Beriringan ke Syurga~

Friday, June 21, 2013

Cerpen : Langit yang terluka


Langit yang terluka, hujannya adalah kesan duka, menitis darah- darah derita.



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar
.
At-Taubah :111

Kota ini terus bermandi darah, yang tampak dan tidak, terluka di hati dek derita penghuninya, hampir 2 tahun angin yang bertiup berbau hanyir, debu yang sesak di jalanan terbias dari runtuhan bangunan melekat di setiap penjuru kota yang hancur, sedang menghancur, dinding- dinding yang masih utuh menjadi benteng pelindung saat pertempuran diantara tentera Free Syrian Army dengan tentera pemerintah yang zalim dan kejam. Dan orang awam terus sendu dalam helaan nafas yang masih tersisa hari- ke sehari, bergenang air mata, mengenang tubuh yang masih melekat dan nyawa yang masih di raga untuk saat ini, entah bila- bila akan terbang pergi.

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." Surah Ibrahim: Ayat 42.

Harapan adalah kemustahilan yang hampir membunuh, sekalipun ingin berharap, hati bakal diasak penderitaan yang panjang dibawah langit penantian, menanti bilakah bakal tibanya hujan keamanan, setiap kali ingin melelapkan mata pada malam hari, berharap untuk  masih bernafas esok pagi atau  lebih baik mati tanpa sedar, kerana itu tiap pengharapan dipanggil pembunuhan senyap yang menyiksa nurani perlahan- lahan.


Ada segolongan manusia yang masih merasa nyaman, merekalah golongan hidup ditengah kekejaman dengan menuntut kebergantungan sepenuhnya kepada Tuhan, tiada lagi pilihan, bangkit dan bertempur menentang tentera laknatullah, yang saban hari membantai segenap lapisan manusia, yang tua, mahupun anak kecil yang tiada kudrat melawan, mahupun wanita lemah yang ketakutan, siapakah sebenarnya mereka yang berhati binatang ini? Punya ibu bapakah mereka? Punya anakkah mereka?, punya isteri kesayangankah mereka? Justeru tiada terdetik sedikitkah hati saat melibas kanak- kanak kecik dengan belati yang tajam, saat melenyek orang tua dengan kereta kebal tanpa keresahan yang tersisa, saat menghentak kepala sang buta yang dicungkil mata dengan bata yang cukup mematikan dengan sekali hentakan semata? Dan kemudian mereka ketawa, oh siapakah sebenarnya syaitan berupa manusia ini? Masih manusiakah mereka?


Golongan yang nyaman di bawah rahmat Tuhan ini sememangnya tiada pilihan, yang lemah terus mencipta kekuatan, sekalipun wanita yang dahulunya hanya lembut mengulik si anak di kediaman dengan aman, kini menjadi ketua pejuang muslimat yang teguh melawan, yang dahulunya ketakutan kini bangkit menyandang senjata berat di badan, Oh Allah yang meminjam kekuatan, menjemput sang bidadari menjadi ketua di Istana Syurga idaman. Meskipun golongan yang nyaman dalam penderitaan ini turut bersedih diatas kematian demi kematian, kesedihan tidak terbiar bertapa di hati, mereka terus menanti saat di jemput Illahi, yang penting mereka ikhlas terus berjuang atas nama Tuhan, misi kemanusiaan ini bukan semata kerana belas kasihan, wajib bersandar atas nama iman!


Di suatu tempat terpencil lewat tengah malam, golongan mujahidin ini terus berkawal, ditemani cahaya bulan dan lilin yang kecil, mata dan telinga mereka harus peka, andai ada yang mendekati pasti terus mereka bangkit melawan, ada yang sampai giliran berehat tidur sebentar merehatkan badan, ada yang solat tiada henti, dan ada yang mengalunkan kalimah suci buat vitamin kekuatan diri, ada mujahidin yang tiada di Markaz berkawal di luar, hanya tinggal sepuluh orang di Markaz yang akan mengatur strategi dan menjaga pusat bekalan senjata.


Nun disana, ada pula Markaz buat sang mujahidah, mereka berkumpul dan juga berkawal mengikut giliran, rutin mereka diisi dengan solat, mengalunkan kalimah Tuhan dan bermusyawwarah. Di dalam sebuah rumah yang dikawal rapi, kedudukan mereka yang terselindung sukar dijejaki, bekas rumah seorang hartawan yang menyertai Free Syria Army dan menjadikan rumahnya sebagai salah satu markaz mujahideen.


“Assalamualaikum, dimanakah Rana?” seorang wanita bertubuh sasa, menggalas senjata berat di bahu masuk, bertanya kepada gadis yang terperusuk di sebalik dinding sedang berzikir.


“ Dia bertugas berkawal di luar wahai Zainab” wanita 40- an itu mengangguk, kemudian dia keluar semula, Azzah menyambung rutinnya ketika ditugaskan berjaga di dalam Markaz, disebelahnya tersedia M14, senjata yang berjaya dirampas dari seorang tentera Syria ketika dia berjaya membunuhnya, bersedia untuk diguna sepantas yang mungkin jika ada serangan tiba- tiba, seperti yang telah mereka belajar sebelum mula bertugas menjadi salah seorang tentera dalam kumpulan briget Briged Sowt al-Haq ini, bibirnya membasah dengan kalimah memuji Allah, Allah..Allah..Allah..sehingga tiap denyutan jantungnya dicengkam kalimah tersebut.


Kemudian ketenangannya yang sementara itu terhenti dengan bunyi hentakan but bertapak tebal dari luar, bukan seorang tetapi kedengaran dua tiga orang, tiada suara kedengaran, Azzah berdebar, dia bingkas bangun, mengangkat senjata dan bersedia!

“Assalamualaikum” suara Zainab kedengaran kemudiannya,  debar Azzah al- Turk menurun, dia menghela nafas lega, tiga susuk mujahidah masuk, dua orang berpakaian serba hitam, sehingga menutup wajah, dan seorang wanita berpakaian seperti orang biasa, berseluar jeans dan berbaju labuh, berhijab putih dan menggalas sebuah beg, tidak seperti wanita arab, tetapi lebih kepada wajah wanita eropah.


“Assalamualaikum Azzah, ini Nour dia temanku,  teman sekelasku di Universiti dahulu” Azzah bersalam dengan gadis yang baru diperkenalkan rana.


“ Dia kemari mahu menyertai briget sowt al- haq” terang rana, gadis berusia 20-an itu tampak gembira, Azzah sekadar mengangguk, keraguan menebal didalam hatinya, masakan begitu mudah Zainab menerimannya, adakah hanya kerana dia pernah menjadi rakan sekelas Rana?, ini bukan sikap Zainab yang selalunya, bagaimana jika dia adalah perisik yang dihantar dari negaranya? Atau pengintip dari pihak tentera pemerintah? Azzah senyum sekadarnya, senyumnya terasa pahit.


“Dia seorang hafizah 30 juzuk Al- Quran, cita- citanya sejak dulu adalah mati syahid” ujar Rana, seolah- olah memahami keraguan yang timbul di hati Azzah al- Turk, Azzah tersenyum spontan.


Zainab telah duduk di sebuah kerusi, didepannya tersedia sebuah meja, ada gulungan peta diatasnya, beberapa naskhah Al- Quran kecil dan helaian kertas dan pen. Kemudian dia mempersilakan Nour untuk duduk di kerusi hadapannya, bilik kedap kerana semua tingkap bertutup, Nour yang sentiasa tersenyum itu tampak selesa, mungkin merasa lebih selamat berada di sini berbanding dengan suasana serah nyawa diluar sana.


Dua minit kemudian Ummu Ja’far masuk, ketua briget Sowt al- Haq ini sentiasa serius, mungkin kerana hatinya sudah berada di Syurga, matanya hanya melihat kenikmatan yang dijanjikan Allah buat hamba-Nya yang mati sebagai syuhada’, atau mungkin Ummu Ja’far serius kerana dia adalah ketua para mujahidah, yang harus sentiasa fokus menyusun strategi. Ummu Ja’far terus menghala kearah Nour dan memeluknya.


“ Hatiku dan Zainab begitu tenang menerimamu ke dalam briget Sowt al- Haq ini, bukan kerana engkau adalah teman Rana, tapi mungkin Allah yang memilihmu kesini, Wahai Nour, semoga engkau segera syahid, semoga engkau segera menjadi tetamu yang dinanti- nanti di Syurga, aku mendengar tentang cita- citamu sejak kecil dari rana, aku mendoakannya” Azzah lega, dia kemudian kesal dengan sangkaan- sangkaannya.


Diriwayatkan Anas bin Malik: Rasulullah saw berkata, "Tiada siapa yang meninggal dunia dan mendapati yang baik dari Allah (di akhirat) akan mahu kembali ke dunia ini walaupun dia telah diberikan seluruh dunia dan apa yang ada di dalamnya, kecuali mati syahid, yang mahu melihat keunggulan syahid, ingin kembali ke dunia dan dibunuh lagi (pada jalan Allah)."

.................................

Azzah dan Rana berjalan perlahan- lahan, kemudian berpecah, Azzah melewati jalan kekiri dan Rana ke kanan, masing- masing tersedia M 16 di tangan, sekumpulan tentera pemerintah seramai 5 orang sedang membelasah dua orang awam di hadapan, mereka menendang sekuat hati, memijak, menghempap dengan batu besar dan kemudian ketawa dengan kelemahan mangsa yang tidak mampu melawan.


Rana membongkokkan badan disebalik runtuhan, jarak mereka hanya 100 meter, hatinya berdebar, namun dikuatkan, jika ini jalannya untuk mati Syahid, itulah yang diburu, namun dia berhati- hati, mungkin ramai lagi tentera pemerintah di belakang mereka, dia nekad ingin menghapuskan kelima- lima tentera itu dengan cekap, sekian 6 bulan lamanya dia dan Azzah berlatih menjadi tentera yang terlatih, sia- sia jika dia bakal merugikan Mujahidin semula.


Hatinya terbakar melihat tentera itu menyalakan api dan membakar salah seorang lelaki yang terlentang dilantai itu, mereka sedang asyik dengan kezaliman, sedang yang dibelasah terus  mengerang kesakitan minta dilepaskan, hanya kalimah Allah dijerit sekuat hati mereka, dan kalimah itulah yang meresap keras kedalam hati Rana, dia memandang Azzah dari jauh, membuat isyarat bersedia menyerang, hanya Allah pemilik segala kekuatan, Allahu Akbar! Mereka mula melepaskan tembakan! Dua tentera tepat ditembak ke kepala, terus merebah ke bumi, tiga orang kembali membalas tembakan, Rana dan Azzah terus mara ke depan supaya sasaran lebih tepat dan mengena, Allahu akbar, Allahu akbar, setiap das berselang dengan kalimah Allah, seorang lagi tumbang, sasaran Rana mengena, Azzah semakin berani kedepan, dia hanya berlindung disebalik sekeping papan, memberi isyarat kepada Rana dari jauh, pergerakan mereka tangkas, Azzah bangun dengan pantas dan melepaskan tembakan sambil melaung kalimah Allah, seorang lagi rebah, tetapi  masih mampu bangun membalas tembakan, tiba- tiba ada sekumpulan lelaki datang dari arah belakang, hampir gugur jantung Rana melihat kelibat mereka, mereka menyerang dua orang tentera yang masih hidup, dan akhirnya musuh Allah itu habis di bunuh, gelak ketawa kejam mereka terpadam dan lenyap sekelip mata, menanti balasan Allah atas hamba-Nya yang melakukan kezaliman, Azzah bangun dari balik dinding. 

Dia kemudian menunduk kepada mujahidin yang datang membantu mereka, berjalan kearah Rana yang masih terkejut, mereka harus beredar segera, dua orang awam yang dibelasah terus tadi akan diuruskan mujahidin, Alhamdulillah, Allah menghadirkan mereka datang membantu, segera Rana dan Azzah berlari meninggalkan tempat tersebut.

.......................

sebuah jalan yang hening, sepi dan kelam, hati Rana dan Azzah pekat menelan bauan hanyir darah dan busuk yang datang entah dari mana, rumah- rumah disekeliling jalan telah kosong ditinggalkan, mereka telah lari menyelamatkan diri ke kem pelarian di sempadan Turki, Azzah dan Rana berjalan dengan tegas dan berani, mereka harus menyiasat arah bauan mayat ini sebelum beredar. Perlahan- lahan mereka menyelak daun pintu sebuah rumah ke sebuah rumah, bimbang ada tentera Laknatullah yang bersembunyi dan mahu memerangkap mereka, picu senjata telah ditarik, bersedia untuk dilepaskan bila- bila masa.


Allahu Akbar! Sekali lagi hati Rana jatuh terhempas, menghenyak tubuhnya untuk longlai, segera Azzah memaut Rana yang sedang mencair.


“Kau harus kuat Rana!” Azzah memberi semangat sekalipun diapun hampir mati akal melihat kekejaman luar kotak pemikirannya ini.


Sebuah keluarga disembelih dan mayat mereka dikumpulkan berlapis- lapis, darah mereka bertakung separa buku lali! mereka hanya orang awam, bukan tentera, sedikitmu mereka tidak mampu berlawan dengan tentera bersenjata!


“ Ayuh, kita kembali ke markaz segera, kita laporkan, akan ada mujahidin yang menguruskan jasad- jasad ini insyaAllah” Rana mengangguk lemah, dia bangkit dan berjalan, Azzah menarik Rana, memberi semangat untuk dia teguh berdiri semula.


Sebelum sempat keluar, mereka terdengar rengekan kecil, langkah terhenti, berpaling semula.


“kau berkawal disini, aku akan memeriksa ke dalam” tegas Azzah memberi arahan, Rana mengangguk, serta merta tubuhnya di menjadi kuat semula.


“Allah..Engkaulah yang Maha menjaga bayi ini” Azzah keluar mengendong seorang bayi mugil yang sedang nyenyak tidur.


“ SubhanaAllah.. Allah yang membuatnya tidur sehingga tentera- tentera laknatullah itu tidak melihatnya".

“Ayuh kita harus segera pergi” Rana mengangguk, dia berjalan di hadapan, Azzah di belakang mengendong bayi yang masih terus nyenyak, tanpa terganggu sedikitpun, sungguh Allah yang memelihara Nabi musa ketika di hanyutkan di sungai, saat ramai bayi seusianya yang telah maut dibunuh Firaun, dan Allah jualah yang memelihara bayi comel ini, dari serangan tentera pemerintah yang membunuh sekalian ahli keluarganya dengan kejam.


Mereka berlalu, meninggalkan perkampungan freka di pergunungan al-zawiya, yang telah sepi ditinggalkan sama sekali. Oh Bashar al- assad, Allah tidak pernah melepaskan orang yang berbuat kezaliman, dunia dan akhirat kau pasti terima balasannya!


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[38]
Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".
[39]
Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu dengan tiada alasan yang benar, dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami

(Al-Qasas)
..........................


 “Allahuakbar, la ilaha illallah” Ummu Ja’far mengambil bayi mugil itu dari tangan Azzah, air matanya bergenang.


“ Kami menjumpainya disebuah rumah desa freka, semua ahli keluarganya di sembelih, zainab telah laporkan ke Markaz Mujahidin untuk diuruskan jenazah mereka” Terang Rana, Ummu Ja’far menganngguk.


“ Kita harus segera membawanya ke tempat yang lebih selamat” Cadang Rana lagi.


“Bolehkah kita menjaganya disini?” Azzah telah tumpah kasihnya pada bayi itu.

“Tidak boleh sayang, tempat ini tidak selamat, dan kita tidak cukup peralatan untuk menjaga bayi ini” Ummu Ja’far menegah, bahkan para ibu yang sanggup menyertai briget Sowt al- haq juga memilih berpisah dari anak- anak mereka di kem pelarian untuk menjadi mujahidah ini, mereka nekad memisahkan dunia dari hidup mereka demi mengejar kehidupan yang lebih abadi, dan terus mendoakan anak- anak mereka sihat dan selamat serta membesar sebagai pejuang Islam.


“ Baiklah..” Azzah menunduk.


“Assalamualaikum, Wahai Ummu Ja’far, aku membawa para mujahidah dari Palestin, mereka ingin menyertai Briget sowt al- haq ini” Zainab masuk, membawa masuk empat wanita yang lengkap berpakaian hitam dan menutup wajah mereka.


“ InsyaAllah mereka telah mahir menggunakan senjata dan siap untuk berjuang, mereka telah diberikan latihan ketenteraan yang khusus sebelum dihantar ke sini” terang zainab, dia telah dikhabarkan dari Markaz mujahidin semalam tentang ketibaan para mujahidin dan mujahidah dari Palestin yang datang menginfaqkan diri mereka kerana Allah ini, mereka berpelukan diantara satu sama lain, Rana dan Azzah jadi semakin bersemangat, mereka harus bersiap- siap menyelamatkan bayi yang masih dalam dakapan Azzah untuk dibawa ke mana- mana tempat perlindungan sebelum dibawa ke Kem pelarian yang mendapat bantuan perlindungan dari badan antarabangsa.




....................


Tubuhnya disepak dengan but keras, dipaksa menghadap ke belakang, kali ini jangkaannya dia pasti akan mati, dua  orang tentera pemerintah mengelilinginya, Ahmed Khalil membentak, dia pasti melawan, biarpun dia tahu dia pasti akan ditembak bertubi- tubi di seluruh tubuhnya selepas ini. Allahu ahad!, laungnya berulang kali, dia dipaksa menyebut nama lain sebagai Tuhannya, mana mungkin, dia terus mengunci mulut dari selain menyatakan Allah sahajalah Tuhannya. Giliran tengkuknya dilibas dengan lutut salah seorang tentera, sakitnya bukan kepalang lagi. Ya Allah, hanya engkaulah tujuanku!


Kemudian tubuhnya di jatuhkan ketanah, jatuh terhentak, belakangnya jadi sasaran pijakan, dan mereka sedang ketawa besar melihat dia tidak mampu berbuat apa- apa, setelah seminggu dikurung di sebuah bilik yang dikawal, Ahmed khalil dibawa keluar, bagi memastikan siksaan keatasnya ketahap paling maksima, seminggu juga dia hanya menjamah daun- daun yang menjalar melalui tingkap kecil di bilik tempat dia dikurung, dengan air hujan yang ditadahnya yang menitis dari atas bumbung , tenaga apalah yang masih bersisa ditubuhnya, melainkan kekuatan yang masih dipinjam Allah kepadanya.


“Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan memasuki Syurga, padahal belum lagi datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya dengan orang- orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa dengan malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam ujian) sehingga berkata Rasul dan orang- orang yang beriman bersamanya: (( Bila datangnya pertolongan Allah? )) ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu terlalu hampir”
(Al- Baqarah : 214)


Ahmed Al- Khalil membaca ayat tersebut, didalam hati yang dalam, dia berdoa supaya ganjaran Syahid  dianugerahkan kepadanya. Kemudian dia menyebut kalimah Allah berulang- ulang kali, Allah..Allah..Allah.


Dua das tembakan kedengaran, namun Ahmed Khalil masih gagal mengesan kesakitan akibat ditembak ditubuhnya, mungkin inilah janji Allah.


Dia membuka mata perlahan- lahan dengan sukar, kesakitan akibat dipukul menekan- nekan dadanya, sesak untuk bernafas, dua tubuh bergelimpangan tidak jauh darinya, dua susuk lengkap berbaju dan berseluar hitam hingga menutup wajah mendekatinya.


“Ayuh bangun segera, kita harus beredar segera” lengannya ditarik dengan kasar, dikiri dan dikanannya, Ahmed al- Khalil mengumpul kekuatan yang masih bersisa berjalan mengikut rentak tubuhnya yang kurus kering dibawa. Mindanya sudah tidak berfungsi untuk memikirkan sesuatu apapun.


                                                      ............................................................

“ Mengapa engkau mendiam Rana, sejak dari semalam mulutmu terkunci” Azzah duduk berdepan dengan Rana, kali ini giliran mereka berkawal di dalam Markaz.


“ aku tidak ada apa- apa yang ingin dibicarakan Azzah” Rana mengukir senyum pahit, nampak sangat tidak kena senyuman itu terlukis diwajahnya sedang Azzah tahu hati sahabatnya itu dilanda galau yang maha hebat.

“ baiklah, sekalipun aku yakin ada sesuatu yang mengganggu hatimu, aku tidak akan memaksa, marilah kita teruskan membaca Al- Quran” Azzah tidak mahu mendesak lagi.

“ pemuda yang kita bawakan ke Markaz mujahideen semalam itu adalah..” Rana menangis teresak- esak, sudah lama dia mengeraskan hatinya untuk tidak mengeluarkan air mata walau setitis.

“dia adikku Azzah, Ahmed al- Khalil..” Azzah memeluk Rana, cuba untuk mententeramkannya.

“aku sangka dia telah mati, aku sangka hanya aku seorang sahaja dalam kalangan ahli keluargaku yang masih hidup, sekian lama sejak kebangkitan rakyat bermula lagi, dia telah keluar menyambut panggilan jihad, dan setelah kedua ibu bapaku dan abangku Syahid disembelih sewaktu perkampunganku diserang, barulah aku kembali kesini dari mesir”

“ justeru mengapa engkau tidak memberitahu sahaja tentang dirimu kepada para mujahideen, supaya mereka dapat berpesan kepada adikmu ketika dia sedar nanti” Azzah mengusap lembut ubun- ubun Rana.

“ Aku bimbang jika dia terfikir- fikir terus tentang keselamatanku dan masih ada dunia yang tersisa dihatinya, aku dapat tahu bahawa dia sentiasa diburu tentera pemerintah pada awal pergolakan berlaku dahulu kerana dialah yang banyak menjadi penggerak utama kebangkitan di syria ini, dan aku juga bimbang jika pihak pemerintah menjadikan aku alat untuk menakut- nakutkan adikku jika mereka mendapat tahu tentang diriku ini” terang Rana panjang lebar.

“ aku yakin dia menganggap aku masih di mesir meneruskan pengajianku” Rana menunduk, menggenggam erat mushaf kecil ditangannya.

“ Bersabarlah Rana, aku doakan kamu berdua bertemu di Syurga nanti InsyaAllah” mereka tenggelam dalam esak tangisan.

Jika Allah menolong kamu, maka tiada siapa yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapalah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang- orang mukmin bertawakkal.”
( Ali- Imran : 60)

..............................................

“Tidakkah kamu perhatikan orang- orang yang dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tanganmu (dari peperangan), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat”. Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba- tiba sebahagian dari mereka (golongan munafiq) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata: “ Ya Tuhan kami? Mengapa tidak engkau tangguhkan (kewajipan berperang) kepada kami sampai kepada beberapa waktu lagi? Katakanlah : kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang- orang yang bertaqwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun.”
(An- Nisa;77)

“Justeru mengapa kau kesini, bukankah engkau sepatutnya telah berpuas hati, hampir setiap hari kau berpeluang membantu manusia di Hospital, kem pelarian, melakukan misi kemanusiaan, sesuai dengan pengkhususan pengajian yang sedang kau ambil iaitu hak asasi manusia, bahkan suaramu realitinya lebih didengari oleh dunia mengikut saluran undang- undang, engkau boleh saja memperjuangkan keadilan bagi rakyat syria di atas sana, dan seluruh dunia bakal mengekorimu” Soal Azzah, sungguh benar dia ingin tahu, ketika dia dan saudara- saudaranya di syria ini seolah- olah tidak diberi pilihan yang lain selain berjuang dijalan Allah, gadis dihadapannya ini meninggalkan sama sekali kemewahan dunianya, pengajiannya di peringkat master di Universiti of Exeter di United Kingdom dan datang ke syria untuk menyertai sayap mujahidah.

“Engkau tahu apa yang dilaungkan barat untuk hak asasi manusia itu sungguh berbeza dengan seruan jihad?” gadis barat itu menyoal semula, genap enam bulan dia menjalani latihan ketenteraan, hari ini tugasan pertamanya iaitu berkawal di Markaz Mujahidah sungguh menguji bila terpaksa menjawab persoalan dari Azzah, gadis yang baru dikenalinya ini.

“Bukankah engkau juga datang untuk membantu saudaramu disini, jadi apa perbezaannya, hakikatnya umat islam kini sedang ditindas, dan kezaliman terus sahaja menekan, memang benar perjuangan ini terus terusan, namun usahamu di peringkat lain juga diperlukan?”Soal Azzah lagi.

“sekiranya aku datang kesini atas dasar menyahut dan memperjuangkan harga keadilan kemanusiaan semata- mata, maka itu sudah tentu kebaikan yang Allah rezekikan kepadaku, namun untuk memperolehi syahid yang aku idam- idamkan sejak kecil lagi, aku bimbangi ianya masih jauh, maka ketika para ulama’ menfatwakan hukum wajib untuk berjihad di Syria, aku ingin jadi orang yang terkedepan menyahutnya sekalipun aku seorang muslimah, aku mampu kesini atas keewanganku, dan aku mampu dari kudrat kekuatanku, Alhamdulillah keluargaku kuat mengamalkan islam sekalipun kami menetap di negara Barat, malah ibu bapaku yang paling menyokongku untuk kesini, dan sekalipun aku sedang cuba mencari – cari alasanpun, aku tidak punya satupun alasan yang boleh membebaskan aku di akhirat kelak dari hisab, bimbang aku binasa ketika dihisab, aku sungguh takut dihisab” Yakin, Azzah terkesima, dia gadis luar biasa yang Allah pilih untuk kesini, Azzah menunduk.


“Engkau benar, Allah sungguh memilih hambanya yang akan dianugerahkan syahid, berkali- kali aku terselamat dari serangan, sudah hampir setahun aku menyertai jihad ini dan sehingga kini aku masih belum dianugerahkan syahid, sedangkan ramai dikalangan mujahidah yang baru menyertai sudah dijemput Allah terlebih dahulu, benarlah aku masih belum ikhlas” kelopak matanya bertakung, terasa hina dipandangan mata Illahi.


“Ketika aku menuntut dalam master di bidang hak asasi manusia, aku temui banyak perbezaannya dengan Islam, benar, apa yang dilaungkan barat tentang hak kebebasan manusia itu ada benarnya, tiada manusia yang layak direndahkan dan dipijak, selayaknya semua manusia dihormati, tidak dizalimi, dan hanya Allah yang layak membezakan manusia atas dasar taqwanya, apa yang dibawa barat ini dalam deklarasi PBB ini sebenarnya sudah dilaungkan islam sejak dahulu lagi, aku sungguh teringat dengan bicara dari Khalifah Umar Al- Khattab 14 abad yang lalu:

“Mengapa hendak engkau perhambakan manusia, padahal dia  dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan merdeka”

Ketika kaum feudal, kaum Baron mendesak kepada Raja jean di Inggeris, sehingga keluar “Magna Charta” pada tahun 1215, iaitu raja mengakui hak rakyat dan membatasi hak sewenang- wenangnya sendiri, kemudian disusul lagi pada tahun 1627, Karel I dan keluarga steward “Petitions des Droits”, kemudian pada tahun 1679 oleh hak “ Hopus Cropus” iaitu bahawa orang tidak boleh ditahan sewenangnya, ketika Amareka memberontak kerana ingin merdeka dari kerajaan induk inggeris, pemimpin- pemimpin Amereka mengeluarkan deklarasi kemerdekaan yang terkenal pada 4 Julai 1776, pada 1789 wakil- wakil rakyat pula perancis mengisytiharkan “ dasar- dasar kemerdekaan dan kuasa Raja yang tidak terbatas, bersekutu dengan kaum gereja dan feudal, dan akhirnya pada 1945, sebuah deklarasi diputuskan di San Francisco dan dinamakan sebagai “ Declaration of Human Right”. 

Gadis itu memegang kedua- dua bahu Azzah.

“sehingga ke hari ini Azzah, barat megakui bahawa manusia itu harus dilayan dengan adil, tetapi bila ia mengaitkan umat islam, deklarasi itu menjadi bisu, tuli dan buta, dan hanya meguntungkan bila ianya mengaitkan orang inggeris, dan aku sudah hilang sabar dengannya, aku manusia yang bebas dan merdeka hanya dengan memperhambakan diri kepada Allah, bilamana aku menjadi bebas dari keuntungan dunia dan ketundukan kepada manusia lain, aku kesini dengan yakin untuk memerdekakan diriku dari apa sekalipun ikatan dunia, ayuh Azzah, kita berjuang hanya kerana Allah semata- mata” Ikhlas sekali butir bicara yang terbit dari bibir gadis ini.


“ terima kasih Nour, jujurnya ketika engkau hadir kesini enam bulan lalu, aku meragui kesungguhanmu disini, sekarang baru aku mengenalimu, semoga engkau perolehi syahid yang kau idamkan” luah Azzah.


“dan bahasa arabmu indah sekali” Azzah mula mengukir senyum semangat.


“ aku menuntut di mesir bersama Rana dalam tempoh yang agak lama, jadi aku terbiasa berbicara dan bahasa arab, dan kami berpisah setelah tamat pengajian dan aku melanjutkan pelajaran di United kingdom dan Rana teruskan pengajian di Mesir” Terang Nour panjang lebar, dia menghela nafas, entah dia gembira pula berkenalan dengan Azzah pada hari ini.


**********************


“ wahai pemuda, sudah dua kali aku melihat engkau mengekori aku, siapakah engkau?” Bentak Ahmed Al- Khalil, pemuda yang sering mengekorinya ini tidak pernah menunjukkan wajah dan kemudian berlalu pergi, bahkan sudah hampir dua kali pemuda ini menyelamatkannya dan berlalu pergi, termasuk ketika dia dibelasah teruk lima bulan lalu dan dia ditinggalkan di hadapan Markaz dalam keadaan lemah,  kemudian sekali lagi pemuda ini menyelamatkannya yang hampir sahaja ditembak dari jarak jauh, Kali ini Ahmed Al- Khalil perasan ketika dia berjalan seorang di sebuah lorong di tengah bandar yang sudah hancur ini, ada seseorang di belakangnya, dan amat dikenalinya, iaitu pemuda yang menyelamatkannya sebanyak dua kali itu. Pemuda itu terkejut besar dari gerak tubuhnya, ketika memandang tepat kemata pemuda itu, perasaan  keanehan yang besar menyelinap masuk ke segenap uratnya, dadanya berdegub kencang, dihadapannya ini bukan seorang pemuda tetapi..

Perlahan- lahan wajahnya dibuka.

“Aku Rana, kakakmu Ahmad Al- Khalil” air mata Rana tumpah, kekerasan hatinya tewas hari ini. Kerinduan yang sangat lama dipendam di hatinya kini terbongkar dalam kepaksaan, dia terpaksa mengaku hari ini, benar sudah lama dia mengekori Ahmed Al- Khalil, naluri sebagai seorang saudara sedarah terlalu kuat untuk mempertahankan satu- satunya saudaranya yang tinggal di dunia ini, kerana itulah dia sentiasa ingin mengekori Ahmed Al- Khalil, lebih- lebih lagi dia selalu melihat adiknya itu sering berkawal seorang diri, mungkin kerana kelebihan adiknya dalam menyusun strategi, dia berjalan keseorangan ketika tidak berkawal untuk melihat dan mengkaji kelemahan musuh.


“Allahu akbar!” Ahmad Al- Khalil juga mengalirkan air mata, mereka berpelukan.


“Aku selalu bercita- cita untuk bertemu denganmu Rana kerana aku yakin engkau masih hidup”.


“Maafkan aku, aku Cuma inginkan engkau terus mengejar cita- citamu untuk syahid” luah Rana. Mereka kemudian duduk diatas dua buah batu besar kesan dari runtuhan, dengan mata yang sentiasa berjaga- jaga.


“aku sempat bertemu dengan Ummi dan Abi sebelum mendapat tahu berita kesyahidan mereka, mereka berpesan kepadaku untuk terus mencarimu dan menjagamu, akhirnya pesan itu terlunas hari ini, aku yakin engkau telah kembali ke syria kerana jiwamu yang cukup kuat untuk mempertahankan agama” luah Ahmed Al- Khalil buat kakak kecintaannya, masakan tidak, sejak kecil merekalah yang paling rapat, Ahmed Al- Khalil lah yang sering mempertahankannya ketika dimarahi Ummi dan Abi, dan mereka sering ke Masjid bersama- sama mentasmi’ hafalan Al- Quran bersama Sheikh, bermain bersama, dan paling susah berpisah ketika Rana melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah tinggi di Mesir, Ahmed al- khalil hampir setiap hari ingin menghubunginya di telefon sehinggalah hampir  setahun, barulah mereka dapat membiasakan diri. Ketika mendapat tahu awal pergolakan di Syria lagi Rana ingin segera kembali tetapi ditengah Ummi dan Abi kerana keadaan yang sangat bahaya, bimbangnya bukan kepalang, dan kemuncaknya adalah ketika ibu saudaranya yang sempat menyelamatkan diri di sempadan Turki berjaya menghubunginya dan memberitahu berita yang mengunyah tangkai  jantungnya dengan lahap, tentang perginya Ummi dan Abi yang paling dicintainya bersama abangnya, disembelih dengan kejam  ketika sedang tidur dan tidak sempat menyelamatkan diri sama sekali.


Rana menangis teresak- esak, entah hatinya menjadi begitu lembut sekali berhadapan dengan adik kandungnya ini, fitrah manusia yang sentiasa ingin bersandar dan bergantung harap, Rana akhirnya menjadi sang rapuh hati buat kesekian kalinya.


“ Sudahlah Rana, engkaulah mujahidah kebanggaanku, sepertimana Abi yang begitu bangga mempunyai anak perempuan seperti engkau yang tinggi akhlak dan pekertinya, dan sangat taat pada Pencipta-Nya” Ahmed Al-Khalil cuba mententeramkan hati kakaknya itu.


“ Aku rindukan Ummi dan Abi serta Akhi Mohamed” Rana mengesat air matanya, sudahlah, dia tidak mahu menjadi si manja lagi, Ummi dan Abi serta abangnya sudah tidak ada untuk memanjakannya lagi, hanya tinggal adiknya yang harus dilindungi sebagai seorang kakak.


“ Aku harus segera pulang ke Markaz, sepatutnya engkau tidak keluar berseorangan, terlalu bahaya keadaan disini, marilah, aku akan hantarkan engkau ke Markaz Mujahidah. Kepala kakaknya itu diusap, seperti Abi mengusap kepala kakaknya dahulu, semoga itu dapat menenangkannya.


“ aku boleh kembali ke Markaz sendiri, aku kan khaulah Al- Azwar yang lincah di medan perang” Rana mengukir senyum, teringat gurauan mereka suatu ketika dahulu bahawa di lebih kuat dari adiknya Ahmed al- Khalil sekalipun dia seorang perempuan, dan menggelarkan dirinya sendiri sebagai Khaulah Al- Azwar, Srikandi yang menggerunkan hati para pemuda di medan jihad pada suatu zaman dahulu.


“ sudah, mari aku hantarkan engkau, apa yang akan aku jawab dengan Ummi dan Abi nanti jika kita bertemu di syurga kelak, insyaAllah” Ahmed Al –Khalil tersenyum, mereka berjalan beriringan, minda dan mata mereka sentiasa berwaspada, Allah lah yang mengurniakan ketenangan di hati para Mujahideen dan Mujahidah dengan apa cara sekalipun, bahkan perasaan mengantuk di medan jihad juga merupakan ketenangan, ketika hati bebas seketika dari dekapan ketakutan dan cengkaman kewaspadaan, buat seketika ini..


“ Diantara orang- orang mukmin itu ada orang- orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu, dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya”
(Al- Ahzab: ayat 29 )
...................................................



“Siapakah ini Rana?” Zainab yang berkawal di pintu hadapan menyoal, mengajukan persoalan tentang seorang pemuda yang menemaninya pulang.


“ini adik kandungku Zainab, Allah mentakdirkan kami untuk bertemu semula dalam keadaan pergolakan ini setelah sekian lama berpisah” terang Rana dengan cepat, bimbang Zainab tersalah sangka.


“ Allahu akbar, kamu berdua bernasib baik, semoga Allah merahmati kamu berdua” Zainab mengucapkan syukur, takjub dengan anugerah Pencipta yang terbentang di hadapannya kini.


“ Dan nasihatilah kakakmu ini supaya tidak keluar berseorangan lagi dan mematuhi peraturan Mujahidah, kerana keadaan sangat merbahaya kini” Zainab berpesan kepada Ahmed al- Khalil, kemudian dia beredar. Ahmed al- Khalil tersenyum, senyum yang sudah lama dia tidak berjaya ukirkan di wajahnya, mengimbau kenangan kisah kakaknya dan dirinya sewaktu kecil.


“Lihat sekarang, aku sudah katakan sebentar tadi” Rana tersenyum.

“ Baiklah, aku faham pesananmu, Adikku semoga kita bertemu lagi esok” terlalu berat hatinya, entah mengapa.


“ atau di Syurga yang kita idam- idamkan” sambung Ahmed al-Khalil, saat- saat yang dilaluinya ini ditelan doa dan harapan untuk memburu syahid sebagai cita- citanya yang tertinggi.


“ semoga kita bertemu disana insyaAllah..” mereka berpisah, entah esok nyawa masih melekat di jasad atau tidak, siapapun selain Allah tidak dapat menduga.


Esok Ahmed Al- Khalil punya misi besar yang harus dilaksanakan, dan dia sebagai komandernya, Allah menemukannya dengan saudara perempuannya hari ini, jika benar hari ini adalah hari terakhir dia bertapak di dunia, semoga kakak dihadapannya kini juga dianugerahkan syahid dijalan-Nya, Allah lah yang menjadi saksi jiwa- jiwa yang mabukkan cinta Tuhannya ini. Semoga setiap jiwa- jiwa yang dijemput pergi adalah para hambanya yang terpilih menjengah syurga tanpa hisab, ketika jasad- jasad mereka dihenyak dengan kejam dan zalim tanpa belas, semoga itulah yang menjadi maharnya untuk mereka mendekat dengan Allah di akhirat kelak.

“ Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan ( perantaraan) tangan- tanganmu dan Allah akan menghina mereka dan menolong kamu terhadap mereka serta melegakan hati orang- orang yang beriman.”
( at- Taubah : 14- 15)




 InsyaAllah bersambung ^_^..




0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena