Beriringan ke Syurga~

Thursday, November 14, 2013

Bisik- bisik pada DIA

 Bismillahirrahmanirrahim



Surah Al-Baqarah ayat 186

Artinya: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku sangat dekat (kepada mereka). Aku perkenankan doa orang-orang yang mendoa apabila ia memohon (mendoa) kepada-Ku. Sebab itu, hendaklah mereka memenuhi (seruan)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.



Manusia yang ingin hidup bebas adalah manusia yang sentiasa berdoa kepada Tuhannya. Kerana dalam doa ada kebergantungan tidak berbelah bahagi, tanpa doa dan pengharapan, mana mungkin manusia boleh hidup bahagia dan tidak takut dengan sesuatu apa pun, dalam doa ada impian dan harapan, yang tersandar kemas selepas usaha. Walaupun dalam hal- hal yang tidak berkait dengan usaha misalnya ketika pergi ke suatu tempat yang baru, berdoa kepada Allah tetap menjadi terapi diri paling adeal, kerana hati manusia yang berbolak balik sifatnya sentiasa penakut kepada sesuatu yang tidak pernah dia lihat, tidak pernah dia alami dan tidak pernah dia lalui, maka berdoa sekali lagi menjadi penenang  diri yang paling nyaman.

Berdoalah, jangan pernah lelah berdoa, meskipun doamu lewat dipenuhi, tetaplah berdoa, kerana satu hari nanti kau bakal tahu, kelewatan itu adalah anugerah, yang boleh jadi musibah sekiranya Allah menjawab doamu lebih awal, SubhanaAllah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua” - Ns


Bisik- bisik pada Allah

Selama dua minggu ini, saya bertukar suasana, hadir ke tempat yang tidak pernah terfikir akan disini, menjalani latihan praktikal untuk menjadi peguam syarie di sebuah firma guaman(insyaAllah), latihan praktikal sebagai syarat untuk menamatkan ijazah sarjana muda syariah dengan undang- undang saya,  dan sungguh hanya Allah yang tahu betapa kita sangat merasa takut untuk melalui suasana yang baru, terfikir tentang penerimaan orang lain terhadap kita, terfikir tentang apa yang akan kita alami, bahkan terfikir adakah kita akan Berjaya menghabiskan latihan ini, justeru saat itu, doa menjadi penawar paling mujarab, nyaman, dan menenangkan, kerana selepas berdoa, Allah pasti mengurniakan keyakinan yang luar biasa buat hambanya, justeru saya menjadi sangat cintakan doa, ingin sentiasa berdoa seolah- olah setiap apapun saya tidak mampu berbuat sendiri, lantas itulah yang dinamakan penggantungan, mengakui bahawa kita sememangnya lemah, dan hanya Allah yang boleh membantu kita. Maka berdoalah.

Setiap pagi saya akan hadir sekitar jam 7.50 pagi ke firma( kebiasaan bagi orang yang bekerja adalah kesibukan dan tiada kesempatan di pagi hari bukan?) masih tinggal berbaki 40 minit untuk saya memulakan apa- apa kerja yang diberi kepada saya, kebiasaannya saya akan singgah ke koridor luar sementara menunggu teman senior di firma hadir, rupa- rupa ada hikmah saya kesitu hampir setiap pagi selama dua minggu ini, mari kawan, biar saya ceritakan, ada dua koridor, sebelah kanan dan kiri bangunan 40 tingkat ini.

Setiap koridor akan disediakan kerusi, dan setiap pagi saya akan duduk di kerusi tersebut mengadap ke langit, di sebelah koridor sebelah kanan, pemandangan bawah nya adalah kesibukan kota, kesesakan jalan, stesyen lrt yang sentiasa dipenuhi manusia dan bangunan- bangunan tinggi yang merimaskan pandangan dan membingitkan telinga, dan di koridor sebelah kiri pemandangannya adalah kawasan perumahan mewah yang tenang dan nyaman, ada banyak tumbuhan dan lansdkap yang menyerikan halaman rumah- rumah mewah tersebut, maka tentu sahaja saya akan memilih koridor di sebelah kiri dan akan duduk disitu, dek kerana terpaksa keluar awal pagi, maka saya sudah set kan masa untuk membaca mathurat di koridor tersebut, semua tahu bukan, mathurat adalah himpunan doa- doa yang mathur dari Rasulullah, sesiapa yang pernah mengamalkannya pasti tahu betapa ia begitu menenangkan, Alhamdulillah diatas kesempatan ini, setiap pagi saya akan masuk ke pejabat sekitar jam 8.15, dengan meluangkan masa untuk membaca mathurat selama 10 minit sahaja, pengalaman saya memberitahu kita insyaAllah akan menjadi tenang, permulaan hari yang baik dengan doa, memohon kepada Allah untuk memudahkan perjalanan hari kita pada hari tersebut, doa dengan bisik- bisik, bisik pada Allah dengan perasaan yang indah =) semoga- Allah memberikan kesempatan dan kerajinan kepada kita smua untuk tetap berdoa..amin..



Pembebasan Jiwa

Selepas berdoa, manusia bebas dari sebarang ketakutan, kerana keyakinan dengan kasar menolak ketakutan dan menggantikannya dengan perasaan tenang, bersyukur sedalam- dalam hati buat Allah, kerana menghadiahkan harapan kepada hamba-Nya, manusia bisa terbang lebih bebas, setinggi awan di langit, kerana bebas dari cengkaman ketakutan terhadap sesuatu yang lain, hanya dengan berdoa.

Ramai orang membidas dengan kenyataan, asyik berdoa saja, usahanya tidak, memang benar, apalah erti doa sekiranya tiada usaha, namun kadangkala tanpa usaha, doa menjadi senjata paling ampuh untuk melompat lebih tinggi. Misalnya begini, manusia yang malas, namun asyik berdoa, dia akan menjadi rajin dengan berdoa, kerana apa, apabila berdoa dengan bersungguh- sungguh, hati yang dekat dengan Allah pasti akan menjadi rajin, kerana manusia yang malas, tidak mengikut kata Allah, apabila hatinya mula mendekat dengan Allah dari doa yang tulus, maka dia akan berusaha mengikut kata Allah. Iyalah, pasti Allah membantunya untuk Berjaya dan menolaknya untuk menjadi rajin kerana Allah ingin mengabulkan permintaannya untuk Berjaya, jika masih tidak Berjaya, periksa kembali cara kita berdoa, ala kadar, sambil- sambil, tidak bersungguh- sungguh? Mana mungkin akan dikabulkan bukan? ^_^ (kehendak Allah untuk mengabulkan atau tidak, yang penting adab ketika berdoa juga menjadi asbab termakbul atau tidak doa kita). Selepas solat, duduk diam- diam istigfar, minta ampun pada Allah dan doa “ Ya Allah saya hamba yang lemah, minta maaf sebab solat harini tak sempurna, masih fikir bukan- bukan, saya akan berusaha lagi lepas ni untuk focus dalam solat” comel kan ^_^

Jangan malas berdoa, nanti rugi, jangan malas berdoa, menyesal nanti, pejamkan mata, tarik nafas, istighfar, mohon keampunan, kemudian mintalah apapun, dengan yakin, PASTI ALLAH KABULKAN.
Selamat mendekat dengan doa , saya tetap berdoa kerana saya ingin terbang bebas, saya bencikan ikatan dan ketakutan saya kepada sesuatu yang lain selain Allah, saya bencikan perasaan sempit takut tak bertempat, mari, menjemput berani! Berjalan tanpa henti~

Selamat menjalani hari yang indah!



0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena