Bahang PRU semakin
panas, pertembungan kali ini lebih hebat, saya pengundi wanita muda, yang
pertama kali ingin memilih dan melontarkan penyaksian. Betapa tidak sabarnya
hati saya ketika ini. Semua orang tahu negara kita sedang tenat, jika dikata
inilah keamanan, saya kata tidak, suasana semasa negara saya begitu menakutkan,
ini bukanlah tindakan berlebihan, Cuma semua orang pasti mengaku, ya negara
saya, Malaysia, negara kita juga, memang sedang tenat, jika tidak, itu mungkin
negara anda. Tidak perlulah saya
ceritakan keburukannya, jika anda bijak, anda sudah tahu, kerana infonya
melata, Cuma tinggal atas diri kita untuk menilai, dengan tapisan- tapisan yang
sepatutnya.
Mungkin kerana saya
dibesarkan dalam keluarga yang mencintai perjuangan menegakkan islam, seperti
yang ditonjolkan ayah dan ibu yang tidak duduk diam saya sejak kami masih
kecil, maka tidak dinafikan saya terikut- ikut dengan langkah ini, mungkin juga
kerana saya sendiri melihat mak dan abah yang begitu berserdehana dalam hidup demi
membesarkan anak- anak dalam suasana islamik dan tejaga di Kelantan dimana
tempat kami enam beradik dihantar bersekolah jauh dengan hati yang berat, dan
mungkin juga kerana Allah meletakkan sahabat- sahabat yang baik di sekeliling
saya, atas keadaan- keadaan inilah yang tidak lansung meyakinkan saya untuk
mengundi Parti islam dalam PRU13 ini.
Namun ketika saya
lebih kenal tentang perjuangan ini, ditempat yang ada satu golongan yg sangat
bersusah payah menegakkan islam di negara saya Malaysia, saya makin jadi cinta
akan jalan ini, saya tidak mahu hanya menjadi penyokong, tetapi saya ingin
menjadi pendokong yang sama- sama menggerakkannya. Supaya satu hari ketika
Allah ingin mengurniakan kemenangan pada islam seperti janji-Nya, saya tidak malu
menikmatinya. Syukur setinggi- tinggi pada DIA yang merangkul kami untuk masuk
kedalam jalan ini, memang tiada kemewahan yang dihidangkan, tiada karpet merah
dibentangkan, bahkan ramai yang meremehkan, tetapi itulah yang menguatkan
pejuang islam zaman- berzaman.
Saya tidak mahu
menyalahkan mereka yang tidak mahu mengambil tahu tentang politik, siapa tahu,
mereka memang bukan dibesarkan dalam keluarga yang cakna tentang politik, atau
mungkin saja iya, tetapi hati mereka masih belum tergerak untuk campur tangan
kerena pandangan negatif tentang kotornya politik masih belum terhakis dari
dalam diri, seperti lewat petang kelmarin, ketika kesebuah kedai, saya
terdengar perbualan dari dua orang jurujual, si A bertanya tentang balik mengundi,
dan dijawab si B dengan nada jengkel tentang betapa tidak mahunya dia mengambil
tahu tentang politik apatah lagi balik mengundi kerana difikirkan membazir dan
tidak ada faedahnya, baiklah saya tidak mahu menyalahkan lagi, kerana mahu
memahami mungkin saja situasi- situasi sekeliling yang memaksanya berfikiran
begitu, seperti mana situasi yang saya alami dalam proses sepanjang saya
dibesarkan.
Tetapi jauh disudut
hati, saya berharap disaat akhir ketika hari pengundian, kita tergerak hati
untuk melakukan perubahan, di saat akhir nanti akan ada cahaya yang menyelinap
ke dalam hati, ya negara saya Malaysia sedang tenat, marilah sama- sama
membantu melakukan perubahan, marilah sama- sama membantu kemenangan islam. Atau
jika tidak begitu, berdoalah dari jauh Allah memenangkan islam untuk kali ini, siapa
tahu doa anda yang dikabulkan, atau jika tidakpun, ketika Allah memberi
kemenangan nanti, bantulah mengisi kemenangan islam, jangan jadi penentang,
jangan jadi pemusnah ya.
Tidak sabar melihat betapa
indahnya kehidupan di bawah pemerintahan islam, kegemilangan islam pasti
kembali, fajar islam pasti menyinari, atas jalan ini, semoga hati- hati kita
bersatu untuk membantu kemenangan islam, bukan masanya lagi berdiam diri,
bantulah islam dimana- manapun, laporkan diri untuk sama- sama bekerja, ini
bukan lagi pilihan, ini kewajipan. ^_^
0 comments:
Post a Comment