Beriringan ke Syurga~

Sunday, May 19, 2013

Review buku : Tunjuk langit cinta




Review buku 

Nama buku : Tunjuk langit cinta

Genre : Novel islamik

Penulis : Shahrizad Shafian

Tempoh bacaan : 3 minggu 

Sinopsis : “Dengan bahasa yang sangat seharian, cara berkisah tenang sopan, Shahrizad mengesan kehidupan darurat seorang mahasiswi pelupa yang terdera. ‘Tunjuk langit cinta’ menyingkap masalah psikologis Seri Hanum yangs empat dipulihkan dari gelora dunia kalut kembali ke syahdu dunia kudus melalui tindakan cermat sebuah keluarga islami yang tabah, kisah cinta yang sangat berpesan”

Dato’ A. Samad Said, Sasterawan Negara.

Ulasan :

Saya habis membacanya selama tiga minggu, hanya ketika saya ingin merehatkan kepala sebentar setelah mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan akhir yang lalu, sejujurnya saya bukan penggemar Novel, Sebab pertama saya membeli buku ini kerana tajuknya, ‘Tunjuk Langit Cinta’, Cuma saya adalah pembaca yang suka membaca karya yang unik dan lebih ‘mesra sastera’, tajuk sahaja sudah memancing saya untuk membelinya. setelah selesai membaca, nyata karya ini tidak menghampakan, ‘Tunjuk langit cinta’ mendapat pujian dari pengkarya ulung Dato’ a.samad said, Zaid akhtar, dan Nisah harun, nama- nama yang tidak asing lagi bagi pembaca di Malaysia.

Kisah Seri Hanum yang hilang ingatan kerana kemalangan di luar negara,dan perjalanan hidupnya selepas dari kemalangan ini, nyata ujian untuknya ini mempunyai hikmah yang tersirat kerana dia umpama diberi peluang untuk merampas kehidupan baru dan meninggalkan kisah silam yang sarat dengan maksiat berpindah ke kehidupan cintakan islam dan dekat dengan Pencipta.

Sekalipun ‘kisah watak hilang ingatan’ boleh dianggap klise dalam menaikkan plot sesebuah karya, penulis berjaya mengolah cerita sehingga menyuntik rasa ingin tahu pembaca dan menjadikan ia lebih unik berbanding kisah ‘watak hilang ingatan’ yang lain.

Sesuatu yang lebih istimewa didalam penulisan ini adalah kerana penulis mengenengahkan kisah cinta dan eratnya sesebuah ikatan kekeluargaan dan adik beradik yang lebih banyak diterjemahkan melalui watak Seri Hanum dan abangnya Rosdi, sekali pandang sudah seperti insan bercinta dan seolah- olah ada yang tersembunyi dan bakal dibuka pada akhir cerita, tetapi ternyata tidak, penulis sememangnya sedang menampilkan sebuah kisah tentang eratnya ikatan diantara adik dan abang yang sudah sukar dicari di zaman moden ini.

Kisah kekeluargaan yang membantu pembaca membentuk jiwa yang pengasih kepada keluarga, lebih menghargai dan bersifat melindungi. Serta latar masyarakat kampung yang menyerlanhkan semangat kerjasama dan bantu- membantu diantara satu sama lain.

Saya belajar sesuatu di dalam karya ini, para penulis hanya perlu mengolah pengalaman sendiri untuk menghasilkan karya penulisan yang penuh dan mapan, dengan olahan dan ayat yang kena dengan jiwa pembaca, sekalipun pengalaman saya masih cetek, masih tidak jauh berjalan dan luas pengalaman, berada di ceruk kampung pun saya mampu jika berusaha, menulis dengan sesuatu yang terus sampai tepat ke hati para pembaca, asal saja saya ikhlas menulis.

Karya ini indah, tidak terlalu meleret, terus dan polos. cuma masih belum ke tahap membuat saya menangis dengan permainan watak perjalanan plotnya, kesudahan yang sudah boleh diandai di pertengahan cerita, hanya mampu membuat saya tersenyum, membaca sambil menghirup kopi susu yang enak. Saya beri lapan dari sepuluh bintang. Sangat menarik, jom baca!

Favourite quotes :

" Di mana langit kita?

Jikalau bahtera itu sudah jauh berlayar, jauh lagi kelana hatinya. Jikalau anak bintang itu pandai merajuk, saban hari kepiluan untuk dipujuk.

Ditujukan pada bahtera yang bakal membawanya pergi dan anak bintang sudah mengerti bicara hatinya dan mimpi ciptaan jauhari, seri hanum ingin tahu...

kita dimana sekarang ni? " - Seri hanum, m/s 6


" Tunjuklah ke langit, tunjuklah ke langit cinta. Kita berkongsi langit, berkongsi langit yang sama.."

0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena