Beriringan ke Syurga~

Tuesday, March 1, 2011

Just another love story..







Saya jarang menulis tentang sesuatu, iaitu cinta, ramai orang suka berbicara tentang cinta, apatah lagi menulis tentang cinta, kerana cinta adalah anugerah buat jiwa yang sangat indah, dan keindahannya hanya dapat dinikmati hanya untuk orang yang benar- benar mensyukurinya.


Bohonglah, dalam dunia ini, manusia yang mukallaf tidak pernah merasai perasaan cinta.
meskipun hanya buat keluarga, atau sesiapa sahaja yang duduk disekelilingnya,namun, cinta itu hanya dilihat cantik dan indah bila ia dipandu kejalan yang Allah redhai, hilangnya keindahan cinta bila ia dipandu jauh tersasar dari kemahuan syariat.


Manusia berbeza pendapat dalam mendefinasikan cinta, sebagiannya menyatakan cinta itu sungguh indah dan mengasyikkan, malah ada juga yang menyatakan cinta hanyalah perasaan yang kejam, yang hanya merasa bahagia bila saat bahagia dan merasa amat menyakitkan sampai waktu ia mengecewakan, maka terpulang anda, bagaiman anda mendefinasikan cinta adalah terserah pada kenangan atau pengalaman yang telah anda lalui.


Indahnya dunia diselubungi cinta jika cinta yang murni berpandu wahyu, maka cinta menjadi sesuatu yang memualkan dan menjengkelkan bilamana ia dicampak jauh dari laluan fitrah yang suci, dan terus diambil alih nafsu yang meraja. Bayangkan perasaan yang nyata berbeza bila anda melihat pasangan halal yang jalan beriringan dengan membataskan perlakuan meskipun sudah sah akadnya dan halal sentuhannya, dengan pasangan yang nyata- nyata belum bernikah tetapi berjalan berpelukan tanpa segan dan silu.oh- mengapa cinta yang sungguh suci itu diperlakukan dengan sebegitu kejam dan menjengkelkan.


Saya bersyukur kerana masih dikurniakan perasaan cinta dan saya masih sehingga kini melihat cinta adalah sesuatu yang harus saya pandu mengikut yang Allah perintahkan, dan membenci cinta yang dipegang oleh manusia yang tidak pandai menjaganya, saya mahu mempertahankan cinta yang suatu hari nanti hanya akan saya serahkan pada yang halal.InsyaAllah.


Anda yang sedang berbual atau bermesej dengan buah hati yang masih belum punya ikatan yang sah, mari saya beri tips, lihat mesej yang anda hantar di telefon anda dalam- dalam, dan baca satu persatu, masukkan ke hati dan jelmakan persoalan, patut atau tidak anda perlakukan begitu, sudah sejauh mana jalan syaitan itu anda ikuti, jika sudah sejauh manapun, kembalilah, saya mohon cinta itu dipelihara, percayalah cinta yang dirahsiakan akan mencambahkan jawapan yang lebih indah suatu hari nanti, saat sepatutnya engkau meluahkan segala yang ada dalam hatimu dari saat kali pertama engkau melihatnya, iaitu saat anda berdua sudah sah dalam syariatnya.


Hargailah cinta, suatu hari saat anda berjalan, lihatlah sekeliling, melihat cinta menyelubungi dunia, dan pastikan anda adalah penyumbang kepada cinta yang halal dan bukan sebaliknya, agar Allah terus menebarkan rasa cinta yang diredhainya dalam hati hambanya- yang pastikan kekal hingga ke Syurga~


Raikanlah cinta.

Buat Allah dengan taat perintahnya.

Buat Rasul dengan ikut sunnahnya.

Buat keluarga dengan erat ukhwahnya.

Buat sahabat dengan sabar kerenahnya.

Buat semua umat islam dengan cinta sebenar cinta.


Raikanlah cinta.

Anugerah-Nya yang menyatukan

aku cintakan DIA.

Maka harus aku hargai cinta.

Kerana aku adalah hamba.

yang meraikan cinta.

yang mensyukuri cinta.

apa adanya.

2 comments:

myikhwanfiideen said...

Assalamualaikum wr.

Alhamdulillah, gembira melihat blog ini masih bernafas utk 'memberi'...

Teruskan penulisan ustazah..

p/s-Mohon izin utk amik title entry.

nessa syahirah said...

syukran ustaz.
akan cuba untuk terus memberi hingga akhir hayat.

silakan.

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena