Beriringan ke Syurga~

Saturday, October 24, 2009

Homeless to Harvard-misi keluar dari kehidupan.

liz murray Pictures, Images and Photos
everyone fall
but not everyone rises
why don't you get up
and rise again for me
what if the world were a little more perfect
just stop crying or would you take the leap
would you open your eyes
and blink again for me
For me~



Liz Murray, ibunya penagih dadah tegar, ayahnya? seorang genius, tapi juga penagih dadah dan punya masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain.petang tadi, kali kedua saya menonton filem- homeless to havard di channel Diva, filem yang diangkat dari sebuah kehidupan sebenar yang dialami seorang wanita yang telah menjadi 'kutu rayau' sejak berumur 15 tahun, akibat dari kedua ibu bapanya yang tidak boleh keluar dari ketagihan dadah meskipun sudah dihantar untuk rawatan beberapa kali.


Thriller HTH

Filem ini berjaya menarik minat saya untuk menonton filem barat yang bertema kekeluargaan, ya, filem jenis ini lebih menarik minat saya, berbanding filem yang lebih 'mencabar minda' , seperti harry potter atau lord of the ring atau filem- filem lain yang biasanya saya tinggalkan sebelum menonton hingga habis.


LIZ MURRAY, sebenarnya lebih ramai individu yang bangkit dari kegagalan yang boleh saya 'highlight' kan, tapi untuk kali ini,saya bawakan seorang wanita yang berjaya keluar dari kehidupannya yang serba 'jatuh' sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke HARVARD, dengan biasiswa penuh. Dan ianya sebuah adaptasi dari kisah benar.


Selepas kematian Ibunya akibat AIDS, Liz merasa sangat sedih dan berbaring diatas keranda ibunya, beberapa hari sebelum kematian ibunya, saat kondisi ibunya semakin tenat, berkali-kali dia menyatakan yang dia sangat menyayangi ibunya. Saat itu dia mula sedar dan terus berlari ke rumah Eva, kenalannya, dia menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajaran dan tidak mahu menjadi bodoh selamanya, dia ingin keluar dari kehidupannya yang boleh dikatakan sudah 'hancur', merempat di tepi jalan, hanya makan dari sisa tong sampah dan sebagainya.

Gadis cantik ini berusaha sepenuh kekuatannya mencari kelas dan menyambung pelajaran, dan bekerja separuh masa bagi menampung hidup, berusaha dan berusaha kemudian membuat permohonan  biasiswa untuk menyambung pelajarannya dari Newyork Times, Liz Murray menceritakan kisah sebenar hidupnya kepada panel temuduga dan kemudiannya dia berjaya mendapatkan Biasiswa tersebut.

Banyak lagi tentang dukanya Liz Murray yang tidak mampu saya terjemahkan dengan penulisan disini kerana Impaknya jauh berbeza dengan menonton filem ini sendiri.


KITA punya kekuatan berganda.


Kita sering mempertikaikan, kenapa Allah mengurniakan kepandaian dan kekayaan untuk orang bukan islam, dengan mudahnya. Kenapa Allah sering memberikan kejayaan kepada kawan kita yang sering melakukan dosa secara terang-terangan sedangkan kita yang kononnya sering  berhati-hati menjaga diri sering pula bertemu kegagalan demi kegagalan.

Alangkah buruknya sangkaan kita pada Allah. Baiklah,  betul,kita sudahpun temui jawapannya, tentu sahaja kerana kita punya keuntungan luar biasa, untuk kehidupan yang kekal disana.

Namun, sejauh mana kenyataan ini mampu membangkitkan dan memberi inspirasi kepada seseorang untuk keluar dari kegagalan. C
uba anda fikirkan, seorang wanita bukan islam, yang tiada rasa kebergantungannya kepada Allah seperti mana kita yang penuh rasa diberi kekuatan oleh Allah saat kita jatuh, yang merasa masih punya harapan ketika seisi dunia menremukkan perasaan kita, namun Liz Murray masih mampu bangkit sendiri dengan kekuatan yang diciptanya dari kegagalan masa lalu.

Dan kita pula ada keduanya, kekuatan Doa, dan kekuatan diri kita yang dipinjamkan Allah untuk terus bangkit.

Dan mengapa Allah diakhirat kelak, akan mempersoalkan usaha kita dan bukan mempersoalkan kejayaan kita, nampak bukan? betapa dunia menjadi medan ujian dan bukannya noktah abadi yang harus kita tempuhi dengan segenap kekuatan, bukan terus menerus berserah diri dengan kegagalan dan sering menyalahkan takdir pula. Tidak cukup menjadi si gagal yang terus gagal, hilang pedoman dan perasaan untuk berusaha lagi. sekalipun dunia terus- terusan menyebut kegagalan kita, pasti ada kejayaan sekiranya kita bangkit dan saat itu manusia akan terdiam dan menundukkan kepala atas perkataan- perkataan cacian dan herdikan buat si gagal yang telah bangkit meneruskan kehidupan.

Ya, kita punya kekuatan berganda, inspirasinya terpampang di depan mata, kita punya contoh paling hebat yang menjadi kekuatan kita.

Dia Inspirasi Agung.



berapa kali Rasulullah dilanda kesedihan yang amat, dengan pemergian orang sekeliling yang boleh dikatakan sebagai sumber semangatnya, Siti Khadijah misalnya, yang sentiasa bersama Rasullulah saat baginda dihurung cemuh dan kejian.

Namun pada Allah jugalah tempat Rasullullah memohon kekuatan.

Mengapa kalau gagal manusia mencari hiburan, bukannya Allah.

Mengapa kalau gagal manusia mencari teman, bukannya Allah.

Mengapa kalau gagal Manusia memilih untuk menamatkan riwayat, bukannya Allah.

Justeru, carilah ALLAH, kita pasti beroleh ketenangan dan pastinya kejayaan. Allah menguji dengan kegagalan untuk menganugerahkan kejayaan yang lebih besar, yakin itu, kita bakal hidup dengan keyakinan yang luar biasa. keluarlah dari lorong hitam dan carilah cahaya meskipun kita terpaksa merangkak untuk keluar dari lorong tersebut. kerana cahaya di hujung adalah anugerah untuk kita terus hidup bahagia selepas ditelan kepahitan yang panjang.

lebih parah, manusia yang gagal dan tidak mahu terus hidup kerana menyangka yang dosanya tidak akan diampun Allah, sahabat, hidanglah dosa selaut pun, percayalah kita pasti diampuni Allah andai kita mempersembahkan Taubat memohon keampunan dari Allah. DIA lah pemilik kasih sayang teragung, Hadiah buat para pendosa yang ingin kembali kepada-NYA.


Bila Pengalaman menjadi asas kukuh kejayaan.

Perbandingan bagi pelajar luar negara dan tempatan banyak perbezaannya, suasana? mungkin, jika ada yang berkata pada saya yang dia melanjut pelajaran di Afrika, pasti lebih saya kagumi dari mereka yang melanjutkan pelajaran di United kindom, apatah lagi di Malaysia, seperti saya.

Pengalaman adalah sesuatu yang lebih berharga dari sijil yang anda bawa pulang sebenarnya, Sebagai contoh, saya bercita cita menjadi kolumnis untuk majalah islami yang membincangkan  perjuangan menegakkan agama secara serius suatu hari nanti, dan sekarang saya tidak dapat menahan diri dari membaca hampir semua biodata bagi kolumnis majalah islamik yang berada dipasaran, hampir semua melanjutkan pelajaran diluar negara! saya mulalah membuat kesimpulan mudah, " kau kena berusaha lebih untuk lanjutkan Master ke luar negara! agar suasana dan pengalaman boleh membentuk kau menjadi kolumnis majalah agama yang boleh berkongsi pengalaman yang luar biasa!" .


Nampak? saya letakkan Liz Murray dihadapan, si gadis yang bangun dari pengalamannya yang sangat pahit dan kelam, dan dia boleh dikatakan berjaya (dunia),  hari ini, Jika anda bercita-cita menjadi penulis, untuk zaman ini, anda akan dilihat sedalamnya latar belakang anda hatta anda hanya penulis karya sastera dan bukan menulis sesuatu yang serius pun, betapa pengalaman itu sebenarnya membentuk diri penulis agar tidak kosong dan lebih 'gempal' setelah menelan pebagai ujian, dan hasilnya akan lahirlah sebuah penulisan yang sangat bermanfaat.


Beimpianlah apapun, dan impian itu bakal menjelma sikit masa nanti, kerana dari impian terbitnya usaha yang luar biasa dari yang biasa, sekalipun dari tanggapan biasa 'Homeless' seperti Liz Murray bakal menjadi anak- anak jalanan yang tenggelam dalam kehidupan penagihan dadah, merompak dan pelbagai keburukan lain, dia berjaya keluar dari terowong hitam dengan merangkak keluar mencari cahaya kejayaan buat dirinya. Dengan penuh kesusahan. Kerana impiannya untuk berjaya dan tidak tinggal tetap di lorong busuk dan sejuk mengerah seluruh tenaganya untuk berlari dengan pantas mengejar cita- citanya.

 Hiduplah dengan suasana yang lebih berat, kerahkan ' tenaga lebih' sekalipun berteman air mata sehari- hari, sedikit masa lagi, senyuman akan terukir, indahnya kerana bukan semata- mata untuk diri sendiri saya, tetapi hadiah untuk orang lain juga, Liz Murray dan kita, hebat diri kita lagi, kerana kita punya Allah disisi - sentiasa!
Read More

Tuesday, October 20, 2009

Hilang...

White Paper Pictures, Images and Photos



Bait-bait yang hilang,
telah kuukir dalam helai kertas nan suci
Menterjemah kerat-kerat hati
Menghadir ketenangan buat diri
Mencatit travelog dihari-hari
Yang kulewati dengan derai air dipipi

Bait-bait yang hilang
kuelak terkilan dihati
kucari hikmah yang menghiasi
kubiar ia pergi
membawa hati berduri
mengundang senyum berseri

Bait-bait yang hilang.
Buatku termenung sendiri.
Indah kurnia Illahi
Hingga menghalangku menebar aib diri.
Mengajarku erti rahsia hati
Yang seharusnya kusimpan rapi.
Andai suatu hari
Kutemui kembali
Bait-bait yang hilang.
Akan ku naskahi
Biar kukembali disaat ku pergi
Biar kuhidup disaat kumati!

nessa syahirah
21 oct 09
02.09 a.m.



Perlukah saya menterjemahkan keterkilanan hati dengan puisi, bait-bait keluhan atau mungkin luahan yang saya taip tiga muka surat hilang begitu saja.entah ini kali yang keberapa, mungkin boleh saya nyatakan rahsia disini, lembaran yang saya taip untuk blog saya- beriringan ke syurga hilang sewaktu laptop diformat, maka semangat dan keseriusan saya untuk menghasilkan sebuah buku berkaitan persahabatan seakan dibawa pergi bersama, dan kali ini, cerita yang saya taip sebentar tadi juga hilang, maka terhasillah puisi ini kerana saya dalam mood yang sangat sedih sekarang, dan puisi umpama diari yang menterjemahkan cerita hati, ah, abaikanlah apa yang saya mengarut ni, saya nak hilangkan rasa sedih, Oh~hati, perlukah engkau bersedih lagi?

Read More

Thursday, October 8, 2009

kelmarin yang panjang

mother Pictures, Images and Photos



Baitulmaqdis-07/10/2009


"Abi sudah mahu pergi?" Aisyah menyelak sedikit kain langsir yang menutupi pintu pintu biliknya,
Abi mengukir senyum, wajah tua Abi berseri.

"ya Aisyah, sheikh Syeikh Ra’ed Salah mahu umat islam solat lima waktu di masjid Al-Aqsa,
Bangsa yahudi mempertingkatkan serangan pada masjid kecintaan kita itu." ya, Aisyah tahu,
setiap hari pun Abi solat disana.

"Abi cepat pulang ya" wajah Aisyah meraut gusar.

"Aisyah..Aisyah..Ummi dahulu setiap kali Abi mahu kemasjid, pasti dia doakan Abi syahid di Masjid." Abi ketawa kecil.

"Asif ya Abi, Aisyah doakan Abi syahid.."lambat-lambat di bertutur, Abi menuju kearah Aisyah dan menciumi dahinya.

"kamu puteri kesayangan Abi yang manis dan pintar, solehah dan hormat pada orang tua, Abi mahu kamu jadi seperti Ummi ya." Abi kemudiannya berlalu pergi.

Aisyah mengangguk kecil, ada titis jernih lalu di pipinya.

Aisyah kembali berdiri diatas sejadah, meneruskan ibadah malamnya sementara menunggu azan subuh berkumandang dari Masjid kecintaan seluruh umat islam sedunia itu.


selesai solat sunat dhuha lapan rakaat, Aisyah ke dapur, mahu memasak roti buat sarapan Abi, waktu-waktu begini biasanya Abi akan pulang, gandum tinggal sedikit, namun masih
cukup buat mereka pagi ini, usai makan nanti, Aisyah akan kekedai, itupun jika bekalan gandum masih belum habis.

suara kanak- kanak bermain bola riuh diluar, ada kalanya mereka ketawa, dan dalam jangka sekelip mata, tawa itu boleh hilang ditelan bunyi bingit suara mereka melempar batu pada tentera israel
yang tidak jemu-jemu mengganggu umat islam di bumi nan suci ini, lantas bagaimana umat islam boleh berhenti sejenak pun untuk berjuang, Aisyah menggeleng kecil,
lari dari lamunan panjangnya, ah, Abi masih belum pulang.

diterbalikkan roti yang berada diatas kuali leper dihadapannya.

Nah, keadaan tiba-tiba menjadi kucar kacir diluar, Aisyah menjenguk dari tingkap, ada tentera israel lengkap bersenjata mengacukan senjatanya pada seorang kanak-kanak lelaki di hujung jalan sana,
sambil lengannya menjerut kejap leher kanak-kanak itu.

syaitan.

Aisyah berdengus kasar, mahu sahaja dia melangkah keluar saat itu.

Bangsat.

Abi..mana Abi.

Aisyah jadi tidak sedap hati.

itu imad bukan, adik haura', rafiq karibnya.

pemuda-pemuda yang lainnya terus membaling batu, hanya itu senjata keramat mereka, ada lagi, doa.

"Ya Allah, sampaikan padaku khabar Abi" Aisyah gusar.

pintunya tiba-tiba diketuk bertalu-talu, subhanaAllah, Abi, Aisyah menguntum senyum, segera dibuka pintu.

"Aisyah, gerbang Al-Asbat diserang, lima belas syahid, termasuk bapamu." wajah Pak Cik Mohamed suram, bajunya ada kesan darah merah,

Aisyah tergamam, senyumnya mati, Abi..

"jenazahnya akanku ambil bila keadaan reda nanti, tutup pintu ini" pakcik Mohamed berlalu pergi, Aisyah duduk, dipandang suram dua keping roti panas dihadapannya.


"Abi mahu kamu jadi seperti Ummi ya." Senyuman Abi memaksanya untuk tidak menangis.mindanya tidak mampu memikir apa-apa lagi.



"Aisyah..Aisyah.." pintu diketuk bertalu-talu, Haura', pintu tidak bertutup rapat walau dalam saat segenting itu, Haura' menguak daun pintu.

"Aku dengar tentang kesyahidan Abi." ditariknya Aisyah yang seperti orang bingung kedalam pelukan.

"kau masih punya aku Aisyah, jangan bersedih, mujahidah sepertimu kan bukan yang cintakan dunia." Haura' memujuk.

"Imad ditahan." giliran Haura', pelukan mereka kian kejap.

"kini, aku akan tinggal bersamamu." pelukan dilerai sedikit.

"itu bahaya Haura'"

" jangan risau, kata bapaku, dia akan tidur disini pada waktu malam, Aisyah saat Abi hidup, kau juga biasa tinggal seorang" bahu Aisyah digengam kemas.

" Abi adalah kekuatanku Haura'"

"jika kau mencintai Abi, Abi sudah pergi Aisyah, tapi kita cintakan Allah , Allah itu akan wujud sampai bila-bilapun." Haura' terus memberi semangat.

"Aku melihat saat Imad dipukul, maafkan aku ya Haura', aku tidak bertindak apa pun." keduanya mengalirkan air mata, Aisyah mengesat titisan yang mengalir laju dipipi Haura'.

" sudahlah Aisyah..bersabar ya." Aisyah mengangguk lemah.

jenazah Abi dibawa masuk, Aisyah terduduk, dia tidak mampu menjadi seperti Ummi,yang sudah kehilangan tiga orang Abangnya, tetapi masih mampu tersenyum, Abi..
pagi tadi baru dia lihat senyum Abi, baru merasa hangat ciuman Abi didahinya, dan kini gilirannya mencium dahi Abi.

"Sampaikan salam Aisyah pada Ummi, Akhi khaleed, Akhi Ammar dan Akhi Sa'id ya Abi." Air matanya mencurah-curah, diseka dengan kain tudungnya.

kemudiannya jenazah yang masih hangat darah yang mengalir dan mengukir senyum itu dibawa pergi, mereka sudah mengarakkan kelima belas jenazah yang syahid sepanjang jalan diiringi
laungan takbir.

"Allahuakbar!" semesta turut bertakbir mengiringi roh mulia menuju janji Allah.



* * * * *

usai solat sunat ba'da zuhur, mereka bertadarus dalam esak tangis, air mata terlalu murah untuk mengalir.

naskah suci itu ditutup perlahan dan diletak diatas meja, rumah yang dindingnya berlubang-lubang kesan peluru dan ditampal kertas pada lubangnya itu sepi,

"tentu Abi bahagia sekarang ya" Aisyah menghela nafas berat.

"sudahlah.mari makan, Ibuku hantar makanan sebentar tadi." Haura' menarik tangan Aisyah .

"Alhamdulillah" Aisyah teringat pada keluhannya yang kehabisan bekalan makanan pagi tadi, sejak HAMAS memerintah Palestin selepas menang dalam pilihan raya
ciptaan Amareka itu, mereka sentisa berlapar, hanya pada Allah tempat mereka berserah, untuk menyetujui puak penceroboh dan sekutu mereka itu supaya memilih pemerintahan FATAH,
tidak akan mereka lakukan sama sekali.

"Maafkan aku ya Haura'" suapan pertamanya kelat.

"kenapa?" Haura' bingung.

"aku tidak menenangkanmu yang turut dalam kesedihan." Aisyah teringatkan Imad, entah berapa tahun mereka akan kehilangan Imad.

"Aku sebenarnya sangat cemburu padamu" Haura' menunduk.

"Allah mengangkat semua ahli keluargamu kembali pada-NYA, dan aku, masih belum seorang pun ahli keluargaku yang Allah syahidkan, ah, dunia tiada makna apapun bagi kita Aisyah"

" kekuatan kita berbeza Haura', malah ujian Allah buat hambanya juga berbeza"

"ujian yang bertimpa itu, bukti Allah lebih sayangkanmu Aisyah"

"dan orang mukmin itu, bukan yang meminta Ujian.." Haura' beristighfar.

" eh, kamu tahu zionis sudah memulakan pembinaan 105 lagi rumah di Jabal Al-Mukabir ." Aisyah sengaja mengubah topik.

"aku tahu, si Yahudi bangsat itu tak mengenal erti kasihan, lihat saja berapa buah rumah orang islam yang telah mereka musnahkan" api kemarahan Haura' membara.

"katakan mereka akan memusnahkan lagi beberapa penempatan" semangat jihad membawa Aisyah lari dari terkenang Abi.

"ya, dan sekali lagi, alasannya tetap dengan yang pengganasnya ada di dalam rumah itu." Haura' menggeleng-geleng kepala.


"aku yakin pada Isamael haneyya, aku yakin dengan pemerintahannya, dan akau yakin dengan perjuangan kita, aku yakin, tak seperti aku yakin pada mahmoud Abbas." Aisyah yakin.

" kita yakin pada Allah" mereka mengungkapkannya bersama.

" hari ini aku mahu menyertai demonstrasi di bandar Al-quds" semangat Aisyah kian membara, sheikh yusuf qardawi menggesa seluruh Umat islam menjadikan hari jumaat sebagai hari kemarahan.

"ya, bahasa mereka bukan dengan bahasa perdamaian, tapi bahasa kekerasan" Haura' turut bersemangat.

"jangan mereka berani sentuh Al-Aqsa, seluruh umat islam sedunia akan bertindak" Aisyah yakin dengan kekuatan seluruh umat islam sedunia, dia lihat dalam video yang ditayangkan oleh gururnya disekolah,
sewaktu serangan fosforus dulu, seluruh umat islam bangkit berdemostrasi, semangat dia dan rakat sekelasnya terus melonjak, yakin dan terasa begitu rapat dengan umat islam diseluruh dunia, dia yakin mereka
sekarang tidak pernah melupakan mereka disini, dan masih terus berdemosntrasi disana, masih tidak melupakan mereka disini..Aisyah yakin.



mereka lantas bersiap, berjalan kaki sejauh tiga kilometer, bersama keluarga Haura', umat islam sudah membanjiri Bandar Al-quds, semangat mereka membara, dan terus membara, mereka bangkit, terkesan dengan apa yang berlaku
sewaktu solat subuh di masjid Al-Aqsa pagi tadi, mereka menggugurkan beberapa butir bom di masjid sehingga mengorban lima belas orang termasuk Abi Aisyah.
mereka mengarak gambar mangsa yang terkorban, dan Aisyah, membawa gambar Abi, dipeluk erat gambar itu, air matanya tidak mengalir, marahnya yang mencengkam jiwa, terus mencarik-carik jiwanya, syaitan tentera israel yang berdiri dengan kereta kebal dihadapan mereka,
akhirnya berundur dengan segera, ketakutan Allah jatuhkan dihati hitam mereka, meskipun umat islam hanya berbekal batu-batu kecil dan laungan " Allahuakbar!!"

"Aina jundul muslimin!!" mereka bersorak, ramai wartawan dihadapan mereka.

"Allahuakbar!!Allahuakbar!!" suasana gamat.

"beberapa pemimpin umat islam memberi ucapan, dan yang lain bertakbir sahut-sahutan.

tidak lama kemudian, bunyi bising tiba dari arah langit, mereka mendongak, jet-jet tempur F-16 menerjah biru langit, suasana jadi huru-hara, tangan Aisyah ditarik seseorang dengan kuat.


* * * * * *

"Akhi khaleed!" dalam suasana tidak tentu hala, Aisyah dibawa lari seorang pemuda berpakaian putih, dari susuk belakang, seperti Akhi khaleed, abangnya yang syahid lima tahun lalu, Aisyah tiada pilihan suasana terlalu kucar kacir, dua letupan kedengaran, tapi Aisyah masih selamat.
Aisyah ditinggal dihadapan sebuah rumah yang agak tersorok dihujung jalan bersama muslimat lain, pemuda itu terus diam dan berlari semula dalam lautan manusia.

"Akhi!!" air mata Aisyah tumpah, 'pemuda' itu sudah menghilang.

"Aisyah..Aisyah.." suara Haura dari belakang.

"Akhiku Haura', itu Akhi Khaleed" Aisyah menunjuk-nunjuk kearah kumpulan pemuda disana.

"bukan Aisyah, masuk, cepat, masuk.!" Haura' menarik Aisyah kasar.

mereka yang berada didalam rumah itu yang muslimat dan kanak-kanak, Aisyah terjelepuk di hujung dinding.

"kau harus tabah Aisyah, Allah meminjamkanmu Akhi Khaleed sebentar, buat menyelamatkanmu" Haura' memeluk Aisyah.

"subhanaAllah, subhanaAllah" hanya itu yang mampu Aisyah luahkan, masih terasa sejuk tangan 'akhi Khaleed' yang menggengamnya tadi.

"Sudahlah saudariku, ayuh, kita solat asar berjemaah.." mereka didalam rumah itu, bangun dan solat, mereka kebiasaanya sudah berwudhu', ada yang bertayamum terlebih dahulu.

usai solat mereka bersungguh-sungguh berdoa, pertempuran masih berlaku diluar, " Allah.. hantarkan tenteramu buat kami, kurniakan kemenangan buat kami.."

Aisyah terasak-esak, rindunya pada Ummi, Abi, dan semua Abangnya menggunung, ya, orang islam seluruh dunia sudah mula melupakan mereka, itu hakikat yang harus dia telan, perlahan, dengan tidak bermaya, dia menuturkan.." Aina jundu muslimin?.." Aisyah pengsan kemudiannya, dia terlalu letih, sejak dari pagi menahan rasa, Haura' bimbang.

* * * * * *

saat membuka mata, Aisyah bingkas bangun dengan persekitaran yang asing baginya, dia dikelilingi beberapa ibu tua.

" Aina Haura'?" Aisyah mencari-cari sahabatnya itu.

" dia solat anakku, sudah masuk waktu magrib, tidurlah disini malam ini, Alhamdulillah, suasana sudah reda, namun bahaya untuk kubiarkan kamu berdua pulang" wanita tua disisnya bersuara.

" Aisyah..kau sudah bangun.." mereka berpelukan.

" Haura', mimpiku sugguh indah sahabatku" Aisyah tersenyum bahagia.

"Aku mimpi Ummi menyuapkanku makanan, aku mimpi Abi dan abang-abangku, mereka senyum padaku Haura'.." Air matanya bercucuran, bahagia.

" SubhanaAllah.." Haura' turut merasakan tempias bahagianya.

"Aku mahu solat." Aisyah meminta diri, dia kini dengan semangat yang baru.


malam sudah larut, sepi diluar tidak mampu menjanjikan ketenangan hingga ke pagi,Aisyah dan Haura baring, berkongsi bantal.

" Aisyah, hari ini adalah hari yang panjang bukan.."

" ya, hari ini adalah hari duka, dan bahagia buatku"

" Aisyah,antara kita siapa yang akan syahid dahulu ya?"

" kita akan syahid bersama, kita berdoa pada Allah.."

" engkau semangatku Aisyah."

" dan kau adalah adalah kekuatanku."

"aku sudah mahu tidur, moga saat kita bangun kita sudah disyurga.." Aisyah ketawa kecil.

" dan aku ingin melihat senyummu lagi esok" mereka melelapkan mata.



cairo- 9/10/09

Azan subuh mengejutkan Haura', dia tersenyum, malam tadi dia mimpikan Aisyah yang tersenyum padanya, Aisyah..Aisyah ,
hingga kedalam mimpi kau ingin menggangguku, Aisyah tiada disisinya, pasti Aisyah sempat berqiamullail.dia bingkas bangun,
tetapi ada yang menghalangnya untuk bangun, bersusah payah untuk dia duduk.

" ya Ukhti, kamu harus berehat.." seorang wanita masuk, ya, ini bukan rumah yang mereka inapi malam tadi, dia dimana?

"kamu dihospital cairo, kamu dibawa kesini semalam, rumahmu dijatuhkan bom, sudah sehari kamu tidak sedarkan diri.." dahinya berkerut, apa semua ini.

"ya Ukhti..kakimu sudah terlebih dahulu menjengah syurga" lembut, dia dipeluk wanita yang berpakaian jururawat itu.

Haura' terkejut, dilihat kakinya dibalik selimut, Allah..

"Allah menyayangimu Ukhti.." Haura' menangis.

" Aisyah..aina Aisyah?" mana Aisyah yang selalu memeluknya saat dia bersedih.

" ada yang berpesan pada kami, sahabat yang bersamamu malam itu syahid.." dunianya gelap.

"Aisyah.." Haura' bingung.

" sabarlah Ukhtiku, kamu adalah seorang gadis yang kuat.

" bila kau akan pulang ke palestin, aku mahu segera pulang.." jururawat itu turut menangis, kagum dengan semangat Haura'.

" hantar aku pulang segera, aku mahu terus berjuang.." jururawat itu menggosok-gosok bahu Haura'.

"Aisyah, aku ingin melihat engkau tersenyum lagi." Haura' mengesat air matanya. lemah.


Read More

Sunday, October 4, 2009

Lawan jang..lawan!!

CartoonKini 1 Pictures, Images and Photos

salam perjuangan.

apo kono si Hanisah ni, bendegho tak naik-naik, tak habih ghayo laie ko, oghang nak pilihan ghayo dah, haisyh..

hehe.

siapa kata saya tak pandai cakap nogoghi, dulu pernah belajar waktu program anak angkat+UMNO buek+ dekat kualo pilah.cammano den tersosat tak tau la.

saya tertarik dengan dialog nogoghi dari blog teman, jom baca, menarik.

( P: ) Jang oh Jang Mano pulak poi eh budak bertuah ni Sonyap yo...
Siaplah jang oi...
Bendegho tu tak naik lai

( L: ) Batu ompek tompek mandi
Gulai kotam sopiuk
Cubo omak fikir dalam hati
Kito ni BN sudah lamo aih

( P: ) Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke BULAN ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko

( P: ) Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman moto
Pangkahlah kito si Zulkefly
Apo dikonang pekaro yang sudah

( P: ) Si dacing kau gilokan
Orang dah tengok bulan
Mano kau pangkah pensil
Kondak kau jang tukarlah
Biar kito tidur leno Ompuk orang jangan diidam

( P: ) Ha... tu lah, dulu lai den koba kan
Tukar jang... tukar Ni..
yang lamo yolah Kito juo yang telopong

( L: ) Ah.. Omak ni..
Pangkah si Zulkefly takkan ada duit do Buek malu yo...

( P: ) Nak kan kebahagiaan tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai...

( L: ) Abih macano mak
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh

( P: ) Dah den koba an dulu dongar ceramah
Tukarlah copek ini kau tangguh an
Ke Kota Bharu jumpo Tok Guru
Bekonan den si Zulkelfy jadi YB

( P: ) Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Ngundi minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan

( L: ) Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo

( P: ) Kau nak apo dacing tu pulak
Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti

( L: ) Seh tak kiro Seh nak an jugo dacing tu mak
Apo nak jadi, jadilah

( P: ) Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak lai...

( L: ) Ke jelobak ke jelobu

Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den...
Kato ongah den...
Kato ocu den
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai... Aih

( P: ) Apo kono eh jang...

ha, apo laie tunggu, turun bagan pinang jang oiii..turun.!!





Read More

Saturday, October 3, 2009

Dari sisi positif karya Abidah el Khaliqy

Perempuan berkalung sorban Pictures, Images and Photos



saya baru selesai menonton filem ' perempuan berkalung sorban', itupun, setelah saya baca satu artikel di internet yang menyatakan filem itu berbaur feminisme, saya jadi tertarik untuk menonton kesemua 12 episod dalam masa dua hari, selesai, tangan mula mencari-cari keyboard, mahu memuntahkan tentang apa yang saya fikirkan tentang filem itu, dijelaskan terlebih dahulu, ini hanya pada hemat saya, yang sering melakukan kesilapan ini.

Filem yang diadaptasi dari novel karya Abidah el Khaliqy, karya yang mengangkat wanita sebagai tunjang utamanya, kisah seorang gadis anak seorang kiyai yang dipandang tinggi oleh penduduk tempatan, dan begitu dijaga elok oleh orang tuanya.

awal-awal lagi ada babak Anissa yang ditegah dari menunggang kuda, malah Anissa saat itu memakai serban yang boleh dikatakan pakaian orang lelaki,

jadi, benarkah filem ini cuba menyamaratakan darjat lelaki dengan perempuan seperti yang dimaksudkan dengan feminisme itu sendiri? malah dilihat dengan mata kasar, sentuhannya begitu halus sekali jika anda tidak berfikir panjang.


hampir setiap babaknya mengandungi dialog yang menimbulkan pertanyaan, sebagai contoh saat Anissa berbicara dengan lek, dengan dialog seperti ini

"Islam enggak adil sama perempuan"



saya melihat Anissa sebagai seorang remaja (seperti remaja lain) yang memberontak, mahukan kebebasan, namun tidak tahu tentang apa salahnya cara dia begitu berkeras untuk mempertahankan pendapatnya, namun sering mendapat jawapan yang tidak mencapai kepuasan untuk dirinya,dan temannya Lek, menjadi gedung jawapan bagi setiap persoalannya, namun digambarkan dengan cara yang salah bagi saya, bila mereka berbicara soal agama dengan hanya berdua, malah ada scene yang mereka saling menyentuh tangan dan ada lagi scene yang kurang enak ditonton, seperti juga menonton satu babak dalam filem ayat-ayat cinta.

tetapi setiap persoalan dari Anissa dijawab dengan baik oleh lek, kerana itulah, sejak lek pergi melanjutkan pelajaran ke cairo,Anissa seolah kehilangan sesuatu yang sangat berharga, dan dia juga dipaksa berkahwin dengan anak seorang kiyai yang membantu memajukan pasanstren milik bapanya.

malangnya, suami Anissa adalah seorang kaki pukul, dan suka memaksa isterinya, Anissa jadi makin benci dengan lelaki.

hingga lek kembali, Anissa merasakan sinar hidupnya juga kembali.



Perbuatan Anissa yang memaksa Lek menzinainya, saya rasakan berlaku bila Anissa sudah merasa tidak sanggup lagi hidup menderita dengan lelaki yang selalu menyiksanya, mengapa digambarkan ini, bila seorang wanita terlalu tertekan dengan hidup, mereka jadi sanggup melakukan apa sahaja, akhirnya suami Anissa menceraikannya.

satu babak yang terkesan pada saya, sewaktu mereka melempar batu pada Anissa dan lek untuk hukuman rejam, setelah mereka menyangka Lek dan Anissa benar- benar berzina, dan waktu itu, ibu Anissa mara kehadapan dan melaung.

"siapa yang tidak pernah berbuat dosa sahaja bisa melontar!"

dan tiada siapa yang berani mara kehadapan.

Ummi, ibu pada Anissa, membawa watak seorang nyai yang begitu lembut, selalu menyetujui cadangan suaminya, walau kadangkala mimik mukanya menunjukkan keberatan untuk menyetujuinya.

sehingga selesai menontonnya, saya simpulkan, anda akan menganggap bahawa filem ini, beradeologi feminisme, jika anda tidak berani, mendalami isinya sehingga selesai filemnya.

sebuah filem berlatar tahun 1950-an, mungkin menerangkan realiti yang berlaku di indonesia waktu itu.

saya cuba bayangkan jika penulis itu begitu berani mengambarkan tentang sebuah realiti masyarakat yang sangat berpegang teguh dengan ajaran Islam, sehingga terdapat individu tertentu yang cuba mencari jawapan diatas setiap yang berlaku, misalnya Anissa yang tidak faham mengapa Islam menghalang perempuan bermain kuda dan setiap jawapan yang diterimanya lebih kepada ketidakadilan gender.

"kerana kamu perempuan"

kemudian dengan mudah, Anissa akan simpulkan,

"Islam enggak adil sama perempuan"

manusia mana yang akan tahan jika hidup menderita setiap hari, dan kemudian setiap pengorbanan yang dilakukan tidak dihargai malah dipersalahkan lagi, samsudin si suami Anissa berkahwin lagi.malah, Anissa dikatakan tidak tahu menjaga suami oeh ibu mertuanya.

saya tidak merasa bahawa Anissa bencikan samsudin dek cintanya yang masih mendalam buat lek, cuba jika Anissa mendapat suami sebaik lek, adakah dia
akan terus memberontak?

masalah rumah tangga bukanlah rekaan Allah untuk meyusahkan umatnya, malah manusia sendiri yang mendedahkan diri pada kesalahan dan kejahatan itu dan harus bertanggungjawab diatas kesalahan yang dilakukannya.

jadi disini, adakah penulis berfahaman feminisme jika menampilkan watak wanita yang teraniaya dan ingin memohon cerai dari suaminya.

memohon fasakh adalah adalah membatalkan atau melepaskan akad nikah disebabkan oleh kecacatan yang berlaku pada waktu akad atau kecacatan yang mendatang selepas berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya perkahwinan.

juga punya hikmahnya, antaranya Menyedarkan kaum suami bahawa perceraian bukan hanya dimiliki secara mutlak oleh suami sahaja.

walaubagaimanapun, jalan memperbaiki hubungan itu adalah yang terbaik, namun itu perlu usaha dari dua diri, suami dan isteri, bukan dari isteri sahaja.



watak utama dalam filem ini digambarkan sebagai seorang yang tidak sempurna, selalu memberontak, dan tidak seperti watak perempuan dalam novel lain yang
sering digambarkan dengan sempurna sekali oleh penulis.

jadi tidak cukup dengan hanya menonton dan terus menghukum tanpa memikirkannya dari sudut positif.

cuma dia sebahagian terakhir cerita, Anissa bertindak membawa masuk pelbagai bahan bacaan berunsur cinta dalam pasantren dan mendapat tentangan yang hebat
dari abang- abangnya serta tenaga pengajar di pasantren, dan baru saya faham, betapa penulisan itu memberi impak yang besar dalam menghalusi keburukan dalam masyarakat,
ustaz saya sewaktu di Maahad darul Anuar, kelantan dulu turut menentang keras, novel- novel cinta.

sekali lagi saya katakan, Anissa digambarkan dengan watak yang serba kekurangan dan sering tewas dengan ujian berat yang dihadapinya.

saya melihat Anissa cuba membawa manusia sekelilingnya dari ketertutupan minda bilamana mereka masih berbahas untuk membawa masuk komputer ke Pasantren.

hampir pada pengujungnya, watak puteri pasantren menjadi cerminan buat Anissa, dan Anissa mula sedar.

nah, diakhir cerita, anda dapat menyimpulkan, bahawa kenyataan yang menyatakan filem ini berbaur feminisme adalah tidak benar sekali pada hemat saya,

Anisaa akhirnya bertemu jawapan dengan setiap persoalan yang mengundang peberontakannya,

di tengah pelajar puteri, Anissa berkata ini.

"kalian semua adalah calon muslimah, calon isteri untuk suami kalian tercinta, dan calon ibu untuk anak-anak yang kalian sayangi,syurga menurut janji Allah, adalah dibawah telapak kaki kita,PEREMPUAN.., tapi jangan lupa satu hal, bahawa Allah juga memberi manusia kebebasan, mau jadi apapun kalian nanti, pilihlah jalan Allah dengan dasar bebas, pentingnya hati yang ikhlas, dengan begitu, InsyaAllah, kita akan hidup dengan tenang dan tanpa rasa benci."

hanya setelah Anissa melalui setiap pahitnya.

dan kata ibunya yang katakan diawal tadi dengan watak yang begitu sempurna.

"kita adalah permpuan yang hidup dalam kondisi yang tidak seimbang."

cuma bezanya Anissa meluahkan dan ibunya menyimpan.

dan sewaktu Anissa membawa anaknya menaiki kuda di akhir filem ini, Anissa melempar serban yang saya katakan tadi sebagai simbol pakaian buat lelaki, mungkin dia tidak mahu menjadi lelaki lagi.....

saya mohon maaf jika artikel ini semakin mengelirukan anda, saya baru belajar- belajar menulis dengan sesuatu yang lebih berisi.

dalam banyak forum yang saya baca mengenai filem ini, rata-ratanya menentang keras, malah ada yang menyatakan filem ini bernuansa yahudi,

dan saya tertarik dengan satu ayat dari seorang forumer dari satu laman yang saya tidak ingat, lebih kurang berbunyi begini,

"jika tidak meyetujui, jangan terus melempar ayat kurang enak ini, makanya menulis.."

ya, penulisan itu bernilai besar.

p/s: sila beritahu saya jika penulis buku ini adalah tokoh gerakan feminisme, kerana saya tidak menjumpai biodatanya.


Read More

Friday, October 2, 2009

yang namanya kehormatan bagi perempuan.

African-American Muslimah Pictures, Images and Photos



Tangan membeku, otak menepu, laptop pada kakak yang lebih memerlukan diatas kerosakan laptop miliknya, membuatkan saya
semakin jelik mahu melawat blog ini, apatah lagi anda. nasib baik ini blog milik saya, terpaksa melawatnya walau setiap kali jengukan mengundang
keluh.mata pada jam 11.56 a.m makin memberat, mahu terkatup, tapi, sisa semangat menulis dimanfaat sebaiknya.

yang dinamakan kehormatan.

sering kita menafsirkan kehormatan adalah maruah, ataupun dengan kasarnya, masih punya dara, sedangkan kehormatan itu pada peringkat awalnya lagi,
saat diri hilang malu, hilang santun, saat itu kehormatannya hilang.

saat terkinja di jalanan, pub-pub, diri masih senang menyatakan, ya, aku masih punya maruah, walaupun tubuh habis disentuh.
dan hingga tiba masa 'kehormatan' itu benar-benar diragut, mula merasa tidak tentu arah.

saat suara bergemersik berbual dengan bukan muhrim, ya, aku masih punya maruah, aku bijak menjaga maruahku.

saat fikiran membuai mengenang si dia, ya, masih, aku masih punya maruah.masih.

saat tubuh ditayang semahunya, juga masih, aku masih punya maruah.

lelaki, mohon hormatilah perempuan.


kehormatan bagi seorang perempuan adalah segala-galanya, boleh saya katakan yang lebih tegas.

jika anda kata anda menghormati wanita dengan berbicara anta-anti berdua tanpa muhrim itu menghormati, saya kata tidak.

jika anda kata, anda menghormati wanita dengan hanya berhubung dengan sms untuk bertanya khabar, maaf, saya kata tidak.

jika anda katakan, anda sering menghantar pesanan yang berbaur nasihat pada seorang wanita itu menghormati, saya kata tidak.

jika anda katakan, anda sering menghubungi ibu bapa si gadis yang anda minati untuk merapatkan hubungan dengan kedua ibu bapanya,
sedang anda tidak punya hubungan dengan perempuan itu, saya katakan tidak.

sekali lagi, kehormatan bagi perempuan itu adalah segala-galanya.bayangkan malunya si perempuan bila ayahnya mengetahui perihal anaknya yang disangka sudah
mula bermain cinta, itu kehormatan bagi perempuan?.

mencintai seorang perempuan bukan sesuatu yang mudah, sekali anda tersilap langkah, membawa padah.

kerana bagi saya. mencintai perempuan adalah dengan anda menghormatinya, bukan membuktikan betapa anda mencintainya.
menghormati yang bagaimana.berakhlak dengan akhlak Al-quran, mencinta bukan beerti anda akan menghubunginya setiap hari.
mencinta bukan beerti anda perlu membuktikan betapa dalamnya cinta anda, mencinta bukan beerti anda perlu mengambil hati orang tuanya sebelum anda punya ikatan yang sah.

mencinta bukan dengan anda bisikan pada rakan anda, dialah calon isteri idamanku.

mencinta bukan beerti anda peru mendoakan dengan sesungguhnya, untuk disatukan dengannya.maaf.

anda perlu merasakan betapa hipokritnya diri bila mengadap Allah dengan harapan menjadi baik, supaya kita sesuai dengan pasangan impian kita.

mencinta bila saat anda melepaskannya pergi dan anda mencari Allah agar dikuatkan hati untuk lebih dekat dengan-NYA.
mencinta bila saat namanya semakin meluput dari fikiran anda, kerana anda sangat malu pada Tuhan untuk berfikir tentangnya.
mencinta bila saat anda menyerah soal jodoh kerana yakin dengan calon pilihan Allah.

itukan yang sepatutnya.

bila hanya dengan cinta, anda ingin mengahwini si gadis, cinta itu semakin hilang.
tapi jika anda betul- betul menghormatinya sebagai seorang perampuan, sampai anda menjadi datuk, anda akan masih
menghormati si nenek yang telah melahirkan anak-anak anda.

what you give, you get it back.

bukan salah lelaki seorang, pening bukan sang lelaki, mahu menghormati perempuan yang sering sms, mahu menghormati perempuan yang sering berbicara kasar denganmu, bagaimana ya mahu menghormati perempuan yang sering meluah rindu padamu, mahu menghormati wanita yang mengajakmu kerumah untuk diperkenalkan pada orang tuanya.bagaimana pula mahu menghormati perempuan yang sering sering mengajak keluar, kesian ya si lelaki.

jadi, mahu dengan perempuan yang begitu?

bukan, yang penting, perbaiki diri, jangan sebab cinta, kita persetankan gundah hati kita yang tidak tenang saat berbuat dosa, jangan sebab cinta, kita menghalalkan segalanya, saya yakin, hati mana yang tenang sewaktu berdua-duaan dengan perempuan, habis, mengapa kamu menepis rasa tidak tenang itu, dan mengambil jalan syaitan?kesian ya lelaki, cinta..cinta.

siapa yang sempurna?

berbalik pada perenggan diatas,

mencinta bila saat anda melepaskannya pergi dan anda mencari Allah agar dikuatkan hati untuk lebih dekat dengan-NYA.
mencinta bila saat namanya semakin meluput dari fikiran anda, kerana anda sangat malu pada Tuhan untuk berfikir tentangnya.
mencinta bila saat anda menyerah soal jodoh kerana yakin dengan calon pilihan Allah.

ns:berusaha memperbaiki diri.


Read More
Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena