Dalam hidup, saat yang paling saya benci untuk hadapi, bila saya teringat tentang perkara yang saya redah dengan keputusan melulu tanpa berfikir panjang sehingga menyebabkan hidup saya berubah 90 darjah, saya cuba memahami erti redha, tapi saya hanya manusia biasa yang dianugerah perasaan menyesal, dan kadang- kadang benci dengan diri sendiri.
Kadang- kadang dalam keramaian manusia di sekeliling kita, kita merasa sangat sunyi.
Hati macam nak pecah, bila saya teringat tentang kesalahan yang pernah saya buat pada sesiapa pun,kesalahan yang tak akan lesap hanya dengan perkataan 'maaf', tapi saya hanya manusia, yang kadang- kadang terpaksa menjadi kejam demi diri sendiri.
Kadang- kadang saya tidak menjadi diri saya yang sebenar, (atau mungkin itu diri saya yang sebenar), yang sakitnya, bila saat kita tidak menjadi diri kita yang sebenar, kita membuat sesuatu perkara yang meninggalkan kesan negatif dalam pandangan mata orang lain, sehingga bila kita menjadi diri kita yang sebenar, kita adalah manusia yang tidak layak untuk dilayan dengan baik.
sebenarnya malam ini hati saya berat, kerana saya teringat sesuatu perkara yang berlaku pada diri hasil tindakan melulu yang saya lakukan atas tekanan yang menimpa diri waktu itu, maka saya tidak menjadi diri saya yang sebenar, perkara itu telah berlaku dan saya seharusnya mencuba untuk menerima apapun yang ditanggapi orang lain.
saya hanya mampu duduk dan mengharap agar ianya hilang dalam fikiran semua orang, atau tidur dengan mengharap saya bangun keesokan dengan hati yang lapang dan terus melupakan apapun yang saya fikirkan waktu ini.
sesiapa pun saya, dan sesiapa pun anda, kita berkongsi bumi yang sama, cuma dari dunia kehidupan yang berlainan, diri yang berlainan, sehingga kita tak mampu menjadi baik untuk semua orang.
err..I'am Sorry..
moga esok hari saya masih bernafas~
eh..sepatutnya saya tidur terus kan tanpa perlu menulis entry ni, tapi..
hey, saya ni manusia lah~
Wednesday, April 28, 2010
err..I'am Sorry!
Tuesday, April 27, 2010
Masalah Ukhwah Muslimat yang tak pernah selesai.
Hal ini mengingatkan saya pada dialog yang diutarakan oleh watak nyiai dalam filem Perempuan berkalung Sorban, katanya:-
“Setiap orang punya sikap, yang penting hormati sikap..”
Entah kenapa, saat timbul perasaan kurang menyenangkan pada sahabat- sahabat, ayat itu yang saya gunakan untuk pujuk diri saya berulang- ulang kali.
Kata orang- orang, masalah ukhwah itu sinonim dengan Muslimat, jadi kadangkala, asal timbul hal- hal berkaitan ukhwah muslimat, maka yang ditundingnya kearah semua muslimat, Katanya semua muslimat tidak mampu menyelesaikan masalah ukhwah sesama mereka, malu tak?.
Anda tahu? Bukan hanya kita yang muda- muda ni sahaja yang ada masalah dengan Ukhwah, tapi, bila saya duduk dikalangan muslimat Haraki yang dah mak mak , masalah ni turut wujud, jadi sampai bila~ nak selesai, kalau kita yang muda- muda ni pun asyik nak salahkan orang itu, salahkan orang ini.
Entahlah, mungkin kita ni memang emosi lebih sikit kot dari muslimin, tu yang mudah terasa sana sini , terbaran dan sewaktu dengannya, mood pun ikut dan dia nak berubah- ubah, yang penting! Masalah dalam hati tu, fikirkan aja, jika kita yang berada ditempat mangsa yang disakiti, oh~alangkah menyakitkan jiwa sungguh!
Jadi ramai yang ambil pendekatan untuk melupakan terus masalah dalaman yang wujud, yang penting, kerja tetap kerja, kalau duduk fikir masalah ukhwah sepanjang masa, jangan sampai gerak kerja dakwah tergadai.
Cuma bagi saya, nak dilupakan boleh, jangan dilupakan terus, takut membarah, masing- masing boleh jaga hati masing- masing, tapi susah kalau nak kawal semua orang, seperti ayat diatas, semua orang punya sikap, yang penting hormati sikap! Setiap orang lain sikapnya, kadangkala tak dapat dinafikan, kita punya susah ubat hati tak mahu marah- marah, tiba- tiba datang orang lain yang tak faham~ datang sergah- sergah, masa ni lah ukhwah teruji sungguh.
Saya ada Blog lain yang membicarakan secara khusus berkaitan Ukhwah, blog 'Beriringan ke syurga', bagi saya, ukhwah itu terlalu indah, jadi saya amat bersyukur jika ada manusia- manusia yang ingin berteman dengan saya, yang sudi untuk cuba memahami perangai saya, oh~alangkah bertuahnya saya dikurniakan sahabat- sahabat yang memahami, betapa saya bersyukur kepada Allah, jadi saya juga cuba untuk memahami mereka.
Lebih- lebih lagi dalam organisasi mahupun gerakan yang memperjuangkan Islam, jangan diabaikan soal ukhwah ahli, bimbang memberi kesan negatif pada organisasi kembali, ahli- ahli ibarat batu bata yang berselerak, jadi ikatnya dengan ukhwah, Rasulullah dahulu menjadikan persaudaraan sebagai perkara pertama ketika hijrah dengan baginda mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar, jadi perjuangan menjadi lebih mantap, bukankah Allah juga mengasihi hambanya yang berjuang menegakkan islam dalam saf- saf yang rapi, biar ada pemikiran yang jitu untuk menyusun ahli dalam saf- saf yang tersusun, bila wujudnya masalah ukhwah, maka batu bata roboh dan pengingatnya terungkai~
“ Sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang berperang untuk membela ugama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah- olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh” (Al Saff: 4)
Sebarang kelompongan yang merosakkan dan memberi kekosongan dalam saff ibarat memberi ruang kepada Syaitan untuk menjejaskan kecapaian matlamat perjuangan-Faham?
Sebenarnya saya tak jumpa sebarang Fakta kukuh yang menyatakan muslimat memang tidak boleh lari dari masalah ukhwah berbanding Muslimin, dan saya juga tidak tahu sejauh mana eratnya hubungan persahabatan dikalangan muslimin kerana saya tidaklah duduk dikalangan mereka yang pastinya, Cuma saya hanya melihat masalah ini kian serius dikalangan muslimat, dan ramai pula yang mengambil sikap tidak mahu menghiraukan permasalahan yang timbul kerana mengangap ianya hanyalah isu biasa yang tidak ada penyelesaiannya lagi, seperti yang saya katakana tadi, boleh jika kita mahu melupakannya, tapi janganlah dilupakan terus, dan jangan diseriuskan sangat, mungkin banyak inisiatif yang boleh diambil dalam menyelesaikan masalah ini dengan cara yang lebih cool~
Rehlah mungkin? Oh ya, usrah, jangan ditinggalkan kerana salah satu objektif usrah adalah mengeratkan ukhwah, so, jangan mengada- ngada nak tinggalkan Usrah, termasuklah saya! Hehe..
Hello sister, goodbye life!
Jika anda Tanya saya, antara kasih adik beradik dengan sahabat, yang mana saya paling utamakan, maka jawapan yang pasti adalah adik beradik, semua orang macam tu kan, tapi ada pula sesetengah orang yang amat sayangkan sahabat berbanding adik- beradik sendiri, mungkin masing- masing ada sebab tersendiri.
“Jangan usik adik beradik aku!” oh~ saya pernah tak suka dengan seorang kakak ni hanya sebab dia ‘ break off’ dengan Abang saya ( ni zaman dulu- dulu la~), entah, sememangnya kalau dalam keluarga, kami diajar untuk utamakan adik- beradik dulu walau macamana pun, mak cakap “ esok- esok kalau dah besar, adik beradik susah , tolong..”
Hehe, sebenarnya yang panjang- panjang muqaddimah ni sebab saya nak bawa anda relax~ saya nak kongsi cerita yang saya tonton- Hello Sister, good Bye life, kan saya cakap, saya suka tengok TV, sementara cuti, cerita – cerita Family dekat Hallmark channel memang menghilangkan boring~
Bayangkan anda disuruh menjaga seorang kanak- kanak berusia 7 tahun, dalam masa yang sama anda adalah seorang pelajar, em, tanpa orang gaji, tanpa pembantu, agak- agak boleh tak?
Sinopsis
Olivia Martin (Chabert) is a college student who has very few responsibilities in life. Oh she has to put up with her kookie mother, Barbara (Wendy Malick) but she rarely has to spend time with her father and his new family. Olivia and her father are not estranged but are close to it. She resents him for leaving her mother, and she also resents his new wife and their daughter Celia (Sammi Hanratty).
When Olivia's father and his wife are killed in an accident she is shocked to learn he has left Celia in her care. At first Olivia refuses to even consider this responsibility, but eventually her father's attorney convinces her to try it. Olivia becomes mother to her half sister and that's where the fun begins.
If this were a typical story about a forced relationship of this type Celia would be an impossible little brat - but she isn't. She comes across as a very sweet little girl who has been through a very traumatic experience. You might also expect Olivia to be a complete flake, not knowing the first thing about caring for a seven-year-old girl - but she isn't. She is in over her head, for sure; but she makes a valid effort to provide for Celia's needs both emotional and physical.
The fact that the characters don't act as you expect them to is what makes "Hello Sister, Goodbye Life!" a better than average viewing experience. That and the fact Chabert is so pleasing on the eyes and has grown so much as an actress. She is the heart and soul of the movie and she fulfills all your expectations.
Malick is good as the immature Barbara, who eventually rises to the occasion. She and Chabert make their characters a real odd couple mother/daughter. Hanratty shows sass and warmth as Celia.
kisah kasih sayang antara adik beradik yang mengikut ditonjolkan dalam filem ini begitu menarik minat saya, Saya cuba cari di youtube ceritanya tapi tak jumpa, jadi mungkin anda boleh tunggu siaran ulangan di Hallmark channel, okaido~
Monday, April 26, 2010
Pengorbanan Perasaan dalam perjuangan.
Katanya kita berjuang, namun sebenarnya jauh lagi perjalanan diri untuk layak bergelar pejuang, namun hakikatnya, kitalah yang mahu berjuang itu, maka kitalah yang digelar pejuang.
Menjadi pejuang agama bukanlah satu yang saja- saja, atau suka- suka, bukan yang kita lakukan bila tiba waktu lapang, tapi diri kitalah yang harus melapangkan masa untuk gerak kerja islam, perjuangan kita harus lebih serius, kerana kita adalah manusia yang sedar bahawa kudrat kita amat diperlukan dalam memerangi segenap penjuru serangan jahiliyyah yang sedang bermaharajalela disekeliling kita.
Manusia dan perasaan, ibarat irama dan lagu, tanpa perasaan, manusia hidup bagai bangkai tak bernyawa, bagai orang gila, oh, orang gila juga punya perasaan, pendek kata, manusia dicipta berperasaan, sedih, gembira, rindu, kecewa dan sebagainya.
Para pejuang agama Allah mestilah berhati keras? Saya didoktrin begitu meskipun diri ini belum layak mana bergelar pejuang, maka berubahlah saya dari seorang manusia yang sering berkata “ it hurt me” kepada manusia yang sering memotivasikan diri dengan berkata “ it make me strong!” , ia perlu dididik, kerana bilamana anda bersedia menjadi seorang yang ingin berjuang dijalan Allah, banyak benda baru yang anda harus pelajari, harus anda korbankan, meskipun perasaan diri sendiri. Perasaan rindukan keluarga, perasaan marah dengan sahabat, rasa penat sehingga benci melihat orang lain, panas baran dan pelbagai lagi kerenah perasaan adalah garam yang harus anda telan. Malah, kadangkala, anda harus menjadi matang sebelum usia anda sepatutnya matang.
Ayuh singkap tirai sirah, saat hijrah Rasullullah dan para sahabat ke Madinah, meskipun telah tiba ke Madinah dengan selamat, namun jiwa mereka masih penuh kerinduan dengan Mekah, sehingga Abu Bakar dan Bilal jatuh sakit, dan Abu Bakar disaat itu yang merasa badannya panas dingin berkata:-
“ Setiap orang ingin tinggal di tengah- tengah keluarganya, tetapi kematian lebih dekat dari tali terompahnya.”
Jika ingin diberi contoh, cukuplah dihidangkan dengan sirah Rasulullah dan para Sahabat yang sememangnya lebih berganda- ganda pengorbanan perasaan mereka dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah, bukan sedikit kesabaran mereka menghadapi kerenah masyarakat jahiliyyah dahulu, maka, jika perjuangan ini kita lakukan Demi Allah dan ingin meneruskan perjuangan Baginda Rasulullah, latihlah diri kita menjadi sabar seperti Rasulullah dan sahabat.
Andai pula jika terjatuh hati dengan sahabat- sahabat yang sama- sama dalam gerak kerja, maka janganlah cinta itu dibawa dengan jalan orang yang tidak ditarbiyah dengan tarbiyah Islami, bukan tidak ada, Rasulullah dan isteri juga sama- sama berjuang, jadi jangan memendekkan aqal dengan menganggap kita harus mengeraskan hati sekeras- kerasnya, antara yang menjadi silapnya, bila ahli gerakan sering menjadi penyimpan perasaan nombor satu hingga diri sendiri yang rugi bila masing- masing ‘melepas’~kau tunggu aku, aku tunggu kau. yang pentingnya, perjuangannya nombor satu, namun amatlah mendukacitakan jika yang mengaku ahli gerakan islam, tapi dialah yang lebih hebat dalam bercinta secara tidak halal, apalah gunanya diwujudkan Unit Baitul Muslim, jika tidak dimanfaatkan sebaiknya, namun disaat inilah, pengorbanan perasaan menjadi taruhan, jangan jadikan perjuangan kita sia- sia, dan jangan jadikan diri kita penyebab ketidakcapaian matlamat sepanjang perjuangan bila maksiat berlegar- legar dalam kalangan ahli gerakan.
Ya~, kita ini manusia biasa, yang tidak sehebat mana pun, yang punya perasaan seperti insan lain, tapi, bilamana kaki ini sudah melangkah setapak kealam perjuangan, maka kaki inilah yang tidak boleh berundur lagi, teruskan perjalanan, teruskan perjuangan, perngorbanan perasan yang dituntut dari kita bukan sekadar- sekadar sahaja, tapi pengorbanan yang besar, sayapun, cuba untuk tidak bercakap sahaja, tapi bikin!
p/s: oh ya, saya baru tukar template blog, amacam? saja ambil mood nak menulis semula setelah sekian lama mem'buzy' kan diri sendiri yang sebenarnya tidak buzy..=)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Powered by Blogger.
=)

