelbagai senjata canggih.


“InsyaAllah, kami yakin, dengan penyatuan umat islam, dari iran dan kami mahasiswa Indonesia , mereka itu akan musnah sama sekali!!”


Aku mendengar itu dengan nikmat dua telinga yang aku pinjam dari Allahku, muslimah Indonesia itu teguh bersuara lantang, aku malu sebenarnya! Malaysia di mana? Atau lebih tepat lagi…MAHASISWA MALAYSIA dimana?oh~ masih leka mengadap komputer, oh~masih minum-minum santai di kedai mamak menonton bola..oh~ masih penuh dipadang bersukan ria..muzik rancak mengiringi langkah earobikmu.menggeletek tawamu mu berbeza dengan menggelupur rakyat mulia itu saat dibantai kejam!


Wajahku bagai diconteng noda merah saat melihat rakyat Australia keluar berdemostrasi, islamkah mereka? Itu soalan pertamaku buat diri, tidak? Mereka kebanyakkan bukan islam? Tapi..kenapa marah mereka lebih dari marah umat islam dimalaysia ini saat mereka keluar berdemostrasi dijalanan..engkau punya jawabnya?oh~mereka bagaikan arnab rupanya..arnab itu comel , tapi penakut! Takut dibaling asap pemedih mata agaknya bila kemarahan yang membuak sudah tak terkawal.


“eleh..kalau setakat demo..ape sangat, nak tunjuk marah.ha..pergilah palestin tuh!”


Aku kesal, kasutku seakan ingin diangkat dan dibaling tepat kewajah itu.diam kau manusia pengecut, diam atau wajah kau aku telungkupkan ke takungan darah segar yang mengalir dari jasad gadis kecil , biar sesak nafasmu bisa melembutkan hati yang sudah kebal.

“Rakyat Malaysia pelu lebih agresif. Cuba lihat di UK, hasil demo tiap-tiap hari, menteri luarnya David Miliband telah mengeluarkan kenyataan yang agak luar biasa mengutuk serangan tersebut. Namun ini tidak menyebabkan mereka menghentikan demo di depan kedutaan Israel, mereka akan tetap berdemo sehingga serangan dihentikan. Begitu juga di negara-negara Eropah yang lain.

Demo satu hal, satu lagi ialah kumpulan lobi, terutamanya di peringkat antarabangsa. Di zaman IT, pelbagai prasarana boleh dilakukan. Facebook merupakan satu wacana yang sesuai. Lobikan rakyat-rakyat negara Eropah agar mempengaruhi wakil-wakil mereka di EU untuk menjadikan Israel sebagai rejim Aparteid dan diboikot. Lobikan juga agar EU mula menghantar bantuan. Begitu juga dengan ASEAN dan OIC.

Interest group juga amat penting. Ke manakah kumpulan pro-wanita dan kanak-kanak di dalam hal ini. Sepatutnya kempen mengutuk serangan di peringkat antarabangsa telah dilakukan oleh kumpulan-kumpulan ini untuk membela nasib wanita dan kanak-kanak di Gaza.

Mungkin kelab simpatisan 'Balouchi sisters' boleh ditubuhkan untuk kempen di rantau Asia. Jadikan iktibar kematian lima kanak-kanak perempuan bersaudara itu sebagai tema kempen untuk dunia membantu. Kirimkan bantahan kepada negara-negara Arab berjiran agar masuk campur dan menyerang rejim Zionis”-Ust Maszlee Malek.

Itu kata ustaz, tunggu apa lagi, wahai remaja khususnya islam di Malaysia, masih mahu membisu, bila lagi keramaian penyatuan mahasiswa di seluruh Malaysia mengatasi keramaian manusia saat terkinja-kinja berjoget melihat konsert sambutan tahun baru?jom kita bersatu dihadapan KLCC, memenuhi jalan-jalan sekitar kuala Lumpur, jom kita kosongkan seluruh pusat pengajian sehari.ayuh persatuan-persatuan mahasiswa Malaysia, sampai bila mahu jadi arnab didalam sangkar?mana suaramu yang begitu lantang mengutuk kemasukan artis barat kemalaysia, mana suara-suara itu yang begitu lantang menyuarakan hak?mana! Ayuh bersatu!!!

Duhai Allah

Aku ingin kecapi dua jiwa

Yang Satu untuk Allah dan Rasulku

yang satu untuk keluargaku

Aku ingin capai dua cita

Yang satu hidup sebagai pemasti islam tertegak dimuka bumi

Yang satu untuk mati bertemu dengan Tuhanku dengan jalan Syahid

Aku harap aku punyai dua jasad

Yang satu disini yang lisanku bisa menyemarakkan jiwa

Yang satu disana bumi berdarah yang boleh kutambah tenaga juangnya

Namun..

Jika aku hanya punya satu.

Ku ingin jiwa yang hanya untuk Allah dan Rasul

Ku ingin capai cita untuk mati dijalanMU

Ku ingin jasadku disana sebagai semangat jasad-jasad disini

Duhai Allah

Tebar jiwaku menjalari urat nadiku

Biar jiwa itu seteguh langitMU

Allah Tuhanku

Rapati diriku dengan cita untuk bertemuMU

Biar cita itu setinggi semestaMU

Allahku..

Langkahkan kaki ini

Menyusuri jalan redhaMU

Andai terpisah dari jasad lemah ini

Beriku daya agar dapat kukorbankan seluruh pancainderaku

Sebagai saksi menuju SyurgaMU..

-Nessa syahirah

Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena