Beriringan ke Syurga~

Monday, November 25, 2013

Antara cita- cita dan perjuangan







Ketika berumur 6 tahun, saya sering ditanya tentang cita- cita saya ketika besar nanti oleh nek wan (panggilan untuk nenek guru mengaji sebelah rumah), maka saya akan menjawab “icah nak jadi ustazah”, seterusnya nek wan mula bercerita dengan jiran- jiran yang lain bahawa saya nak jadi ustazah bila besar nanti. Cita- cita saya terus ingin menjadi ustazah.  Sehinggalah ketika saya berumur 15 tahun, saya mula merasakan bahawa saya ingin menjadi doktor, kerana bila ke Hospital kadang- kadang melawat pesakit, bagi saya doktor itu cantik dan hensem serta baik hati kerana membantu orang lain (cliché  ngeh- ngeh ^^), tapi disebabkan kencederungan saya yang tidak kearah sains dan matematik, maka harapanlah untuk menjadi doktor. Saya masih ingat kawan, sewaktu masih bersekolah, saya ada banyak cita- cita, tidak tetap, bermula dari tingkatan empat, saya mula membaca buku yang abah bawa pulang ke rumah, tentang palestin dan tentang syuhada’ dan kisah- kisah mereka yang meruntun jiwa, maka sejak dari itu, saya mula bercita- cita untuk menjadi sukarelawan palestin, atau jururawat, agar bila di sana saya boleh membantu sedikit sebanyak. Pada waktu itu, saya tidak ada cita- cita lain kecuali ingin ke Palestin, minda remaja ( baru nak mengenali erti kehidupan -_-), dan sehingga kini pun cita- cita nan satu ini tetap dihati.


Ketika SPM kecenderungan dan minat saya lebih kepada sejarah, minat membaca dan mengetahui tentang perjalanan masa dan peristiwa yang berlaku di sebaliknya (walaupun banyak persoalan di minda bila membaca buku sejarah Malaysia), saya tetap minat pada matapelajaran sejarah, dan keputusan spm juga mengarah kepada bidang yang bersesuaian seperti undang- undang, sampai di Kolej saya dah pun menjalani temuduga, mengambil bidang kejururawatan dan lulus temuduga tersebut, tetapi di saat akhir untuk sesi pendaftaran, abah buat keputusan untuk saya mengambil bidang syariah dan undang- undang, dan Alhamdulillah enam tahun terlalu pantas berlalu, meskipun banyak juga air mata yang mengalir untuk menyelesaikan pendidikan di peringkat asasi dan ijazah sarjana  muda, tapi dapat dilitup dengan kabus kemanisannya. Dan sekarang saya  sedang menjalani latihan praktikal, maka minat dan cinta dalam bidang ini semakin mendalam.

Kita manusia – selalu tenggelam dalam cita- cita dalam hidup, pernah ditegur seorang sahabat, dalam banyak cita- cita yang kita gariskan dan berusaha kearahnya, mengapa bukan mati syahid yang pertama sekali kita sebutkan, sebaiknya cita- cita untuk mati syahid wajib berada di tangga teratas, biarlah apapun cita- cita yang sedang kita usahakan, bagi saya, tiada maknanya jika ianya tidak terarah dan searah dengan keterlibatan dalam medan jihad dan dakwah.

Dari kecil saya ada banyak cita- cita, jika ada ‘cita- cita baru’ yang timbul saya akan suarakan pada mak.
“mak dah besar orang nak buka butik”
“mak dah besar orang nak buka kedai kek lah”
“mak lambatnya nak jadi lawyer ni, macam- macam proses nak tempuh”
“orang nak jadi penulis buku je lah, duk rumah tak payah kerja hehe”
“mak orang nak jadi pensyarah lah”
Itulah saya, tak pernah berhenti bercita- cita dan berimpian, mak pula, tak pernah mengejek atau memperlekeh, yang keluar dari  bicara mak adalah sokongan, sampai mak dah boring mak akan cakap
“banyaknyalah cita- cita, jadilah lawyer ke pensyarah ke, yang lain buat sampingan je”.

Ye kita banyak impian dan cita- cita, kita SEMUA, tapi pada akhirnya apa yang Allah izin untuk kita capai adalah yang terbaik untuk kita, sekalipun semua impian kita tak terlaksana, bahkan ditempatkan di dunia yang jauh dari tanggapan kita, maka itulah yang terbaik, asalkan kita berdoa dan berusaha, dekat dengan Allah, dan seiringkan cita- cita kita dengan niat untuk melibatkan diri dalam perjuangan islam. Siapa kita esok sekalipun beribu yang kita impikan kita tak pernah tahu siapa kita di masa depan, berserahlah sepenuh kebergantungan pada Allah.


Jurutera, jururawat, doktor, peguam , guru atau siapa sahaja di palestin dan Syria sentiasa mendapat pahala jihad jika mereka ikhlas dalam membantu dan memperjuangkan islam, bahkan mereka turut sama- sama mengorbankan nyawa dan harta kerana Allah ketika sama- sama turun berjihad di medan dengan profession mereka masing- masing disamping profession mereka sebagai hamba Allah (yang paling utama). Dan di Malaysia, jika kita jurutera, jururawat, doktor, peguam dan guru yang mengikat diri dengan gerakan islam dan ikhlas, maka insyaAllah kita turut sama berjihad di medan perjuangan.


  
Jika dahulu cita- cita kita adalah cita- cita kita, maka sekarang cita- cita kita adalah cita- cita perjuangan islam, kalau kita jadi peguam, kita kena jadi peguam yang terlibat dalam perjuangan, boleh bantu walaupun sedikit pada jemaah, kitalah yang kena menempel dengan jemaah dan perjuangan islam, bukanlah jemaah yang akan datang mencari kita, kerana dalam ramai orang yang nak berjuang pun masih ditapis Allah samaada benar- benar layak untuk sama- sama ke medan perjuangan, maka apatah lagi yang sengaja menjauhkan diri, kerana merasakan mengejar cita- cita lebih penting.

Ketakutan menjauh dari  perjuangan adalah antara ketakutan no 1. Perlahan lahan kita semakin enak dengan urusan dunia yang tak memerlukan kita hadir meeting, liqa, usrah, buat kerja, program, pilihan raya, dan sebagainya, maka semakin jauh kita bakal ditolak, menakutkan, sangat menakutkan, namun siapapun yang belum menghadapi saat diuji untuk terus tetap dalam jemaah jangan diperlekeh teman- teman yang sedang berusaha sedaya upaya menstabilkan antara tugasan jemaah, ekonomi keluarga dan kehidupan selepas belajar, lagi- lagi teman- teman yang baru membina keluarga, kerana ujiannya masyaAllah luar biasa, siapa yang Berjaya menempuhinya dan tetap bersama perjuangan islam, maka dia wajib bersyukur setinggi- tinggi melepasinya

Saya pernah mempersoalkan diri sendiri, setinggi mana kau nak bercita- cita, phd? Nak dapat professor?nak duduk rumah banglo atas bukit 3 biji boleh main singgah- singgah je? Atau nak kereta 50 bijik, itu kau panggil cita-cita tertinggi? NO -_-, jalan kaki balik 20 minit nak dekat magrib time praktikal ni pun dah sesak nafas, hidup tertekan sampai tua cari duit semata- mata nak maintain duit belanja anak 5000 sebulan seorang sebab dia dah biasa mewah dari kecil itu adalah bukan cita- cita saya, kalau bersusah- susah nak bagi pendidikan pada mereka itu tak apalah.

Cita-cita dalam kamus hidup saya adalah nak capai ketenangan, dapat menjadi hamba Allah yang terbaik, dapat bahagiakan ibu bapa saya dengan impian mereka untuk saya dari kecil, dan saya hanya nak sebuah rumah sederhana untuk saya dan keluarga saya hidup dengan aman damai berpandukan Al- Quran sunnah dalam limpahan mawaddah dan rahmah, saya bercita- cita tinggi dalam sudut keilmuan, kerana dengan ilmu saya bakal lebih cinta dengan Allah dan perjuangan, amin..=)

Dan saya- ingin terus berimpian tinggi, setinggi awan di langit, kerana Allah maha tahu apa yang terbaik buat saya, jika saya jatuh, pasti sakitnya luar biasa tapi insyaAllah dialas dengan kasih sayang Allah, kerana jika impian berselubung dengan doa, ada sayap yang bakal timbul, jatuh pun perlahan- lahan, sakit, tapi sakit sikit! Kalau berimpian tinggi tapi hanya dengan merasakan semuanya dari diri, sakitnya adalah keputusasaan yang maha hebat, jatuh baru sedar kita tak punya kekuatan sedikitnya melainkan yang datang dari Allah. Berimpianlah, namun pastikan cita- cita yang seiring dengan perjuangan islam, kalau tak sia- sia, kalau tidak rugi..rugi serugi- ruginya. Doakan saya, saya doakan anda semua, kita sama- sama doakan kita terus tsabat dalam perjuangan islam sekali apapun cita- cita kita dalam kehidupan, amin, bawalah saya, kearah kebenaran, tegurlah jika saya salah dan nasihatkanlah dengan baik, dekatkanlah jangan jauhkan^_^

I dream high I dream a dream
When it's tough, I close my eyes and
The moment my dream comes true
continue to recall and get up

I believe I can fly high
one day me above the sky
wings stretched out, more free than anyone else
flying rising high
I need bravery to overcome
firstly pick myself up rise again and dare to run
once again believe in me and my destiny

climb over every wall taller than me
I dream high I dream a dream
When it's tough, I close my eyes and
The moment my dream comes true
continue to recall and get up
I believe I can fly high

(Lirik pinjam drama ‘dream high hehe)

0 comments:

Powered by Blogger.
=)

Followers

Search This Blog

© Nessa Syahirah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena